Blog Orang Selangor

31/03/2017

Salah satu acara yang perlu dibuat oleh semua peserta team building supermom ialah mengikat rakit dan mendayung. Hahha, pertandingan nih, memang power, mula mula ikat rakit, guna tali rafia, lepas tuh, apa lagi, semua orang kena mendayunglah. Nampaknya, antara team yang berjaya ialah pasukan hijau. Tahniah ye.





Rupanya teknik mendayung ni  memang ada caranya. Abang joe punya team memang menang gaya bebas, berpusing pusing. Baru ku tahu, cara nak reverse, cara nak forward. Hadoi, sampai melecet tangan ku nih. Oklah, mandi basah punya kat air kolam nih. Apopun, feel jugak sukan nih. Menjerit jadi penyokong jelah. Bebudak suka. Kerjasama, balancing, strategi, nasib, kekuatan tangan, menentukan kemenangan anda. !!!

30/03/2017

Hahhaa, ini semua tajuk lagu search mat rock, biar rock sampai ke tua, hidup ni, mana ada pencen. Tapi tulah, bila mati nih, barulah kau rehat. Eh tak penat ke ? Itulah hakikat. Tapi dah tua tua ni, ada ke bajet ? ada saving ke ? ada rumah ke ? sihat ke ? ke tak sempat tua, muda dah mati ?


Itulah dilema yang kita alami sekarang. Dilaporkan , ada 100,000 orang tua terbiar , tak terjaga, kesian pulak. Takkan nak jadi camtu.Hadoi, kesian oh kesian. So, nak buat macammana ?

Nak bestnya,dari muda ni nak kena buat sesuatu. ye, buatlah sesuatu yang bagus. Kalau boleh setelkan hutang masa muda, buat cepat. Jangan bawak hutang sampai tua. bahaya jawabnya. Sebab mati pun tak pasti, jadi setelkan yang mana boleh setel.

Lepas tuh, buatlah sesuatu untuk pelaburan akan datang. Mana tahu masa tua dah tak larat nak kerja, atleast ada benda backup baik punya. 

Lagi satu, last sekali, jagalah kesihatan. Nanti tua nanti, kalau nak rock sampai tua, mesti lah kena cergas dan fit, hehehe, makan shakleelah jawabnya. Seronok pulak tengok geng geng amerika nih. Umur dah berlanjutan, tapi masih steady je. Barulah nikmat. 

Allah pun dah cakap, badan ni amanah, so jagalah elok elok. !!! Jangan sampai tua terbiar, so bertindaklah dari sekarang, untuk masa depan !

29/03/2017

baru baru ni dikejutkan oleh iklan iklan kecantikan yang super duper gile, weih. Hahha cantik dalam masa 3 hari, cerah sampai urat hijau, cerah sampai blink dalam bilik gelap, dan macam macam lagi. Obses pulak tuh deme membelinya, dek kerana teknik marketing dasyat, masuk tv, bila KKM kata tak selamat, deme kaya raya, buat produk lain pulak. Kaya macam tuh bagus ke ?




Jadi buat pembeli produk kecantikan, buatlah kajian sikit, bacalah sikit ingredient dalam tuh. Kan dalam Islam pun suruh buat study, selidik maklumat, jadi apa apa pun selidiklah dulu, takut takut ada jin ke, kimia ke, virus ke, ada kajian ke, ada makan sunnah ke, ada landmark study ke, jadi buatlah betul betul ye kajian tuh. Kang menyesal, kulit terkupas merana, hadoi sakit woo. Kalau orang bagi free tuh, tengok tengok dulu, jangan sebab free, kita pun belasah je amek, lepas tuh habis muka kita.

sebagai lelaki yang mementingkan kecantikan, sebenarnya ianya bermula dari dalam. Tapi 2 tahun lepas ada kelas kat supermom tuh, abang tetiba jatuh cinta pulak kat pencuci Nutriwhite, hahaha, nampaknya kena request full set untuk hadiah hari jadi. Hari hari boleh layan spa kat rumah, yehaaa. best tuh ayu kaw kaw kaw

28/03/2017

Salam sejahtera semua, ada orang tanya, macam mana nak suruh ramai like page kita ? hooo, ada macam macam cara. Cara paling cool, sebenarnya guna Fb Ads senang. Tabur duit, cari yang betul betul targeted, memang boleh dapat like. Tapi dalam masa yang sama, depa tanya, ada cara free tak ? Ye, ada guna teknik VIRAL. 




Kalau rajinlah, cuba cari artikel viral, post viral, nama page pun mesti viral jugak. Dulu ada satu masa, boleh buat aplikasi dekat facebook. Time tuh kitorang buat, dapatlah 80 ribu likers, naik sampai 90 ribu, menurun pada tahun 2014 tinggal 60 ribu, sampai jadi 59 ribu, page Diet Diet Sihat tuh terbiar. 

Apa yang saya buat, ialah dengan likers sebanyak itu, jangan update pasal sales je. Updatelah pasal benda yang diorang suka, benda yang diorang engage, lepastuh diorang akan share. Kat situ nanti, kau akan nampak likers tuh mula menaik , kalau benda yang kau letak tuh best, memang likers tuh boleh naik dalam 4 ribu lebih dalam seminggu. hhaha, ikutlah kerajinan. 

Kalau rasa nak buat page baru, yang ni, kau kena kuat semangat, start balik dari awal, promote pada niche yang betul Hhahaha, promote promote promote, viral viral viral viral. Nak senang, tumpang page yang likers dia berjuta, ada harapan nak likers naik. hahahahaha

27/03/2017

TERUSKAN VIRAL UNTUNG AKHIRAT DUNIA

Alhamdulillah, semalam ada jugak cerita macam mana nak manfaatkan page Diet Diet Sihat untuk kebaikan bersama. Bukan sekadar nak menjual, tugas kita , lebih dari itu.

Kuatkan semangat untuk meneruskan perkongsian, kalau viral tuh, berdoalah agar viral tuh bermanfaat, untuk kebaikan bersama.



SOLUSI TERBAIK

Kita bagi solusi terbaik, yang terbukti dengan ujian klinikal, yang ada #landmarkstudy, itu pun benda baik. Depa nak beli tuh, bukan kerja kita buka hati depa, tapi kerja kita , usaha usaha dan usaha, sampai ke janggut putih, sampai muntah, teruskan viral dan viral.

Alhamdulillah, kekalkan momentum, terus fokus, insyaallah kejayaan akan menyusul. Buat semua team Diet Diet Sihat, korang memang POWER !!!

