Blog Orang Selangor

31/10/2014

Alhamdulillah, hari ini hari terakhir untuk cabaran gambar oleh Hernee GP. Tahniah dan terima kasih hernee sebab adakan game dan cabaran yang best untuk kami sertai, dan membuatkan kami lebih kreatif, inovatif dan positif dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba. Oklah, berbalik kepada tajuk asal, apa kata kita cerita 10 perkara tentang diri saya. hahaha.


10 perkara misteri

30/10/2014

Ada satu tabiat Arreessa Zulaikha, sebelum tidur, dia selalu ajak kami main game papan macam kat bawah ini. Paling seronok, kami bertiga main game ular. Dalam satu masa tu, saya main dua orang dengan Arreessa game ini, memang dia dah mengantuk, tapi ada benda yang saya belajar darinya.


permainan kanak-kanak



Bila Nak Tidur Arreessa ?

Mama dan adik maryam dah penat, rasanya kami baru je balik dari Health Talk dekat Shaklee HQ. Semuanya bercerita malam itu ialah kesihatan ibu yang mengandung. Lagi tambahan juga vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Oklah takpa, malam itu saya dan Arreessa je main game ini. Macam biasa teknik balingan 6 saya berjaya menghabiskan game tersebut. Tapi lebih kagum lagi, Arreessa terus nak habiskan game tu, sampai dia boleh cecah garisan penamat, dan lepas itu dia terus tidur. 


Siapa Ular dan Siapa Tangga ?

Dalam pemikiran yang tak boleh lawan pemikiran Ahmad Maslan, saya tertanya-tanya, siapa yang jadi ULAR dan siapa yang jadi TANGGA. Perjuangan mesti diteruskan , hidup ini memang ada yang saya sendiri labelkan sebagai ULAR dan TANGGA. 

  • ULAR - ular diibaratkan orang yang menggangu kita, suka nak jatuhkan kita, dan benda yang hendak jatuhkan kita. Tapi ada benda diluar kawalan,yang itu ULAR ujian, memang Allah nak hantar ULAR itu kepada kita, supaya kita lebih kuat dan terus belajar dan sampai ke desitinasi kejayaan. Sebab itu orang yang suka keluar kerja dipanggil MENGULAR !!!
  • TANGGA - orang jadi tangga kita, kadang-kadang jadi lift kepada kita, orang itu yang selalu sokong kejayaan kita, termasuklah upline, family, isteri, suami,anak-anak, dan paling penting ialah mak ayah kita sendiri. Mereka ini yang jadi tangga, nak kita berjaya. Kalau dari segi marketing, networking, ada tangga yang panjang, ada tangga yang pendek, kerja kita ialah pandai menggunakan tangga itu, dan mesti terus berjalan. Kalau dah jatuh balik, kita kena pandai cari tangga itu semula.

Berangan-angan Sebelum Tidur ?

Sebelum tidur bagusnya kita berzikir, beristigfar, dan kadang-kadang, kita mesti berangan-angan, amalkan teknik RCA, aku mesti berjaya, aku dapat jual vivix, aku dapat dating dengan Siti Saleha, dan macam-macam lagi. Sebelum tidur itu, kita berehat, dan mengecas tenaga untuk lebih berjaya, dan bersedia untuk mengharungi perjalanan ULAR dan TANGGA. 



Day 15 - Right Before Bedtime



29/10/2014

Zaman 2009, sebelum berkahwin, lepas bertunang, saya dikenalkan dengan insan lofi, penuh iman didada dengan karya seni, ketua projek rabak,khizanat, sampai saya tak terikut keLOFIan nya, itulah dia seni MOHD JAYZUAN. Memang gile bila berjamming dengan dia, dan banyak juga benda yang dipelajari semasa perform ngan jay. hooo, 


gambar artis

Alhamdulillah, semalam saya nak buat entry ini, kena tangguh sikit, sebab nak tahu apa yang kami makan time dinner. Tak sangka pulak, semalam Dr Harris Shah, pakar psikologi datang rumah MKB untuk sesi coaching, yang simple dan kita ada bercakap tentang masa depan business shaklee itu sendiri, jadi bila makan mee goreng pulak, ianya menjadi bertambah psiko, tahu kenapa ?

mee goreng sedap

Latar Belakang Tentang Mee Goreng

Oklah, bila sebut pasal mee goreng, semua orang tahu, dari sarapan sampai nak jadi makanan malam, semua orang suka makan mee goreng. Mengikut kajian terperenci oleh pakar pakar diet, mee goreng dalam 1 pinggan membawa kalori sebanyak 281Kcal. hooo, tapi itu bergantunglah kepada cara penyediaan, kalau letak ayam goreng, memang menjadi banyaklah kalori, sukar nak diet. Hoo.

Cerita Tentang Psikologi dan Business


Sambil makan mee goreng , semalam MKB bercerita tentang kuasa psikologi dan business Shaklee. Bila bercerita tu adalah banyak benda yang diucapkan, kelebihan dan kekurang seseorang kalau nak berjaya dalam business, tapi ada lebih menarik tentang branding diri tuh. Hooo memang psiko sikit di sana.

