Blog Orang Selangor

31/05/2014

Nampaknya  kali ini, Kelantan terpaksalah lupakan hasrat nak bermian di Final Piala FA 2014, dan Felda nyatanya terbukti, dengan skuad kendalian Irfan Bakti, bisa membuat kejutan, dengan bekas pemain kelantan sendiri, Indra Putra berjaya merobek gol lawan, dan seri 2-2 di Shah Alam, cukup melayakkan Felda ke pentas akhir Piala FA 2014.




Magik Lagi Bertemu Kelantan

Nampaknya magik irfan bakti menjadi lagi bertemu kelantan. Dulu, terengganu berjaya menumpaskan kelantan pada suku akhir piala malaysia, bangkit  menundukkan kelantan masa final piala FA 2011. Dan Akhirnya sekarang, mereka bangkit lagi dari ketinggalan 2-1, dan akhirnya layak ke pentas final piala FA untuk 2014. Felda United mencatat rekod terbaik selepas sime darby layak ke final pentas piala FA.

Taktikal Negatif

Dulu aku pernah tulis, Irfan dulu, jurulatih yang gila juga, suka bermain corak bertahan, dan akhirnya tersungkur juga, Dulu, irfan tersungkur bersama selangor, masa tu kalah dengan JDT, walaupun mendahului JDT dengan beza jaringan 2-0. Tapi masa tu JDT antara team yang terbaik dibawah kelolan Fandi Ahmad, mereka berjaya bangkit dan terus ke pentas final Piala FA 2013.

Mampukah FELDA UNITED Cipta KEJUTAN ?

Tak mustahil, sebab kali ini, felda dibarisan pemain yang berpengalaman, dan mereka mampu mengatasi skuad tok gajah, walaupun, di atas kertas, tak melampau dikatakan Pahang berpeluang menjulang piala kedua musim ini, setelah menjulang piala sumbangsih pada awal musim mengalahkan lions.


30/05/2014

Hooo, hari ini, ada pula orang duk tanya saya pasal penyakit SLE nih, apa kebenda ni, bunyi macam macam pelik. Tapi sebenarnya penyakit nih tak pelik bagi warga jutawan Shaklee, sebab mereka dah tere dan faham apa itu SLE dan cara mengurangkan sakit SLE nih. Tapi takpalah, jom kita baca sikit pasal SLE .


rawatan pesakit SLE

29/05/2014

Dah lama tak cerita pasal pasal Amsyiq Gold nih, sebenarnya ada dua tiga cerita dulu yang aku pernah tulis pasal amsyiq gold. Memang aku tak pasti bagaimana Amsyiq Gold nak bertahan dengan keadaan pelaburan emas yang tak menentu, dengan beberapa serbuan terhadap pelaburan emas yang popular pada tahun 2012. Harga pula makin menurun, jadi relevankan Amsyiq Gold sekarang nih ? Jom tengok review aku dulu



Sebenarnya, ramai para para ilmuwan dari bidang business Shaklee nih, gunakan teknik yang dipanggil Rahsia Cermin Ajaib, atau nama glamernya RCA. Kalau korang rajin baca status budak budak Shaklee, dari yang distributor hinggalah ke Master Coordinator, gunakan teknik RCA, untuk bagi diorang kekuatan kepada diorang. jom tengok apa yang best pasal RCA nih


rahsia cermin ajaib shaklee


Rahsia Cermin AJAIB @ RCA

Rahsia Cermin Ajaib, ataupun RCA ialah satu teknik, yang digunakan, supaya semua kita ni ada sifat positif dan yakin, bahawa satu hari nanti, kita berjaya miliki apa yang kita dapat. Paling gila sekali ialah cara dengan bercakap depan cermin, cakap yang kita bagus , kaya, pandai, dan ikutlah apa yang kita nak kepada diri kita. Macam korang tengok gambar kat atas tuh, bagaimana seekor kucing yang yakin, dia sehebat SINGA !!!

akademi fantasia
yang ni contoh latihan depan cermin

Apa Pulak Akademi Fantasia nih ?

hahaha, mestilah siapa yang pernah tengok akademi fantasia, musim awal, mesti perasan, setiap kali latihan, kena pandang cermin kan ? Itulah dinamakan membentuk keyakinan, barulah, tahu, mana silap bila menari semua. Selain itu, nak tengok juga kelemahan diri sendiri, takut baju, atau jenis langkah kita kalau tersilap. Jadi cermin ajaib ini bukan sahaja sahaja buat, ada kegunaannya !!


Cara Paling Cool ?

Hahaha, kalau korang tengok video kat bawah nih, korang akan tahu, memang power gila rahsia cermin ajaib nih, tak reti nak buat, ikutlah contoh video kat bawah nih, senang je, sebut dengan KUAT, anda power dan sebagainya !!!!





