Blog Orang Selangor

30/11/2016

SABAR BUKAN POWER, TAPI ORANG POWER SELALU SABAR

Adui boboiboy, aku tak tahulah lagi power aku nih, Mungkin power kau ialah KESABARAN. Weih, Sabar bukan power. TApi atok kata Orang Power Selalu Sabar.

Hhahaah, rasanya dah banyak kali abg joe asyik cerita benda nih, kesabaran tahap gaban nih. Nak diceritakan , sabar ialah kepoweran paling penting masa betul betul nak buat business nih. Kau tahu, sabar nih, kuasa paling gile yang selalu abg joe ulang ulang. Sebab, sabar nih dalil paling penting lepas masa,


orang power selalu sabar

28/11/2016


ARREESSA ZULAIKHA JUARA CATUR DUNIA

Alhamdulillah, hari ini, arreessa dah melangkah lagi kedunia baru, ye dunia sekolah rendah. Hari ini sebagai orientasi , kenali cikgu, sekolah, dan juga hari ini ada ujian saringan menentukan kelas tahun depan. Memang dasyat sekolah sekarang, ini baru sekolah SKBA, belum lagi sekolah yang lebih mantap, berprestasi tinggi. Sampai parents kawasan arreessa kata, nak masuk sekolah seksyen 9, kena pergi interview dulu, wah dasyat betul .


juara catur

27/11/2016

Tahun 2012 masa tuh kitorang follow team pergi china, cari baju, pergi belajar borong barang kat guangzhou, lama jugak kat china, kesian arreessa kena tinggal, lepas tuh kitorang tengok macam mana orang berniaga kat china, balik tuh terus semangat nak buat business.


25/11/2016

sekarang ni diakui masih lagi jadi hamba moden. Hahhaa apa tuh hamba moden ? Jawapan dia senang, ada hutang. Takkisahlah hutang tuh buat loan rumah ,loan investmwnt, loan apa pun, saya masih gelar ianya HAMBA MODEN. ada orang mungkin definisi mereka lain. Sebab ada beberpa geng, guna loan untuk buat duit, yang tuh malas nak komen.


Takda set kegemaran pun, sebenarnya bila dah cakap pasal vitamin Shaklee nih, dulu masih tak berapa keyakinan, tapi ada satu masa bila aku diajar makan megadose, dah selalu sangat kedemaman, jawabnya aku cuba bantai, pergh sedap weih.

Shaklee ni, cakap je set apa, tentu je badan sedap. Cuba korang sponsor abg joe herblax pun, dah sedap gile. Itu sebab daun senna tuh power, zaman nabi pun dah pakai. Belum lagi sebut tentang vitamin lain nih.


produk shaklee semua best

PENDEKAR BUJANG LAPOK - DEMONSTRASI TAKKAN BERJAYA MELAWAN KEZALIMAN , TETAPI ILMU BOLEH

Filem P Ramlee yang memaparkan 3 bujang lapok yang nak belajar ilmu silat nih, berjaya menaikkan nama P Ramlee, selepas filem nih dinobatkan sebagai filem komedi terbaik pada pesta filem asia ke 6 pada tahun 1959.

Pernah ke korang terfikir kenapa movie ni diangkat sebagai filem terbaik ? adakah sebab lawak dia kelakar semata-mata ? Jawapan dia bukan sekadar komedi yang dipertontonkan, tapi mesej mendalam yang P Ramlee letakkan, sehingga sampai sekarang kita terfikir fikir maksud mendalam dialong "Alif Mim Noon Wau "


pendekar bujang lapok

23/11/2016

Semenjak dua menjak nih, banyak sangat media sosial yang muncul, dari we chat, bigio, instagram, eh macam macam lagilah, yang islamik, adult 18sx, dan macam macam lagi cara berkenalan yang power. Tapi den tetap senang pilih BLOG.

BLOG nih kita tulis sekali, apa idea yang kita fikir bagus kita tulis sekali, promote, dia nih ada kuasa apa tah, bila kita selalu promote blog tuh, nanti ada je orang masuk dari google. Powernya pulak tuh dia masuk berkali kali, tanpa kita nak promote lagi artikel tuh.




Kalau kita tulis betul betul, memang betul betul dia buat duit. Sampai satu masa dia jadi AUTOMATE, tuh yang best, dan ramai sangat tulis blog. Anda fokus tulis BLOG, senang nak cari balik apa yang anda tulis.

Kalau tulis pakai domain free, lepas tuh, sampai bila bila ilmu anda tuh di baca, macam saya, tulis blog ni bukan sekadar pengurusan masa sekarang, tapi lebih dari itu, dari kita HIDUP sampailah MATI, selagi blog tuh dikunjungi, ianya diwariskan oleh anak cucu, di baca ramai orang, itulah saham nak bawak ke akhirat.

Kalau anda selalu ingat mati, anda mesti akan fikir apa medium terbaik untuk berkongsi, anda akan buat yang terbaik punya. yehaaa. INGAT MATI, hahaha.

Ok , gambar nih takde kena mengena dengan tulis BLOG, tapi trip langkawi harituh, hahahha

22/11/2016

Usaha lagi, pasti yang akan datang lebih baik lagi, Bila dah sampai trip shaklee LANGKAWI, ni, korang tak boleh samakan trip pergi sendiri dengan trip shaklee bayar. mewah kaw kaw punya.


shaklee sponsor free trip ke langkawi

MEET MYSUPERKIDS BLOG OWNER AKA NENEK SHAKLEE

Masa rasanya baru nak buat shaklee, hahaha lepas tuh wife ajak saya pergi kelas, kat sarakids,puchong, lepas tuh, saya nampak budak budak, lepas tuh saya buli budak budak tuh, lepas buli budak saya dukong icha, lepas icha didukong mereka amek gambar, lepas tuh saya tahulah ni lyna noh, 


upline shaklee paling power dalam sejarah dunia perubatan
HARINI BABAH TENGOK DARI JAUH KEJAYAAN KAKAK

Ada masa kita kena berusaha sendiri, dan berdikari, susah nak aturkan masa, orang lain anak mereka habis awal, tapi kakak pulak graduation time mama dan babah kena pergi langkawi.



Alhamdulillah, bila kakak sejak dua tahun dah masuk little caliph, teacher umi kata kakak boleh jadi seorang leader yang hebat, kakak outspoken  dan sangat responsive pada keadaan.

Babah bangga dengan kejayaan KAKAK, Alhamdulillah, banyak lagi yang kita akan tempuh bersama, mama, maryam dan dot dot dot.

