Blog Orang Selangor

30/09/2014

Hahahha, blog yang saya suka , tak banyak, tapi takda spesifik blog pun yang saya suka, tapi apa yang best bila baca blog ni, mesti tengok ciri ciri blog tu, hahaha, adalah beberapa jenis blog yang best untuk di baca. Tapi sekarang macam-macam jenis blog ada , dari banyak kaler ke satu kaler pun ada, hahaha. OKlah, tajuk kat atas tu macam pelik, tapi sebenarnya ianya maksud mendalam dari blog pakcik Neil Patel , MKB kata bagus tulis bahasa melayu, hahah, ok mari kita mulakan, 7 ciri-ciri blog yang google tak berapa nak gemar !!! Oklah bahasa Inggerisnya 7 Obsolete SEO Tactics You’re Wasting Your Time On



google algorithm



1) Blog Yang Suka Backlink MERAPU !!!

Hahaha, kalau korang baca balik link yang aku bagi tuh, google pun pandai, dia letak orang yang backlink sikit lagi tinggi dari orang yang ada backlink banyak. Tahu tak sebab apa ? Sebab google kalau boleh nak backlink yang berkualiti, bukan backlink yang boleh dibeli atau saja-saja letak suka hati. Jadi , sekarang, fokus kepada kualiti penulisan kita, barulah orang yang backlink tu menghargai kerja kita .

2) Keyword Banyak Kali Berulang

Hahhaha, korang jangan risau, korang ingat tak dulu cikgu karangan kita suruh kuasai KOSA KATA ? Karangan yang bagus ialah karangan yang mempunyai banyak perkataan istilah. Contohlah korang asyik ulang keyword ESP Shaklee. Dari asyik ulang je, boleh banyakkan cara seperti soya, minuman bertenaga, dan sebagainya.

Tahu tak macam mana google kesan keyword yang sama tadi ? Satu algorithm yang google guna tu ialah Latent Semantic Indexing (LSI). korang tanyalah orang yang buat phd sains komputer atau AI, confirm diorang  pernah dengar.

3) Kurang BERSOSIAL 

Hahaha apa benda ni ? bunyi pelik sudah. Oklah, dulu memang orang kata kena buat seo pada blog, buat coding, buat subheading dan sebagainya, buat link. Betul, yang itu asas. Tapi sekarang ini, google nak tengok juga pengaruh media sosial dalam content korang ini. Berapa lama orang yang datang duduk baca , berapa ramai yang kongsi artikel korang tuh. Hhahaha, begitula pentingnya media sosial sekarang kepada SEO.


4) KEJAR Sangat RANKING 

hahaha, blog yang suka sangat kejar ranking satu persatu keyword tuh. Tapi itu zaman dulu punya cerita. Zaman sekarang blog yang bagus ialah fokus kepada satu frasa yang panjang dan fokus dan jelas. Contohnya, dulu orang yang bagus mungkin fokus kepada keyword "kasut". Tapi sekarang ni keyword macam tu agak sukar, dan cara paling bagus ialah satu frasa yang jelas. Contoh "kasut nike berwarna merah". Nampak tak di situ ? zaman SEO sekarang ialah bermain dengan FRASA, bukannya PERKATAAN tunggal.


5) Banyak PAGE Tak BERKUALITI

hahaha, buat banyak sangat page, tak guna juga, buat banyak sangat entry kosong, takda makna, tak jugak. Jadi, algorithm Panda dalam google dah boleh detect mamat yang selalu entry yang kosong, banyak sangat spam sebab nak trafik, jadi, ianya boleh menghukum blog tersebut. Hooo, bahaya ni,


6) Tulis Panjang SANGAT 

Dulu saya ada cakap, memang ada orang kata blog mesti tulis panjang, tapi itu dulu, tapi yang penting, blog mesti ada cukup maklumat. Orang kata tulis panjang memang bagus. Tapi sesetengah blog, gambar dan video lebih bermakna buat pencari google. Contohlah aku dulu selalu sebut pasal Rozita Che Wan . Ada orang suka tengok gambar dia yang kebabom tuh, ada orang suka baca tips kecantikan dia. Jadi setiap keperluan lain lain. Jadi nak bagus, banyakkan media yang lain seperti gambar, video, infografik dan sebagainya


7) Ranking dan Trafik Tak Sehaluan

Hahaha, dulu orang kata ranking penting. Tapi sebenarnya pemilihan keyword tu penting, kena tahu juga berapa orang search keyword kita. Jadi kena rancang pemilihan kata kunci keyword kita tuh. Maknanya kalau nak trafik banyak, cuba cari keyword yang ramai orang cari. gunaje keyword planner yang google sediakan.