Apa Yang Penting Cerita Mee Goreng Semalam ?

Bila cerita pasal semalam, kiranya apa yang saya faham, semalam bila MKB bercerita tentang orang yang berjaya habiskan phd ini, mereka ialah orang yang ada DISIPLIN . Dulu kat sekolah kita memang ada cikgu disiplin, tapi budak jahat macam aku ini tak termakan sangat. Bila dah besar, dan berjaya, baru faham, DISIPLIN akan membezakan seseorang itu berjaya atau tidak, dan bukannya kepandaian atau latar belakang orang itu. Aku pun kagum, dengar seorang pemegang phd, dulu dia dapat 9E dalam SPM. Tapi macam mana dia boleh berjaya ? dia takdalah pandai ? Jawapannya ialah DISIPLIN !!!!






Day 13 - Dinner

27/10/2014

Hari ke 12 cabaran bergambar Hernee GP ialah polkadots. aku duk fikir camna nak cerita pasal polkadots ini, aku bukannya ada baju tuh, tapi dok fikir punya fikir, baru teringat kat pakcik angkat aku kat US sana. Pakcik Buddy Guy, pemuzik blues tersohor yang aku suka, selepas aku dengar Eric Clapton, Stevie Ray Vaughan. Hooo, mantap Wooo.

blues polkadots

Sweet Home Chicago 

Bila aku dengar buddy guy, dia ni memang suka menjerit, ada style, lagu dia memang ada yang slow, tapi kalau dia perform, mesti ada energy, walaupun dah tua. Itu semua style blues dia. Aku tak retilah sangat nak describe macam mana style dia. Eric Clapton pun panggil dia Genius, hahahha. Tapi dia punya  suara memang cool. Satu  lagu yang paling layan tentu sekali Sweet Home Chicago, hahaha. mesti solo dia menyengat. Hhahah,  apapun layan jelah,  buat peminat blues semua. 

Power Of BLUES 

Bila cerita pasal blues ini, banyak benda nak cerita, kalau buat  satu buku pun, tak habis nak tulis blog. Jadi korang boleh kaji sendiri pasal blues ini. Dan paling menarik sekali, ada satu kajian mengatakan blues ada unsur Islam. Hahhaa, cuba korang tengok video tu sendiri. Bagaimana orang kulit hitam meniru gaya azan untuk dijadikan muzik blues mereka yang popular , menjadi roots kepada muzik moden sekarang.







Day 11 - What I Wore Today
Day 12 - Polkadots


Bila sebut je pasal pakaian, gua takdalah seorang yang metrosexual macam keith foo tuh. Tapi gua ada style tersendiri, t-shirt dan seluar durban, hahaha, itu style baik punya. Kalau cerita pasal kasut, mesti nak kasut nike. Kalau korang nak tahu pasal gua, bolehlah refer kat entry sebelum ini di sini.


kenapa kena ada style

25/10/2014

masuk hari ke 10, aku dah terdapat idea dari semalam. Ini semua disebabkan oleh kebolehan pakcik piko yang datang seksyen 8 haritu. aku terus snap gambar phone dia yang macam pakaian beruang. Tapi itu korang belum tengok lagi, apa yang ada dalam phone tuh, baru korang tahu, hahahaha.

penting tak cover phone

Cover Phone Penting Tak ?

hahahha, sebenarnya ikutlah kepada tuannya. Dulu aku ada cover phone original warna biru. Memang cantik, tapi last last jadi hitam, sebab biasalah aku pun lasak juga menggunakan cover phone tuh, jadi last last aku pakai biasa warna hitam, hanya ada perlindungan cover plastik, nampak tak handphone aku tak menutup aurat ?



Penting Tak ?

Hahhaha, aku tak menjawab pulak. Oklah, sebenarnya ianya bergantung kepada jenis phone korang semua. Ada aku tengok, cover phone ini sangat wajib, lagi-lagi phone tu mudah rosak atau senang digunakan oleh budak kecil. Jadi adakalanya penting, adakalanya tak penting.Ikut juga pada strategi masing masing. Antara yang aku boleh listkan pasal cover phone ni ialah

  1. Boleh berubah ikut fashion, so korang boleh update cover phone baru 
  2. untuk letak nota kalau tengah periksa. Cover tu mesti ada poket 
  3. Boleh letak gambar awek korang, padahal dalam phone pun lagi banyak gambar 
  4. Boleh letak business card, khas macam aku bikin biz shaklee , 
  5. Boleh cover dari hujan lebat atau ribut petir 
  6. Boleh cover dari air tumpah semasa minum di mamak 


Jangan Tengok Sebelah Mata

Hahhaha, tapi satu falsafah en piko pasal cover phone ini sangat menarik. Cover phone ini hanyalah cover sahaja, Kita tak boleh menilai keupayaan handphone tersebut. Itu belum lagi siapa yang guna handphone tu, apa yang boleh dia buat dengan handphone tuh. Korang mesti pernah dengar, beli handphone canggih tapi takda kredit pun tak guna jugakkan ? Jadi pandai-pandailah korang guna phone tu, sama ada nak buat benda baik, nak berdakwah, atau pun nak merakam aksi lumba haram, aksi monyet atau aksi pekerja kilang.



