Blog Orang Selangor

21/06/2014

Alhamdulillah, saya sebenarnya nak ke ruma Haji Roslan untuk menguruskan pembelian buku nutrisi. Tapi dah jadi adat kalau pergi rumah haji, memang kena duduk dan dengar semua perkataan yang keluar dari mulutnya, kerana setiap satu adalah kata-kata keramat Presidential Master, yang bertahan lama. Tapi ada lagi menarik , kisah anak penoreh getah yang dapat melancong ke luar negara. Hhaha jom baca lagi cerita ini.


keliling dunia

19/06/2014

Alhamdulillah, dengan nikmat dan kurniaan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, kami dpt memiliki bmw 5 series dan bmw 3 series pada 17 disember 2015. Alhamdulillah terima kasih Master Roslan Ghazali yang banyak memberikan inspirasi kepada kami. Saya bersyukur kepadaMu kerana dapat memandu kereta idaman kalbu ini, dengan membelinya secara tunai. Alhamdulillah

16/06/2014

Alhamdulillah, semalam dah selesai majlis pertunangan adik  ipar Ainil Farhana dengan pilihannya orang nogri sembila Ezuwan atau KE. Oklah, majlis semalam berjalan dengan lancar, tiada apa yang cedera,cuma cuaca panas sahaja. Yang lain semua ok, memang cemerlang gemilang dan terbilang


Camerawoman yang Cool !!!

Hahhaha, apapun, semalam ada satu camerawoman yang paling power, aku rasa dia memang pandai matematik macam macam formula dia buat, memang power super power, cara dia kira memang  cool dan gaya dan camera dia punbiasa je, tapi semangat dia membara, itu yang pakcik suka tuh.

Makan Oklah

Hahha, bab makan ini oklah, order kat Zai gemilang tu dulu sedap buat kari, tapi ayam rempah ini macam out sikit, tapi sedap juga daging masak lemak. Oklah, nak makan nih, lepas makan kenalah ambil lecithin shaklee nih,hahah.

Kenduri Bulan 12

Hahhaha, oklah nanti khabarnya kenduri bulan 12, memang buat kat Jitra, itupun kalau ayah dah betul-betul sembuh, oklah, nanti kenalah standby, nanti kena bawak kereta civic kasi servis baik punya, hehehe, takpa nanti nak raya nih, kena panggil alif cfbm nih tolong bikin kereta aku, hehehe.


14/06/2014

Semalam punya game tak sempat tengok, setelah penat dari dinner RMC, nampaknya terrtidur terus sampai ke subuh, rupanya, tengok result, hahaha, bajet ramai kata sepanyol boleh menang, tapi rupanya la roja kena rojak dengan team orange 5-1, hahaha, apa yang silap nih ? Nampak sangat Luis Van Gaal ni tipu !!!


Sebelum episod rojak dengan Holland

Sebenarnya masalah tiki-taka spain ni dah di kesan masa lawan Brazil di final akhir piala konfederasi, masa itu spain kalah kepada brazil 3-0, walaupun mengawal permainan, tapi Brazil berjaya dengan serangan pantas dan akhirnya Spain kena rojak dengan Brazil. Tak sangka LVG dapat mengesan kelemahan tiki-taka ini dan akhirnya robben dan kawan kawan menganjingkan la roja di depan rakyat brazil


Tiki Taka Tinggal Teka Teki ?

Itulah yang menjadi kenyataan sekarang, dulu aku rasa Pep Guardiola memang dikatakan hebat, tapi member aku kata tiki-taka akan ada musim, dan akhirnya, permainan serangan pantas, akan mengalahkan budak yang suka pegang bola lama, kejatuhan barcelona, dan spain tahun ini, amat teruk sekali, walaupun 2012 menunjukkan tiki-taka menguasai eropah. 

Manchester United Akan Bangkit ?

LVG dan RVP nampaknya telah bagi signal kepada bebudak EPL, yang diorang akan bangkit, abam Mourinho tentu bergembira nak jumpa cikgu lama dia di Barcelona dulu. Apapun, kita layan juga aksi world cup nanti, saksikan kebangkita Spain atau Holland akan belasah team lain pulak !!!



