Blog Orang Selangor

30/04/2017

Semalam masa Shaklee Convention, dapat juga berjumpa beberapa member of misi viral vivix Diet Diet Sihat. Hahaha, mostly kat belakang tuh adalah team Jutawan Besi Najihah Razali. Memang terbaik korang. Oklah, sangat best semalam SC semalam. Banyak perkongsian kejayaan yang diberikan oleh speaker jemputan. Insyaallah tahun depan, kami datang dengan anugerah di tangan. Yehaaa !!!


29/04/2017

Kalau korang rasa nak makan apa nanti nak berbuka apa sedap, sambil layan ghazal, kau pergi seksyen 7 ni senang. Layan makan kaw kaw punya. Bawak satu family, tempahan pun dah dibuka, apa lagi, boleh serbu , bawak sedara mara, ofismate, downline dan organisasi kumpulan MLM korang. Hahhaa, feel dia lain macam tuh. Ok, ni gambar orang main ghazal je, kalau nak gambor lebih leh tengok kat blog ainulmustafa nanti ok ?


28/04/2017

Alhamdulillah, bila kengkawan fb dok panggil maharaja VIVIX nih, senang hati, tapi takdalah sales power macam orang lain yang dah jual VIVIX  berjuta  juta botol. Tapi takpa,  misi viral vivix, akan diteruskan lagi. Cara dia tak susah pun, FOKUS FOKUS FOKUS. Takda cara lain. Kalau hari hari fokus kebaikan vivix, memang terbaik punya VIVIX.




Kalau nak tahu cerita cerita best pasal VIVIX nih, lawatilah website Diet Diet Sihat, kat situ macam macam cerita VIVIX ada. Boleh layan feel kaw kaw punya. Nak tahu  pasal vivix dan kesihatan. Hhaha, nak bikin duit pun boleh ok ?

27/04/2017

Aku ingat lagi lagu nih, sempoi gile masa kitorang sekolah, memang feel lagu nih ikut follow Ricky Martin ,hahha, feel siut , lagu pun pasal cari tapak, moh baca lirik dia macam kat bawah nih.:





Marilah kita bersama
Nak kemana
Jalan jalan dikota
Dengan siapa
Untuk kita berlima
Apa saja
Kenapa pula
Tak ada wanita
Ah ikut saja

Kini kita sudah tiba
Tiba di mana
Tiba di kota
Oh dah sampai ya
Tapi segera
Janganlah lupa
Beg yang ada
Lalala ambil bersama yeah

Sekali ku pandang
Dia tersenyum riang
Mana mana
Dua kali ku pandang
Tak nampak macam orang

Jangan difikirkan orang
Nanti peluang kita hilang
Kita tinggal duit tambang
Untuk kita balik pulang

Wahai temanku apa ditunggu
Tunaikan dulu kewajipanmu
Ingat dahulu janji janji mu
Warung kopi nasi lemak roti bakar
Roti canai cari tapak

Dimana tapak bila nak bukak
Bukan di setapak
Mungkin di gombak
Tak sampai karak
Kita nak letak
Kerusi meja pinggang mangkuk
Piring cawan periuk belanga
Warung sekolah haa

Jangan difikirkan orang
Nanti peluang kita hilang
Kita tinggal duit tambang
Untuk kita balik pulang

Wahai temanku apa ditunggu
Tunaikan dulu kewajipanmu
Ingat dahulu janji janji mu
Warung kopi nasi lemak roti bakar
Roti canai cari tapak

Dimana tapak bila nak bukak
Bukan di setapak
Mungkin di gombak
Tak sampai karak
Kita nak letak
Kerusi meja pinggang mangkuk
Piring cawan periuk belanga
Warung sekolah ha

Kalau kita dah berjaya
Dengan cita kita
Nak buka cawangan pula
Nak makan saja
Cari saja pekerja
Jaga warung kita
Kita jumpa ibubapa
Kita cerita berniaga

Jangan difikirkan orang
Nanti peluang kita hilang
Kita tinggal duit tambang
Untuk kita balik pulang

Wahai temanku apa ditunggu
Tunaikan dulu kewajipanmu
Ingat dahulu janji janji mu
Warung kopi nasi lemak roti bakar
Roti canai cari tapak