24/10/2014

Alhamdulillah dah masuk hari ke 9 cabaran. Bila sebut pasal stripes, banyak sebenarnya cerita pasal stripes, korang tengok dekat kuda belang, dekat penjara, baju penjara, fashion, dan paling selalu mesti korang tengok jalan kaki pelintas tuh, dan jugak bonggol yang buatkan kereta lowered susah nak lalu, ahhaha.


never walk back


Jalan Dan Terus Jalan

Memang larilah sikit dari stripes ini. Tapi macam biasa, saya suka falsampah, macam PST. Hhahaha. Bila kita berjalan, tak kisahlah kita jalan terus atau jalan kebelakang, usaha kita kena terus jalan. Jangan berhenti, sayang wooo. Bila dah dapat peluang, buat dengan bersungguh-sungguh.

Melintas Jalan, Dari Susah Ke Senang ?

Apa yang korang faham tentang stripes lintasan jalan kaki tuh ? Hooo, maknanya orang yang nak melintas jalan, perlu ikut jalan tersebut, sebab ianya jalan yang selamat, dan juga mungkin juga satu satunya jalan untuk melintas dengan baik. Samalah juga jika anda nak berubah, boleh dikatakan jalan peluang tu dah ada, anda perlu jalan melintasinya, sama ada laju atau perlahan. Jadi kejayaan menanti di akhir lintasan itu, lintasan itu sama ada panjang atau pendek, anda mesti jalan dan terus jalan. 

Keluar Dari Comfort Zone 

Akhir kata, anda mungkin rasa senang dan selamat tanpa melintas jalan menuju kejayaan. Tapi nak berjaya, mesti keluar dari zon selesa. Memang kadangkala melintas jalan berbahaya, sebab itulah stripes tu penting, ianya jalan selamat dan kurang berisiko. Samalah juga dengan business, ada business yang hebat, mantap, tapi tanpa panduan, tanpa ilmu, mungkin korang pun akan dilanggar dan jatuh kemalangan.



23/10/2014

alhamdulillah, dah seminggu cabaran photo ini, nampaknya hari ini masuk tema black n white, sume rasa macam micheal jackson je, hehehe. Oklah, untuk tema kali ini, saya nak share sikit, satu benda yang korang nak tahu, iaitu poster black n white yang diambil dari lyna noh, nenek tua yang banyak sakti, yehaaa


supplemen untuk kecederaan otot

22/10/2014

Hooo, bila sebut pasal lunch, tadi je aku dah bedal 3 ketul ayam goreng, betul betul betul, kata upin ipin dan kawan-kawan. Tapi bila sebut je pasal lunch, ada baik dan buruknya, hooo, jomlah aku share sikit kenapa bagus tak bagusnya kalau lunch ini.

lunch faedah


Kasi Perut Kenyang

hahhaha, nikmat woo makan tengah hari, lagi lagi breakfast pun tak berapa banyak. Kalau dekat kampung dah lama pekena tempoyak, sambal belacan, ikan goreng, ikan masin, dan macam macam lagi. Jadi lunch ini salah satu kebaikannya ialah kita makan mesti perut kenyang, ditambah lagi dengan air sarsi. Macam gambar kat atas ini, icha pun teruja tengok makanan sedap dekat MQT4 Tahfiz Tapah.


Kira Kalori

Hooo, buat yang nak diet, bagusnya ialah makan lunch, jangan skip, sebab kalau skip, takut kita lak makan tak tentu hala, silap-silap boleh makan benda tak sihat. jadi, masa lunch fokus kepada kiraan kalori, macam kevin zahri punya tips aku share dulu. Hahahha, baik punya, jadi kalau nak best, sila control lunch anda.





Day 7 - Lunch

Alhamdulillah, semalam macam mana boleh tak sempat nak buat entry, hari ini kena pulun banyak entry, sebab dah cuti, oklah, mengikut day 6 ini, katanya nak tahu supplement kegemaran. oklah, hari ini saya nak share antara vitamin kegemaran saya ialah vitamin B hooo yes !!!


manfaat vitamin shaklee



Hoo Stresss !!!