11/06/2014

Semalam saya rasa macam takda harapan selangor nak menang lawan terengganu, mula-mula memang dah leading satu kosong, tapi entah kenapa, Rangel di buang padang, dan Selangor bermain 10 orang. Tapi, Selangor bertuka strategi, counter attack pantas dilakukan oleh 3 orang sprinter Selangor, Andik, Veenod dan Kunalan. Hari ini aku nak share sikit pendapat aku tentang Veenod nih.



Kelebihan Veenod

Seperti yang aku pernah cerita dulu, Veenod adalah box to box midfielder, dia akan berlari tanpa henti, sama ada untuk serangan mahupun defensive. Veenod mampu menghubungkan 2 kawasan , dan ini penting bila serangan pantas dilakukan. Semalam aku dapat saksikan sendiri keupayaan Veenod, akhirnya tanpa kenal penat, dia berjaya jaringkan gol kemenangan, dan menghadiahkan gol kepada Kunalan. Dulu aku pergi stadium lawan JDT, gila tak ingat tengok Veenod berlari atas bawah. 

Gandingan dengan Andik, Kunalan dan Nazmi

Apapun. musim ini, Veenod nampak serasi digandingkan dengan Andik,Kunalan dan Nazmi dibahagian tengah. Veenod berjaya menjadi backup kepada 3 jentera tengah ini. Andik dan Kunalan juga ada kepantasan. Kalau kira Andik boleh menggelecek, dan Kunalan pula boleh berlari dengan pantas dan menajdi defensive. Nazmi pula akan lebih mudah mendapat bola dengan adanya Veenod sebagai defensive midfielder, dan boleh berlari pantas jika mereka mahu bermain counter attack.

Jaringkan banyak GOL

Yang pasti, Veenod kena jaringkan banyak gol, mesti berkebolehan untuk mencuba dan menyerang. Aku nampak di sini Malaysia perlukan orang seperti Veenod. Taktikal malaysia sebelum ini amat lemah sebab takda box to box midfielder, yang digunakan untuk menghubungkan defense dan attack. Penting juga Veenod sebab dia boleh bermian counter attack dan turun dengan pantas jika diperlukan.



08/06/2014

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama semalam. Nampaknya memang kali ini, lebih ramai, dan memang gila. Ada yang ambil sampai beribu award, ada yang ambil 5,7,9, dan ada yang satu sahaja pun sudah cukup menunjukkan kesungguhan dalam business Shaklee ini. National Conference kali ini diadakan di Sunway Piramid Convention Centre. 


cara mudah buat shaklee

Premier Parking Touch n GO

Oklah, nak parking senang, terus guna touch n go, ok terus dapat premier parking, kat situ tak banyak kereta sangat. Jadi memang senang nak parking, kalau nak lagi senang terus ambil vallet parking kat pintu masuk convention center.

Beratur Panjang untuk daftar

Memang gila, lama siut beratur, tak tahulah kenapa jadi macam ini, terlalu ramai yang layak dapat award, sampai gua mati kutu, ambil semua gambar video, dan macam-macam lagilah, janji layan je, ada video dan gambar untuk vlog

Car Bonus !!

Apapun, akhirnya dapatlah replika kunci ini, hahha, bukanlah apapun, car bonus nih bukan dapat kereta, tapi dapat elaun duit, dan duit itu nak beli kerepek,gitar, apapun boleh, hehhe. cuma nama je car bonus.

Puas hati

Apapun business shaklee ini, tak susah, tapi kena rajin, guna teknik yang best, bersabar dan akan dapat hasilnya. Memang ada yang cepat, ada yang lambat ada yang steady je. Apapun, usaha dan jangan putus asa ok ?
Setelah tadi berpuas berjimba di National Conference Shaklee 2014, saya terus balik ke rumah, dengan wajah yang penat tapi puas hati. Apapun, sebelum NC, memang ada layan topik perbualan Roger Barnett, CEO Shaklee di BFM 89.9. Tak pasal pasal buka radio nih, padahal sebelum ni layan sinar fm je. Tapi adalah soalan panas pasal MLM haram jadah ni, skim piramid dan macam macam lagi.