Dimana tapak bila nak bukak
Bukan di setapak
Mungkin di gombak
Tak sampai karak
Kita nak letak
Kerusi meja pinggang mangkuk
Piring cawan periuk belanga
Warung sekolah ha

Warung kopi nasi lemak roti bakar
Roti canai cari tapak

Dimana tapak bila nak bukak
Bukan di setapak
Mungkin di gombak
Tak sampai karak
Kita nak letak
Kerusi meja pinggang mangkuk
Piring cawan periuk belanga
Warung sekolah ha

Tea o beng sa kurang maneh deh






Bila dengor betul betul, baru tersedar lagu ni buat kita teringat janji janji kita. Macam macam cita cita, nak berniagalah, nak buat tuhlah, nak buat nihlah, tapi dek kerana banyak sangat alasan, akhirnya kita tak buat langsung.

Zaman alaf baru media sosial, lagilah tapak semua free, kita ada fb,instagram, blog, semuanya tapak free, tinggal nak promote, nak usahakan, TAPAK ni free merata rata, untung pun berganda ganda, duduk dalam rumah, sambil pegang hphone, duit masuk, untung

Tapi apakan daya kita lebih banyak merungut kat media sosial nih, lebih suka gosip, lebih suka mengumpat, lebih suka fitnah, tuh yang tak jadi jadi, tuh. end up janji tinggal janji. hahaha

Buat semua team Diet Diet Sihat, TAPAK dah ada, JOM KITA, MISI VIRAL VIVIX !!! DIETDIETSIHAT.COM,

26/04/2017

Balik dari rumah mertua, sempat berborak borak dengan Ainul Fadzilah Mustafa tentang lagu yang dibawakan oleh hafiz hamidun, ni semua sebab penangan #gemagegarvaganza. Hhaha, lagu m.nasir, lirik arwah loloq nih, macam nih.



Mawi - Aduh Saliha

Mana rayuan ku
Hendak ku sampai kan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh

Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh

Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca

Sesudah berdarah barulah
Aku sedar jiwaku tercalar
Oh ... sakitnya
Bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidup ku saliha

Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita
Saliha
Oohh saliha


Bila berborak borak tuh, dengar penerangan Hafiz Hamidun tuh, betul jugak, kita ni kena berdamping dengan orang orang soleh, Oklah, bolehlah macam tuh. Tapi bila wife aku explain, aku pun tersentap.

Mungkin jugak loloq menegur " ORANG ORANG SOLEH " dalam lagu nih. Ye betul, bila orang orang soleh ni dah mula tinggalkan kerja mereka, bila dah tak buat kerja kerja amar maruf nahi mungkar nih, tuh yang jadi seksanya hidup macam mawi tuh. Bila orang orang hanya kejar NAMA dan PANGKAT semata, jadilah ramai diluar sana terseksa, dek kerana sifat orang nih.

Soalan paling penting,

SIAPA "ORANG ORANG SOLEH" TUH ?

tak lain dan tak bukan ialah

KITA SENDIRI !!! 

yang banyak Ilmu, tapi tak guna ILMU yang Allah bagi !!! yang kejar nama dan pangkat, yang mula hilang keihklasan,

25/04/2017

Alhamdulillah, pagi pagi ni bangun, projek subdomain abam joe dah lulus instant article. Sebelum ni buat, memang  gagal, hanya kerana formatting je. Untuk kali ke 2 nih, dah tahu trick dan apa yang patut di pakai untuk dapatkan kelulusan mudah dari pihak facebook.




Projek subdomain nih menarik, baru tahu yang domain kita beli ni, boleh letak subdomain. Ikut pada hosting yang korang pakai. Baru cuba satu projek subdomain, korang bolehlah lawati SIHATCERGAS.DIETDIETSIHAT.COM, hahhaa, nama pun subdomain, jadi panjang sikitlah ye tak ? janji boleh belasah instant article, wordpress , hahaha, masa untuk VIRAL VIVIX . Korang nak jadi pengedar VIVIX, klik sini .

24/04/2017

Hoo ada rupanya tanya saya macam mana nak buat teknik softselling nih. Oklah, jawapannya senang je. Softselling ni biasanya kita update pasal business kita je. Apa yang kita buat, apa yang kita tengah lakukan, tanpa buat sebarang promosi terus. Tiada nombor telefon, ajak tanpa sedar, itulah softselling. Biasalah kena selalu update facebook ok ? sebab orang nak kenal kita.