WE LOVE YOU ARREESSA ZULAIKHA
Refleksi 2016 ialah tahun #ireachfit2016

The best program !!!

Nanti sambung, kat langkawi nih !!!

Ok sambung balik. Program ireach yang dilancarkan dan diilhamkan oleh beberapa leader ireach ni membuat kami tak senang duduk, sebab nama pun kena fit, jadi semuanya perlukan kekuatan fizikal dan mental.



Ada 3 program best yang kitorang join, satu walk4humanity, lepastuh ireach broga dan last sebelum puasa ialah ireach bowling.

Semua program ni ada cabaran cabaran dia. Paling tak ingat sekali ialah ireach broga. Pencapaian untuk diri sendiri bila dapat rasa jugak panjat bukit broga nih. Selalu ramai dah panjat. Tapi bila kami naik sendiri , baru tahulah rasa penat perit tuh, kalau tak naik, tak boleh sembang lagilah hang power ke tidak, campur lelemak di badan nih.

Tapi semestinya ireachfit program yang mencabar minda dan kecergasan badan. Jangan sampai hilang keseimbangan, habis woo.

Memang gaban

18/11/2016

CINTAMU TERUJI BILA UJIAN MELANDA

Kisah jatuh cinta kepada biz shaklee ni tak susah pun. Masa tuh bila dah semuanya tip top, dapat pergi US, memang best , layan pergi negara orang. Sapalak tak sangka, budak melayu pakai baju melayu ambil award kat long beach california, tuh memang kerja gila gila, hahaha.



Cinta kalau tiada ujian takde maknanya, setiap cinta ada ujian yang melanda. Hahaha nak cinta betul betul nih memanf sukar. Semua benda kita boleh cinta, tapi benda baik nih ada ujiannya, kau kena lalui ujian nih.

Korang baca tak buku kisah dr shaklee. Dr shaklee bbanyak kali kena ujian, kena kanser, tb, lab terbakar, duit investment habis, dia still buat bidang dia, bidang kesihatan dan nutrisi, sebab apa dia tak buat business lain ? Sebab dia ada PRINSIP, prinsip yang kukuh nih menguatkan dia . 

Tambah lagi, Roger Barnett dah confirmkan pada kita, pelaburan dia kepada Shaklee takkan rugi, sehingga dia menggelarkan Shaklee, " Crown of Network Marketing " . Hanya vitamin Shaklee sahaja yang diiktiraf pakar , dalam satu kajian landmarkstudy. Orang yang makan shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dari mereka yang makan vitamin brand lain dan yang tak makan vitamin langsung.

Cinta terhadap biz Shaklee nih, lain sikit, sebab tuh tak ramai boleh kekal buat biz nih, walaupun dah capai tahap tertinggi, tuh tak bermakna dia akan kekal cinta buat Shaklee. Ramai orang camni, people come and go.

Kalau nak buat biz shaklee, memang kena fikir masak masak, hahhaa biz ni memang kejam, kalau kau tiada prinsip dan tiada kekuatan.

BIZ NI MEMANG KEJAM TANPA CINTA HHAHA

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#liveamazing
#shakleeeffect

17/11/2016

SENGSARA SUNGGUH KALAU TAK BERSEDIA

baru baru ni dikejutkan sebuah berita saya demam teruk kaw kaw punya hasil dari musim hujan nih. Orang kata sediakan payung sebelum hujan, jadi takdalah teruk sangat nak menghadapi segala kesan buruk bila berlaku perubahan musim.



Mana taknya, selalunya biasa kalau sakit kepala, selsema boleh bantai vitamin C dan nutriferon. Tapi dek kerana kurang air, campur semua sekali, sakit teruk saya dari hari selasa, 

Tak boleh biar je kalau dah teruk, jawabnya refer kepada yang pakar, pergi klinik confirmkam kalau takda apa apa yang teruk. Jawabnya bantai ubat demam dulu nak bagi badan sedap sikit.

Jangan main main kat luar tuh , hujan sekarang ni bukan macam dulu punya hujan, dulu punya hujan pun boleh demam, sekarang punya hujan memang kaw kaw asid, apa kandungan tak tahu. Boleh jadi teruk .

Apapun buat yang tak demam lagi tuh, makan byk byk nutriferon, vitamin C, garlic dan segala mak nenek protection. Hooo minum air banyak. Pesanan nih khas untuk saya dan rakan rakan muka buku. 

Nasib baik time tak larat, master Lydzar Rusman dan master Kamaruddin Mahad cod nutriferon depan rumah. Alhamdulillah, tq master. 

#tsunamishaklee
#LandmarkStudy
#LiveAmazing
#ShakleeEffect
#SahabatGua18

15/11/2016

Masa saya betul betul nak buat shaklee, saya lambat sikit ikut jejak Ainul Fadzilah Mustafa, hahaha. Tapi masa tuh saya buat page sendiri. Page ni promote shaklee. Cuba buat sharing dan blog sendiri, walaupun sebelum tuh ada blog yang dah lama kena delete.



Akhirnya dah decide nak buat sharing Shaklee nih, buat dan buat, dapat   terusdari page, masa tuh 2012. 

Akhirnya dapatlab jugak terbang kan cinch shake ke bumi brunei . Hahahha, memang tak sangka.

Itu memang pengalaman dapat customer pertama dari page facebook. Lepas episod page tuh, fokus buat blog pulak kaw kaw.

#tsunamishaklee
#LandmarkStudy
#LiveAmazing
#ShakleeEffect
#SahabatGua18

14/11/2016

BANYAK KALI BACA  PUN TAK FAHAM

Bila nak belajar sesuatu nih, biasanya kena banyak baca. TApi biasalah, banyak kali baca tak faham. Hhaaa, macam mana tuh ? Sebab zaman sekarang nih , banyak sangat  kefahaman dan pemahaman yang berbeza. Jadi nak bagi faham ilmu nutrisi nih, kena sentiasa update ilmu.



Biasanya ilmu tentang nutrisi, ilmu pasal teknologi supplement nih, biasanya saintis akan sentiasa keluarkan kajian baru, penemuan baru, dan macam-macam lagi. Masa  ini memang akan buat kita rasa lagi tak faham.

Tapi ada  beberapa step yang sesuai untuk aku supaya tak meleret sangat  kefahaman tuh. 

1 - Pergi kelas nutrisi, bengkel nutrisi  yang dianjurkan syarikat. Mereka dah tapi sebaik baik pengetahuan yang patut kita tahu, yang penting kita nak jual produk

2 - Bincang dengan upline, yang berpengalaman dalam group kita,  yang biasa dah baca tentang ilmu nutrisi ini. Biasanya jugak yang dah makan lagi faham konsep penyakit dan nutrisi. lagi  bagus kena tanya  yang dah join kelas advanced macam TTT.