26/03/2017

Hahahha, tak pasal pasal tahun, berjaya jugak join satu event kereta, walaupun dah lama berminat, dah lama daftar dengan CFBM, tapi belasah jugaklah join. Sebabnya, jadi silent reader je, membership pun tak renew, tapi oklah, bangga jadi member cfbm, ada sticker kat belakang tuh. Hahhaa, layan siut.


Acara macam biasa, semuanya kat situ ada pertandingan kereta jugak. Hhahaha, ahli cfbm, yang join pertandingan, macam macam kategori. So tahniahlah kepada yang berjaya. hahha ni ada sedikit result  yang aku cilok dalam group. Kalau paling clean tuh, aku ucap tahniah, sebab kereta aku, memang bebudak sibuk makan kerepek, baru kemas sikit dah sepah balik. Hebat korang !!!


Sexiest Car:
1. FB371
2. FB235
3. FB153

Cleanest Car:
1. FB233
2. FB209
3. FB436

Sexiest Rim:
1. FB027
2. FB101
3. FB202

Loudest Exhaust:
1. FB406
2. FB259
3. FB177

King of OEM:
1. FB006
2. FB465
3. FB454


Sebenarnya kaw  kaw panas jugak semalam, hahaha bebudak nih sempat pulak nak berlari ke stadium mini sebelah tuh. Takpa, semuanya geng geng cfbm, makan bawal power, hahaha, sedap pulak bantai sotong bakar kot. Nanti kena try bawal pulak. Hhahaa, air oren sunquick, weih panas , kena minum air masak banyak. Oklah, memang terbaik geng geng civic fb semua. Tak sempat nak melayan sampai ke petang, sebab ada jemputan coaching dengan team jutawan besi Najihah Razali.

25/03/2017

Sebenarnya gua nak tidur area lumut masa habis kenduri fariz anak mak lang, harituh, tapi tah macam mana, kesian pulak gua  tengok area lumut. Memang boleh kata mati. Hotel lama gua duduk dulu, lumut country resort, dah boleh jadi lokasi filem seram. Macam mana pun kitorang balik area manjung, tengok ada tempat tidur best pulak kat Hotel Ritz Garden Seri Manjung nih.



Nak cerita jugaklah, kitorang terpaksalah tidur sini, sebab tak jadi nak follow mak ayah nak lepak area taiping, esok sebabnya kami nak kena gerak ke area broga, hahha, ada team building pulak. Punyalah penat, takpalah, janji layan. Memang pengalaman menarik jugak korang tidur sini. Bandar dekat makanan banyak. Lepas tuh kalau korang nak jalan teluk batik, lumut, pangkor, dekat je. Ok je bilik dia, janji boleh tidur. Aku ambil standard je nih, RM 127 termasuk gst, ada breakfast lagi. Hhahaha, bajet hotel yang memang sempoi.




Malam tuh edisi tambahan, lepak ruma pengantin askar TLDM dan kekasih negari dibawah bayu, kitorang layan game, cabutan bertuah, mee rebus, nasi kenduri, dan macam macam lagi hidangan. Kutip duit syiling, dan macam macam lagilah. Buka hadiah, tapi hadiah tak dapat, sebab tuh pengantin punya. Hhaha,layan jelah ye. 


24/03/2017

Aktiviti lepas COD shaklee ialah biasanya pergi makan. Lepas hantar set basic vitalea dan vitamin C kepada kak maslinah , kitorang cari tempat makan kat area bukit jelutong. Yang ni area kaw kaw punya ramai, oh sebab ada apartment, adui. Oklah, tengok kedai, macam meriah, tapi kedai mamak, semua nak merasa masakan melayu, terpergi kedai melayu nih. Hahhaa, oh nama dia jasmine tomyam


jasmine tomyam bukit  jelutong



Hahhaa, apapun, mula mula tengok, boleh tahan ramai, kitorang order nasi putih dua, tomyam campur satu, daging pedas, telur bungkus, dan air kosong 3. Hhahaha, sekali hidangan dah sampai, sekali aku ingat tak cukup, rupanya, budak budak pun makan sikit je. Last sekali aku yang bedal. Hahhaha, kuah dia sedap, hahhaa, memang feel. Ada satu perasan lagi, budak budak ni minum ais kosong, malam tuh sambung cod ke seksyen 9. Hahhaa, feel siut. bebudak senang tidur. Kalau tak dulu bedal teh o ais malam malam, terus hyper, hahhaha. Memang feel weih !!!
Ada satu masa jap, shaklee buat reality check, betul ke berkesan. Hahhaa topik ni di sertai dengan panel luar. So banyak jugak isu yang diperdebatkan. Betul ke orang yang dah makan sihat dan senaman tak perlu supplement ?


kenapa makanan tambahan penting


Dalam proses permakanan sendiri, makanan kita ni dah berkurang zat , ini semua ada dalam kajian landmark study. Ye, memang dikaji, kerana faktor tanah nih, makanan sekarang dah drop banyak nutrisi berbanding yang dahulu.

Tambahan lagi pencemaran udara. Boleh dikataan sebenarmya partikel kecil dalam udara adalah 300 kali lebih bahaya dari asap tembakau. Hahhaa ini berdasarkan kajian dari sebuah institusi antarabangsa.

Ada satu sudut lagi penyakit ambil masa lama untuk terjadi jadi, jadi satu study khas berkaitan supplement telah dijalankan. Nak kenal pasti kesan jangka masa panjang orang yang makan supplemen. Kajian tuh membuktikan orang yang makan shaklee lebih sihat dari golongan yang makan multivitamin lain dan yang tak makan vitamin langsung.

Jadi kalai fikir banyak faktor lain yanh terjadi , mempengaruhi nutrisi. Belum lagi masuk permakanan tak sihat seperti gula putih dan sebagainya.

22/03/2017

Hahhaa, ini semua penangan team Diet Diet Sihat, menggunakan platform nih, semuanya berjaya dan gila sakan update blog mereka. Memang terbaik. Mereka dari sini belajar macam mana nak buat artikel viral yang mudah, lagi lagi memang meluas, sambil tuh buat blog, lama lama akan dapat hasil dari google.


viral dapat duit


Buat blog ni perlukan kesabaran. Belajar belajar dan terus belajar. Memang best kalau kita buat viral berfaedah nih, bukan viral bukan bukan yang tiada penyelesaian. Kami senang je, setiap masalah kesihatan nih, ada solusi dan pencegahan. Nak tak nak, shaklee memang the best produk, tuh solusi terbaik, jadi,setiap artikel tuh , takkan terbiar kosong tanpa jawapan.