Tapi cara paling best ialah korang boleh join misi VIRAL VIVIX kitorang. Lagi best. Cara kitorang ni lain macam sikit, lagi softselling, ada hardselling, tapi boleh viral, macam mana tuh ? lepas tuh dapat sales pulak. hahhaa, nak tak nak kena join lah ye, klik link kat atas tuh ye !!!

23/04/2017

Alhamdulillah, jumaat lepas kami sekeluarga berjaya recycle baju lama, bukan sikit, tapi sampai 7 plastik. hahhaa, ini semua plan macam nak pindah rumah baru. Insyaallah, kalau ada rezeki, kita pindah rumah barulah ye tak ? untuk mencari nafas baru dan strategi baru dalam business. 




OKlah, warga shah alam yang berminat nak recycle baju, boleh cari tong putih kat TESCO nih, tapi ada yang sedih, warga bukan shah alam masih takda projek recycle nih. Hahhaa, yang tuh mungkin boleh cari badan amal yang mencari baju baju lama yang masih cantik dan boleh dipakai. Hehehe, banyak barang lama, sedekah jelah, rugi simpan.

22/04/2017

Hahhaa, office shaklee zaman victor nih, di buat pada aras 9, Sunway pinnacle, memang nak datang sini, kena berebut lift dengan orang kerja sini. LEpas tuh security tak ingat, pastu pulak dengan parking lagi. Hahaha, nasiblah, nak buat camna, kenangan lah lepas nih kat sini. Lepas ni HQ nak berpindah ke Sunway Geocity, yang tuh betul betul kat level bawah. Baik punya, hahhaa.


21/04/2017

Haritu sempat tunjukkan likers terbaru page Diet Diet Sihat kepada Naja, sekali dia pun terkejut, sebab dah banyak sangat, sebab sebelum ni pun baru 80 ribu je. Hahhaa, macam mana nak buat tuh ? kalau korang baca entry pasal kematian page tuh, tuh lah penting. Sebab apa jadi mati ? Sebab bukan tak update, tapi update tuh tak ENGAGE !!!




Cara terbaik ialah kau mesti ENGAGE baik punya dengan likers yang ada dalam fan page tuh. Tengoklah likers kau tuh apa yang diorang minat  semua.  Kalau rasa banyak orang malaysia, selalulah update dalam bahasa malaysia. Tapi gua  ada satu page ni, lama dah tinggal, banyak orang brazil, hahaha, itu semua zaman main addmefast. penat gua. Seeloknya, kau guna fbAds kalau betul betul nak targeted likers. Hahhaha, oklah, itu sahaja tips hari ini.

20/04/2017

SEkali sekala cuba copy status viral, tapi tak betul entah tidak. Isu pasal nombor wassap tak boleh letak kat status, hahaha, FB pun tak percaya benda tuh depa yang buat. Semuanya ini adalah hasil dari penelitian pakar pakar FB di luar sana, bajet dah buat iklan tak lepas, lepas tuh terus buat assumption, haah tengok ni algorithm FB bertukar lagi. Apa dah !!!




Nak tahu rahsia FB ? hahhaha, senang je, point paling penting, korang kena faham media sosial ialah tempat untuk BERSOSIAL, dekat FB, bukan tempat menjual ye, kalau pakai FBAds tuh pun, bukan je menjual sesuka hati. Ada caranya jugak. bukan main hentam je. Hahhaa, kat FB kata kuncinya SOCIAL dan ENGAGEMENT. Hahahha, faham faham jelah ye, kalau nak belajar lagi, korang boleh contact abang joe, yuran tahunan RM 8 juta. Share kat jiran dan sedara mara.

19/04/2017

korang ada page facebook yang banyak likers ?

ada tak sapa yang ada like lebih 20000 ke atas ?

tapi buka statistik, tengok Talk About This




ohhh tidak,

dulu pun suatu ketika,

page Diet Diet Sihat pun macam nih,

tapi....

abam tersedar ....

mesti ada cara nak hidupkan kembali.....

kalau rasa fan page korang banyak likers,

tapi bebaru ni rasa MATI, kena HIDUPKAN BALIK

sayang wooo,

macam mana nak hidupkan ?