Hahhaha, salah satu bagus vitamin ini ialah cerita pasal stress. Kalau korang stress, sebenarnya bagus ambil vitamin B. Antara yang bagus ialah B5, untuk bagi kita lega . Tapi bila sebut pasal stress ini, janganlah pulak ambil vitamin B tu makan, kena buat amalan lain jugak. Contohlah kalau kita marah-marah, bagus kita ambil wuduk dan solat sunat. Hoo, lagi tip nak kurangkan stress ada dekat bawah ini.
  1. Tips Stress Dr Fadzilah kamsah
  2. Tips Stress tambahan lagi


Metabolisme 

Hahhaha, penting untuk badan kita nak convert makanan kepada tenaga, dan tenaga tu mesti digunakan, kalau tak jadi lemak. Tapi nak convert tuh, kena ambil vitamin B, bagus untuk convert makanan jadi tenaga. Hoo itulah bagus, barulah bertenaga. yehaaa. Tapi takpa, kalau nak best boleh baca lagi kat bawah pasal vitamin B

  1. Manfaat Vitamin B






Day 6 - Favourite Supplement

20/10/2014

OKlah hari ini nak cerita sikit pasal lagu blues classic, the sky is crying. Hahhaha, tajuk dia memang pelik, tapi oklah, nak kasi kena dengan cabaran hari ini,the sky. Oklah, setiap pemuzik blues memang akan main lagu ini. Tapi apa yang best pasal lagu ini ye.




Lagu Wajib Blues ?

OKlah, siapa yang main slow blues, nak henjut maut punya, mesti kena main lagu ini. Lagu ini dah direkod lama dah, oleh pakcik Elmore James, yang bermain slide guitar dalam key C. Hoo, lepas tu macam-macam version keluar, dan paling ketara gua pernah dengar version Stevey Ray Vaughan. Tak lupa juga versi Garry More. Hooo, dua  gitarris ini pun dah selamat, dah lama meninggal. Tapi lagu ini boleh main, oleh setiap gitaris, sebab part goreng tu boleh jadi sampai 10 minit lamanya.

Pelbagai Versi

Kalau kat internet tu sebenarnya memang ada pelbagai versi, tapi yang ni aku share kat korang versi Elmore James, versi paling sempoi, tak panjang, dan gila kentaln slide guitar di situ, Hoo, kalau korang nak lebih rancak, type je kat youtube tu banyak je. Hahhaha, sekian terimakasih.








Day 5 - The Sky


19/10/2014

Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk hari keempat photo challenge. Oklah, bila bercerita pasal air ini, ramai tahu minum air masak bagus. Tapi bila cerita pasal blog ini, banyak juga cerita pasal air dalam blog aku ini. Oklah aku nak cerita sikit pasal air dalam blog aku ini.


minum air untuk sihat

18/10/2014

Alhamdulillah, hari ini dah masuk day 3 photo challenge, thanks sekali lagi kepada Hernee GP, sebab adakan pertandingan cabaran paling cool. Oklah, hari ini kami nak cerita lagi pasal sarapan yang best, hahaha. Oklah, hari ini, jom kita ulang kaji sikit pasal sarapan best dengan Cinch Shake Shaklee. (sejak ada dietdietsihat, jarang dah cerita produk shaklee dalam ni)


sarapan terbaik

17/10/2014

Hari ini sebab hari jumaat, aku sajelah nak share baju melayu biru aku ini, amacam cantik tak ? Hahhaha, kat bawah ni ialah hasil tangkapan MKB masa kami meeting GEGEMASU haritu. Memang gile bergaya, sebab gua pakai selipar, barulah macam pahlawan melayu. Hooo, cerita baju melayu ini memang panjang, cuba tanya wife aku sendiri, heheehe.

kenapa warna biru



Kenapa BIRU ?

Pernah aku baca jap tadi, kata-kata Mark Zukerberg ialah biru ialah kekayaan. hahhaha, sebab itulah facebook pun dia letak kaler biru. Tapi korang pun tahukan, kalau korang rajin search, banyak kajian menunjukkan kaler tu penting, hahahha, kalau nak buat sesuatu brand, color melambangkan setiap brand tersebut. Contoh kalau natural, semulajadi macam Shaklee, mesti letak color hijau, tak sesuai letak color merah, hehehe. Tapi itu semua ikut kehendak masing-masing, jangan tiru macam Vincent Tan sudah, pergi tukar color tradisi Cardiff City, mengamuk diorang.


Biru Mata Hitamku

Hahahha, oklah, yang atas tu pun lagu WINGS, kalau nak feel, layan lagu BLUES, hooo, jadi macam macam biru ni, haru biru, biru air laut, cerita BIRU, dan macam macam lagi. dulu ada satu kumpulan BLUE, hahaha, oklah, selamat memakai baju biru. Hari ini program gegemasu, macam biasa, pakai baju melayu birulah, hehehe.





Day 2 - Something Blue


16/10/2014

Alhamdulillah, kali ini, kita masuk cabaran baru, selepas dah habis cabaran blogging 30 hari, kita masuk photo challeng pulak, yehaa. Kali ini penganjurnya ialah Herneenazir.com. Hooo, Nampaknya cabaran hari pertama ialah tentang tulisan, hoo, amacam tulisan saya, cunz tak ? 