Tulis UNTUK MANUSIA bukan untuk GOOGLE !!!

Sebaik-baiknya sekarang ini, google dah pandai, mereka ini sentiasa buat algorithm yang boleh menghukum pemain SEO yang suka manipulasi algorithm mudah google. Google sekarang lebih bersifat kemanusiaan, jangan main-main. Jadi bila menulis, tulislah untuk pembaca anda, be natural,dari hati ke hati, insyaallah, kalau anda rajin promote blog, google pasti suka BLOG ANDA !!! 

(buat yang pakar, boleh komen di bawah jika ada salah kefahaman)

29/09/2014

Boleh dikatakan pada zaman muda remaja saya, saya suka sangat pakai baju warna hitam, hahaha, terus direct to the point. Kenapa begitu, sebab itu semua falsafah metal muzik saya dulu. Pengaruh kuat , dan ada yang gelarkan saya NINJA, sebab suka sangat pakai baju hitam. Hooo, takpalah, itu mungkin boleh baca dalam cabaran hari pertama. Oklah jom kita sambung cabaran hari ke-14 .
(masa menulis entry ni saya pasang BLACK ALBUM METALLICA !!!) 

black album


Pengaruh METALLICA

Dulu saya mendengar metallica pada form 1, masa tu kami dah gila main gitar, so memang metallica jadi kegilaan masa tuh. Jadi habis semua beli kaset metallica. Tapi yang tak terus sangatlah, sebab belum gila pasal baju hitam semua. Tapi black ALBUM ni memang penuh makna buat peminat metal seluruh dunia, boleh dikatakan inilah album membawa seseorang itu masuk dalam dunia METAL !!!


XPDC metal

XPDC !!!

Yeah, lepas tu mendengar Metallica, paling gila lepas tu ialah konsert raksasa XPDC !!! Masa tu bibit bibit kehitaman, baju hitam, semuanya gara -gara pengaruh XPDC. Tapi memang gilalah. Akhirnya, masa tu kitorang suka pakai hitam, sampai pakcik saya pun tegur saya dan sepupu suka sangat baju hitam.



BACK IN BLACK ACDC !!!

Walaupun tak berapa metal, tapi percayalah album rock n roll dari kumpulan dari Australia ni memang mengancam, sebab dia ada spiritual tertentu, dan lagu itu sendiri memang buat obsesi HITAM itu makin kuat, hahhaha, memang siapa yang kenal saya sampai sekarang, baju hitam tu biasa, baju metal, tapi oklah sekarang ni pun dah ada macam macam kaler !!! So sebelum korang sambung buat kerja, apa kata jom layan satu lagu BLACK IN BLACK DI BAWAH NIh !!!





28/09/2014

Hahhaha, masa aku pergi US haritu, aku dah berkenalan dengan geng geng Shaklee SP, sungai petani mari, hooo, barulah faham, diorang ni geng geng Mak Jemmah. Yang hebatnya dua dua dah jadi master. hebat hebat. Hahha, entry mengarut nih khas buat yang nak kenal diorang ni



Cabaran hari ini memang pening kepala sikit, sebab almaklumlah, aku takda menda petua orang lama pun yang aku tahu, dan tak pernah pun try petua nih. OKlah, sebab hari ini entry yang mudah ni, aku just review je mana mana petua yang ada dalam blog member, yang join cabaran ni jugak hahaha.



