Blog Orang Selangor

30/04/2016

Salam sejahtera semua. Baru-baru ni baru je selesai pergi majlis Anugerah Sastera Negara 2016. Satu tahun bermakna buat mak saya, Dato Dr. Zurinah Hassan, kerana berjaya merangkul Anugerah Sastera Negara yang ke-13, membawa gelaran Sasterawan Negara. Hoo, memang power bunyi nih, nak kata sukarnya nak dapat anugerah nih, memang sukar sebab sejak kecil lagi aku dah join mak aku pergi event sastera seni , dan akhirnya hari selasa lepas, majlis gilang gemilang diadakan untuk meraikan mak aku. tahniah Mama.


sasterawan negara

28/04/2016

Salam sejahtera semua, ramai tanya macam mana nak dapatkan review  banyak untuk page facebook, dia nak review apa nih ? oh aku rasa mungkin dia nak buat review, ataupun nak banyak like, atau nak banyak orang review dia punya page. Hmmm macam mana tuh. Aku ada satu idea baik punya. Hahhaha, Ini cara kalau nak ikut jom ikut, takda paksa paksa punya.


facebook page banyak like

25/04/2016

Aku pernah dengar orang kata pasal Churros nih, dulu bini ada masak jugak, tapi  yang kedai ni orang tulah masak.  Hoo, aku tengok pasal apa ada  churros hitam ini ? Hmmm, pelik pelik. Tapi aku sampai situ dengan bebudak KBBA, pergh layan siut dia buat, time senja tuh, dia bikin kat aku churros cheese extra sos coklat campur strawberry. 


bangi makan

24/04/2016

Salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca-pembaca diluar sana ? Apa khabar Pakcik Lee ? Apa Khabar Ben ? Aku tanya apa khabar semua. Hhahaha, nak diceritakan sebenarnya ada  beberapa rahsia nak tere main bowling, supaya korang semua  ada hikmat dan teknik yang betul supaya korang dapat main bowling dengan power sekali, boleh kata tips aku nih, belum confirm strike, tapi ada tenagalah.


rahsia bowling power

Cerita yang sebenarnya  ialah aku dan bini join strikes againts bowling tournament yang diadakan jumaat lepas, kat ampang superbowl, tapi peliknya, ampang bowling ni kat bangi, kenapa bukan kat ampang ? tu yang musykil tuh. Oklah takpa. Janji korang semua muke gembira sebab baling bowling dengan best. So aku nak senaraikan tips untuk korang bertenaga masa main bowling. Supaya korang tak bosan.


  1. Korang kena makan - hahaha, makanan berkhasiat sangat penting, mungkin korang boleh gunakan kalori yang banyak dengan makan nasi, atau makan nasi lemak, tapi nak jadi atlet kena jaga makan, makanlah makanan yang berkhasiat ok ? Tapi layan jugak nasi lemak, sebab nak pakai tenaga  untuk disalurkan kepada tangan yang nak mengangkat bola bowling tuh.
  2. Makan Kalsium - bila bab tulang urat, ni aku sarankan minum kalsium lebih sikit supaya korang tak kena sakit  urat, sakit tulang belakang  atau tulang apendiks korang tuh. Kalsium ni sangat bagus, supaya korang kuat bertenaga bila nak baling bola bowling tuh, sambil korang boleh berdiri lama, dan boleh selfie sambil gelakkan member yang baling masuk longkang.
  3. Gelak Ketawa - sebab korang kena kurangkan stress, jadi enjoylah permainan bowling ni dengan kengkawan, sambil gelak, sambil jerit hooo bila kawan strike, lepas tuh buat saspen bola macam nak strike, tapi rupanya dia masuk longkang, jadi jangan stress stress  bila main bowling, ini bukan pertandingan nak lawan Zulmazran .
  4. Makan Biskut K.Rogers - inilah sebab muka semua happy, bayangkan sambil main, sambil tuh korang layan makan biskut K. Rogers. bukan kenny rogers, lain tuh bunyi dia. Bila korang makan biskut ini, korang akan terasa enaknya , dan ada tenaga sikit untuk menjerit keseronokan dan bahan kengkawan yang asyik baling masuk longkang.

biskut best


PERINGATAN : Tips yang aku bagi ini bukan untuk power main bowling sampai asyik strike je. NI baru tips nak bertenaga, kalau nak power main bowling boleh spin bola kaw kaw punye, yang tu korang boleh belajar dengan Shalin Zulkifli, bukan belajar dengan Zulkifli Nordin ok ? Hmmmm. Kalau korang nak layan lagi gambar best, korang tengok kat album nih, aku tengok gambar ni Ben Ashaari macam nak berenang pun ada, hahaha.

23/04/2016

Salam sejahtera semua, hari ini nak bincang sikit pasal isu zakat ini. Banyak isu zakat, ada yang kata zakat susah nak minta, borang panjang berjela, lepas tuh pulak dengan beberapa isu birokrasi, rasuah dalaman, dan duit zakat tak terguna, dan macam-macam lagi. Ada yang kata kita bayar sendiri zakat, dan sebagainya. Hoo, macam ini nih ? Pendapat aku tak sehebat korang yang lebih ilmuwan alquran dan sunnah.


susah nak bagi zakat

20/04/2016

Hari ahad lepas, kitorang dengan bangganya nak layan teater atas pokok. Sebab tengok pada hari sabtu, teater ini sangatlah best. Mana tak bestnya, semua lakonan, semua set tuh adalah atas pokok betul, bukan pokok kelapa, atau pokok pisang, tapi pokok angsana rasanya. Bawak budak budak ni tengok teater, parking susah, last last tengok 30 minit, je, budak budak dah mengantuk sangat, jadi kami balik awal.


atas pokok
Nak diceritakan hari isnin lepas ikut wife pergi ke satu event best, event makanan, yang  dipanggil sebagai New Zealand Food Connection. hooo ini semua cerita pasal kesedapan, ataupun senang cerita pasal makanan dari company New Zealand. Hoo apa yang best pasal makanan nih, hoo aku rasa lepas aku balik, amek gambar dan rasa makanan diorang, oklah ni yang aku boleh cerita kat  korang.


new zealand

19/04/2016

Ada ke orang pakai jubah pergi starbucks ? selalu yang pergi starbucks nih orang orang yang hipster pakai baju t, logo band, tak pun para para pekerja kolar biru, para para pelajar yang nak buat kerja sekolah, yang nak buat assignment yang diberikan lecturer, sebab senang starbucks  ada internet laju. Tapi kalau nak pakai jubah ni, macam pelik sangat ke ?


05/04/2016

Alhamdulillah, sabtu lepas telah berakhir satu lagi sesi , kiranya sesi kedua Muzakarah Ireach, sesi dimana kami semua masuk kena brainstorm kaw kaw dengan Master Zainul dan Lyna. Memang jumpa, bincang, lepas tu sorang sorang kena, kalau tak puas hati, habis semua kena, hadoi. Tapi kenapa ianya sangat  best ? Hoo memang gile jugaklah nak join group ini.