3- Baca  buku nutrisi yang special  kuning tuh. Hhahaha, yang  ni pun simple sebagai rujukan kita .

EXTRA - bukalah buku tambahan, bukalah website yang bagus, banyakkan membaca  untuk dapatkan info tambahan. Yang ni sebagai tambahan , nak update kajian terbaru. TApi kalau rasa tak faham , refer balik lah ke nutritionist yang kita kenal, yang expert. 

Selamat menimba ilmu kepada rakan rakan . 

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#liveAmazing
#ShakleeEffect

13/11/2016

HAFAL NOMBOR GUNA KAEDAH MOKHDAR

Dulu teknik ni dah lama ada, ingat masa tuan mokhtar datang memperkenalkan kaedah mokhdar nih, kitorang satu sekolah rendah kagum nak dia boleh buat calculatiom cepat, hahaha, cmana tuh ?  Memang gila pantas, lepas tuh pulak teknik hafal nombor, hahaha. 



Itu kenangan tuh, nak ditakdirkan, masa tuh, penceramah buat test, rasanya dia tulis kat papan putij, rasanya ada banyak jugaklah nombor, hahaha, 3 baris tuh nak kena ingat. Ada sorang budak pergi try kena hafal nombor tuh, hahaha, budak tuh tak sampai baris pertama. Lepas tuh abg joe berani mencuba, hahaha kaw kaw boleh pulak terbaca nombor tuh sampai habis, kira haah semua nombor tuj. Siap dapat hadiah , duit 8 ringgit, balik singgah kedai Ali beli komik dendam kesumat, hahahha. 

Persoalan dia, macam mana nak hafal nombor banyak gila dalam masa yang singkat. Pening jugak lidan berbelit nak hafal satu satu. Jawapan dia guna kaedah mokhdarlah, hahaha, satu kaedah shortcut , sebutan pendek dari nombor yang asal.

Dalam kajian tuan mokhtar sendiri, dia dapati pelajar melayu lemah matematik bukan sebab tak pandak, tapi ada halangan dari segi bahasa. ye, kita gagal mencongak kerana sebutan nombor dalam bahasa melayu sangat panjang. Contoh bahasa melayu compare dengan bahasa inggeris.

Satu - one
Dua - two
Tiga- three
Empat - four
Lima - five
Enam - six
Tujuh - seven ( kantoi)
Lapan - eight
Sembilan - Nine

Kalau tengok bahasa inggeris, satu suku kata je, tuh pun kantoi tang seven . Bahasa melayu, lagilah, nak sebut sembilan sampak tiga suku kata. Bahasa china yang mudaj, semua satu suku kata je. Hhahha, bila kena sebut dua suku kata,  masalah congakan akanjadi perlahan, sebab tulah pelajar kita sukar bab nombor nih. Jadi kaedah mokhdar ni buat pelajar kita jadi mudah nak ingat nombor bila dia pendekkan semua sebutan nombor tuh jadi satu suku kata je. Yang ni paling ringkas lah, basic yang aku ingatlah skt skt

Satu - TU
Dua - WA
Tiga - GA
Empat - PAT
Lima - MA
Enam - NAM
Tujuh - JUH
Lapan - PAN
Sembilan - LAN

Hahaha dengan memendekkan bahasa nih, rasanya korang boleh cuba hafal nombor di bawah ni sebagai latihan, test dengan partner korang, boleh tak hafal semua nombor dalam kotak top scorer tuh dengan guna kaedah mokhdar, hahhaa. Tak caya, boleh cuba, lebih senang dari guna sebutan biasa.heheh

12/11/2016

INTERPRETASI TERSIRAT

Alhamdulillah, harini banyak betul membaca kisah kisah menarik dari #sahabatgua18 dan jugak geng geng gua lain, semuanya bercerita tentang seorang insan yang hebat , yang lahir pada bulan ni jugak.



Nak jadi cerita sebenarnya cerita dia ni banyak sangat di internet, dalam bahasa orang putih, bahasa melayu, bahasa mexico, bahasa jepun dan macam macam bahasa lagi. Kisah dia takkan berubah, sebab itu dipanggil sejarah.

Tapi bila fikir kembali, benda yang tersirat itu yang akan mengubah, mengubah interpretasi kita setelah membaca banyak kali tentang seseorang. Bila dikaji, dan difahami, barulah kita belajar apa yang telah berlaku, sebagai ingatan untuk kita juga di masa akan datang.

Subjek sejarah di sekolah, kalau hanya menghafal fakta, bertanya bila tarikh itu ini dan ini mungkin dah ketinggalan zaman.Bila dah kerja, dah habis exam, kita tak perlu pun ingat, cuma buka buku dan buka pakcik google, dan tengok semua tarikh tarikh.

Sekali lagi yang penting bukan sekadar fakta, tapi melihat kenapa dan kenapa, sebelum kita bertanya bagaimana. Apapun cerita elly mazlin jugak yang best dalam group kitorang nih, sama bestday dengan big boss gua. Hahaha

11/11/2016

DAVE MUSTAINE : MASTER OF RIFF

Semalam tak habis cerita lagi pasal riff thrash metal bunyi jazz, semua kena belajar dari abang dave mustaine. Dia punya style riff dari zaman Metallica, dan Megadeth memang stylo. Boleh kira teknik riffing mustaine ni ada banyak lah. Kebanyakkan thrash metal mesti tangan kanan kena pantas, hahahha. 4 style dia paling aku ingat.



1. MELODIC RIFF 
Yang ni dia punya faveret, banyak lagu megadeth dia suka style riff ikut melody. Biasanya part choruslah. Lagu paling power ialah Symphoby of Destruction. Lepas tuh kalau metallica lagu Phantom Lord. 