Hahahha, cabaran hari kedua belas ni memang tak kena sangat dengan orang lelaki. eh, yeke. Hahha, jangan salah anggap, sekarang ni ramai lelaki lebih menjaga kecantikan dalaman dan luaran dari kaum wanita itu sendiri. Hoo, itulah kena tanya orang yang metrosexual. Lagi lagi artis pun, nak tahu juga cara mudah dan cepat nak cantik cun melecun. Tapi takpalah, jom tengok rangkuman kecantikan yang saya pernah buat sebelum ni 


cara mudah nak cantik

26/09/2014

hahahah, tetiba tajuk cabaran ke 11 ini ialah cerita pasal 5 lagu  cinta . Oklah, takpa, sebab ramai sangat suka share lagu cinta. Ok kali ini saya nak anda dengar pulak, 5 lagu cinta kumpulan BEYOND, kumpulan rock dari Hong Kong yang satu ketika dulu menjadi pujaan ramai anak gadis Hong Kong. Memang layan, kalau korang faham  kantonis, tentu lagi best. Tapi apapun jom layan dulu seleksi lagu di bawah. untuk sejarah kumpulan ni, boleh google di wikipedia. Aku rasa victor pun suka lagu diorang ni.


hong kong

25/09/2014

Salam sejahtera semua, saya dah masuk cabaran hari ke 10, semua orang cerita tentang vision board. Hooo, kenapa nih ? vision board ni apa benda ye ? Hooo oklah, seperti yang dijanjikan, hari ini saya sebagai penulis tersohor blog saya sendiri akan bercerita dengan anda kuasa visualisasi, ohh ada kena mengena dengan vision board ke ?


kuasa visualisasi
cerita lama nih

Kenapa Kena Ada Matlamat/GOAL/Target ?

Hooo, nampak tak, setiap perkara yang kita buat, mestilah ada matlamat, jangka pendek, panjang, jangkahayat, atau jangka lukis. Jadi budak UPSR pun tahu matlamat nak score berapa A, itulah dipanggil set target, goal kita, suatu tanda prestasi yang hendak kita kejar. Hooo, oklah, nampak tak matlamat tu penting. Sebab dalam kajian yang ditunjukkan oleh MKB haritu dalam group rahsia, orang yang kurang cemerlang dalam sesuatu perkara adalah disebabkan matlamat mereka kabur, tak menentu dan tak tahu hala tuju. Jadi penting di sana untuk tekankan matlamat, dan lebih penting tahu cara nak capai matlamat tuh.

Kuasa Visualisasi 


Walaubagaimanapun, nak kata tak power matlamat tuh, tak boleh simpan gambar dalam komputer, takda feel. Kena visualisasi, mesti melalui suatu vision board, yang jelas, kalau nak lagi power, print dan tampal. Dulu masa gila honda civic, memang tampal dan setiap hari, yang satu hari nanti dapatlah enjoy racing dengan honda civic. Hehehe, memang puas hati, oklah, lepas ni kena print ok ? itulah kuasa tarikan , yang ramai kecoh diluar sebagai LUA, law of universal attraction, si ateh zuhairi punya kerja nih.


vision board shaklee


vision board target

Tahu Tak Cerita Anak Penoreh Getah Melancong Satu Dunia ?

Hahahha, oklah sebelum ni pun, aku ada cerita juga tentang kuasa visualisasi, ianya mesti jelas nampak, walaupun rasanya macam mustahil, tapi yakin, Allah mendengar setiap doa kita, apa yang kita hajatkan, apa yang kita fikirkan, tinggal kita  je nak usaha atau tidak, kita lari fokus atau stay pada fokus dan matlamat. Hahhaha oklah, dah macam pakar rotibasi pulak !!!



24/09/2014

hahahaha, ni dah masuk cabaran ke 9, kalau korang nak lagi best, aku sebenarnya ada buat satu anugerah baru, iaitu anugerah selfie negara. hahahha, siapa dia, tapi aku rasa ramai dah tahu, antara tokoh selfie yang paling penting dalam sejarah dunia tentu sekali abam MUNZIR !!!


Munzir 360 !!!

Hahahha, kalau korang rajin, tengoklah semua video abam munzir, 360 selfie shaklee, ireach, semuanya munzir rekod, hasil dari kajian dan penelitian munzir dalam bidang selfie negara. Boleh dikatakan setiap trend video munzir telah menjadi viral dikalangan family ireach. Jadi tak sah lagi kalau aku sendiri memilih MUNZIR sebagai Anugerah selfie negara dengan gelaran DATO SELFIE !!!!

