Blog Orang Selangor

31/07/2014

Hahhaha, nampak sangat tajuk nak gempak, tak wajib pun, tapi sebenarnya dulu zaman Rasulullah pun, rasulullah tak larang pun orang nak bergembira dan bernyanyi masa nak raya, sebab masa tu diorang betul betul raikan KEMENANGAN, bukan macam kita nih, hahaha. Tapi itulah pasal, bab main muzik masa raya nih, tak boleh dipisahkan dengan sepupu aku nih, merangkap ketua gendang ultrasel, hahahha,

hukum main muzik


Jamming Raya

Kalau ikutkan masa blog gua zaman perjalanan1712, memang rajin aku cerita pasal aku jamming, tak tentu pasal, asal ada sedara, mesti ajak jamming, tapi sepupu aku ni, dah siap sound awal-awal, dari zaman kitorang remaja, membesar dengan XPDC, sampai dah kerja, sampai dah kahwin, aku dah anak dua orang, masih nak jamming time raya, yehaaa, tapi kali ini memang ada kelainan, sebab anak sedara beliau , Afiq dan Sara dah boleh dijadikan vokalis. Cuma Iman Khalis je pemalu, walaupun skil gitar tahap Kerry King macam bapak dia !!!


Jom Layan Video

Apapun, jom lah layan 2 video yang cool ini, satu jamming lagu Balik Kampung dan paling epic sebelum diorang nak balik ialah Suasana Hari Raya. Hehehe, sempoilah semua, tapi bab paling sedih, ialah kehilangan batery holder gitar hitam tuh, huhuhu, takpalah, nanti aku cari, baik punya.


Balik KAMPUNG



Suasana Hari Raya


Alhamdulilah, lepas ini bolehlah jamming dengan lebih serius, nasib baik microphone RODE ada, memang menyelamatkan sound gitar hitam kecil tuh, yehaaa.



24/07/2014

Alhamdulillah, nampaknya hari ini, eh semalam, memang bestlah dapat mengambil beg dan taklimat nak melawat USA ini, negara yang banyak bagi cukai kat Israel, hahahha. Oklah yang itu cerita lain. Tapi kali ini, nak tahu juga, betapa buat Shaklee ini, memang best, dapatlah merasa nak melawat Los Angelese dan San Francisco. OKlah takpa, jom kita tengok tips bagaimana nak melancong percuma ke USA. hehehe


bagaimana nak melancong free
Raya kat USA lah tahun ni

Pergi Seorang 

Macam biasalah, disebabkan Ainul tengah sarat pantang dan nak jaga baby mayram, terpaksalah aku pergi, hehhe, bajetlah sangat terpaksa. Tapi memang kalau ikut jumlah point tuh, boleh je kami duduk National Conference, tapi kali ini kami pilih nak pergi USA, yehaaa. 

Dapat Macam-Macam

Biasalah, sebelum nak pergi tuh, kenalah ambil semua kelengkapan kat Shaklee, sambil mendengar Suknit bagi taklimat, hooo, macam-macam jugak ye diorang ini. Ok, janji kena keep calm and take Shaklee supplements. Oklah, dalam banyak yang aku pergi, tu, aku dapat tag untuk beg, buku panduan, t-shirt saiz XL dan beg bewarna hitam yang cool lagi macam hero transformers.


Kerisauan MH370 dan MH17

Biasalah, siapa tak risau, semua orang pun ambil langkah-langkah berjaga-jaga. Jadi, lepas je taklimat, aku pun fikir, kalau jadi apa apa nanti, standby beli travel insurans, RM 143, dan boleh capai maksimum RM 300k, hooo, lepas tu kalau habis tempoh, habislah insurans tuh. hehehe.