2. CHORDING RIFF
Kekadang banyak guna chord walaupun main metal, bunyikan satu satu note dalam chord tuh. Lagu holywars the punishment due tuh memang main chord. Tapi paling cool lagu train of consequences, hahaha yang tuh heavy

3. JAZZ RIFF
Yang ni sukar nak perasan, tapi semalam dengar balik lagu holy wars balik, dia pelbagai dari pwer chord biasa tapi tambah skt bunyi seventh, memang bunyi jazz, hhahha. Selain tuh lagu arrangement tuh macam sweatinf bullets tuh pun jaz jugak

4. PENTATONIC
Ni makanan Dave Mustaine sepanjang hidup dia. Kalau takde pentatonic riff , bukan mustainelah, hahahha. Dalam metallica , lagu junp in tthe fire tuh kena nyanyi sambil main riff pentatonic. Tuh ok, nak lagi dasyat lagu metal militia, pekat gila pentatonic dia, sambil nyanyi, pentatonic dia memang menyengat dan ganas
ORANG POWER SELALU SABAR

Dalam banyak banyak scene boboiboy Nizam Razak, ada satu scene di mana gopal masih mencari mencari power beliau. Orang lain semua dah dapat power, tapi gopal belum lagi. Aku ingat lagilah, sebab time tuh, boboiboy test, keluar laser dari mata ke, test boleh lihat dalam gelap ke. Haha, sampai gopal hilang sabar, boboiboy kata " Mungkin power kau ialah KESABARAN " Gopal balas " Sabar bukan POWER " Tapi boboiboy balas balik 

"tok Aba kata ORANG POWER SELALU SABAR "



Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,hahaha ini ayat standard, describe kita punya kehidupan, ye sentiasa dalam kerugian. Nak diceritakan nasihat dalam surah nih, boleh kita listkan orang yang selalu  untung tuh ialah

1. MERAKA YANG BERIMAN
2. BERAMAL SOLEH 
3. BERPESAN KEPADA KEBENARAN
4. BERPESAN DENGAN SABAR

Hahahaha dok pusing  pusing, baca baca, surah nih, ye, last sekali tuh, memang sukar. Nak beriman, nak beramal soleh, dan sentiasa update  kebenaran, perlu dengan kesabaran tahap tinggi.

Ye ,semuanya  perlukan kesabaran , "SABAR SABAR SABAR " Ingat kebenaran tuh benda yang manis manis je ke ? Zaman berzaman, sampai akhir zaman, yang biasanya kita akan sedar, kebenaran bukannya manis, kebenaran yang keluar bukannya selalu memihak kepada kita. Tapi kebenaran itu memang pahit untuk ditelan.

TApi takkan lah nak lari macam tuh je dari masalah ? Takkan takda nak usaha apa apa ? Ye  itulah pentingnya, KESABARAN, Ada orang kata sabar  ada hadnya, hahaha, yeke ? Hmmm, sabar sabar, sabar. Itulah perkataan yang paling banyak saya  dengar  dari pasangan saya. Hehehe.

#orangpowerselalusabar
#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#liveamazing
#shakleeeffect
#sahabatgua18

10/11/2016

DEMAM OH DEMAM

Biasalah, mana tak boleh demam, kalau tak demam, jawabnya nanti badan kita cepat rosak. Hahaha, demam ni satu petanda, ia, dia berlaku akibat, badan kita dah lemah, diserang patogen, dan perlukan rehat, dan nutrisi yang cukup.


tips nak bagi anak lega demam dan protect dari demam

09/11/2016

MATI MANUSIA KERANA GULA

Cerita gula putih kalau diikutkan dah lama dah mat saleh buat kajian. Mat saleh itu yang bernama Dr Martin , bukan Ricky Martin dan klasifikasikan gula putih halus ni beracun pada tahun 1957. Hoo, nampaknya kesedaran ni dah berlaku sejak Malaysia merdeka, tapi yang sedar tuh penjajah, bukan rakyat Malaysia.



Kesedaran penuh penyesalan ini berlaku bila wife yang mengikuti program detoks. Macam mana lah tak boleh sedar, hari hari bawak mangkuk sayur sayuran dan buah-buahan. Lepas tuh masuk hari ke empat pulak ialah makanan yang bergelar eat-clean. Hoo, memang terbaik punya,

Impak dia kepada saya  ialah saya tak rasa apa pun, sebab saya tak buat detoks tuh lagi, harapkan puasa je, itupun masa berbuka bedal ayam percik, tak jadi detoks nya. Hahaha, gile ke apa nih ?

Tapi nak dijadikan cerita, wife selalu pesan, selalu sebut pasal GULA PUTIH. Ye korang baca pelbagai karangan, disebabkan diabetes itu menyerang manusia, hanya kerana GULA. Memang gila gula putih nih. 

- gula puith nih kalau berlebih lebihan boleh jadi kegemukan macam aku sekaranglah. hahaha, yang ni memang kena control habis
- gula putih ni buat kulit cantik, ye, semasa nak huraikan gula, air diserap banyak, sebab tuh muka korang kering dan tak moist bak kata sarah tuh.
-tapi  paling gila aku terbaca tadi ialah ianya boleh lemahkah sel darah putih, sebab tuh sukar nak lawan penyakit kalau asik bedal gula putih. 
- biasanya semut akan datang dengan segera, kalau tak dikawal
- gula putih ini yang merangsang kegilaan dan adrenalin parasit ,cacing, dan semua makhluk jahat dalam badan kita, sebab tuh asyik sakit je.

Hasil dari tinjaun dan pembelajaran detoks itu, nampaklah kami sekeluarga dah mula ubah sikit, cara mudah  ialah gunakan gula organik. Hahha, memang rasa lain sikit. Yang ni masih bergula, tapi lebih sihat dari gula putih biasa tuh. 

Paling best pulak tuh macam aku kata tadi, kalau buat kopi, biar lama sikit, semut tak jadi datang. Tapi  bila tukar gula biasa, tinggal jap gelas tuh semut datang beramai-ramai ajak kawan dia.

Kegilaan nak minum minuman manis, lagilah, hahaha, jadi cubalah korang kurangkan benda-benda manis nih. ADa banyak dah page page kesihatan nih, siap bulan ni bulan tanpa gula, cuba belajar elakkan gula. 

Nak  lagi tambahan lagi, ikutlah petua  Ning baizura tuh. Hahha, hari tuh kan viral jap dia boleh kurus balik sebab dia kurangkan GULA je. Hhaha, ni bagus, lebih bagus dari nora danish yang minta pelepasan cukai untuk selebriti. 

Jadi sebagai penutup pidato abg joe nih, marilah minum AIR MASAK BANYAK BANYAK, 

KURANGKAN GULA DALAM MAKANAN, MULUT JANGAN MANIS NAK BUAT TAWARAN 

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#liveamazing
#shakleeeffect
#sahabatgua18
#gulaputihmembunuh
#manismulutmumembuatkankuterpaku

08/11/2016

SALAH AWAK LAH NIH !!!

Duk baca majalah ujang dulu, asal sarawak dikatakan berpunca dari pergaduhan yang teruk, sampai semua menyalahkan sesama sendir, hhahha tuh yang jadi salah awal salah awak, jadilah sarawak.