Bila Dah Jadi IKUTAN !!!

hahahha, kalau masa kat USA ni, sayang Dato SELFIE kita takda, takpa, tapi memang aku tengok dan rakam sendiri kegilaan selfie di USA, terima kasih kepada falsafah Tokoh SELFIE negara iaitu Munzir. Jom tengok di bawah betapa gilanya selfie mat shaklee di sana.


TAHNIAH MUNZIR DI ATAS KURNIAAN GELARAN TOKOH SELFIE NEGARA !!!



Cabaran ke 8 ni di sambut selepas kepulangan kami team gegemasu, dengan masalah conection UNIFI rumah ni, ni aku dah call unifi 4 kali, nasib baik tak tujuh kali, makanya kalau tujuh kali, aku terpaksa cari alternative lain pulak. hahahah. Oklah, cabaran ke 8 ni memang power, ada ke dia tanya fashion saya, oklah takpa jom tengok baju gua nih


berpijak di bumi usa dengan baju melayu

21/09/2014

Hari ke enam cabaran, saya ada di Mutiara Rini. Dah dekat dengan UTM skudai, tempat saya jumpa pasangan hidup saya. Alhamdulillah, tak sangka jodoh di sini. Masa tu hanya kenal masa semester dekat kelab teater.


20/09/2014

Cabaran ke 5 diteruskan dengan tajuk Apa yang ada dalam bag anda. Hahahha kaum lelaki memang takda beg tangan, tapi takpalah, janji bag laptop ada. Hahahaha, kalau tgk gambar pun korang tgk memang  mengerikan. Hahaha.

1. Laptop- bloggers kena ada laptop, kalau nak cool semua orang pakai macbook, gua laptop cap acer, member gua siap bawak desktop dlm beg dia.

2. Charger laptop - kalai kehabisan batery, mesti ada power backup cucuk di library masjid kedai dan rumah mak mertua

3. Mouse - penting untuk buat design, senang lah skt nak edit gambar siti saleha buat poster iklan

4. Pendrive- nak simpan data kecil senang nak transfer nota nota produk kesihatan.

5. USB hub- usb hub penting untuk sambung banyak banyak device hahaha. Boleh pening laptop kalau bangak sangat.

6. Extension cable - mudah nak charge hp dan camera semua.

7. External hard disk - hooo yang ni ada lima biji, bolehlah simpan movie dan sebagainya, termasuklah lagu lagu pujaan sirap

8. Charger HP - untuk charge hp samsung mega yang setahun beli.

9. Galaxy tab- barang ni baru masuk dalam beg, anak anak biasalah nak main

10. Charger galaxy tab- hahahha kalau takda charger mengamuk, bukan anak mengamuk, mak dia mengamuk sebab asyik hp mama hahahha.

11. Cables - macam macam cables ada hahaha cable ayam, kambing , ikan dan dugong.

12. Tisu laptop- guna untuk cuci laptop yang berhabuk sebab tak update blog. Hahaha.

18/09/2014

Cara tarik lebih followers ni aku dapat dari majalah masa membaca kat hyundai center tuh. Apapun kalau korang nak try tarik ramai followers bolehlah cuba 5 tips yang dapat nih, manalah tahu boleh ramai follow korang, terus glamour macam Anuar Zain ke. Hahhaha. 


ramai followers
Benda yang paling sukar dalam hidup ialah bukannya kesilapan, tapi ialah mengakui kesilapan. Itu ungkapan emas yang diperkatakan oleh En Bruce Lee, yang menghantui dunia kungfu zaman aku kanak-kanak dulu, besar maknanya kesilapan dalam hidup, nak cakap pun bukan silap, tapi kekadang itu ada lebih penting dari itu


sikap ego


Sikap EGO

Memang sukar nak mengaku kesilapan, lagi-lagi sikap ego kita sendiri, Nak lawan sikap EGO ? ye memang sukar, kekadang ambil masa, ianya perlu perlahan-lahan, nak memahamkan lagi apa salah kita, memang sukar, kalau macam tuh, baik jangan buat silap, tapi apa kan daya, manusia lemah, takda yang sempurna.