Untuk team semua, keep on update, viral benda benda berfaedah, ramai mereka diluar sana dahagakan ilmu dan penerangan dari anda. yehaa.
Cuti cuti ni kami bawak anak anak join team building. Hahah yang ni bawak anak anak join program nih. So kalau kita join, anak anak pun join , ada outdoor aktivti dan macam macam lagi.


supermom team building 2017


Paling penting, budak budak ni terdedah lagi dengan business shaklee nih. Selain itu mereka dapat buat kawan baru. Lepas tuh, merrka join sukaneka, itulah mereka sentiasa belajar pasal semangat kerjasama dan sebagainya.

Alhamdulillah, harini dapaf bawak diorang ke program nih, bagi pendedahan terbaik untuk belajar dan mereka ni future leaders kami.
Bukan nak cakap sesiapa tapi aku nak cakap kat diri sendiri jugak. Kau pernah ke kelas yang membakar jiwa kau ? Contoh kau pergi kelas macam macam magnet rezeki, magnet kekal, magnet kematian, dan mcm mcm lagi. Oh ok asyik pulak stress lagi ?


stress memanjang dah pergi kelas motivasi


Paling penting, sebenarnya kita kena selalu beringat berzikir baca quran, dalam tuh pun lagi banyak motivasi. Ada satu bagus lagi pagi pagi pergi bersenam aktif dan tolong orang, itu pun motivasi. Tapi dah cukup ke buat semua tuh ? Hooo belum lagi.

Saintis menemui SEROTONIN, hahhaa ni cecair baik punya dalam neuron transmitter dalam otak. Cecair ni dikatan punca kepada kehidupan yang lebik baik, lebih tenang, lebih bermotivasi. Kekurangan cecair ni membawa kepada kemurungan, stress, dan macam macam lagi, yang berkaitan dengan psikologi negatif dan ketenangan bukan sekadar zikir, tapi juga permakanan yang sihat.

Saintis termui lagi, asid amino bagus untuk penghasilan serotonin dalam otak nih. Tambahan lagi vitamin yang baik seperti lecithin, omega3, vitamin b kompleks dan elektrolit, yan cukul, buatkan otak kita cerdas, dan baentiasa rileks dan cool. Sebab tuh orang pening kepala, bagua makan vitamin b compleka shaklee. Lecithin pulak bagus untuk funhsi otak dan memori. DHA dalam omega 3 bagus untuk memori dan elakkan alzeimer dan macam macam lagi.

Jadi, kalau rasa dah cukup bermotivasi, tali masih marah marah orang, depreasi, kena check balik nutrisi, ok ?
DALAM banyak banyak buku di baca, ada satu buku, memang sangat cool, dirumah bapak aku. Aku baca baik punya. Buku ni adalah cerita tentang orang yang palik layal cakap pasal p ramlee, iaitu AziZ Satar, tapi dah pun meninggalkan kita dengan teladan , jenaka, dan pemikiran dalam semua filem bujang lapok.


buku tentang aziz satar


Tengok gambar gambar lama tyh memang best. Tapi ada satu bahagian dalam buku ni adalah bahagian paling penting. Iaitu bersama lagenda P Ramlee. Ada satu perbualan yang Aziz Satar tulis dia ingat pesan p ramlee kepada beliau

" Kita mesti tolong orang bawah naik atas bersama dengan kita '

Kata kata ni aku simpan dan ingat. Bak kata sebagai khalifah, memang tugas kita , bawa mereka yang dibawah naik bersama sama kita, maju bersama sama, dalam pelbagai bidang sekalipun. Itulah satu kemestian hidup bersaudara .Ianya jugak sama dengan biz yang bang joe buat sekrg. Hahaha memang layan buku lamo lamo nih.

18/03/2017

Al kisah ada dua din ( takde kena dengan master din,hadihaizil din ) hahaha. Ada satu masa, RICH DIN buat majlis kesyukuran di rumahnya, ajak satu kampung makan. POOR DIN ni tertanya, kenapa RICH DIN macam berlagak. So masa ni ada peluang nak tanya RICH DIN kenapa dia bermewah mewah.


rich din vs poor din


POOR DIN dah sampai kat majlis tuh, tanpa buang masa, terus tanya berapa kaya nya RICH DIN nih. RICH DIN sudi jawab , tapi POOR DIN pun mesti cerita , berapa miskinnya POOR DIN nih. OKlah, cerita ni dimulakan dengan POOR DIN dulu.

POOR DIN memang kerja rileks je, ada job jalan lah. Ada masa malas nak usaha, harapkan bantuan kerajaan. Rumah pun biasa je, asyik lepak mminum, makan pun tak jaga, merokok, minum benda manis banyak. Lepas tuh rumah tuh, tak berapa bersih, katanya malas, nak upah orang bersihkan pun malas. Lepas tuh teruknys poor din ni beli kereta kancil, dengan pinjam duit ahlong, ada masa tuh bawak kereta kancil tuh pergi racing, bawak kawan datang rumah, layan pulak minum, kekadang borak sampai ke malam, lepas tuh terlepas main pakau sampai jadi judi . Itulah kerja poor din. Kekadang tuh ada kerja, tapi harap keajaiban je, harap bantuan kerajaan.

ok POOR DIN, dah habis cerita. Jadi POOR DIN, nak tahu pulak RICH DIN buat apa. Sebab dia pernahlah perli RICH DIN, mewah gile, bajet nak menunjuk. So RICH DIN pun start cerita dia macam nih.

RICH DIN ni rajin, ambil peluang, belajar berniaga, siang malam kerja. Dulu dia pun macam poor din, tapi dia sentiasa ambil peluang berniaga. Dari modal kecil, sampailah business dia berkembang. Lepas tuh usaha usaha, akhirnya duit banyak kaya raya. Dia beli kereta VELLFIRE putih, beli rumah banglo, semuanya cash. sebab hutang ni boleh jadi RIBA. Dia beli vellfire nih, bukan saje je, tapi ambil peluang guna kereta tuh bawak OKU, pergi masjid, bawak anak yatim hantar ke sekolah. Lepas tuh tumpangkan orang jalan kaki pergi masjid dengan VELLFIRE putihnya. Rumah besar dia bukan duduk rilek, tapi selalu buat makan makan untuk orang susah dan anak yatim. Selalu jugak rumah besar Rich Din ni gunakan untuk buat kelas agama, kelas business, kelas tusyen, semuanya percuma untuk pendduduk kampung tuh. Rich din tak suka minum dan tak merokok. Duit habis beli makanan tambahan, sebab tahu, kena sihat nak bantu orang susah dalam kampung dia.

Hahha, macam tulah cerita, dua dunia berbeza POOR DIN dan RICH DIN. Nampak tak ada beza ? Ada orang kata buat apa ada harta banyak banyak, harta tak bawak mati pun.