Nak diceritakan sejarah aku datang kuching seumur hidup baru je dua kali, zaman myspace dan zaman fb. Tahun 2008 masa tuh first timelah aku sambut bestday kat kfc kuching, dengan bebudak conference, skrg mamat tuh dah jadi lecturer, hhahha.  Time tuh jugak aku sempat jamming dngan budak sarawak, time tuh myspace sgt power, aku cuma ckp aku kat sarawak je, lepas tuh mamat dalam video ni call, hahahha. Jadilah satu video jamming yang cool sepanjang zaman, di pantai santubong, hooo yeah.

lepas tuh pulak tahun 2013, kitorang jalan jalan lagi, kali ni dengan family, hahaha memang best kali ni jalan bawak kereta kelisa pergi sana sini. Masa tuh pulak, boleh jumpa zainul dan akacan. Sambil jumpa kenalan baru di sarawak, otai jugak . Hahhaa .

Tapi tahun demi tahun , tak boleh putus asa nak ada satu group dekat sarawak nih. Tentu sekalj 6 bulan dari skrg, dapatlah geng geng dan family baru dekat sarawak. Semuanya tak mustahil.

Cara nak prospek sarawak tuh dah ada, sekarang kena lancarkan peluru berpandu je. Hahahha, Sarawak jangan hampakan, teruskan semangat bujang senang.

Satu hari nanti, insyaallah

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy

07/11/2016

PILIH ORANG YANG BETUL, WALAUPUN DIA LAWAN

Saya teringat lagi kata kata sakti Adilah Manaf Celikvitamin, masa tuh kami ada sesi muzakarah ireach, sesi pecah kepala yang menguji jiwa dan raga. Ada satu masa kitorang bincang, macam mana nak pilih orang yang sesuai dalam organisasi. CEO Roger Barnett cerita macam mana dia pilih, dia intip presiden kami kat malaysia ni, hoo, salah satunya, dia pilih orang yang terbaik. Tak kisahlah walaupun orang tuh kat company lawan pun, kena usahakan jugak dapatkan orang tuh. Hahaha.



PILIH PELAKON YANG SESUAI

Aku cuba ingat kembali, Roger Barnett punya keinginnan kuat nih, terdetik aku pasal lagenda P Ramlee. Ye , p ramlee sememangnya orang yang sangat detail dalam bab pemilihan pelakon. Nak diceritakan tuh, p ramlee pun ada geng dia jugak, tapi bab memilih pelakon, kalau kawan baik dia tak sesuai dengan watak tuh ,dia takkan pilih. Kawan baik dia tuh , antaranya ialah Aziz Satar.

Nak ceritakan pulak, beberapa tahun lepas, kakak aku punya projek master, dia buat pasal kehebatan perempuan  dalam filem p ramlee. Antara sumber penting pasal p ramlee ni tentu sekali ialah kawan baik p ramlee iaitu Datok Aziz Satar.

Pertemuan sekali seumur hidul nih takkan jadi tanpa bantuan abah, hahaha. Punyalah sihat Aziz Satar nih, kereta dia drive sendiri, masa ni umur dia dah 86 tahun. Masa tuh aku dengar sendirilah dari mulut pak aziz, macam mana p ramlee punya perangai, sejarah p ramlee nih, dan beberapa peristiwa penting dalam sejarah hidup p ramlee, lagi lagi bab pramlee nak kahwin dengan saloma. 

Cumanya bebaru nih, masa aku lepak rumah mak ayah aku, aku terjebak buka dan baca thesis nih, baru baca bab 1, banyak kupasan tentang wanita, teori feminis, dan kajian ilmiah tentang p ramlee. Buku thesis ni nampaknya aku kena habiskan baca, ahahhaha, sebab dah start masuk bab 2. So kenalah habiskan, hahaha. 

Bila fikirkan hidup ni singkat, aku rasa, aku kena buat something, supaya aku dapat tinggalkan suatu legasi macam P Ramlee. Karya dia tak pernah bosan, dua ratus kali tengok pun tak bosan. Kakak aku kata, ini dipanggil buat kerja penuh KEIKHLASAN DI HATI. Macam kita SID pun, keikhlasan sharing tuh, mesti baik, niat kerana Allah taala, dan insyaallah, kerja kuat kita, kita akan tinggalkan suatu legasi dan keilmuan yang berguna untuk anak cucu kita.

Thesis ni sentuh pasal filem bujang lapok, ali baba bujang lapok dan masam masam manis.Tapi aku tunggu jugak kajian , siapa yang nak kaji filem Pendekar Bujang Lapok. Hahaha, filem ni dapat best comedy award, sebab apa ? bukan sebab lawak dia je, tapi falsafah dia sangat tinggi. Percaya tak, filem pendekar ni pramlee ajar korang macam mana nak jatuhkan kerajaan yang ZALIM ? Hahaha, nak lagi best, p ramlee ajar DEMONSTRASI takkan berjaya menjatuhkan KEZALIMAN , tapi ada satu benda je yang boleh, hhhaha.

Harapan aku thesis ni boleh jadi buku yang santai pulak. Cerita santai, buat wanita yang inginencari kekuatan diri.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy
#sahabatgua18

06/11/2016

DARI HOBI  MENJADI NINJASENI 

Salam ahad semua, salam hujung minggu, selain dari sahabat fb yang mengenali saya, saya dulu seorang student phd, bertukar aliran ke business dan blogging, tapi tak pernah berhenti menjadi NINJASENI. Hahaha, ye , tuh nama artis saya, sejak saya aktif main muzik, tapi nama tuh bukanlah terus dapat, ada kisah yang panjang.



HOBI MAIN MUZIK

Hobi main muzik nih bukanlah datang secara sengaja. Dulu kan saya pernah cerita saya suka Metallica, tentulah sebab kengkawan kasi pinjam kaset, tapi semuanya sebab abah bawak balik gitar kapok. So masa zaman minat Nirvana, Metallica, kitorang sibuk main gitar, paling kaw kaw masa tuh belajar lagu nothing else matters lah, lagu tuh pun mencabar , plucking sedap macam lagu another you cromok. So , zaman berubah dan sibuk main gitar elektrik pulak, sempat perform dengan member member sekolah dan macam-macam lagi.

KISAH HARMONIKA

Walaupun masa di sekolah, masa di matrikulasi sibuk main gitar, bajet power, tapi dalam diam tak diam, masa tuh terlayan pulak muzik blues. Sedap pulak layan blues harmonika. Terfikir jugak kalau dapat main tuh, best jugak. Selain dari gitar, abah jugak selalu main harmonika, tapi dia punya harmonika tuh jenis panjang, akhirnya pencarian dimulakan, mencari dan mempelajari teknik bermain harmonika.