15/10/2014

Alhamdulillah, hari ini hari terakhir cabaran, cabaran 30 hari untuk semua peserta blog kami, kami takdalah pandai sangat pasal blog, ada je yang lebih bagus. Segala ilmu yang dicurahkan, diharap semuanya dapat manfaatkannya. Apa yang menarik kalau tulis blog ini. Saya takdalah nak bercerita pasal faedah, jualan semua, tapi ada satu benda yang lebih saya suka sebenarnya.

gambar tuan peguam sebagai hiasan


1. Berubahnya Lanskap Politik Malaysia 

Hhahaah, antara benda yang gua suka layan masa piliharan raya 2008, ialah blog. Memang gile, banyak gile blog blog, yang berjaya buat rakyat malaysia huru hara. Perubahan politik, strategi media masa perdana gagal memberikan impak kepercayaan, tapi kuasa blog memang dasyat, sehinggakan berlakunya kritikan melampau, pedas, dan maklumat tersebar menjadi fitnah. Ianya memang berkesan, dan seterusnya politik 2013 dirancakkan dengan medium facebook dan sebagainya. Tapi memang gua ingat, banyak blogger kena tangkap kerana isu politik , belum lagi isu lain macam Alvin the chipmunks.

2. Best Tak Masuk TV dan Majalah ?

Itulah yang terjadi, saya tak tulis blog, tapi isteri yang rajin update cerita keluarga, mertua, hahahah, akhirnya kami masuk rancangan semanis kurma, paling legend tahun lepas, ditambah lagi dengan masuk majalah itu, jemputan blogger dan sebagainya, blog memang medium pengiklanan termurah, dan paling mudah, paling sempoi dan paling kekal


3. Harap Kekal Sampai Bila-bila

Akhir kata dari saya, blog saya yang free ini, medium free, harap google masih hidup, disinilah terbinanya wakaf alam maya, mereka membaca, mendapat ilmu, dan menyebarkannya, itulah pahala saya, saya kongsikan, saya tak tahu bila google nak habis, tapi harap harap dapat terus lagi menyumbangkan ilmu dalam blog, sebab saya tahu, blog takkan pupus, kekal sampai bila-bila, orang terus baca dan membaca.




Hehehe, tajuk kedua terakhir, dari cabaran blogging ini ialah Parents, tapi macam biasa, saya nak anda tengok gambar parents saya nih, dengan gambar saya sekarang, amacam, best tak, dulu saya kecil saya masuk paper, sekarang sudah besar, Arreessa pulak masuk paper, ini tidak adil, hahahha. tapi banyak benda yang kita belajar dari gambar ini.

duplikasi dari keluarga

Duplikasi

Hahhaha, kita mungkin tak sedar, yang kita sebenarnya lebih meniru perbuatan dari percakapan itu sendiri. Memang saya jarang dengar kata, termasuklah anak saya, memang susah nak dengar cakap saya ni. Mereka ni, akan ikut apa yang kita buat, dan takkan ikut apa yang kita suruh. Jadi sebab tulah kalau nak suruh anak, kita kena buat dulu. Benda ini, samalah kalau nak apply kat business lain. lagi lagi MLM.

Jadi Teladan

Alhamdulillah, ibu bapa saya memang banyak tunjukkan contoh terbaik, yang saya mesti ikut, dan insyaallah , anak anak saya pula akan ikuti jejak langkah kami berdua. Anak-anak tak perlu disuruh-suruh, mereka melihat kita sebagai parents mereka, jadi tunjukkan teladan yang baik, dari generasi ke generasi, walaupun zaman berbeza, asasnya tetap sama.

14/10/2014

alhamdulillah, sebenarnya home studio tu dah ada, kalau anda tengok dalam entry sebelum, ni, dalam SOHO saya tuh, tu dah termasuk sekali dengan home studio, semua sekali kerja senang, tapi macam biasalah, impian kena besar, hahhaa, memang teringin sangat nak home studio macam kat bawah ni. 

studio di rumah

Nak Bikin Album NINJASENI

hahaha, sebenarnya dah boleh buat, tapi biasalah, banyak sangat alasan ni, tapi seronok sungguh dapat buat satu rekoding yang betul betul proper, bajet boleh berniaga sekali dengan produk shaklee. Tapi seronok, bila datang keluar negara, boleh bawa album tuh, biar mereka dengar sikit blues melayu ninjaseni

Korang Dengar RAIHAN ?

Nak kata aku layan Metallica, sebenarnya kerja RAIHAN lagi dasyat, hahahah, jangan lupa album Puji-pujian adalah satu album yang patut jadi petunjuk kepada semua pendakwah moden dalam negara, siapa nak jadi khalifah, nak pergi serata dunia, cubalah kaji album RAIHAN ini, korang akan tahu, ada satu paten, teknik ciptaan lagu raihan yang korang akan faham, dan paten tu Nazrey Johani guna dalam banyak lagu Raihan. Hehhee,

Kenapa Muzik ?