Pengalaman

Jadikanlah suatu pengalaman, bak kata lirik lagu Ramli Sarip "Sejarah Mengajar Kita, Menjadi Lebih Dewasa", Benda lepas kita kena akui, itu silap kita, masa tak tunggu kita, bergerak dan terus bergerak, adakah kita nak duduk diam menyesal, atau mencipta satu lagi SEJARAH MANIS dalam hidup kita , fikir-fikirkan , ok ?



Hehhee, saya tukar tajuk sikit untuk cabaran hari ketiga. Kali ini saya nak share dengan anda , tempat sarapan best yang saya mesti pergi, kalau dapat pergi tuh, memang layanlah. Tempat ni, biasanya saya cari makanan yang sedap dan banyak pilihan, sebab kekadang Ainul bukan suka makan nasi lemak hahahha, oklah takpa, jom tengok pilihan saya nih.


sarapan pagi shah alam

alhamdulillah, nampaknya ramai dah mula menulis blog, dan sekarang ini untuk buat kami group SID shaklee ni, bercinta , rajin sharing, kami buatkan Cabaran 30 hari BLOGGING, memang khas supaya mereka ini ada idea untuk menulis. Seronok juga rupanya buat cabaran  begini. Alhamdulillah, semua orang berlumba-lumba menulis.


tulis blog

17/09/2014

Alhamdulillah, cabaran blogging hari kedua di sambut dengan jayanya. Kali ini saya tukar sedikit kepada menjadi resepi kejayaan, sebab saya masak air pun fail. Jadi saya nak bercerita sedikit tentang resepi kejayaan Shareeza Hashim, atau nama glamernya Cerry Mama Faiz.


resepi kejayaan seorang jutawan

Oklah, saya pun nak join juga entry untuk group we love blogging ni, tapi sekarang ni, saya nak anda teka siapa saya, anda kenal tak saya ? oklah, kalau anda nak kenal saya, caranya mudah je, anda boleh tengok gambar gambar di bawah, memang anda akan rasa terkejut tengok kehebatan saya bersilat sambil bermain trompet !!!



15/09/2014

Alhamdulilah, semalam, adalah weekend paling penat, paling gerun,paling cun,paling paling paling, terpaling sebab penat sangat . Dari siang sampai ke malam, saya kejar sana sini, bajet nak kemas rumah je, lepas tuh, saya dapat panggilan misteri lagi. Hahhaha, oklah, ada benda nak cerita, tapi malas nak cerita panjang lebar, yang tu boleh refer ke Diet Diet Sihat. 


semua orang macam terngaga ?

Panggilan HAJI !!!

Hahaha, sebenarnya pagi tu aku nak kemas rumah, sebelum nak bertolak ke kelas Master Norita dan Naquib Shaklee 3R, hahahah, tapi macam biasa, Allah nak bagi rezeki, Allah bukakan hati Haji Roslan, call aku, tanya kat mana, lepas tu aku pun terbuka hati, ajak anak-anak semua siap, kita pergi Merdeka Coaching. Hahaha, so macam biasa, aku buat kerja aku, iaitu menangkap gambar. Tapi oklah , rezeki hari ini, aku cakap dengan diorang pengalaman pergi US, hahaha, dengan t-shirt ASB, yang mantap itu.

MATI LEVEL !!!

Satu istilah baru, Alhamdulillah, suatu panggilan yang saya jawab, dan pagi semalam, saya sedar, kebanyakkan business, kebanyakkan orang buat business MATI LEVEL, sebab tu business mereka tak bertahan. Saya nampak, benda ni bukan orang buat Shaklee je, tapi boleh kata semua orang yang biasa -biasa, semuanya buat business MATI LEVEL nih, sebab tu diorang tak boleh survive.


Apa Nak BUAT SEKARANG ?

Bila saya dengar sendiri penerangan MATI LEVEL ni, baru saya faham, kenapa otai-otai business boleh bertahan dan survive, dan berkembang dalam perniagaan masing-masing, so siapa yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi, boleh terus hubungi saya . Saya tak makan orang punya, hehehe. Oklah, sekian sahaja untuk first part weekend saya kali ini. Nanti sambung balik !!!