DARI NINJA MENJADI NINJASENI

Nama ninja nih adalah suatu kemalangan bila mana masa form 5 aku suka sangat tulis nama kat buku, Faiz Ninja, Faiz ninja, sampai first roomate aku kat KMM , start panggil aku Ninja, nak jadi nama ni melekat kaw kaw, satu matriks tahu nama aku ninja. Kesian mak aku, datang melawat, dia tanya budak budak, kenal tak faiz, tapi bila tanya ninja, baru budak-budak kenal. Nak dijadikan cerita lagi, masuk UTM, nama tuh terus terus terus digunakan, bajet nak ngelak. Akhirnya pada suatu masa, bila aku nak buka myspace, aku pakai nama ninjagaban, tapi ada satu masa akaun myspace aku tukar ke NINJASENI, hahaha dan nama ni melekat sampai sekarang.

JIWANG : LAGU PERTAMA REKOD HARMONIKA

MAsa zaman UTM, aku join satu kumpulan paling power masa tuh, hahaha, bernama rockers kapok. Lepas tuh kumpulan Houdinix. Masa tuh aku main bass, lepas tuh kalau ada can, selit selit harmonika. Nak jadi cerita best, masa tuh semua posisi dah ada. Akhirnya aku dapat offer suruh main keyboard, hahhaa, last last aku jadi keyboardist pulak, tapi speciallah, keyboardist ada harmonika sekali. Jadi band houdinix ni jadi top kat UTM, sampai ikut wakil UTM untuk pertandingan muzik. Hhahaha, so satu masa tuh, aku buat keputusan gerak solo, dengan nama NINJASENI. MAsa zaman houdinix, aku sempat rekod beberapa lagu dalam demo , lagu yang paling aku ingat sekali tentu sekali lagu jiwang. Harmonika pertama yang aku beli tuh, rekod lagu tuh, sampai sekarang aku simpan lagi. hahah, harap harap tak hilanglah.

DARI GIG KE GIG AKHIRNYA KE KELAB POP

Aku ingat lagi, macam mana tah, masa zaman myspace, aku suka follow singer songwriter, lepak pergi sana sini, jamming dengan diorang, tak kisahlah, atas stager bawah stage, tepi stage belasah je. Apa lagu pun aku belasah dengan harmonika aku tuh. Ada lagi power, lagu rock, lagu metal, semua boleh bedal, aku follow je.  lagi power lagu blueslah, sampai satu masa tuh, member call, astro nak cari pemuzik untuk satu segmen. Rancangan Kelab Pop tuh nak cari pemain muzik yang mainkan melodi, dan artis tuh kena teka. Hahaha, aku pulak terima cabaran tuh. Kami kena berlatih 24 lagu untuk 6 episod, hahaha, masa tuh punyalah aku jahil bab pakaian, tak tahulak aku kena pakai smart, hahaha. Tapi layan jelah, dahlah masa tuh berkejar nak siapkan persiapan nak kahwin. TIme tu pulak aku baru dapat offer jadi tutor di UM. Bila dah keluar tuh, kecohlah jugak makcik aku tengok aku keluar tv, hahaha.

HARMONIKAWAN : BLOG HARMONIKA

Sampai sekarang, memang jarang tolak pelawaan member ajak jamming harmonika. Dari tahun ke tahun, pernah jugak masuk studio untuk rekod harmonika. Yang bestnya, ada yang aku dah dengar hasil mixing, ada yang aku tak dengar langsung. Tapi layan je semua. Sampai zaman supermom nih, bawak pengaruh harmonika nih masuk dalam lagu raya, hahaha. Itulah pengaruh nya. Kalau jumpa budak budak supermom, masa tuh berebut main harmonika, macam mainan banyak gile aku bawak, itu jelah budak budak suka. Setiap aktiviti jamming, tu jelah yang aku akan bawak, harmonika. 

Selain itu, aku pun tengah usahakan satu blog yang dinamakan HARMONIKAWAN. Yang ni antara diari aku, banyak lagu yang ada harmonika aku akan tulis kat sini. Tak kisahlah pemain harmonika tuh main simple je, glamer tak glamer, aku bedal je semua masuk sini. Sebab aku tahu, kat malaysia nih, memang ada komuniti pemain harmonika, tapi tak ramai macam main gitar. Tapi diari nih aku tak update sangat. Nampaknya kena sentiasa update, hahahha.

BONUS : HARMONIKA DI LONG BEACH

Angkara harmonika jugak, aku dapat geng dan kenalan di Long beach , California USA. ADa Satu malam di panggil malam untuk future leaders, malam tuh leaders semua ronggeng ada yang minum minuman keras, aku layan minum air biasa je, layan muzik, sampai satu masa aku terjebak dengan SID Canada. TAk sangka lah aku jumpa mereka ni pun kaki muzik, aku cakaplah aku bawak harmonika aku tuh, kitorang pun jamming kat luar tuh, hahaha, feel siut. best thing tuh muka aku keluar channel youtube dia, hahaha. CUma tahun ni tak dapat nak join diorang, kat Orlando.

DARI HOBI MASUK TV

TAk sangkalah, dari hobi muzik tuh, kalau kita usahakan betul betul, memang boleh masuk tv, member zaman houdinix semua dah jadi artis popular, sebab mereka ni gila gila usaha. Dari sekecil harmonika tuh, aku dapat kenal ramai orang, termasuklah pak guard yang selalu kantoikan aku sebab aku rambut panjang masa kat UTM .Apapun pun, mungkin betul pepatah nih

"Do What You Love And Money Will Follow "

NINJASENI

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy
#sahabatgua18

05/11/2016

TUAH KAREENA KAPOR

Ni awem bollywood yang muncul naik masa tuh aku ingat lagi pun time kabi kushi kot, masa tuh zaman keseksian berlakon dengan  hrithik roshan, ialah zaman nak up, director mesti kasi watak kaw kaw punya, baju pun kaw kaw punya, tapi biasalah actress hot bertukar ganti, tapi tetiba terjumpa satu kebetulan



KAREENA DAN KHAN SUATU KEBETULAN

Nak dijadikan kebetulan pulak, dua filem ping berjaya bagi Aamir Khan dan Salman Khan mesti heroine dia Kareena Kapoor. Hahaha dasyat pulak kebetulan nih. Aamir khan melalui 3 idiots menonjolkan Kareena Kapoor sebagai doktor pelatih , hahaha anak kepada Prof Virus. Dalam cerita nih, amir khan pulak tersuka kat dia, lepas tuh kantoi rupanya dia anak virus, hahaha.