Hehehe, mungkin aku taklah tere bab studio dan recording, tpai memang minat muzik sejak kecil, dan sampai sekarang, masih gunakan elemen muzik ini, berkarya dengan  nama ninjaseni, dan ada satu blog khas yang dinamakan HARMONIKAWAN, blog khas untuk yang nak belajar harmonika, dan cerita harmonika. Oklah, sampai sini dulu, dah senja.




alhamdulillah, dah masuk hari ke 27, nak buat cabaran 30 hari blogging. Tema ialah movie yang paling saya suka. Tapi saya pun tak boleh kata , sebab banyak movie yang saya suka layan, lagi lagi movie kelakar, tapi movie ni buat saya berfikir dan terus berfikir, apa movie tuh ? Oklah, takpa, saya nak share dulu movie yang ada dalam blog saya ni, dulu pernah review.


review movie

Kali ini, saya gunakan teknik yang berbeza sikit, tema hari ini memanglah pasal kids, tapi saya nak cerita juga kepada anda apa maksud KIDS, hoo, dengan menggunakan lukisan anak saya, Arreessa Zulaikha, korang boleh enjoy setiap maksud yang ada alam KIDS ini.



power knowledge

KNOWLEDGE

Dalam dunia serba moden, K pertama dalam kids bukanlah kuasa, tapi KNOWLEDGE lebih penting. Zaman sekarang ialah zaman menguasai ilmu, dia yang akan dapat kuasa. Ingatlah, tengoklah bagaimana barat menguasai ilmu moden sekarang, sebab itu mereka boleh buat sesuka hati mereka, boleh serang negara itu ini, sambil didorong dengan semangat lain. So , jika anda nak berkuasa, anda perlu ada ilmu, ilmu ini yang memberikan anda kuasa sebenar


kuasa khayalan

IMAGINATION

Tak cukup dengan KNOWLEDGE, mereka yang berjaya, berimpian besar, ada cita-cita besar, perlukan imaginasi yang tinggi, untuk drive impian mereka menukar sesuatu yang mustahil menjadi realiti. Semuanya kerana mereka ini ada imaginasi, duduk diluar kotak pemikiran, berfikir benda yang mustahil. Dengan ilmu yang ada, mereka kembangkan lagi ilmu yang dipelajari, dan akhirnya banyak teknologi baru yang tercipta, idea marketing, dan macam-macam lagi dengan kuasa IMAGINASI



kerja kuat

DEDICATION

Walaupun kita dah ada ilmu, dan berimaginasi, kerja kuat itu perlu, kuasa movitasi, kerja kuat, dedikasi, amat penting kalau nak berjaya. Mana ada orang berjaya dengan hanya duduk senang, goyang kaki. Teringat pulak poster master zainul tadi, beza seorang Master dan seorang Beginer ialah si Master ini buat benda banyak kali gagal berbanding seorang Beginer, sebab tulah dia Master. Nak cuba banyak kali, nak terus bekerja, perlukan Dedikasi


korban masa tidur

SACRFICE

S yang last sekali membawa maksud Sacrifice, atau pengorbanan. Memang banyak benda nak berjaya perlukan pengorbanan. Orang yang nak berjaya, nak tuntut ilmu, dedikasi, mereka banyak berkorban, tak kisahlah dari segi wang, masa, tidur dan sebagainya. Jadi, nak berjaya, ada yang tidur sikit, bangun awal, semata-mata nak update blog macam aku nih, hahaha. Tapi itulah penting, kalau tak sanggup berkorban, mungkin tiada hasil yang mengagumkan.





10/10/2014

Bila bercerita tentang sumber inspirasi, sebenarnya banyak sumber inspirasi yang bagus kita ikut dan contohi, lagi lagi nabi kita muhammad, kitab suci Al-Quran, dan para sahabat. Tapi entry kali ini saya nak bawa anda satu sumber lagi, iaitu dari MUZIK . Hoo, adake macam tuh ? takpa nanti saya cerita kisah seni dalam blog ini, kalau dikupas kembali, korang akan faham kuasa muzik itu

kuasa muzik


Suatu Kesetiaan

Bila cerita pasal muzik, kumpulan muzik. memang sebenarnya ada banyak cerita motivasi, disebalik kehidupan mereka yang kadang-kala terumbang-ambing itu. Tapi keteguhan setiap kumpulan tersebut, macam kumpulan WINGS, lagu mereka yang best, tentu sekali sepertia inspirasi taming sari, tirai horizon, memang layan , dan itulah semangat yang ditiupkan dalam muzik rock. Jadi setiap muzik itu, kalau nak diceritakan memang ada kisahnya.


Kisah PEMUZIK 

Bila aku cerita pasal gitaris kidal, sebenarnya ianya lagi membuatkan aku kagum dengan mereka. Contoh terbaik yang pernah aku tulis ialah Tommi Iommi dari kumpulan Black Sabbath, mungkin korang yang dengar memang pelik, tapi cerita dia tuh membuatkan kekurangan itu ialah KELEBIHAN dan ianya menjadi suatu KEUNIKAN. Jangan tak tahu, tommi iommi pernah giveup main gitar, sebab jari dia cedera masa kerja kilang. Tapi dia jadi kreatif, inovatif, sebab itu muzik mereka berat tapi layan.


Keras Tapi BERNAS 

Memang orang kata muzik thrash tu keras, tapi itulah dalam keras ada BERNAS, aku masih mengkaji, menghayati, kenapa METALLICA masih the best metal band dalam dunia, lepas tu jugak macam mana Cromok buat lagu ada unsur kemelayuan. Sebab itu aku suka dengar banyak kali, dan kejayaan diorang ni, buat semua orang nak main muzik, nak berjaya, nak buat sesuatu yang unik dan bagus.