Menjawab Isu Skim Piramid

Aku dah agak dah, kalau business MLM, takkan terlepas dari soalan liar DJ itu tentang skim piramid yang dikaitkan dengan business MLM. Malah boleh dikatakan ramai akan keliru dengan skim piramid dan MLM ini. Jadi pakcik Roger dengan tenang menjawab business Shaklee dijalankan dengan hanya berkongsi kebaikan produk, dan di situ produk itu terus berkembang.

Kenapa MLM ?

Kiranya Dr Shaklee memperkenalkan konsep MLM, di mana ianya tidak perlu kepada marketing, pengiklanan yang mahal untuk memasarkan produk. Konsep MLM kiranya paling mudah ialah KURANGKAN KOS MARKETING. Sebab itu dengan produk yang bagus, harga yang munasabah, dapat membayar bonus yang banyak kepada ahli, kerana kos marketing yang biasa telah dijimatkan. Bayangkan produk biasa perlu melalui banyak fasa, tetapi tidak dengan MLM. Pengedar akan terus sampai ke prospek atau pengguna.

Dengarkan di BFM !!

Apapun, sebab bahasa inggeris aku pun tak berapa nak pandai, korang boleh dengar sendiri di sini, memang terbaik, suara dia memang cool dan Roger memang awet muda, baik, dan peramah.

06/06/2014

hmmm, ada juga ye nak tanya cara nak dapat ramai kawan. Itulah, tapi sebenarnya tak susah pun nak dapat ramai kawan. Hmmm tapi penting ke nak tahu cara ni, nak kawan ramai ni kenapa ? Penting sangat ke nak kawan ramai ? Hahhaha, tentu ada sebabkan ? Oklah jomlah aku tulis sikit pasal benda nih



05/06/2014

Hooo, betul ke nih, memang kita akan sewa sampai mati ? Itulah yang menjadi igauan anak muda sekarang. Rumah di bandar raya utama, semakin MAHAL, memang kita tak boleh lari dari masalah ekonomi, kerajaan sekarang pun terpaksa tunduk dengan kuasa kapitalis ekonomi rumah ini. Tapi jangan risau, kita boleh keluar dari masalah ini.





Harga Rumah MAHAL

Memang dari dulu masalah ini melanda negara, semakin lama semakin mahal jadi buat orang yang boleh buat pinjaman, kenalah cepat, jangan lengahkan masa lagi nak beli. Kalau tak beli pun, fikir fikir mana nak duduk, kerja pun belum tentu lagi dapat beli rumah macam ini. Tapi apapun semua ini tertakluk juga kepada loan yang pihak bank nak bagi, dan itu pun belum tentu bank nak bagi. Jadi, yang kayo rayo jelah dapat beli buat loan, sambar semua rumah yang ada.

Sewa Elak RIBA 

Memang ok, kalau korang ni tak mahu RIBA dari bank, ini adalah satu lagi pendapat, yang memang kata RIBA bank islam, semua loan banyak riba, sebab memang tinggi gila interest. Lagi-lagi Islamic Banking, hoo, memang berat mata tengok nak kena bayar, padahal sikit je pun kalau kira bulan-bulan. Tapi itulah caranya bank buat DUIT !!! 

Macam Mana Keluar ?

Semua orang tanya, macam mana nak atasi masalah ini, ramai yang kata beli rumah area yang tak popular , sewa dulu, kumpul duit, dan beli rumah. Hahhaa, tapi kalau nak elak RIBA, memang sewalah jawabnya. Oklah kat bawah ini adalah cadangan sahaja, harap ianya berkesan.

  1. Buat SIDE INCOME - ini adalah cara paling bagus untuk kumpul duit beli rumah, lepas itu simpan duit ini, macam macam business ada kat luar, macam saya , fokus kepada business SHAKLEE, mudah , sebab boleh online kat mana-mana dengan teknik SEO dan FB yang berkesan.

  2. Sewa Rumah Dulu - kalau nak elak RIBA, sewalah rumah, bersabar, takpa, nanti dah ada duit, macam-macam rumah boleh beli. Apapun kerja kuat, jangan belanja bukan-bukan, kereta pun pakai yang biasa dulu.

