Blog Orang Selangor

21/05/2017

Hangpa kata Badrol baktiar power, ye memang power sebab sumbat dua gol, lepas kata ken ilso power, sumbat satu gol, hahaha, tapi aku nampak Syazwan Zainon ni lagi power, larian maut untuk 2 gol, pembukaan kedah semalam. Memang terbaik. Kena gilap lagi , belajar scoring pulak. Memang akan jadi power. Kena belajar dengan bomoh siam, hahaha.


20/05/2017

ni lagi best, suruh isi tempat kosong, macam macam nama keluar, ayda jebat, syakila utama, kalau baca lagi tuh, ada airish mastur pun ada, hahhaa, lawak lawak, nama yang sedap pun ada. Apapun thank you semua. Nak juga cun macam ayda jebat, feeewit.


Alhamdulillah, semalam baby girls keluar hospital, hahah, jadi jawabnya, kenalah bagi nama, tak de idea, boleh tanya fans Diet Diet Sihat. Hahhaa, nama diorang ni sungguh best dan unik. Terima kasih ye semua bagi idea. Tapi takdapat nak belanja makan. hehehe.


18/05/2017

Senja menunggu penantian anak ketiga, boleh pulak terjumpa dengan geng shaklee. Hhahaa, dia kena masuk wad awal, husband ikut trip pergi jepun. Jawabnya dia nampak spesis rambut kerinting nih, terus cari bini aku. Hahahha, sebab dia kata muka dia comel sangat, dia tak kasi amek gambar, jadi aku amek jugak, tapi nampak tudung jelah, agak agak siap ye ?


Senja hospital shah alam ni paling cool, bila kau melihat senja, kau berada di hospital, tambah lagi kau sedang sakit, kau tahu, hidup kau tak lama, kau perlukan ubat segera. Tapi jangan sampai terlambat, kalau kat tak jaga permakanan, jawabnya, ubat akan jadi makanan kau di waktu senja, Biarlah senja itu yang cantik, sebelum menemui malam, dan bukannya senja yang memudaratkan.


16/05/2017

Kalau korang baca post mcdonald Ray Kroc dari Najib Asadok, memang terbaik, hahah, aku ditag wife aku, baca tentang owner McDonald nih. Layan siut. Dia punya skill baik punya. Dia cadang McDonald buka franchise. Tapi tulah  sebab tekanan dan kawalan adik beradik McDonald, dia pun sampai nak muflis, tapi dia bangkit balik dan tengok balik kelebihan yang dia ada.




Hahhaa, akhirnya dia tahu, dia ada aset hartananah, sampai owner McDonald pun bengang tak boleh nak kawal Ray Kroc nih. Akhirnya owner McDonald gaduh gaduh, bawak ke mahkamah, sampai McDonald pun tak boleh nak buat apa apa. Hahhaa. Mula mula minta royalty 0.5%, tapi Ray Kroc tak layan, terpaksa McDonald hanya terima pampasan 2.7 juta usd. Akhirnya McDonald Ray Kroc yang punya. hahaha, gile kencing perampas  business .
Semalam sempena hari guru tv9 siarkan balik cerita telefilem Cikgu Dina Pakai Prada. Tengok dengan wife dan anak anak, feel gile cerita dia. Mula mula ada elemen menyampah mengada, tapi didalam kepentingan tuh, cikgu bandar lebih ikhlas mengajar anak anak kampung. Cikgu Hakim pulak terego ego dengan seniority, gaji, dan lumrah cikgu kampung. Dina duduk kampung akhirnya pandai berdikari, disayangi murid murid dan Cikgu Hakim.




Nak mengajar bukanlah semata-mata gaji. Periksa bukan semata A, tapi ilmu, hahaha tagline cikgu Dina nih, budak budak semua suka belajar bahasa inggeris. Hahha, telefilem yang terbaik, khas untuk cikgu cikgu di luar sana.