Dalam cerita bhajrangi bhaijan, dia membawa watak piya, masa tuh salman khan termenghrat dia masa naik bas. Bapak dia bagi warning supaya cari duit untuk kahwin. Nak jadi bestbpulak jadi isu bila bapak piya ni tahj Salman Khan bawak shahida si budak pakistan dalam rumah dia. Hahhaha.

Nak buat cmana, adakah ini nasib Kareena Kapor tumpang tuah kejayaan filem khan. Atau kalau nak meletup, mesti ambil dia berlakon. Shah rukh khan dengan kareena kapor cerita apa ye ? hahahha. tapi nak cakap, filem 3 idiots dan bajrangj bhaijan ni memang superb ,penuh makna mendalam buat hati jiwa sanubari.

cc to Ainul Fadzilah Mustafa dan peminat tegar bajrangi Dilla Jalil

04/11/2016

SHAKLEE SERLAHKAN KEBODOHON KU

Bila dah buat business nih, bila kita betul betul jump kepada suatu bidang yang lain, baru aku rasa satu kebodohan tahap tinggi, lagi lagi bila buat shaklee. Mula mula rasa wah hebat sangat, oklah aku ada master engineering, bajet dah bagus sangat.



Tapi akhirnya bukan jadi pandai dan power, tapi nampak lebih kebodohan tuh. Satu benda yang aku rasa bila banyak kali dengar pasal penyakit, masalah orang tuh, aku rasa patutlah doktor dan nurse sangat struggle nak selamatkan orang, nak sediakan ubat, nak kaji dan cari penawar. Memang suatu yang gila, rupanya bidang perubatan dan permakanan tuh lain, tapi ianya berkaitan, dan banyak lagi perkara pasal kesihatan ni yang aku tak tahu. 

Lagj pulak bila kau jump masuk business, baru tahu macam mana orang yang berjaya dalam business nih, kekadang tuh alami satu ujian yang lebih dasyat dari aku rasa sendiri. Ada sampai jadi muflis, ada yang sampai buat macam macam sebab nak cari duit, sebelum diorang ni jadi pakar dan berjaya dalam business masing masing.

Itu belum tambah lagi kecelaruan dan kekerdilan dalam bab marketing. Banyak teknik yang nelum aku kuasai, walaupum dah kata ada fan page beribu ribu likers , belum tentu ada skill hebat macam mana nak convert dan jualan berjuta juta lemon. Semuanya menunjukkan kekurangan yang aku ada sekarang.

Tapi kebodohan itu akan terua dan terus membuatkan belajar dan terus belajar.Hanya dalam group shaklee sekarangg ni, kebodohan itu membuatkan aku semangat nak belajar lagi dan buat sampai berjaya. Kebodohan itu memang terserlah bila buat business SHAKLEE. Sama ada aku duduk diam atau teruskan mencari penawar kebodohan itu. 

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy
METALLICA - PINTU DUNIA METAL ?

zaman aku kecik, masa tuh band rock aku ialah nirvana, ye nirvana kenalkan aku kepada gitar, lepas tuh ada greenday dan macam macam lagi band, offspring, tapi member bawak kaset metallica, layan siut lagu enter sandman, siap ponjam kaset tak pulang, sebab kaset dia olskool ada lirik, kaset yang gua beli hitam je takde lirik.



Lepas tuh pulak bukak balik metal dapatlah dengar mcm mcm band, tentj sekali ialah megadeth, masa ni dah mula fikir riff riff power, terlekat pulakdengan deep purple, iron maiden, tuh belum taruk lagi band band lain macam black sabbath semua.

Tapi perlahan lahan dengar thrash metal bila orang kata slayer best, hahaha lepastuh melekat pulak dengan sepultura, sodom, semuanya pengaruj kartun gayour bersama selamanya. Lepas tuh duk gile tah mcm mana, pergi borong kaset slayer sodom semua. 

Tapi zaman demi zaman, end up baru faham, istilah big4, rupanya metallica ni band thrash metal, yang melwtop jgklah, ahaha, walaupun diorng tahun 90an lagu dah slow. Hooo, dok zaman youtube ni melayan dokumentari thrash metal, feel woo,mesti kena metallica, mesti ada cerita konflik bandmate dave mustaine, dan macam macam lagi.

Bila dok layan big4 nih, ada yang kata slayer lagi ganaz, charlie anthrax lagi padu drumming dia dari lars ulrich, marty mfriedman megadeth solo dia lagi melodic dari kirk hammet, lepastuh ada orang kata, Dave mustaine  megadeth punya riff lagi teknikal dari Hetfield, Album Reign In Blood Slayer adalah bible thrash metal, album terbaik thrash metal sepanjang zaman. tapi....

METALLICA jugak diangkat sebagai band THRASH METAL NO 1 DI DUNIA !!! 

Suharmi Abdul Talib dah beli tiket ke belum ?

03/11/2016

KASHMIR STONE = KASHMIR ROLLING STONE

Masa dulu ada satu masa tuh, ntv7 ada pasang video klip lagu tamil, tapi bukan sebarang tamil, tapi ini tamil banyak keras, metal baik punya. Layan jugak lagu tamil nih, dan tengok oh ni lagu tamil. 



Zaman kumpul kaset cd dulu, cepat cepat pergi cari kaset kumpulan nih. Masalahnya memanf susah nak cari lagu tamil kat kedai biasa , sampai masa tuh terpaksa ajak bapak aku datang taman sri muda seksyen 25. Kat situ memang ada banyak kedai lagu tamil. Layan satu kaset diorang ialah album Mangga Thopu.Sekali ni masa ni zaman John Guna. Ingat lagi lagu first album tuh memang sebijik tiru lagu shewolf Megadeth. Hahaha, memang layan siut, sebab memang keras dan boleh masuk, walaupum dia bahasa tamil.



Ada masa tuh mereka buat album Nandey Khatey, ni album yang paling mantop,paling popular. Lagu diorang masa tuh, Malaysia Makkal memang hits terus, masa tuh dj THR Isma Halil Hamzah selalu pasang, siap masuk radio rancangam melayu lagi. Jadi sebab aku tertinggal album ni, aku pun terua cari cd album nih. Hahahha, sekali pasang sound dia memang sedap,rekod kat King Studio. 