Kesimpulan

Sebenarnya yang ni salah satu je, banyak lagi sumber inspirasi yang boleh korang dapat dan rasai. Itu aku tak cerita lagi kuasa alam, nature, macam dr shaklee buat, oklah takpa, nanti kita borak lagi.


09/10/2014

Cabaran blogging kali ini ialah SOHO, tapi bebaru ni , ada peristiwa menarik yang berlaku, di mana, team yoursupemomHD telah membuat lawatan ke SOHO kami. Oklah, masa tu sebenarnya semuanya terlibat dalam proses penggambaran video set 3M. Apa benda tuh ? hahahha, oklah, ada beberapa perkara penting yang best tentang lawatan tersebut

 


Lawatan Sambil Belajar

Nampaknya lawatan yang diadakan oleh Hadhatina dan Kamarul sangat menggalakan, kerana hasil lawatan ini dapat memberikan impak positif kepada perkembangan dunia seni dan perniagaan kami. Hasil dari lawatan kami mempelajari banyak benda.

  1. Kotak ESP yang banyak khas untuk ahli RMC untuk mendapatkan stok power yang boleh disimpan di dalam soho
  2. Cara terbaik menangkap gambar vision board yang boleh didapati dari softcopy
  3. Anak mereka yang ketiga Ilham terus dapat Ilham selepas melawat SOHO kami yang belum ada nama lagi
  4. Perut para suami masih berisi , walaupun dihidangkan dengan hanya air sirap
  5. Mempelajari cara menyidai tuala princess dengan betul
  6. Mempelajari cara menggunakan kalendar mickey mouse dengan berkesan
  7. Ceramah ringkas dari Arreessa berkaitan tabung upin ipin

Oklah sebenarnya banyak lagi, tapi salah satu keistimewaan soho kami ialah sebab ada langsir BIRU, biru maknanya lautan, memang terasa seperti berada atas kapal, hahaha. Oklah, itu sahaja untuk cabaran SOHO. 

08/10/2014

Tajuk entry kali ini, cabaran blogging diteruskan lagi dengan menukar sedikit, bila cerita binatang yang paling takut, banyak sebenarnya nak cerita hehehe, tapi takpalah, hari ni, saya kasi tips lagi, binatang apa yang korang perlu berhati-hati, bila korang nak tulis blog, binatang ni memang google bela, ternak dan latih , makin lama makin pandai. hehehe. Cerita ni berpandukan kepada artikel orang putih yang ni.


teknik seo

07/10/2014

hahaha, cerita pasal kereta idaman, cabaran hari ke 22 blogging nih, memang gua tunggu je nak letak kereta idaman gua nih. Tahlah, walaupun sebenarnya banyak lagi kereta yang power, tapi dari dulu lagi gua nak sangat nak pandu kereta Porsche 911. hooo design dia memang lain dari yang lain.


Kenapa Tak Suka Ferarri ?

Hahah, bukan tak suka, tapi aku rasa masa aku suka main game Need For Speed awal awal dulu, masa tu zaman windows 98 lagi, aku suka sangat ambil kereta nih, sedap handling dia, walaupun dalam game, hehhee. Memang feel dengar bunyi kereta nih. So kalau rezeki besar, memang aku sambor kereta nih satu, bawak pergi jalan jalan makan angin.

Macam Mana Nak dapat ?

Macam biasa, kerja mesti kuat, mesti yakin, berimpian, jangan lupa juga teknik visualisasi target tuh, vision board mesti tampal, oklah, balik ni, gua nak tampal gambar kereta ni sebiji dalam bilik gua, mesti confirm punya, yehaaa.



06/10/2014

Alhamdulillah, cabaran blogging dah masuk hari ke 21, sebelum tu, kita semua dah sibuk-menyibuk cerita cikgu masing-masing. Oklah tuh, tapi memang confirm, subjek kegemaran kita tuh sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cikgu kita juga. Tapi saya tak boleh nak kata subjek kegemaran, tapi obsesnya saya pada matematik sangat mengujakan.


matematik tambahan

05/10/2014

Hahhaah, tajuk dia lain dari dalam cabaran ? memang kalau korang tak tahu, dalam banyak-banyak cikgu yang paling best, tentu sekali kawan kami cakap, cikgu Amir paling best masa sekolah menengah. Masa tu kami form 4 dan form 5, cikgu Amir memperkenalkan lukisan kejuruteraan di sekolah, memang layan, lepas tu, senyap sedikit, tanya member rupanya cikgu Amir dah jadi JUTAWAN UPTREND 


jutawan uptrend

04/10/2014

Zaman kanak-kanak ini memang bestlah, hooo, macam-macam cerita sebenarnya, tapi takpalah, itu nak memudahkan korang ingat kembali zaman kanak-kanak aku nih, apa kata entry ni kita layan gambor je, hahaha, gambar gambar ni banyak lagi, tapi yang ni je sempat aku ambil kat facebook aku, hahaha, cuba korang bagi markah, gambar mana yang paling cool sekali !!! Cabaran 30 blogging day 19 bermula dengan ....