14/05/2017

12/05/2017

Semalam kecoh jap kat whatsapp group diet diet sihat, artikel diorang kena copy, hahaha, tajuk tuh mungkin sangat menarik, akhirnya kena copy dengan geng geng viral nih. Tanpa buat sebarang backlink , habis, tajuk semua kena copy kaw kaw. 




Buat yang menulis blog, teruskan usaha korang, viral viral viral, walaupun depa tak taruk solusi, kita buat shaklee berbeza. Kita ada solusi. Solusi  ni yang menambah baik nilai hidup, bukan sekadar viral kosong. Jadi sapa nak join team Diet  Diet  Sihat, contact aku ok ? MISI VIRAL VIVIX !!!

11/05/2017

Hahhaa, harini nak share dengan korang gambar selfie dengan huawei P10 Lite, model yang lebih ringan dari model P10. Tapi spek masih 4gig ram. Itu kelebihan huawei. Kalau rasa nak model yang ram besar tapi harga ok sikit, kena cuba huawei ok ?





10/05/2017

Memang menarik projek instant article nih. Kalau kena dengan entry viral, ramai share, boleh jadi ramai yang akan tengok dan like page korang. Cubaan di buat untuk page viral Sihat Cergas yang dah lama terperap. Akhirnya jumpa solusi untuk naikkan page likers nih. Alhamdulillah, dapatlah sikit cari makan.


09/05/2017

Alhamdulillah, dapat jugak siapkan landing page, front page website yang cool sikit. Memang dari dulu nak buat, dalam perancangan. Oklah, sikit sikit. Semangat nak memviralkan vivix sentiasa ada, walau apa yang berlaku, tetap semangat dan semangat, tahu vivix ni solusi terbaik untuk setiap umat dunia. ALhamdulillah. Nak tengok website baru ? klik sini ok ?


08/05/2017

TAkda idea nak tulis, tapi nak cakap, sekarang, pekerjaan hakiki gua ialah SID, Shaklee Independent Distributor, kerja hakiki yang 100% bergantung pada sales. Naik sales, income banyak, turun sales, income sikit. Berani dan kena berani, dan patut standby apa yang patut kalau nak berhenti makan gaji. Pengalaman adalah segalanya. Kalau berani, why not ? Hahhaa, baru ku faham orang yang struggle buat business nih, hahaha.




kalau rasa nak jadi pengedar VIVIX, boleh join team Diet Diet Sihat. Guna teknik terbaik, trafik blog level gaban, sales menderu, jom kita jual VIVIX SHAKLEE, produk yang selamat, berkesan, dan terbukti dengan sains. Yehaa.

07/05/2017

Aku tanya dr pakar, memang dia kata kalau nak tahu orang yang sakit jantung tuh, mesti pergi check haha.tak boleh tengok sahaja.

Orang yang ada tanda kolesterol, belum tentu ada masalah jantung,

Ada orang yang tua hisap rokok, belum tenru ada masalah jantung

Tapi orang muda nampak healthy, mungkin ada masalah jantung.

Jadi muda muda ,kenalah jaga kesihatan , huhuhu

06/05/2017

Memang, gagal, tak sah, tak jadi langsung, insan yang bernama islam, yang bernama sejahtera, yang tiada otak, ok bila tengok pada kejadian yang berlaku, kita faham yang kita masih islam melayu, baru sikit orang kacau, dah jadi berlagak pukul orang. Malang sungguh nasib islam melayu.




Bukan nak cakap, tapi dari dulu lagi, kita tiada disiplin. Solat Jumaat di bandar utama misalnya, kita sesuka hati parking, sebab tak cukup tempat, kita double parking, orang yang nak keluar tuh, mungkin ada kerja, dah lambat, yang double parking  tuh selamba je lewat.

Susun selipar satu hal bersepah kaw kaw punya, ini pun satu budaya failed, makan free lepas tu tempat tuh jadi kotor, hahaha. Korang tahukan, kalau masjid UIA, dia punya parking sampai sempit jalan kat PJ tuh, sib baiklah tak kena hon. Bajet dah biasa, tapi itulah failed, padahal kat universiti, fikirlah sikit, kata kita Islam pembawa  kemajuan, tapi jadi bawa kepada kesesakan dan kemunduran.

bangsa lain tuh, agama lain tuh, nak buat oklak ?takpa, tuh agama mereka, mereka  tak tahu camana , kita orang islam lah tunjuk contoh terbaik untuk mereka. Tak susah pun kan ? cuma kena ada disiplin, parking jauh sikit pun takpa, janji tak ganggu jalan, betul kan ?