Tapi dengar cerita band ni tak aktif lagi, ke aku tak tahu yang mereka nak buat comeback. Tapi bagi aku ni band tamil, boleh aku kata macam band XPDC versi tamil pun ada. Lagu indian melody, roots indian pun diorang boleh metalkan dan jadi satu lagi yang memang layan.

lagu diorang ni memang melekat bila diorang campurkan tamil dengan melayu macam lagu Malaysia Makkal. Hahha, lagh diorang tak sah kalau tak sebut Samy Vellu. Tapi bila bab lagu jiwang, korang cari lagu Rozana. Hhhaa ni feel lagu lentok melayu baik punya, tapi feel tamil. Kalau mula mula dengar memang kelakar, tapi dah lama dengar boleh feel baik punya. Ada satu version cover budam melayu nyanyi lagu nih,memang budak budak tamil ni respek kat penyanyi nih.

Semangat kashmir stone nih adalah satu contoh macam mana nak pecahkan barier lagu dalam bahasa, macam mana nak masuk dengan geng berbilang kaum ni. Jawapan dia ialah gunakan muzik . Aku harap band ni akan terus buat muzik best untum rakyat malaysia.

Kashmir Stone ialah suatu ilham sebab mereka minat Kashmir dan minat band Rolling Stone, ahahhaha. 

MALAYSI MAKKAL !!!!

#malaysiamakkal
#lagutamil
#rozana

02/11/2016

Bila wife kata dia beli set menyusu. dari seorang perempuan bernama akacan, aku gelak lah , sebab masa tuh aku gelak gelak sebab eh benda ni bukan dah lama ke ? Dulu zaman UTM dah ada dah. Masa tuh persepsi pasal business tuh tak boleh belah sangat masa zaman study. Kitorang pulak masa ni sibuk buat business MLM lain. Hahaha, tapi nak dijadikan jodoh, dapat offer free membership dari suri rumah berprofil tinggi.


business shaklee yang takkan mati insyaallah


Tapi cerita business nih, saya tak ambil port sangat, tapi ada satu turning point bila kami pergi guangzhao, bajet nak ikut tokey mumsluv belajar cara buat business borong barang China, tapi rupanya pergi sana terkesan dengan semangat orang sana, memang survival tahap tinggi buatkan kitorang jadi semangat nak buat business betul betul, dan bulan 6 tahun tuh, dapatlah merasa income 4 angka pertama. 

So masa ni aku pun ambil port, biasalah bila dah nampak duit, aku pun join sekali,usaha punya usaha kaw kaw, tak sangaka pulak boleh merasa pulak income 5 angka, boleh pulak pergi free trip ke Los Angeles dan San Francisco. Layan pulak lepak bumi California. Hahaha. memang dasyatlah time tuh.

Tapi biasalah, adat business, ada pasang surut, masa ni betul betul menguji kitorang, sama ada nak kekal atau cari je kerja lain. Jadi masa nih kitorang cari kekuatan kembali, masa ni baru betul dugaan , kenapa kitorang pilih Shaklee, hahaha, masa nih, kenapa aku kena buat pilihan, nak biarkan isteri kerja balik, atau suruh dia fokus. 

Alhamdulillah , walaupun sekarang ni pun masih dibelengu masalah itu ini, tapi still jugak nak buat business Shaklee, walaupun ada je business lain yang best, lagi cepat untung, lagi itu dan ini. Hahahha , punya cerita panjang nih, kenapa kitorang kekal buat business nih ? 

Ada banyak sebablah, nak cakap semua sebab, baik korang baca je #tsunamishaklee ni harinih, memang ramai gile beritahu kenapa business Shaklee ni best. Sangat best sampai kitorang pun jadi enjoy buat, takyah nak borong stok sebab nak naik pangkat ke apa, hhahaha. Tapi kalau korang dah baca semua sebab kenapa business nih best, aku boleh cakap, beza business ni dengam business lain ialah business ni ...TAKKAN MATI !!!
REFLEKSI TSUNAMI SHAKLEE 1.0

Alhamdulillah, nak masuk sesi pembelajaran untuk task tsunami shaklee 2.0. Dalam task tsunami shaklee versi satu ,banyak benda yang saya cuba buat jadi gila gila, hahhaha. banyak perkara gila tuh ialah



1. Saya dan isteri berada dalam group yang lain, maka untung dapat luaskan network dan kenalan.

2. Saya satu satunya kumbang dalam group tuh, jadi banyak jugak belajar dengan geng geng mak nih.

3. Memang mula mula malas nak update fb sebab biasanya sales dari blog.

4. Masa tuh suka guna skrip sebagai abg joe, now melekat dah nama abg joe, tapi uncle mutu jugak budam budak suka.

5. Sebab nak rasa buat benda lain, kami suami isteri sama sama bincang, supaya point kami berbeza.

6. So bila buat task tsunami nih, kami memang pulun membaca dan membaca.

7. Strategi yang saya guna iah dengan fokus kepada satu perkara dan elaborate. Contoh kalau bab travel tuh, saya suka fokus ke satu tempat yang sangat spesifik

8. Selain itu banyak jugak saya sentuh bab sejarah, contoh macam sejarah soya protein tuh.

9. Hasil buat task tsunami dan membaca, kamk study dan bincang memang ramai yang tak dapat bezakan soya biasa dan protein soya.

10. Ada satu ketika, saya cuba membuat interpretasi sendiri, seolah olah saya kena jadi orang tersebut.

11. Satu task tuh, saya cuba menjadi glady blocks dan kaitkan reseaech yang berkaitan dengan landmark study

12. Satu ketika selepas itu, saya cuba duduk di dalam kasut Roger Barnett, menyelami perasaan dia selepas landmark study 2007.

13. Akhirnya bila banyak membaca, makin faham dan makin seronok buat shaklee, hanya kerana landmark study.

14. Task tsunami shaklee bukan sekadar siap. Kami ingin belajar lagi benda benda baru dari perspektif yanh berbeza.

15. Alhamdulillah bila buat task ni, tak sangka boleh dapat banyak share, walaupun sebelum ni tak berapa meyakinkan .

16. Bila dah faham pasal followers, frienda tak ramai takpa, janji followers ramai.

17. Tapi akhirnya aku jadilan task ni setiap hari punya kerja, sebab terua update blog personal.

Hhahaha itu jelah dapat fikir. Buat rakan rakan yang akan join #tsunamishaklee 2.0, task akan makinsusah, sebabnya kalau susah barulah boleh Lyna Noh nak ajar ilmu dia yang dia pendam tuh. Selamat Malam semua

Joe Labu aka Uncle Mutu aka Encik Santan