18/04/2017

3F ni tolong buat kaw kaw sebaiknya

Faith - kau mesti percaya dulu apa yang kau buat tuh ada kebaikannya

Focus - kau dah ada faith yang kuat, kau kena terus focus, jangan pandang belakang lagi

Finish - habiskan benda yang kau buat tuh, yehaa

17/04/2017

Yang ni memang confirm, sebab sah sah Gema Gegar Vaganza program hiburan, sebab ni pun kerja mereka, industri hiburan, depa kerja buat macam nih. TApi dalam banyak banyak hiburan, nampak kali ni lebih mencabar, memang sukar gile nak buat.




1. Pemilihan lagu kali ini memang sukar, pihak produksi mesti mengkaji lagu lagu yang bagus untuk di persembahkan. Lagu tuh mesti dikaji liriknya, dan pastinya bukan lagu tangkap muat cintan cintun kosong.

2. Artis yang menyertai program ni sememangnya bukan sekadar nyanyi, mereka kena olah pulak sendiri lagu tuh, supaya mesej lagu tuh bererti dan maksudnya mendalam dan mesejnya sampai.

3. Para pemuzik dia pun akan pening kepala nak buat muzik tuh supaya ada elemen betul betul yang menusuk kalbu.Ini pun cabaran juga.

4. Bila lagu lagu dipilih dari karya rock tanah air yang hebat,itu hebatnya karya komposer kita, yang bunyinya sukar hendak dibaca, tapi kalau betul betul dihayati, memang buat kita teruja.

Cara kita menjadi khalifah ni banyak cara, setiap industri ada caranya. hahahha

16/04/2017

Alhamdulillah, website baru nih , 15 hari dah catat 100 artikel, tahniah Ainul Fadzilah Mustafa,

ianya adalah hasil dari banyak artikel vivix, testimonial, hasil kerja kami dahulu semasa mengerjakan blogspot.

Kami ni memang lambat, biasalah, kami ni keras kepala, orang lain dah maju nak buat wordpress, dah canggih, kami lepas kelas leadership awal bulan tuh baru tekad nak serius dengan blog baru yang lebih verstail



Banyak benda dah fikir dah dalam kepala otak, blog baru mesti fokus terus, takda campur campur, kita terus fokus kepada misi VIRAL VIVIX ,

bersama tagline

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA,

hahaa, tak caya, boleh tengok page kami Diet Diet Sihat .

Oh ye, satu lagi paling best, sapa yang tengah baca artikel ni guna handphone, bolehlah korang belek belek, sebab blog baru ni dikuatkuasakan dengan INSTANT ARTIKEL, 10 kali lebih laju dari resveratrol biasa, hahahaha.

Banyak lagi nak buat dengan baby baru yang berusia 15 hari nih, bak kata orang jawa,

14/04/2017

Saya tak pandai nak buat tajuk gempak ?

takpa, buat je tajuk yang anda biasa buat

tajuk yang SEO ke, tajuk biasa ke,




kalau content ok,

ada rezeki, memang boleh VIRAL,

kerja kita ialah viralkan je kebaikan VIVIX

hati pembaca tuh, serahkan kepada ALLAH

jadi usaha usaha usaha team Diet Diet Sihat

biar kita untung Akhirat Dunia ,

Fokus Akhirat, Dunia pun dapat,

sebab tuh kita kena sebut Akhirat dulu baru Dunia

13/04/2017

12/04/2017

ada satu zaman, orang boleh tambah likers dengan aplikasi,

tapi ada satu ketika, algorithm bertukar


sales takda, page ditinggalkan

terus MATI



dulu pun Diet Diet Sihat pun macam tuh

tapi nak buat cmana, terbiar, begitu,

tapi tengok, mesti ada cara yang terbaik nak hidupkan kembali page ramai likers,

sejak 2015, bila tengok geng geng Kelab Ibu Ohsem nih,

terus terinspirasi,

ok, mulakan rajin diri, hanya guna hphone lenovo ram 1 gig

update selalu , siang malam update page,

lepas tuh, bila dah update, mula nampak page ni dah banyak reach dan engagement

talk about this meningkat

lepas tuh tah pasal pasal, boleh viral pulak artikel team kitorang

Update update sampai sekarang, dapatlah likers banyak ni,

Hhahaha, so sapa ada page banyak likers 50k keatas,

jangan biarkan begitu sahaja

Hidupkan kembali dengan content content SEGAR !!!

yehaaa !!!