Ok itu memang pasti. Tapi tahu tak, setiap harta yang kita ada, itu yang akan ditanya. Apa yang kita guna , itulah yang Allah kira untuk kita masuk syurga. BUkan berapa banyak berapa mewah harta yang kita ada. Kalau kita hidup ala kadar, tapi guna kancil pergi racing haram macam poor din, kan tak bagus tul tak ?

Moral of the STORY ?

Kalau minda korang macam POOR DIN, jawapnya toksah buat apa apa, janji ada orang bantu, janji gaji jalan, janji ada sales, takyah nak maju sangat hidup.

TAPI

Kalau minda korang macam RICH DIN, korang mesti usaha sebaiknya, kembangkan business korang lagi, sebab tahu banyak benda kebaikan korang boleh buat bila dah KAYA.

So korang fahamkan Kenapa Orang Islam kena KAYA ?

17/03/2017

Alhamdulillah, dapat jugak merasa ice bucket nih, semuanya untuk bebudak nih yang penat ikut kami sana sini. Oklah, takde pulak kami nak order yang besar. Kalau besar tuh, jawabnya boleh pengsan. Hhaha, takpa, yang kecik ni pun cukuplah untuk diorang. Mak bapak takleh lah nak melantak, kito ni kena jaga diet, almaklum umur dah makin tua. Hahaha. Ok, nanti jumpa lagi ye. Ada sape nak sponsor kami ? contact je saya, nanti saya buat review.




16/03/2017

SUPIRMOM : BILA MASA KAU BUAT BUSINESS ?

Menjadi suami kepada supermom Ainul Fadzilah Mustafa ? Hahaha cabaran weih, bila dah dua dua bekerja sama sama. Kalau nak kerja dengan supermom, mesti power rangers, sampai gelaran menjadi SUPIRMOM . Hahaha supir ni power , bukan sekadar supir.


suami buat business shaklee

1. POS BARANG / ANGKAT STOK

Biasa jadi supirmom kenalah buat kerja kekuatan fizikal, hahhaa, pergi pos barang, kenalah buat, hahhaa inilah powernya, buat yang terbaik, pergi cod sana sini, tak leh mengantuk, jadi minum cinch tea, kasi metabolism baik punya. So kena telan vitamin b kasi power. Energy fizikal mesti power.

2. DENGAR JUGA SHARING UPLINE

Hahaha, ini memang takde mase , sebab kena bawak kereta, takde masa, tapi teknologi ada, kita mesti guna baik punya. Harini supirmom dengat live special kelas dari Zainul Anuar, hahaha, sementara nak balik rumah tuh, dengar dalam kereta dulu. Feel siut.

3. COACHING MARKETING

yang ni pulak supirmom boleh bantu dari segi teknikal, hahaha, memang tetbaik, update blog, belajar marketing guna page Diet Diet Sihat hahhaa ini powernya viral marketing. Hahhaha memang terbaik.

4. RASIONALISASI

paling sukar, ini yang kena jadi. Kalau kita , faham,kan masalah supermom, menjadi telinga, hahahha. Inilah sukar sekali dalam hidup supirmom. Hahhaa payah woh. So sentiasa pasangvtelingan dan jadi punching bag, bersedia setial masa. Best tak ?

Hahhaa business nih, mesti sering dan sejalan seindah bunga di taman, kena bergandingan, yehaaa, boleh jimat masa. Biasanya nak cakap, memang gaduh tuh norma kehidupan. Kunci kejayaan ialah KESABARAN. Ingat tuh

SUPIRMOM PERLUKAN KESABARAN !!!!

15/03/2017

Salam sejahtera semua. Haritu geng ASB baru balik dari ASB getaway, hahaha, sambil picnic moknik kat tanjung biru tuh, kitorang lepas tidur malam dekat Hotel Thistle Port Dickson. hahha, selain dari bilik yang cantik, tilam sedap bak kata master din, ada beberapa aktiviti best, berfaedah serta memberi peluang untuk beramah mesra dan meningkatkan ukwah sesama insan ireach nih. Meh abang joe kasi gambaran apa yang kitorang buat kat sana. Ni ada jugak beberapa video live yang korang tengok, tentu boleh muntah, hahaha.

1. MAIN LEGO

main lego dekat thistle hotel port dickson

2. BERSENAM

bersenam di hotel thistle port dickson

3. BERKELAH

berkelah di padang rumput thistle hotel port dickson

4. DRAMA PENDEK

buat drama pendek thistle hotel port dickson

5. SUKANEKA

anjuran sukaneka thistle hotel port dickson


6. TENGOK ARNAB

tengok arnab di thistle hotel port dickson






7. MANDI KOLAM

mandi kolam thistle hotel port dickson





Nak cakap, aktiviti nih memang super duper best, lagi lagi dengan family besar shaklee nih, korang pun boleh join sekaki, hahaha, buat yang terlepas, geng geng asb, jangan lupa kita ada lagi program macam nih. Feel siut, hahaha, apapun, enjoy dan ukhwah semua. Berminat nak join ? contact aku sekarang ok ?

14/03/2017

INSPIRASI, ASPIRASI, KONSPIRASI, SERASI

hhahaha dalam banyak banyak topik menjadi inspirasi kepada orang lain, ada banyak benda yang korang kena faham tentang benda benda di atas, hahaha, benda ni memang best, so aku nak ulas sikit, tetiba jadi cikgu bahasa.,


menjadi inspirasi untuk berjaya

INSPIRASI

hang nak jadi inspirasi, kena ada sedikit kejayaan, hahah, takyah besar mana pun, depa nak jadi macam hang. Tapi hahaha, jadi rock n roll sudah, kita jadi diri sendiri senang.

ASPIRASI

Apapun kita buat, kena buat sungguh sungguh, aspirasi ni kehendak yang kuat, kena buat sampai muntah punya. Hang ada aspirasi, bila dah berjaya, boleh jadi inspirasi,

KONSPIRASI

tapi bila hang buat benda tak baik, itu boleh jadi konspirasi. Aspirasi berbentuk negatif, sangat bahaya, malah kalau silap silap, jadi konspirasi, benda gempak, tapi apa pun tak jadi.

SERASI

Paling penting, ianya mesti serasi dengan jiwa. Buat apa ikut inspirasi dan aspirasi, kalau ianya tak serasi dengan jiwa hang. jadi buat yangs serasi. Paling penting, mesti ada pasangan yang serasi. kalau tak serasi, kena cari jalan kasi serasi ok ?

