Blog Orang Selangor

31/08/2015

Alhamdulillah, kalau dapat makan nasi lemak, lagi-lagi free memang best, tapi yang ni nasi lemak yang selalu abah saya masak, rasanya tak perlulah nak direview, ianya memang sedap sampai ke hujung dunia. Hhaha, sambal ikan bilis, udang, ayam goreng, dan satu periuk nasi, memang best sebab boleh tambah dua tiga kali. yehaaa.


sedap gila sarapan

27/08/2015

Nasi lemak oh nasi lemak, hari rabu semalam sepatutnya nak pergi AEON big, tapi tak pasal pasal lalu depan komuter, padahal nak cari toilet basuh berak mayram, hai sekali tengok apasal ramai berhenti depan CIAST nih, weih nasi lemak leh. Apa lagi, kasi bedal lah, pergi basuh berak dulu, lepas tuh cari parking baik punya. yehaa, jom makan


nasi lemak

24/08/2015

Memang tak boleh belah gua punya ayat di atas, itu saje je nak bikin gempak. Tapi sebab dah dekat mid vallley mega mall, memang ramai ke situ, dekat dengan north point punya pintu, ada banyak tempat sarapan, tetiba anak gua nak layan nasi lemak, sebelum nak tunggu orang bagi baucer buku free kat ainul mustafa, hooo yes, layan


nasi lemak teh tarik

21/08/2015

Waktu petang, soto ni memang popular jugak, adalah nak makan ringan ringan, kudap kudap, goreng pisang, kuih muih, kuih koci, dan macam-macam lagi. Tapi petang pun ada jugak nasi lemak petang, semalam tak pasal-pasal Arreessa nak makan nasi lemak, oklah, jom lepak soto, goreng goreng pun ada jugak.



soto seksyen 8

20/08/2015

Memang seronok, kalau korang pergi Food Festival, bayangkan dalam tuh macam-macam makanan ada, hahaha, memang best, kalau korang jenis orang sponsor, bos ajak makan, dalam tuh macam-macam makanan ada, hahaha, layan hooo. Tapi Nak lagi best, ada banyak sebab korang kena datang food festival. hahaha.



18/08/2015

OKlah, hari ni ,gua lari sikit pergi ke Kelana Jaya, ini satu jalan nak ke Tabung Haji Kelana Jaya, tempat orang mengantar haji sambil simpan duit. Memang dah dekat dah dengan Giant Lama KJ tuh, hahaha. Tapi tadi nak ke mid valley redeem point kredit kad, hahaha. Oklah, apapun layan nasi lemak mek, hahaha, layanz.


tabung haji nasi lemak

Pagi pagi lagi punya cerita, sebelum lepak dekat Les Copaque, sempat dulu membedal nasi lemak kat Al-Ali Bistro, Seksyen 13 Shah Alam. Memang rasanya memang ramai para awek , mungkin dari MSU suka makan di sini. Memang port baik, dari siang sampai tengah malam, semua orang lepak sini , hahaha, memang terbaik dan mantop.



Salam sejahtera semua. Semalam, kami pergi ke studio Les Copaque , biasalah, wife ada jemputan untuk isu air upin ipin yang difitnah ada unsur dadah dan tidak selamat untuk di minum. oklah, itu cerita wife dah buat. Tapi sebelum itu, kitorang sempat berborak dengan owner Les Copaque, pemilik suara Tok Dalang dan Opah. 



16/08/2015

Bila cerita pasal petua awet muda dan langsing ni, banyak sebenarnya tips dalam blog ni, korang kena korek sikit cerita-cerita lama, semestinya memang hangat lagi menghangatkan. Kalau korang baca, tentu boleh gelak pun ada, hahhaa. Oklah, nak selongkat sikit rahsia dalam blog nih, apa bendalah yang aku tulis sebelum ni, dah boleh jadi tips kepada generasi baru, yehaaa.


cantik dan langsing

14/08/2015

Dulu pun sebenarnya ceria ni adalah clone kepada restoran gembira. Mula-mula masa aku kecik, aku lebih prefer nasi lemak gembira. Tapi ada satu masa, abang aku kata nasi lemak ceria pun best, jadi aku cubalah try tengok. hahha, memang sebiji dia buat. Tapi itulah, makin lama, harga makin mahal, tambah pula dengan GST, tapi yang hebatnya, memang ramai gila makan kat situ pagi-pagi, ada roti canai lagi dan cakoi, layan siut.


12/08/2015

Alhamdulillah, pagi tadi sempat membedal nasi lemak yang sedap, dulu rasanya kakak ni bertapak di restoran darul ehsan shah alam, seksyen 9, tapi lepas je search internet, memang ada rupanya kat seksyen 20, kat ali corner, dekat dengan KPJ shah alam. Pergh ini sudah mantop, hahaha, dengan pening kepala, terus je layan datang sini, apa lagi, makan jom









Wife kata sedap sebab nasi lemak paru dia sangat lembut, gua suka nasi dia, dan sambal dia agak lembut sikit, tapi nampak macam kedekut ikan bilis, so kena cari kedai yang bagi ikan bilis banyak sikit. Tapi restoran ini air dia boleh tahan, ramai datang walaupun kena gst, kan Ahmad Maslan dah cakap, memang tak effect pun, orang terpaksa makan, kalau tak lapar woo nak buat kerja. Jadi, apa tunggu lagi, kalau korang nak lepak seksyen 20 pagi-pagi, kenalah singgah ali corner nih, layan memang layan. Siap kaunter depan dia duduk dalam bilik kaca, takut kena ngurat dengan aku kot, hahaha. Oklah bye bye, selamat menjamu selera.