Cara Guna BLOG ?

Hehhee tulis je apa yang korang nak, biar semua baca , sekali sekala, ingat apa yang korang inginkan, apa yang korang idamkan, buatlah, tulislah di BLOG, bila baca balik semua tahu ini semua idaman anda satu hari nanti !!!













SELAMAT BER RCA !!!



26/05/2014

Macam macam cara sekarang ni, semua nya nak gambar diorang nak like banyak di facebook, adui, ada yang tuh aku tengok ramai je like gambar dia. Ada yang tu, letak gambar tah hapa hapa pun, ada jugak yang like, ada yang tu aku tengok, takda orang like, yang like pun sebab tertekan like. hahahha. Oklah, aku nak share jugaklah orang trend sekarang nih nak like banyak




Awek Cun Banyak Like Tak ?

Antara yang menjadi topik perbualan hangat ialah, awek cun nih, ramai tak like ? Hhaha, yang ni aku tak jaminlah, tapi biasanya ramai je like muka cunz, tudung, body mantap sikit, duckface , dan macam macam teknik seksi nampak lurah, ada je yang like. Hahhaah, ini teknik terbaik nak dapat like banyak di facebook.

Masuk Pertandingan

Ada pulak dalam facebook nih, orang guna buat contest, sapa dapat banyak like, akan terus menang piala pusingan, ada yang dapat bercuti dan sebagainya, ni kawan aku ada cakap dulu, wife dia dapat banyak like terus dapat tiket bercuti ke jakarta dan sebagainya. Oklah, ada yang tu, sanggup tuh, suruh rakan rakan saudara mara like, merayu dalam fb, pm sorang sorang dan sebagainya.


Gambar TROLL

Hhahah, paling power tentu sekali gambar troll terbaik, yang ni ramai pandai buat, paling gile aku suka troll sukan star, bahabye memang tahap gilalah. Sebab game bola nih ramai je yang troll. Ada yang lagi satu aku suka ialah KJ tweet balik gambar orang troll kat dia. Itu baru cool, barulah orang nak like.

Gambar Berkualiti

Apapun letaklah gambar yang ada kualiti, bukan sahaja gambar itu jelas, tapi makna di sebalik gambar tuh, ramai yang dapat manfaat. Itu lagi bagus, tak perlu banyak like pun takpa, janji ianya cukup memberi pengajaran dan pembelajaran dan penyedihan, boleh kata, satu gambar yang baik, membuatkan ramai insaf tengok gambar tuh


25/05/2014

Macam macam teknik sekarang orang nak dapat like dan sebagainnya, ada yang guna aplikasi, dan macam macam lagi. Ada yang main buat like, dia dah artis, dia memang cepat je dapat like dan sebagainya. Jadi, sekarang ni, orang kata kalau banyak like memang best dekat page facebook. Oklah untuk kita nak tahu lebih lanjut lagi. jomlah baca artikel yang akan dikarang oleh aku kat bawah nih









Cerita Lama Lama Dulu

Oklah, dulu aku ada buat entry macam nih, dan entry nih memang teknik SEO aku memang power gila dulu, sebab masa tu tak banyak pantang larang dalam facebook. Masa itu aku punya domain power gila, tapi itulah sebab domain tak renew, mampus terus habis semua link jatuh. Macam kena denda pulak aku. jadi aku nak kena pulu balik nih, Oklah, tapi kalau tengok tips lama lama aku nih, korang boleh baca balik di sini.


Update Terkini

Oklah,korang semua, jangan lupa baca blog abam Firdaus Azizi, dia ni memang power bab marketing facebook, katanya aku baca dari blog dia, Mark Zukerberg dah mula pandai, sebab dia tak mahu orang guna software mengarut  untuk hack facebook dia, jadi banyak jugak pantang larang yang dia buat, antaranya ialah dia kata hanya iklan sahaja yang dibenarkan untuk dapatkan like. Biasalah, abam fb ni mesti nak buat duit jugak. Jadi itu pasal lah aku lari bikin blog balik betul betul.

Facebook Melihat "Engagement" 

Sekarang ni facebook pun dah pandai, dia tahu ramai buat software like banyak banyak. Tapi yang dia nak tengok, dari banyak like tuh, berapa ramai yang betul betul engage dengan entry atau update dari sosial page tuh. Itulah pasal,  dulu aku banyak like senang je. Sekarang ni dia nak tengok Talk About This, itu yang payah tuh.