13/03/2017

jujur dalam business sangat penting


Jujur dalam business adalah elemen penting dalam business. Dalam business shaklee, saya sendiri melihat ada up and down. Nampak orang yang berjaya nih, pada mulanya memang power, tapi bila jatuh, sukar nak bangun balik. Sebabnya, ialah tak jujur. Jadi, macam mana nak atasi masalah kejujuran nih, tengok video  kat bawah nih.


rahsia kekal lama dalam business


Rahsia kekal lamadalam business ialah cara kita dapatkan UNTUNG. Bukan sekadar ada untung, buat business tuh untung, jadi tontonla video saya di bawah ni, masa ni kami kat thistle, feel siut, waluapun ada rasa berat hati, tapi tulah feel pulak pepagi ni , bangun awal, buat task tsunami shaklee. apapun korang layanlah video nih, yeah !!!


FACEBOOK SALAH SATU SAHAM AKHIRAT

Bunyi macam tawaduk je, hahaha, orang kata facebook buang masa, ada yang kata lari fokus, sampai solat jumaat layan facebook. Tapi itu bagi mereka yang memang suka buang masa dekat facebook. Tapi, bagi orang yang berniaga, berdakwah, facebook nih depa guna sebagai PELABURAN AKHIRAT MEREKA .


kenapa kena guna facebook

NILAI PERKONGSIAN YANG MAKIN BERTAMBAH

Pesan kepada pengasas produk semulajadi, Dr Forrest C. Shaklee, kata business shaklee nih adalah hasil dari perkongsian, sharing, dan bukannya menjual. Lagi banyak berlakunya perkongsia, lagi bagus lagi kau boleh dapat nilai dari perkongsian tuh. Hahhaa, kan ingat tak, pahala orang yang menyampaikan benda baik ni berganda ganda ? Ye betul tuh. Lagi,lah sekarang nih. Cabaran dia ada dua, sama ada kau sebar cerita tak betul atau sebar kebaikan, hahah itulah cabaran kita.

VIRAL KEBAIKAN DI FACEBOOK

Hahaha, semenjak dua menjak buat task tsunami shaklee nih, barulah faham kenapa patut update facebook ni dengan benda benda bermanfaat. hasil dari tajuk tajuk tsunami shaklee yang power nih, dapatlah abg joe mengeluarkan pendapat yang tak berapa bernas nih. Antara yang banyak shares ialah

1- isu kematian harun din -159 shres

2- disebalik landmark study dan kesetian roger barnett - 116 shares

Hahaha, angka ni sekadar angka, yang penting keikhlasan yang kita buat, niat kita, kenapa kita mesti terus dan terus buat sharing, tak kisahlah fb , ig, blog, dan sebagainya. Lagi lagi FB , mudah viral .

MATI MAKIN HAMPIR, PECUT GEAR SEKARANG

Jadi kena pulun lah, buat benda yang betul betul bagi impak, mulakan sekarang sharing, kan ilmu tuh sentiasa masuk walaupun anak adam dah terputus jasad dan roh di dunia. Kalau kau dan aku semua keep on sharing kebaikan ini, produk terbaik , business terbaik, solusi terbaik, inilah rahsia business dan legasi kau akan BERKEMBANG !!!

11/03/2017

KERADANGAN PERLUKAN KESEIMBANGAN OMEGA-3 DAN OMEGA-6

Dalam dunia nih, kau tahu, semua benda perlukan keseimbangan, berpada-pada, tak boleh kurang dan tak boleh berlebihan. Hhahhaa, bahkan dalam organisasi badan manusia, yang sangat complex, sebaik baik kejadian, pun perlukan keseimbangan. Hhaha, ok yang ni mukadimah. Kata kunci dia ingat, keseimbangan.


atasi masalah keradangan


KERADANGAN : BAIK DAN BURUK

Keradangan ni , perlu ke tak perlu ? Ok aku jawab senang je. Perlu dan tak perlu. Bila masa perlu ? Bila kau mengalami jangkitan kuman, ada luka sikit. Masa ni keradangan akan mula bertindak. Mana nak tahu ? Kau tahu kan bengkak ? kulit merah-merah, itu semua keradangan positif. ye, kalau takda keradangan nih, susah kuman-kuman semua nak mati. Macam demam panas lah . Semuanya antibodi kita nak lawan anasir anasir yang mengacau badan kita. 

KERADANGAN PUNCA PENYAKIT KRONIK

Yang tuh keradangan level baik punya. Tapi kau jangan biarkan level tak baik. Yang ni jadi masalah besar, biasanya banyak penyakit kronik berlaku disebabkan keradangan buruk nih. Kalau kau teruk sangat, dia ni penyebab utama NECROSIS yang aku cerita dulu tuh. hahah amek kau. Jadi keradangan ni gila hebat. Memang kalau tak dijaga, boleh rosakkan jiwa dan raga. 

MACAM MANA NAK HALANG KERADANGAN JAHAT ? BERMULA DENGAN SINTESIS EICOSANOID

Hahhaa, eicosanoid nilah antara punca kenapa berlakunya keradangan. Ok. Eicosanoid ni aapa ? Dia ni bahasa mudah bila kau ambil Omega-3 dan Omega-6. takpun lemak tak tepu tuh. Eicosanoid ni adalah hasil sintesis yang berlaku bila kau ambil omega-3 dan omega-6. Antara jenis jenis dia ialah macam prostalanding, tromboxin dan lain lain lagi. Ok, eicosanoid ni ada jenis. Satu dia PRO-KERADANGAN, dan satu lagi dia akan hasilkan ANTI-KERADANGAN.

MANA DATANGNYA PRO-KERADANGAN ?

Jawapannya adalah pada makanan kita lah. Hahhaa, kau tahu tak, kalau kita makan makanan biasa. kita akan dapat banyak omega-6. Ye omega-6 , tapi omega-6 nih, jenis pro keradangan. Dia akan hasilkan eicosanoid yang galakkan lagi keradangan. Tapi nak cakap, kalau kau ambil sumber omega-6 yang bagus macam GLA, yang tuh dia akan hasilkan eicosanoid yang anti-keradangan. Hahaha, cuba kau refer gambar yang ada makanantuh. Sekali kau ambil benda bergoreng, habis dia bagi kau omega-6 yang jenis pro keradangan. Yang pro keradangan ni, kalaumelampau banyak, tuh yang jadi necrosis tuh, hahaha.

OMEGA-3 : EICOSANOID ANTI-KERADANGAN

So bila banyak bebenor omega-6 tak bagus nih, kau kena kaunter balik kaw kaw dengan Omega-3. Hahhaha, kau nampak tak ? Geng omega-3 nilah bagus, dia boleh bagi eicosanoid yang anti-keradangan. Dia kasi lawan balik, barulah kau boleh fight keradangan tuh. Hahha, best tak ? Sebab tuh , kau kena ambil omega-3 nih, kalau dah mula rasa tak best badan, dah mula kena sakit sendi, dah mula rasa sakit dada, dah mula rasa buasir. Barulah tak rasa sakit. Bagus kan Omega-3 ?