Masa hari ahad lepas, aku datang bawak wife ada program bersama masak bersama Anis Nabilah, chef celebriti yang sangat kecil cute dan pandai masak. Oklah, tapi ini sebab entry nasi lemak, jadi nasi lemak lagi sedap. Sebab aku ingat sri hartamas ni tempat makan yang mahal-mahal, nasib baik ada mamak Bestari dekat Sri Hartamas.




08/08/2015

Macam biasa aktiviti bersarapan dan melihat dan melawat kawasan shah alam di teruskan. Kali ini memang pergi sergah restoran belakang Hospital Umra, Nampaknya, ternampak pulak kedai restoran MAMI, hahaha, ini pun bolehlah, jadi layankan je.





Pakcik Jual Nasi Lemak Yang Hensem Lagi Kacak

Pakcik tu dah berumur sikit, jadi mungkin dia perlukan vivix shaklee, tapi takpa, sebabkan pakcik jual nasi lemak, aku pun nak try makan, hahaha, ini memang best, sambal dia pun sedap, walaupun hanya makan kena bungkus atas lapisan kertas minyak yang kurang ummph. Tapi takpa, nasib baik akak cashier yang cute itu telah membawa teh tarik, oklah, memang boleh diterima masyarakat kedai MAMI nih, gabungan macam ini memang dah selalu sangat.





Pekerja Mengular ?

Hahhaa, sedikit gambar katanya, biasalah, aku terima komen dari abam naja, katanya itu pekerja mengular, nak buat macam mana, diorang kerja penat woo, jadi kena sarapan betul-betul sebelum buat kerja berat, jadi sangat penting untuk membuat permakanan dan melepak minum sambil layan cerita sensasi ekonomi malaysia jatuh, hahaha. Oklah, takpa, nak kurus kenalah makan set kurus ok ? Sekian sahaja untuk kali ini, semoga anda kekal langsing walaupun makan nasi lemak berpinggan-pinggan. 

06/08/2015

OKlah, semua orang tahu, aku dan wife biasanya akan pergi jalan-jalan sarapan, oklah, itu ceritanya. Tapi biasanya bila kitorang pergi ke seksyen 23, sebab nak singgah AEON big, kitorang sebenarnya jarang singgah sini. Jadi sebab nak jadi otai kawasan sarapan shah alam, akhirnya, aku singgah jugak kat sini, memang terbaik, hahaha, sebab tak ramai orang, lepak sikit



04/08/2015

Biasa dengar business coaching paling santai ? Ada yang kata lepak kat kedai mamak, ada yang kata buat picnic dan macam-macam lagilah. Hahha, sebenarnya benda ini dah lama dah. tapi nak cerita pun hari ini, sebab masa hari ahad tu je dapat main benda nih. hahah, board game ni dipanggil MASTERIA, hahha, board game pertama dalam dunia yang menonjolkan business MLM.





Kenapa Nak Buat Board GAME ?

mula mula aku pun pening kepala, haha, sebab bagusnya buatlah sesuatu yang mantap sikit, buat teknik jualan sales dan sebagainya. Oklah, board game ini sebenarnya adalah hasil dari pengalaman seorang Master Coordinator shaklee, pengalaman 5 tahun itu terus dicurahkan ke dalam satu board game, hahaha, memang bijak. Oklah, memang mantop. korang search je, banyak video otai-otai shaklee dah try game ini, memang power.

Bila Waktu Sesuai Nak Main Game ni ?

hahhaah, bagi akulah, nak main game ini masa korang berjumpa santai-santai, masa nak makan-makan, oklah, masa hari raya haritu, diorang nak bawak keluar main Masteria, oklah, aku pun setuju, apa kata kita main seround, hahaha, tengok dalam video di bawah, inilah masa sesuai nak main, ko pegang anak ko, takpun lawan dengan budak-budak. Memang habis juara bertahan MASTERIA, saudara Mijie kalah teruk dengan Ayu, sebab dah termasuk ZON Selesa, hahaha. So sambil layan lemang, layan nasi impit, minum air performance, memang style kalau dapat main game ini, ini pun sebab pegang anak, kalau tak dah layan dua tiga round.




Tapi nak bagi peringatan juga, game ini ada waktu yang tak berapa nak sesuai. Bila time coaching yang serius, sila serius, tak sesuai nak main game macam ini. hahaha, apapun, time main, korang main, tapi memang game dibuat untuk perbanyakkan lagi style coaching yang berbeza. hahaha, apapun time serius, kena serius, time santai kena santai, hahaha.

Orang Buat MLM lain boleh beli tak ?

Hhahaha, sangat sangat digalakkan, sebab aku rasa ini board game yang penting, buat anak -anak remaja yang nak kenal dunia MLM, yang betul, bukan jenis haram jadah punya. So, sangat sesuai untuk beli game ini. Kalau saidina dan monopoly adalah pengenalan kepada dunia hartanah, so MASTERIA ialah pintu kepada dunia Multi Level Marketing.

03/08/2015

Salam seajhtera semua. Apa khabar ? dah lama tak bersiaran dalam blog nih, hahaha. Oklah sudah tiba masanya untuk gua melaporkan beberapa berita sensasi, tapi bukan berita pasal kebakaran menara PDRM, dan juga bukan pasal bekas TPM, tapi cerita pasal sekumpulan manusia yang belajar tentang hubungan itik dengan helang