Blog Orang Selangor

30/06/2015

Macam mana nak buat ayat power nak promote Vivix Shaklee ini ? Kenapa tetiba pulak orang cari pasal benda ini ? Tak pa, kena lah tahu jugakkan, sebab Vivix Shaklee ini produk shaklee terpower kat Malaysia, kat US, ada lagi power, tapi Vivix terbukti bagus. banyak testimonial di blog blog luaran sana


ayat jual produk shaklee


28/06/2015

Semalam, semua orang dah tahu, Budak-budak muda malaysia dah belasah budak-budak eropah , sampai menang IBERCUP. HOoo, diorang ini tak sangka menang, sebab team Atletico Madrid yang menjadi pilihan pun bengan gile kalah dengan bebudak Malaysia. Semua orang tahu, ini semua kerja gila Lim Teong Kim. 


bolasepak malaysia

17/06/2015

Salam sejahtera semua, esok nak puasa dah, tapi takpa, jom kita layan dulu, cerita kedai mamak yang ada kat Shah Alam nih. orang kata shah alam dah boleh kata Darul MAMAK, banyak sangat kedai mamak yang ada sampai pening kepala mana satu nak makan nih, sana sini mamak, mamak, mamak.


Al-Ihsana Lawan Isa Maju

Kalau sapa rajin pergi U12, memang mesti akan nampak mamak Isa Maju, aku selalu makan kat situ, bawa anak, tapi sebenarnya, kat belakang pun ada satu kedai baik punya. Tak ramai orang, dan boleh lepak lepak, itulah mamak Al-Ihsana. Kalau rasa Isa Maju ramai orang, korang pergi belakang dia, ada kedai baik punya. 


Kerusi Boleh Baring Bak Tuan Puteri Badak Berendam

Hahahha, ini kerusi rasanya baru tahu ada kot. Padahal jarang pergi sini. Tapi anak aku tuh, memang suka kerusi macam ini, bagus untuk orang yang malas malasan, rasa nak baring je sebelum makan dan sebagainya. Jadi, oklah, ada anak malas rasa mengantuk, baringkannya.


Nasi Lemak BUNGKUS !!! Nyum Nyum

Tetiba masa round tuh, ternampak bungkusan nasi lemak yang menyelerakan, pergh sedap woo. Oklah, apa lagi terus berhenti depan kedai ini, lepas tu pekena nasi lemak dan teh tarik. Hooo, layan layan, tapi macam biasalah, yang ni tak boleh lawan dengan Nasi Lemak D Anjung yang aku cerita entry lepas. Hahhaa.  


Selamat Berpuasa !!!

Selamat berpuasa geng geng pembaca blog ku yang budiman lagi cantik dan kacak. Nak puasa nanti, korang carilah makanan yang Low GI nih, bagus kalau nak puasa, rasanya bolehlah tahan rasa kenyang. Biasa orang makan nasi ni takut cepat lapar, huhuhu.

15/06/2015

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Beberapa hari nak puasa, tentu ramai dah buat persediaan rapi menjelang ramadhan. Biasalah, ada yang nak beli barang dapur, barang keperluan, barang kesihatan dan tak juga barang baik punya. Hari ni nak sikit pendapat jelah ye, tak penting pun baca. Persoalan yang menarik, kalau tengok hindustan, pakistan, superman, batman, mesti ada plot hero kena buli, hahaha. Tahu tak sebab apa ?


hero kalah

14/06/2015

Salam sejahtera, korang tahu tak, aku dah lama tak update bLOG ? Confirm korang tak tahu, sebab korang mesti dah lama tak tengok blog nih. Hahhaa. Oklah, takpa, sebab aku sibu update blog lain. Ok takpa jangan risau, apa kata kite citer misteri nasi lemak bungkus.



Kenapa Aku Suka Layan Mamak HAMEED Tesco ?

Mamak tesco shah alam, berada betul betul di bulatan roundabout yang bahaya itu. Di situ kami selalu lepak, lepas hantar anak ke sekolah little caliph, jawabnya nak lepak sebelum ke tesco membeli barang yang masa tu belum ada GST. Tapi, ada satu masa tuh, kami ternampak nasi lemak bungkus, pergh apa lagi, trry rasa dan makan, pergh sedap, sampai makan dua bungkus. Tapi yang tak bestnya, kekadang nasi lemak tak sampai situ. Jadi memang kena tunggulah waktu yang bertuah.


Pergi Kedai Mamak Seksyen 16 Shah Alam Semalam

Oklah, semalam sebenarnya kami saje nak sarapan kat tempat jauh sikit dari seksyen 8. perghh, terjumpa juga nasi lemak yang sama. Apa lagi, aku pun ambil gambar . kiranya gambar yang korang tengok ni memang dari handphone cap samsung yang selalu hang, bajet bagus. Oklah, memang sedap, dan sama sedap seperti di Hameed tesco. Pergh, mantap. Pekena pulak dengan teh tarik panas. itulah yang buatkan rakyat malaysia bijak dan comel !!!!



Nasi Lemak D'Anjung

Kepada taukey nasi lemak nih, diucapkan tahniah beribu ribu tahniah, sebab nasi lemak sedap, waluapun saiz kecil, ianya membuatkan perutku memanggil manggil nasi lemak itu masuk kedalam perut ku dan memaksa pankreas ku untuk bekerja lebih keras untuk merembeskan insulin. hahhaha. Oklah, jaga jaga sikit  makan, jangan sampai jadi penyakit ok !!! Oklah, gambar terakhir ialah gambar anak kedua maryam. So mungkin korang boleh cari nasi lemak ini dikedai kedai mamak yang berkaitan. HOOO jom serbu.