SUMBER OMEGA-3 TERBAIK

Hahha, kau tengok balik gambar yang aku bagi nih, ikan bela pun kasi omega-6 yang tak bagus, yang jenis pro keradangan punya eicosanoid. Sebab tuh nak tak nak, kau kena ambil suplemen omega-3 best punya, ada #landmarkstudy punya, bukan sembarangan. Kalau tak, badan kau setiap hari akan dapat omega-6 yang pro keradangan nih, lama kelamaan kau akan dapat sakit kronik macam kencing manis, nyanyuk, sakit sendi, sakit jantung malah kanser pun boleh. Jaga-jaga ye,

09/03/2017

WANTED: BLOGGER UNTUK MISI VIRAL

Ada sesiapa ke yang blogger, atau belum jadi blogger, tapi minat nak buat projek misi viral. Hahahha, ni bukan sebarang misi viral yang saje saje guna gambar artis untuk tunjuk buah tembikai, atau cerita cerai berai.


buat duit dengan artikel viral


Ini mahu betul betul nak sebarkan kebaikan, kesedaran, dan penyelesaian. Hhahaha, kenapa penyelesaian ? Abang joe tengok banyak orang suka viral, tanpa penyelesaian, tanpa testimoni hanya tips sahaja.

Boleh usha team abang joe kat page Diet Diet Sihat, setiap artikel viral, ada nilai dan penyelesaian. Paling best depa buat dapat pulangan best, yang memang unlimited (ikut usaha masing masing). Setakat 4 angka tuh, memang boleh sangat. hahaha.

kalau minat boleh WASSAP

08/03/2017

3 TIPS PENTING DARI PENAMPILAN USOP MENTOR

Salam Usop Mentor, apa khabaq ? hahah tetiba nak bunyi utara pulak. Salam sejahtera usop, saya faizsaaid, aka joe labu, insan biasa yang meminati seni rock tanah air. Tapi saya ni tahu pasal usop ni bila kengkawan viral pasal usop join mentor, hahah, tapi paling best yang saya tengok usop sampai la ni, saya belajar 3 benda dari usop.


usop mentor power

1. RUPA TAKDA TAKPA, JANJI ADA BAKAT

Suara usop bila nyanyi tuh memang sedap, walaupun depa duk gelak muka usop, tak glamer dan tak berapa hensem dibandingkan dengan penyanyi jambu yang lain. Usop punya suara tuh paling power, hahaha, memang terbaik, bakat ada, muka takda, teruskan jalan, jangan malu dan jangan segan.

2. USAHA TERUS USAHA

hahaha, cerita usop 3 kali jumpa mentor, dari Black, Akim sampai Hazama ambil usop jadi protege dia, memang bangga, Cuma yang bab tomok tuh memang kelakar. Yang penting usop ajar kitorang jangan putus asa, cuba dan terus cuba. Setiap peluang yang ada, teruskan dan datang setiap ujibakat yang ada, selagi tak clash dengan kenduri kakak sepupu.

3. LOGHAT ITU IDENTITI

Hahha, usop datang KL, menten cakap kedah, sampai semua orang suka, usop sempoi baq hang. Itulah pentingnya ada loghat tersendiri, bawak identiti negeri dan budaya. Sebab loghat ni buat usop berbeza dari protege yang lain. Bangga jadi orang utara, dan still cool dengan percakapan tuh. Memang power kau usop.

Oklah tuh je, semoga usop kau sukses dan terus sukses. Yehaaa, hang memang sempoi usop. Ceerita hang ni memang sejarah berulang, dari timbulnya Datok Hattan, hazama dan lepas ni hang pulak Usop. Sukses !!!!

07/03/2017

KEKURANGAN L-ARGININE ANTARA FAKTOR KENAPA BERLAKUNYA KENCING MANIS.

Hahhaha, semalam korang baca tak pasal NECROSIS ? terima kasih siapa yang share semalam , dan baca penerangan aku pasal kematian sel itu. Tapi hari ini pulak, cerita pasal salah satu asid amino yang badan kita boleh hasilkan iaitu ARGININE. Hhaha, tapi jap, tapi kenapa pulak dia ada kaitan dengan necrosis ? Hahhaa itu kau sambung baca lagi nih.


punca kencing manis

KEPENTINGAN ARGININE KEPADA BADAN

Untunglah badan yang Alllah buat nih, sebab ada satu elemen asid amino yang dipanggil Arginine yang bantu kita untuk kekal sihat. Kau tahu tak arginine ni buat apa ? Banyak fungsi dia. fungsi dia yang biasa ialah
  • elakkan inflamasi
  • mengendurkan arteri kita bila darah tinggi
  • tingkatkan imunisasi badan
  • kurangkan kesakitan otot
  • serap kotoran yang masuk pada buah pinggang

Yang tuh antara fungsi fungsi arginine, sampai bebaru ni, benda ni dapat sambutan dikalangan penyelidik, katanya boleh sembuhkan diabetes, darah tinggi, mati pucuk dan macam macam lagi. Nampak tak badan kau nih, special boleh hasilkan arginine nih, Baguskan.

TAPI KENAPA BOLEH JADI KENCING MANIS AKHIRNYA ?

Korang tahu tak sebab apa ? Jawapan dia sebab bekalan arginine tuh dah TAK CUKUP. Hahhaa, ye, eh sikit sangat ke badan kita hasilkan arginine nih ? Ye, memang tak cukup. kau tahu tak pasal apa ? Semuanya sebab tak cukup NUTRISI. Tambah lagi bila badan kau mula dah rosak. Kenapa atlet sukan yang stop boleh rosak badan dia, semuanya sebab kekurangan arginine nih.

  • LUKA/NECROSIS - sebabkan sel mula dah mati, arginine yang ada tuh terpaksa guna untuk sembuhkan luka yang dah berlaku
  • DARAH TINGGI - bila kau tak jaga makan, arteri dah berkolesterol, dan ada plague, arginine dalam badan kau kena ambil jugak untuk elokkan balik arteri yang ada
  • IMUNISASI - sebab sebab kau mula dah lemah kena serang virus patogen semua, akhirnya arginine yang badan kau pakai smeuanya kena pakai
  • OTOT CEDERA - lagi teruk sebenarnya ahli sukan yang cedera, lagi tak jaga makan, habislah arginine terpaksa pakai lagi
  • BUAH PINGGANG - yang ni kau makan tah apa apa, lagi lagi makanan tak berkhasiat, penat buah pinggang kau, kena ambil banyak arginine untuk bantu keluarkan toksik semua dalam buah pinggang kau.