11/04/2017

Kalau korang rasa nak tengok filem seram minggu nih, nak rasa thrill yang lain dari yang lain, aku cadangkan korang tengok cerita HOSPITAL nih. Hhahaha, ni yang terbaik nih, filem ni keluar 13 April nih, so sapa plan nak keluar malam jumaat, nak keluar friday night movie baik kau tengok cerita nih. 




Cerita dia simple, seorang budak bernama Amira, datang dari kampung, nak cari kerja lah konon. Bajet tengok kat mana dia nak kerja.  Akhirnya dia dapat offer kerja sebuah hospital . Tapi biasalah, kat hospital berjumpa pulak dengan seorang nurse bernama Diana, hoo, dan dari situ bermula cerita, dan seram, Amira mula rasa pelik bila start kerja di sebuah HOSPITAL. Apa  yang terjadi kepada Amira nanti ? So jangan pulak tak tengok cerita nih.


Satu cerita thriller seram menarik hasil tangan Azaromi Ghozali. Filem ke 118 Metrowealth MIG nih, memang sangat sesuai untuk mereka yang  maukan kelainan. Jalan cerita nih di lakonkan oleh pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Nina Iskandar, Shima Anuar, Serina Redzuawan, Fatin Afeefa, Julia Farhana Marin. 

10/04/2017

Semalam ialah hari  sukan sekolah Arreessa. hhahaha, kitorang seronoklah nak pergi. Arreessa dia ada sukar sikit perasaan tuh, sebab dia  cari kawan dia ramai tak datang. Tulah tengok, ada  yang datang dan ada  juga yang tak datang, mungkin sebab tak sertai. Jadi kuranglah sikit kuasa sokongan tuh. Semalam kami sokong Hadif dan Hana anak master lydzar dan kamarudin. Tapi disebalik cerita Hadif ini, ada satu plot yang tidak menyenangkan Master Din.




Kalau tengok video tuh, Master Din sah sah Hadif dapat nombor 1, budak baju hijau tuh ketinggalan. Tapi masa keputusan awal tuh, tetiba budak baju hijau tuh dapat nombor 1, hadif dapat nombor 2. Pelik sungguh, hahha apa lagi, Master Din kasi komplen beserta bukti video yang menunjukkan, Hadif dah cecah tali penamat dulu. Pergi tanya cikgu nih cikgu, akhirnya Cikgu Asmadi yang telah buat rombakan semula, dan akhirnya Hadif diberikan pingat Emas. Hhahaah tahniah.

Pengajaran cerita ini, kita perlu bersikap profesional.  Kalau kita rasa kita layak menang, buat rayuan cepat cepat. Tapi bukan buat rayuan mulut camtu je, atau komplen, tapi biarlah dengan bukti kukuh. LEpas tuh cool down dan jangan marah marah. Insyaaallah ada rezeki, kita boleh menang.

Mutu pengadilan pun kurang memuaskan, diharap cikgu sekolah dapat meningkatkan lagi kualiti pengadilan dalam acara sukan. Kita tunjukkan kualiti dan anak anak dapat menghargai sikap profesional cikgu dalam mengatasi kes sebegini. Tahniah Hadif, Hana, dan cikgu SKBA yang profesional kerana menerima rayuan master Din , hahaha

09/04/2017

Kalau nak diikutkan, ada banyak cara nak dapatkan like Page FB. Fan Page ni korang tahulah, sebenarnya ramai yang kata kena buat, ada yang kata toksah buat, dan macam macam lagi sifu yang  akan gunakan peluangnih, semata mata nak cari  duit. Ok, aku punya pendapat, fan page nilah bagus, tuh korang boleh baca kat entry sebelumnya di sini.




Ada satu cara best bila kau setup facebook instant articles, senang  je, kau akan tengok kat page atas tuh, ada button LIKE. Kalau depa like kat atas tuh, maknanya, mereka akan like terus page kau. Hahhaa, best tak cara tambah like nih ? Maksudnya, kau perlu ada artikel, content yang bagus, kau boost untuk viral, dan kat situ kau boleh dapat extra like. Hhaha, best sungguh hidup !!!