03/10/2014

Apa punya tajuk, cerita cabaran hari ke 18, ialah my gadjet, kalau ditafsirkan boleh dikatakan juga sebagai my hero atau my love. Orang lelaki kalau sayang kereta, anggap bini nombor dua. Kalau gitar tu, ada bini nombor satu, member aku siap cakap gitar dia tu Rita Rudaini, hahahha. Oklah, untuk entry kali ini, saya nak cerita sikit beberapa gajet yang pernah direkodkan dalam blog yang power nih.


kisah gajet

02/10/2014

Alhamdulillah, kami geng supermom gangnam  telah melawat indonesia pada bulan 4 tahun ini, banyak perkara yang saya belajar sebenarnya semasa berada di sana, ianya memang menarik, dan ternyata melawat negara luna maya nih.




1) Pasaran Segar dan LUAS

Semasa diterangkan oleh Pak Peter, memang indonesia ialah pasaran segar, bayangkan sahaja Jakarta sahaja dan 20 juta, itu belum masuk Bandung lagi. Tapi macam biasalah, halangan itu banyak, lagi lagi di Indonesia, kita perlu berlawan dengan jamu dan juga ilmu perubatan yang ada di sana.



2) Manfaatkan Segala Kelebihan Yang ada untuk Terus HIDUP

Bila kami berada di Tugu MONAS, memang saya pernah berjumpa dnegan seorang pengamen yang tahu satu CHORD sahaja, hahaha, tapi dia yakin dan setiap orang dia berjumpa dan terus bermain dan minta wang upah hiburan, walaupun gitar dia tu memang satu chord je dia tahu. Tapi mereka berani, walaupun tahu satu benda je, tapi keadaan di sana memaksa mereka, kalau tak memang tak makanlah jawabnya 


01/10/2014

Memang hari ini, masuk hari ke 16, selepas semua penduduk jiwa shaklee berclosing, tahniah kepada yang naik rank dan terus maju dalam perniagaan Shaklee. Oklah, malam pagi buta ni, dah masuk 1 haribulan, nak cerita sedikitlah yang gua obses kepada thrash metal. Hahhaha, dari dulu lagi gua minat metal, tapi baru baru ni je memahami kenapa dan mengapa wujudnya muzik Thrash Metal. Hooo mantop



Kisah GLAM , Gay LA Metal

Hahaha, thrash metal ni tak datang kalau tiada GLAM, gay LA metal, metal yang pentingkan musik,populariti dan perempuan. hahhaa, budak budak yang anti GLAM ini, memang yang betul betul nak rebel, nak muzik je lebih, jadi mereka mencari band band yang mereka rasa sesuai dengan jiwa mereka. So di sini lahirnya satu istilah kemarahan melampau yang dinamakan sebagai Thrash Metal.



Laju dan Kejam

Muzik Thrash metal ini memang lahir dari muzik punk, dan juga muzik british heavy metal, seperti iron maiden, deep purple, motorhead, diamond head, dan macam-macam lagi. Jadi irama ini menjadi tapak asas kepada muzik thrash sekarang. Mengenali thrash dengan mudah ialah dengan mendengar lagu dari 4 kumpulan terhebat ini, Anthrax, Megadeth, Slayer, dan paling ramai peminat tentu sekali METALLICA !!! Metallica membawa arus baru dalam dunia metal, dengan menghasilkan album sulung, berjudul Kill Em All, dan makin lama thrash metal ini meletup.


Terus Mencari Banyak Band

Hahhaha, aku pun gila dengan teknik serangan thrash metal, riff berat dan yang mengganas, tapi padu, tak bermelodic sangat. Thrash terus berkembang, dan macam macam muzik lahir dari genre ini. Jadi masa tu aku suka pada band SODOM dan SEPULTURA. Memang mereka sangat kejam dan ganas, lagi lagi Max Cavelera dalam zaman Sepultura. Layan memang layan, sampai sekarang.


Metal Jawa CROMOK !!!

Tapi tetap bangga juga dengan band thrash metal Malaysia ini, yang ada elemen jawa, begitu melodic dan keras. Jangan tak tahu, dulu Jason Newsted dari Metallica pun pernah pakai t-shirt Cromok. Hahhaha, Memang band otai dalam Malaysia, walaupun mereka ini tak keluar tv, lagu marah orang, suara raw dan sebagainya. Selain itu, band band lain seperti FTG pun sangat best. XPDC pun ada juga elemen lagu thrash, sebab diorang ikut bulat-bulat metallica.




Batasan OBSESI

hahahha, memang thrash metal, metal ni memang makanan jiwa, tapi keseluruhan itu muzik dan seni, emmang mengalir dalam darah anak seni. Jadi, memang obses itu memang ada, ianya perlu dipagari, dan dijiwai, sehingga mungkin dijadikan MOTIVASI !!!