Kau nampak tak ? sebab badan kau mula tak sihat sebab permakanan, habis rosak satu sistem badan, dah mula tak seimbang, bila benda ni sentiasa berlaku, lama lama kau akan perasan, berlakunya rintangan insulin, tak dapat bekerja dengan baik, dan akhirnya berlakulah DIABETES. Bila kau tak jaga lagi, jawabnya luka makin teruk, bila luka tak dijaga, jangkitan kuman, habis kau kena NECROSIS, sampai boleh kena potong kaki kau. hahhaa, Itu kau refer gambar semalam, gambar yang kaki gelap luka luka tuh, semuanya sebab tak cukup nutrisi, campur lagi gaya hidup tak sihat kita semua. hahahhaha.

KENA AMBIL EXTRA ARGININE KE ?

YA, WAJIB. Sebab badan kau pun makin lama makin tua, bukannya bagus sangat dah untuk hasilkan arginine nih. Jadi kau perlukan sumber arginine tambahan dari luar. Hhaha, ada macam macam makanan yang ada arginine nih. TApi nak paling best, aku cadangkan ESP SHAKLEE senang. Memang shaklee ni buat bagus punya, cukup semua asid amino, dari yang 9 yang essential termasuk jugak yang non essential. Yang non essential ni ada arginine. Hhahaha, nampak tak kena minum ESP ? Hahha, tetiba bila aku baca pasal nih, aku terus nak bancung cinch shake aku lepas habis task nih, eh perisa coklat sedap weih, NYUM NYUM !! . Jadi faham tak kisah ARGININE, KENCING MANIS dan NECROSIS semalam ? Hahhahahhaa

06/03/2017

NECROSIS : PEMBUNUHAN SEL BERAMAI-RAMAI

Hhahaha,pembunuhan sel beramai-ramai nih, hahaha, apa benda ni necrosis ? korang pernah dengar ? kalau aku kata gangren pernah dengar ? Hhahah, ok, kalau ko tengok luka orang yang kena kencing manis pernah ? Hahha ok, yang ni ramai confirm confirm pernah, paling sedih, tengok family sendiri pernah kena luka jenis nih. Bukan kencing manis je, tapi macam-macam pernyakit. Tapi nak tahu itulah kerja NECROSIS,hanya kematian yang sel yang ko kata sangat kecil tuh, tapi kalau tak dihalang, jawabnya kau akan hilang anggota badan !!!!


punca  utama luka diabetes


KEMATIAN SEL SECARA BAIK : APOPTOSIS

Nak diceritakan badan kita nih, Allah dah jadikan sangat istimewa. Sel pun ada kematiannya. Ada yang mati secara mulia, ye mati sebab diri sendiri nak mati. Kenapa ye ? sebab sel biasalah, dah makin tua, jadi nak selamat, kena matikan diri sendiri. jadi dia mati dalam perancangan. Mati sel macam nih, badan kita dah tahu, kena disalurkan ketempat pengkebumian yang selamat. Itulah proses APOPTOSIS. Biasanya memang selamat, dan tak berbahaya dan tak menyebabkan keradangan.

KEMATIAN SEL SECARA SENGAJA : NECROSIS

Tapi kau tahu, kalau sel tuh mati cara dipaksa, ditekan, oleh radikal bebas, gangguan luar, ubat, kimia, kebakaran, dan macam macam lagi, proses pembunuhan sel itu dinamakan NECROSIS. Ye, yang ni dia ganas sikit. Kalau necrosis ini, sel kau akan melepaskan satu cecair berasid, yang boleh menyebabkan keradangan, dan juga bahaya nya cecair ini boleh merosakkan sel-sel yang lain. Jahat tak ? Hahhaha, jadi nak tak nak kau kena cegah berlakunya necrosis ini. Kau tahu tak punca necrosis nih ? Kalau kau tetiba eksiden motor, atau berlaku kebakaran, atau ditimpa hujan asid, itu bencana, yang mungkin sukar dielak. Mungkin ujian untuk kau.

NECROSIS BERLAKU BILA DARAH DAN UDARA TAK SAMPAI PADA SEL

Ye, kalau aku kata macam nih, maksudnya, bekalan darah dan oksigen tak sampai, inilah punca bahaya berlakunya necrosis. Kau tahu kenapa berlakunya ini ? Ye sebab kita semua tak jaga makan, makan tinggi kolesterol, lepas tuh malas senaman, makanan pun sekarang dah tak cukup nutrisi, udara pulak banyak radikal bebas, lagi lagi kau kerja area bandar. Dulu dulu oklah area kampung, tapi sekarang ni duduk area bandar , banyak pencemaran, jawabnya memang diri kau aku dan keluarga akan terdedah kepada radikal bebas, yang boleh menjadi punca necrosis ini. Bab permakanan tuh, toksah ceritalah, aku memang fail lagi, kita makan macam-macam, sampai sedar tak sedar, saraf kita dah tersumbat dan boleh jadi inschemia, dan seterusnya menyebabkan necrosis. Hahha, yang kau tahukan, orang kena diabetes ? habis.

UBAH KE GAYA HIDUP SIHAT

Nak tak nak, salah satu cara nak elakkan necrosis, ialah stop merokok. ye, luka kau kalau nak elok, kena makan makanan yang banyak nutrisi. Kat sini suplemen membantu cukupkan apa yang perlu. Hahaha lagi nak best, kau kena ambil juga antioxidant power, bagi sel kuat, vivix lah apa lagi. hahhaha. Yang ni bagus dan terbukti untuk melindungi sel dan bagi sel kuat, supaya tak berjangkit dengan necrosis yang berlaku pada sel. Jadi ingat, berlakunya luka semua bukanlah ada faktor besar yang boleh kita lihat, tapi hanya sekecil pembunuhan sel, ianya boleh merosakan kehidupan kita.

05/03/2017

SARAWAK MENANGIS LAGI

Salam Andrewson Ading Seman, saya faiz, nama facebook joe labu. Hari aku ada datang kolej kelima dayasari universiti malaya, hahha, lama tak datang UM ni, sejak berhenti belajar. Jarang join aktiviti kolej macam nih, adalah dulu masa jadi tutor, terjoin tengok battle of the band kat kolej 12. Layan jelah masa tuh.


andrewson ading seman


MALAM PUISI DAYASARI

Malam puisi tuh dengan tema Aman dan Manusia tuh memang sukar sebenarnya tajuk tuh. Tapi tulah, sebab nak berhibur, bolehlah ada nyanyian sikit yang memang dah sah lari tema dan objektif nya. Tapi bila tiba part kau tuh, memang power, bila start je keluar video sarawak menangis lagi. Aku rasa ada sesuatu power yanng hendak di sampaikan, walaupun kau pegang kertas, macam tak hafal, tapi itu pun style, sebab aku tengok Pyan Habib pegang kertas, cool je, hahhaha,

PROTES DENGAN ILMU DAN SENI

Kalau kita tengok bumi orang , diluar sana, yang berperang dan bergelut itu memang sedih, tapi ada yang lagi sedih bila bumi sendiri yang dipijak itu masih lagi ditindas dan masih lagi ada masalah. Hahaha, kat mana nak berjuang tuh ? kat sini pun ada banyak problem lagi. Apapun teruskan perjuangan kau Andrew, biarlah protes itu dengan ilmu dan seni, dan bukan dengan kekerasan yang tiada kesudahan !!!