Visa Apply Sendiri

Berbeza masa kitorang pergi negara China, kali ini, visa USA kena aplly sendiri, lepas tu isi borang yang panjang tuh, dan seterusnya, pergi ke US Ambasador kat Jalan Tun Razak. Hooo, oklah, masa tu aku interview sekali dengan Zainora, Lin Chalo dan Alizal. Ada yang dapat cepat, dan ada yang dapat lambat. Cerita pasal visa ini, korang bolehlah baca blog kak miah dan abam PB. hehehe


Apa Tips Nak Melancong Percuma ?

Oklah, tips nak melancong percuma ini, taklah susah sangat. Banyak je ramai yang tahu, tapi takpalah, disebabkan dah tertulis blog ini, aku sharelah sikit macam mana nak score point conference ni sebanyak yang boleh. Hooo, ini dia. 

  1. Naik Rank - Kalau nak banyak point, kena naik rank dan naik, baru banyak point nanti.
  2. Efektif - oklah, kena efektif pada rank yang sekarang, barulah banyak point, berbanding duduk di rank yang lebih bawah.
  3. GUV BESAR - hahahha, yang ni macam  biasa, bikin GUV besar, barulah dapat banyak.


Lepas Ini Ke ITALY !!!

Tahun ini memang seorang jelah geng Rumah Mesra Ceria. Tapi takpa, tahun depan, ramai geng RMC pergi sekali melancong percuma ke italy, hooo, bolehlah kita buat selfie ramai-ramai, takpun buat 360 macam abam munzir yang comel tuh, yehaaa !!!




18/07/2014

Takziah, itulah, kata kata yang dapat diucapkan kepada keluarga mangsa, flight pernerbangan MAS MH17, berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia. Nampaknya, Malaysia sekali lagi terpaksa menelan episod duka selepas MH370, dan dalam sejarah, tak sampai setahun lagi kita berduka, kita dikejutkan lagi dengan berita MH17.




Konflik UKRAINE dan RUSIA

Memang tak dapat dinafikan, ukraine dan rusia sekarang bergolak, dan tentu sekali, ada sahaja puak yang cuba ambil kesempatan untuk menyalahkan pihak pejuang pemisah. Ukraine secara terang, menyalahkan puak pemisah yang dikatakan cuba untuk membedil pesawat Vladimir Putin, tetapi yang menjadi mangsa ialah MH17. Tapi ada juga yang menyatakan, peluru BUK misile itu memang di bawah kroni Putin, kerana misile itu sungguh canggih, dan mampu menembak tepat ke sasaran.

Konflik RUSIA, CHINA, KOMUNIS

Sekali lagi, sebelum ini, China di heret dalam isu MH370, tapi kali ini, bagaimana pesawat itu jatuh di sempadan Rusia, melibatkan lagi kuasa besar Komunis dunia, Rusia, yang sudah pastinya tidak sebulu dengan USA. Jadi di sini, tentu sekali ada yang menganggap, USA dapat menghantar "BANTUAN" ke UKRAINE, tapi kena fahamlah, bila US hantar bantuan, dengan tentera lengkap semua akan datang !!!

Konflik PALESTINE dan ISRAEL

Memang pada tarikh 17/7 ini, kerajaan Israel dan tekad hendak membuat serangan besar-besaran ke atas GAZA. Adakah ini satu lagi bantuan kuasa ghaib, yang cuba hendak mengalihkan dunia ke Malaysia lagi ? Tentu sekali Israel tidak sukakan Malaysia yang sering mengutuk tindakan rejim Zionis yang kejam terhadap warga Palestine. Nampaknya, isu makin teruk, dunia sekarang menghadapi detik-detik perang akhir zaman yang paling DASYAT !!!






06/07/2014

Alhamdulillah, anak kedua kami, Ariana Maryam, lahir pukul 12.17 pagi tadi. Normal dengan bantuan vacuum.

6 huruf depan 6 huruf belakang 6 haribulan  cucu keenam tok wan mustafa. Selepas 6 hari berpuasa. 6 hari ainul duduk wad.

Alhamdulillah