08/04/2017

Alhamdulillah, abam joe pagi semalam bukan facebook, tengok report fb dah hantar, setelah sekali gagal kerana format yang tak sama, akhirnya mereka approved artikel abam Hhahaha. alhamdulillah, berjaya jugak. Nampaknya lepas ni kena lebih agresif promote cerita cerita best untuk pembaca Diet Diet Sihat.




Pelaburan nak buat blog baru, self-hosted wordpress nih, bukan sedikit, mengharapkan pulangan yang besar, tapi bukan cepat, tapi ianya projek jangkamasa panjang. Kalau sekadar nak update blog, tapi lepas tuh malas nak update, tak buatlah blog wordpress nih. Apa yang penting, kitorang teruskan branding, Diet Diet Sihat, akan menjadi branding terkenal di Malaysia pada December 2017, kami target nak 500k LIKERS .Aminn

07/04/2017

Alhamdulillah, ada satu masa, Ismaleyza dari team Diet Diet Sihat share dengan kami, eh dia share je kat facebook dia, public, dia berjaya cecah 100k view dalam sehari. Hahhaha, memang terbaik, apa rahsia disebalik kejayaan beliau tuh. Oh ada je caranya.




Tentu sekali lah dengan platform Diet Diet Sihat. Page kami yang sudah mencecah 159 ribu likers tuh dah banyak buat artikel viral. Tapi ingat, bukan semua artikel boleh viral. Tapi macam mana nak buat artikel viral, tapi boleh menjual dan dapat sales ? Hhahaha, yang tuh boleh join team kami untuk dapat lebih feel lagi. Selain itu anda akan dapat menggunakan platform page kami untuk memantapkan dan meramaikan lagi page view blog anda. Yehaaa

05/04/2017

Pernah dengar tak benda nih, kalau jodoh tak kemana, kalau bodoh pun tak kemana? tak pasal pasal bodoh pulak, ini jodoh weih. Hahhaa, ada orang sampai salahkan tuhan, katanya tak temukan jodoh beliau. Memang ada orang yang sukar nak kahwin. Tadi baru je aku baca, Stephen Chow pilih untuk tidak kahwin, hahaha, hadoi. Banyak duit pun, payah jugak. Jadi, aku nak cerita pasal bertemu jodoh ini. Best tak ?



Cara Dulu : Pilihan Mak Ayah

Hooo, zaman dulu nih, lagi payah, anak perempuan kena lah ikut cakap ayah. Kalau ada orang yang masuk meminang, lepastuh ayah terus setuju, jawabnya kenalah terima, tanpa banyak tanya. Itu terjadi kepada family mertua aku. Diceritakan oleh wife aku, mak memang sekolah best, tapi tak masuk universiti, sebab dah ada orang masuk meminang, jadi jawabnya, terus kahwinlah. hahaha.

Kawan Rekomen

Hada pulak yang kengkawan, rekomen, kenen kenen. hahaha, ini pun terjadi kepada kengkawan jugaklah. Rasanya Nurul dan Akmal, direkomenkan oleh Atie dan Ober, hahahah. Best jugak tuh.Kakak ipar, tauke mumsluv pun , bertemu jodoh, sebab ada orang tolong temukan. hahaha, best tak ?

Ada Ke Perkhidmatan Temukan Pasangan ?

Zaman makin canggih, kau tahu tak, kat negara moden sana, memang ada pakar matchmaker. Siap ada sijil semua. Depa memang pakar, temukan kau dengan orang yang mungkin sesuai dengan kau, dan depa usaha supaya kau dapat kahwin. Hahhaa, power tak. Nak lagi power, kat Malaysia ni, ada seorang insan, yang rupanya dah lama buat kerja nih. Hahhaa, power siut, cuba kau buka LunchActually, hahaha insan hebat bernama Violet Lim nih, pakar, memang belajar dan ada sijil dalam bidang bertemu jodoh nih. Hhaha, power weih. 

Jodoh Kena Usaha.