04/03/2017

CONTOH SURAT TERBUKA UNTUK IDOLA

Oh, rupanya aku suka tulis surat, sejak blogging di facebook, boleh pulak tulis surat menyurat nih, koleksi surat menyurat yang sempat dirakamkan di blog orang selangor.


teknik menulis surat terbuka

1. SURAT KEPADA AMRI YAHYAH

masa ni ambo tulis dia pemain senior yang patut kekal di selangor, tapi sayanglah, tak jadi jugak, akhirnya karier dia berkembang ke JDT dan MU, apapun memang idola masa sekolah menengah

2. SURAT KEPADA NORITA IDRIS 

masa ni mengimbau kenangan masuk kelas pertama kak N dekat pj dulu, hotel tuh pun dah takda. Belajar pasal sel, last last, arreessa buat hal, kena balik awal sebab adik bertunang, gambar feel pulak kat US harituh

3. SURAT KEPADA PRESIDEN SHAKLEE MALAYSIA 2017

surat ni adalah pertama kali sebenarnya gua tulis status facebook dalam bahasa inggeris. Mampus aku, mana aku reti tulis BI, nih, jadi aku belasah jelah apa yang aku tahu. Semuanya sebab nak cakap terima kasih sebab BLC2017 tuh memang tahap awesome gile, hahhaa, feel baik punya !!!

SURAT HAJI MURAT

Lepas ni jawabnya kalau rasa ada terima kasih ke, bagus ke, tak bagus ke, banyak bebenor surat nak tulis, surat menyurat amalan mulia, hahahha, layan feel surat haji murat. yehaaa. Lepas ni mungkin ada  banyak lagi surat yang power akan menyusul, yehaa

03/03/2017

BLC 2017

Macam macam cerita ada kat BLC nih, sebabnya gua ingat lagi, hampir gagal nak ke program nih, tah macam mana boleh sakit kepala kaw kaw punya. Hhahaha, sib baik makan megadose shaklee, oklah hahhaa. Kalau Ainul Fadzilah Mustafa tak sediakan semua vitamin extra jawabnya balik awallah.


business leader shaklee join conference


SEMANGAT

Sebelum BLC lagi dahh kecoh pasal dresscode itu dan ini, jawabnya pasangan aku kena tunggu lama kat shopping complex terkemuka di shah alam sebab banyak sangat shopping baju baru seluar baru dan semuanya baru sebab aku pun tak pernah pakai smart macam hari BLC nih, hahahha. Takpa yanng penting, memang balik, semmua semangat nak naik cruise jalan jalan eropah. Hhahaha, memang terbaik sungguh program nih, the best program yang aku pernah join sejak buat shaklee nih. Cunzzz.



02/03/2017

REFLEKSI 13 BULAN MUSIM 2016/2017

Tahun ni agak istimewa buat SID biasa macam saya nih, hahaha ada extra 1 bulan, hahaha takpalah, kita buat yang terbaik. Hahaha ini memang power, tapi secara biasanya, masih belajar dan terus belajar. Saya masih belajar lagi, banyak benda yang masih tak boleh dikuasai.


kuasa  viral marketing tahun 2017

VIRAL MARKETING

Tahun ni baru berjaya melakukan pemasaran VIRAL. usaha kuat untuk membangunkan pasukan viral Diet Diet Sihat, hahaha, nak bangunkan team nih, nak ajak diorang buat teknik pemasaran viral memang sukar. Tapi ada hasilnya kalau betul betul buat. Hasil dari teknjk ini, pemikiran ilmu dalam rasional dan logik, dapatlah juga meluaskan jajahan dalam linglungan 40 tahun ke atas, dan juga kaum lelakj. Hasil tuh dirasai oleh kak Soffiah Shariff yang komited dengan teknik PEMASARAN VIRAL ini.


RAJIN MEMBACA

Tahun depan, team kita berjaya tawan satu malaysia dengan teknik viral bermanfaat ini. Kita mesti terus meberikan kesedaran dan pelajaran, dan bukan sekadar jual dan jual. Kuatkan pemikiran kita. Teruskan membaca dan membaca, bina kekuatan dari bawah, kukuhkan asas kita, sebelum kita betul betul nak terbang lebih tinggi dari sekarang. Jangan sampai terlupa daratan bila di atas. Jangan sombong dengan tuhan. Hahaha.


TERUSKAN MENARI

Musim baru lebih menarik, mencabar, tapi itulah keseronokan team viral diet diet sihat, chromatic family, dan juga buat isteri yang tersayang ,Ainul Fadzilah Mustafa, jom kita teryskan menari, selagi gendang perjuangan lantang berbunyi, sehingga ajal menanti.

01/03/2017

Hari tu bawak ainul fadzilah, sempena bestday dia pulak, dia dapat masuk WHI, untuk rancangan wanita hari ini, topik dia kasih sayang adik beradik. hahhaha, sekali masuk dengan kakyong Aida Fadzlin, tauke besar baju menyusu terkenal Mumsluv. Feewit. Hhahaa, aku pulak, masuk studio sebagai bodyguard, dan sebagai cameraman sejati , yehaaa.


kisah adik beradik dalam wanita hari  ini tv3


Dalam banyak banyak tuh, sempat jumpa lak ustaz akashah dan ustazah bahiyahh semanis kurma. Feel pulak diorang so sweet lagi tuh, hahaha, mahu power lak ustaz  cakap bayar mahal sampai 32 ribu masuk tv. Ok, ini promo kaw kaw punya. Lepas tuh ada jumpa Oki pelakon Ketika Cinta Bertasbih, dari Indonesia, sangat manis, pakaian dia sangat cantik. Lagi power jumpa Nina Fazurina, pelakon watak Anita tuh. Hhahaa, mahu tak ingat kelakar, dia punya kelakar masa satu episod dia jadi over aktif, hahhaha. Best gile weih. Apapun, memang pengalaman menarik. Boleh tengok ulangan tuh kat bawah nih.