  3. Belajar Ilmu Kewangan - Ilmu ini memang cikgu tak ajar kat sekolah, sebab itu Robert Kiyosaki tulis buku terpentingnya. Buku ini aku nampak dah ada edisi bahasa melayu, aku tengok kat pasaraya mydin. Tapi nak kata, versi bahasa inggeris lebih sampai maksudnya.

  4. Beli Rumah Jauh, Janji Ada Internet - Memang yang ni sukar sedikit. Katakanlah, anda boleh berhenti kerja hakiki di bandar, beranikanlah diri duduk di kawasan luar bandar, confirm rumah murah punya. Gunakan duit business anda, buat rumah, tapi pastikan tempat itu, internet terbaik, tip top, boleh buat business ONLINE


Apa KERAJAAN Boleh Buat ?

Jawapannya senang je, NAIKKAN FASILITI LUAR BANDAR. Memang tak dinafikan, kat kampung internet slow gila, sampai takda line. Itu aku tak faham, padahal suruh orang kampung pandai IT. Tapi memang yakin, kalau fasiliti luar bandar, internet LAJU , provide online business punya latihan, ada pos laju, confirm bro, rumah kat bandar memang takkan laku , jadi tiada masalah lagi nak beli rumah JUTA JUTA.  Apapun ini pendapat gua je.



04/06/2014

Sebenarnya ini adalah, dua teknik, atau dua school of tought ,haahha , tak reti nak tulis bahasa inggeris macam Aizat Jamlus. Hhaha oklah, so sekarang ini kalau anda diberi peluang buat business, bagaimana anda nak kembangkan business anda ini. Anda nak FOKUS atau DIVERSIFY ? Jadi, jom tengok pendapat kat bawah nih.



Diversify

Diverge, ini adalah pendapat biasa bagi yang suka buat business. Biasanya diverge ialah orang yang suka backup business. Siapa yang suruh kita diverge dan buat savings ? Seperti biasa orang itu ialah Warren Buffet. Buffet memang suka kita diverge apa yang patut, dari segi business, simpanan dan macam-macam lagi. Jadi ianya amat penting untuk kita, jika satu business, jatuh, dan satu lagi ada backup.




Focus

Hahha, walaubagaimanapun, Robert kiyosaki memang tak suka betul idea diverge ini, dalam buku dia, selalu cakap idea warren buffet ini tak cool macam idea dia. Kiyosaki memang suruh kita FOKUS, fokus betul-betul sampai jadi. Kiranya, kalau fokus satu business itu, mesti jadi, atleast dalam 5 tahun, business tu mesti jadi. 


Focus + Diverge ?

Paling bagus sebenarnya ialah banyak business, tapi ianya bersifat AUTOMATED. Kalau nak berjaya, boleh tengok sendiri bagaimana tycoon melayu, Tan Sri Syed Mokhtar yang betul betul buat business. Dia berjaya kembangkan business, itu pun selepas business pertamanya betul-betul menjadi. Tapi, kebanyakkan kita , semua benda nak rebut, itu nak jual dan macam macam, akhirnya semua tak dapat.


Business Shaklee Bagaimana ?

Seperti yang saya buat, business network marketing, MLM, perlu FOKUS, sebab business ini bukan sahaja perlukan kita menjual, tapi lebih dari itu. Seperti yang saya cakap sebelum ini, teknik SUCI dalam Shaklee, yang banyak kepada SHARING, amat penting, jadi kita perlu fokus, dan berikan masa untuk kita rasa kuasa fokus itu. Insyaallah akan berjaya.





02/06/2014

Isu DNA babi dalam produk Cadbury telah terjawab dengan berita rasmj dari JAKIM, yang mengatakan tiada DNA babi dalam produk cadbury yang ditahan. Memang pelik , dan pelik. Hehhe ada beberapa cerita panas disebalik coklat ada dna babi nih.

1. Betul Ke Jakim Di Tekan ?
Manalah saya tahu, tapi ramai dah share cerita seorang ustaz yang katanya ditekan, dan macam macam lagilah isu cadbury ini. Katanya ada saham itu dan ini. Jadi selagi tak sahih cerita itu, saya pun tak percaya.

2. Kuasa Pengguna
Ingat kepada kuasa kita sebagai pengguna. Kalau rasa produk tu bagus, kalai yakin haram, dan rasa waswas, baik jangan makan, dan tinggalkan benda yang waswas ini.