05/05/2017

Alhamdulillah, semalam berjaya jugak siapkan projek subdomain team diet diet sihat. Nilah untungnya join team Diet Diet Sihat. Senang semua benda aku ajar. Nak setup blog, semua artikel dah siap. Kalau nak bagitahu je. Hhahaa, best kan?




Lagi paling power lagi, team VIVIX kami ni dapat access page kami, bukan tuh saje, boleh buat Instant Article yang lebih 10 kali laju loading dari blog biasa yang selalunya lambat sangat, lagi lagi kalau orang tuh duduk kat kawasan yang internet nya slow. Hahha, tuh yang best tuh.Kalau rasa nak join team VIVIX  kami, marilah contact saya 0163944294.


04/05/2017

Alhamdulillah, tak sangka lak leh dapat gelaran, tercalon dalam ireach hero. Oklah, ini anugerah khas untuk warga ireach yang selalu berikan sumbangan dalam ireach. Tak dapat top3, tapi top 5 pun oklah,  dapatlah 2 botol vivix, hehhe, feel tuh. Oklah, thank you semua. confession dah tulis dalam group tsunami shaklee sahabatgua18. Yehaa.


03/05/2017

Nampaknya barulah nampak berapa statistik yang tengah jalan nih. Oklah, nampak macam dah mula ada  orang like, takdalah banyak, tapi boleh improve lagi. Usaha kuat lagi sebaiknya. Oklah, itu sahaja untuk kali ini, pendek sahaja entry kita. Masa untuk bangunkan team vivix diet diet sihat. yehaaa.


02/05/2017

Alhamdulillah, hari saya dan Ainul Fadzilah Mustafa dapat duduk lama di teratak bonda manis Lin Chalo dan lawyer pencen Mohd Alizal Abdul Razak. Semuanya dapat jemputan untuk celebrate birthday ahmad danial haris bin Akmal Azmi dan ibu Nurul Hidayah Zakaria. Memang sedap beehun orang sabah nih, hehehe. Lain macam rasanya.




Saya masih ingat lagi, satu ketika Diet Diet Sihat pernah mati seketika, terbiar begitu sahaja, tak tahu dah nak buat apa, dari 90k , turun jadi 64k, sampai jadi 59k. Blur sungguh apa nak buat time tuh. Tahun 2015, akhirnya terinspirasi dengan team Kelab Ibu Ohsem yang banyak memviralkan artikel menarik topik topik kekeluargaan. ALhamdulillah, sejak tuh, page kami tuh mula naik sedikit demi sedikit, sampailah sekarang.

Tahun ni pulak, kita sekali lagi pinjam Aura Hijrah . Apa perasaan, satu falsafah hijrah, bukan sekadara hijrah, tapi hendak menghirup nafas baru dalam perjuangan, supaya lebih baik dari dari yang semalam. Sambil tuh dapatlah jugak curi curi idea macam mana nak hias rumah. Hahaha, manalah tahu lepas ni turn kami pulak nak pindah rumah, nak jugak hirajh ke tempat baru yang lebih selesa dengan semangat baru yang membara.

Terima kasih sebab layan kitorang nih, balik paling lambat, hahaha, layan makan kuih, beehun sup, minum air dan macam macam lagi.

01/05/2017

Berbeza dengan stats jetpack, bloggers, google analytic, ini statistik kalau guna instant ARTICLE
Hahhaa, memang feel guna IA




kelajuan 10 kali ganda,

memudahkan pembaca mencari info

paling mudah, nak buat IA ?

guna wordpress,

kalau yang dah ada wordpress tuh,

ada pro and con untuk buat IA,

tepuk dada, dada sakit !!!