Apapun, kalau kau rasa betul betul nak kahwin, kau usaha sebaiknya. Kalau kau rasa pilihan mak bapak kau tuh macam kuno sangat, why not kau cuba cara moden nih. Hahahha, usaha usaha, yang buka hati ni kerja tuhan.
Hahaha, ingat lagi tak, abam ada submit instant article harituh. Pagi tadi dah dapat result. Nampaknya kena review lagilah. Lepas tuh abam buat balik, kasi formating sama dengan website punya. Bertabahlah bak kata dex hanita. Hadoi , tapi takpa, branding punya pasal, abam akan bersabar dan terus bertabah, cekal waja. Lambat laun, lepas lah tuh. Doakan yang terbaik




Nampak instant article boleh pergi jauh. Dari segi branding. OKlah tuh, kita nak the best , langkah pertama dalam cycle baru nih, ialah buat website baru, branding balik team, Dulu chromatic, sekarang Diet Diet Sihat. Yehaaa. hahah depa dok ligat update sales VIVIX, baguih baguih.

04/04/2017

Dalam team kami Diet Diet Sihat, senang je fokus dia, hangpa semua kena viralkan kebaikan VIVIX shaklee. Macam mana nak buat ? Hahhaha, senang, tak susah, dengan guna teknik viral. Teknik viral nih bukan viral biasa biasa je. Mesti ada falsafah dan kefahaman dan adat. Mesti tahu kenapa nak viralkan artikel barulah betul niat tuh.




So kerja team kami, senang je, keep on viral. Jangan pilih artikel tah hapa hapa nak viral. Contoh viral nora danish cium mulut, uqasha senrose kembali buka tudung, akacan kecoh pergi travel tak jaga downline, so, takde faeda tuh. Ada benda yang baik untuk diviralkan, jadi pilih yang baik. Niat baik, insyaallah dapat pahala, kerja orang tuh nak beli, kita serahkan kepada business partner nombor 1, Allah swt. 

03/04/2017

Kalau korang pernah buka blog di FB sekarang, sangat cepat, terus baca, hilang sidebar, iklan semua, itu semua kerja projek terbaru, tahun lepas rasanya dah ada. yang dipanggil Accelerated Mobile Pages. Hhaha, ini projek terbaru google, depa nak kasi loading cepat blog kita senang baca. Kat FB tuh depa buat instant article, so terus baca senang jimat masa loading.





Sebab nak upgrade sales vivix, itu sebab kami bangunkan baby baru, DietDietSihat.COM . Itulah pasal, buat ke platform wordpress yang banyak plugin dan lebih canggih. kat sini dah setel buat amp untuk google dan fb. Tapi untuk fb, pun dah setel hantar review, sebab FB ni dia kena review dan sebagainya. harap harap oklah, takda masalah sangat. Hhaha, penangan punya usaha, dari bulan lepas, projek vivix terbaru kami, korang boleh join buat sapa yang betul betul busy gile, tapi nak jugak buat business. 

02/04/2017

Alhamdulillah, tercapai hajat abang joe, rupanya, blog baru kami, Diet Diet Sihat . Com, bermula dengan platform wordpress, telah pun menjadi kenyataan, pejam mata beli domain dan hosting. Alhamdulillah, kami akan update dengan artikel menarik, sesuai dengan projek misi viral kami, 




Cycle baru ni dengan website terbaru nih, memang best. Hhahaha, memang dah lama nak pakai ke web yang lebih profesional dan kemas. Cuma tunggu masa yang sesuai. kalau tak update setiap hari, rugilah, sebab belanja besar jugak. Harap kami semua konsisten untuk sebarkan kebaikan kepada masyarakat malaysia. Alhamdulillah..

01/04/2017

Banyak cara untuk jual buku, ada yang pakai fbAds, ada yang fb tak ads, dan ada yang jual guna mulut je, kalau korang perasan, aku dulu pernah tulis pasai ketua saintis dunia, itu lagi jual buku fotostat, rm 5 je, lagi ganas. Hhahaha, takpa, aku pun tak reti nak buat ayat ayat  tuh semua. Baik korang refer kawan kawan kat bawah nih yang deme jual buku, bagus punya.




Ramai lagi penggiat buku buku dalam kawan facebook abam joe . Tapi paling power tentu sekali kata kata negara buku tuh, "kami jual buku, bukan jual maruah" . Hahahha, nampak gile powernya. Nampaknya kita kena bersabar. Buku memang senjata yang gile hebat. Ilmu itu pengubah nasib kaum di dunia. Jadi jom ramai ramai baca BUKU !!!