3. Jamil Khir Kena Makan Dulu
Hahhaha yang ni kinta Jamil Khir makan dulu, idea bijak dari otai naja superbvitamin. Jadi kenalah buktikan yang cadbury itu bebas dari DNA babi.

4. Trol Baik Punya
Hahhaha tak terlepas dari lawak, trol, jadi bahan lawak, ini sudah semestinya. Kalau tak bosanlah rakyat malaysia, yang memang suka melawak.

Alhamdulillah, hari sabtu lepas, berakhirnya kelas Shine Your Way ,anjuran Supergirls, yang diadakan pada 31/5/2014. Bertempat di Amsyiq Gold, nampaknya kali ini kehadiran memang ramai, sampai tiada tempat nak bergerak, aircond panas gila, nasib baiklah 3 bilik belakang boleh buka, boleh landing. Tetapi apa yang menarik dalam kelas semalam, saya merumuskan ada satu teknik yang dipanggil Teknik SUCI




4 Wanita Besi Yang Berani

Dalam menyahut cabaran era baru business Shaklee, empat wanita hebat dari team Supergirls, Puan Nurul, Salwa, Azmiah dan Ainul Mustafa telah berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang business Shaklee yang semakin hari semakin dapat sambutan. Jadi, semasa mendengar tips Branding Yourself dari Nurul hidayah, atau mak rama rama, saya dapat mencipta formula SUCI, yang sesuai untuk diamalkan oleh semua SID 

1. Sharing

Berbeza dengan business lain, konsep yang telah ditekankan oleh Dr Forrest C Shaklee ialah Sharing, bukannya Selling. Kuasa berkongsi, kongsi kebaikan produk, rajin menulis di blog, rajin update status yang terbaik untuk pembaca facebook ialah kekuatan sebenar bagaimana produk Shaklee diterima oleh semua lapisan masyarakat. Ianya banyak menggunakan teknik Soft Selling berbanding dengan teknik Hard Selling. Tetapi tak dinafikan , dua-dua teknik soft dan hard perlu dalam business ini.



2. Unique

Produk Shaklee sekarang ramai dah tahu berkesan, tetapi menonjolkan keunikan kita adalah satu perkara yang membuatkan orang tertarik dengan kita, senang berurusan dengan kita, dan akhirnya mampu menjadi rakan business kita satu hari nanti. Paling penting ialah menjadi diri sendiri, selain meningkatkan kualiti yang ada pada diri. Allah memang jadikan kita dengan keunikan sendiri, jadi tak perlu risau dengan orang lain, yakin pada diri sendiri.



3. Committed

Tak cukup dengan kenal tahu suka cinta, selepas kita dah kenal, dah cinta dan suka, kita kena committed, dengan business yang kita ini. Kena bersungguh-sungguh, cuba keluar dari comfort zone, dan buat sehabis yang baik. Sebab kita yang cintakan business ini, jadi cinta itu perlukan pengorbanan, komitmen kita akan menentukan tahap kejayaan kita dalam business shaklee .



4. Inspired

Kejayaan kita bukan untuk kita sahaja, ianya akan menjadi inspirasi orang lain. yakinlah dengan setiap apa yang kita lakukan. Mungkin ada yang kata kejayaan yang biasa-biasa, tapi sesetengah orang dia akan terinspirasi dengan tindak tanduk anda. Jadi, tunjukkan suatu movitasi yang tinggi kepada orang lain. Nampak macam berlagak, tapi niat kita lebih penting dari berlagak itu sendiri.




Suatu Perjuangan SUCI ?

Dalam kelas ini, Puan Nurul telah meminta kami menyanyikan lagu Mawi duet dengan Akil Hayy, Hambamu Allah. Lagu ini sangat memberikan suatu kuasa motivasi, kerana target kita ialah di Akhirat sana, Dunia ialah jalan untuk menabur, dan melaburkan, menyemai benih benih di SANA kelak. Apapun layan gila nyanyi lagu tema Imam Muda nih.






YA ALLAH, MUDAHKANLAH JALAN KAMI MENUJU KEJAYAAN MENJADI MASTER COORDINATOR 2014