Nasihat Aku

Nasihat dari seorang blogger yang ramai awek suka nih, kenalah faham fahamkan, bahawa nasihat dari abam firdaus pun, kita jangan tinggalkan facebook terus, tapi kena layan juga. Ada je teknik free yang bagus untuk kita pelajari. Teknik free ni pun, semua orang boleh buat




24/05/2014

Sekarang ni, zaman dah berubah, dulu kita tengok bangsa melayu jarang berniaga, sekarang ni bila dah ada macam macam internet, minded dah berubah, semua nak belajar berniaga,nak lelong barang, nak jual itu ini dan sebagainya. Jadi macam macam caralah orang nak berniaga nih, kena belajar nak lelong barang dan sebagainya. 


cara lelong barang

20/05/2014

Macam mana dia tak boleh menang ? tengok pada wajah, nama kaum, bangsa melayu yang berjuang atas tiker DAP, dan berani buat statement yang memecahkan kepala pemikir politik, dan ramai yang tuduh dia macam macam lagi, itulah, lepas tu jadi kegilaan ramai lelaki sekarang, yang menggatal katakan dia berbikini, itulah Dyana Sofya, hahaha, kalau compare dengan calon BN Teluk Intan, mana lagi power ? Aku tak pernah tengok pun news feed aku pasal Calon BN nih hahahah.


kredit: http://www.mstar.com.my/


Pelajar UITM Lupa Daratan ?

Hahaha, yang ni antara ramai yang kata dia ni lupa daratan, penat penat belajar UITM, lepas tu pergi bertanding atas tiket DAP, hooo itulah yang paling power sebenarnya, tapi aku rasa ramai je yang kerja kerajaan, belajar uitm, lagi lupa daratan selain dari Dyana nih, tapi sebab dia ni ramai sangat suka kat dia rasanya, lepas tu tak dapat nak couple kot, hahaha, tapi bagi aku, lagi ramai yang lupa daratan kat luar sana, termasuk aku sendiri kot, nasib baik aku dah kerja sendiri, so maknanya aku pun lupa daratan jugak ke ? So minta pendapat korang semua pasal lupa daratan nih 

Calon BN Mana ?

Hahhaa, oklah, mungkin siapa yang tengok tv3 , pasti akan tahu bagaimana Calon BN nih berupaya menang dalam zon Teluk Intan nih, dan kalau main isu perkauman, isu Hudud, nampaknya aku rasa Calon BN tentu akan menang dalam PRK kali ini. Tapi itulah, secara psikologinya, Dyana yang lebih dapat perhatian, sebab, asyik cerita dia je yang aku baca kat newsfeed aku, lagi lagi kalau buka facebook kelab Che Det, bukannya nak promote cerita calon BN, tapi asyik nak tanya wajah Dyana yang dikatakan derhakan kaum Melayu nih


timeline kelab che det

DAP Perguna Melayu ?

Hahhaa, tulah aku rasa memang sedih jugak, sebab memang DAP terang terang perguna Melayu, sebab DAP ni makin bijak, BN pulak makin tak bijak, itu strategi diorang, DAP pandai, lepas itu pula Mat Sabu dan geng PAS suka pulak dengan DAP, jadi kenapa tak belajar dari DAP, diorang sikit sikit cengkam tenaga melayua, sikit sikit dapat jajah Malaysia, tapi itulah, kata DAP ni anti melayu, anti islam, tapi dalam undang undang, kenapa pihak berkuasa tak boleh nak haramkan DAP ? Itu yang aku selalu fikir nih, kenapa DAP ni ada dalam kamus politik Malaysia kalau parti ni betul betul haram jadah ? Aku pun tak pandai politik, tapi masih tertanya tanya 


Dyana SOFYA Tolak HUDUD ?

Hahahha ramai marah kat Dyana nih, hahaha, katanya tolak Hudud dan sebagainya, satu perkara yang aku tak pelik ialah dia tak kisahlah nak tolak hudud, hahah, sebab dia sorang je pun, bukan ada kuasa nak laksanakan hudud apatah lagi nak tolak HUDUD nih. Ramai marah kat FB sebab dia tolak hudud dan macam-macam lagilah, hahahah, tapi bagi aku dia dah bagi signal kepada semua orang pas, orang umno dan orang atas pagar, yang sebenarnya orang yang berkuasa kat atas sekali pun tak boleh laksanakan HUDUD, hahahaha, jadi kalau dia tolak hudud aku tak heranlah sangat. 

dap tolak hudud

Model Playboy Pun Boleh Berubah Apatah Lagi Dyana Sofya

Yakin dengan DOA, Yakin dengan Allah, tapi itulah PAS tak berapa kuat lagi nak sebarkan dakyah HUDUD nih, lagi lagi ditambah dengan parti sebelah sana yang confirm jelas tolak hudud sebab ada kaum. Jadi, aku rasa, doa lah, mana tahu Dyana Sofya nih boleh berubah, model playboy macam Felixia Yeap pun boleh bertudung dan hampir nak terima Islam, jadi kita hok orang biasa nih, pun boleh, gunakan akal, bukan guna emosi, hooo, apapun, bagi aku , budak cun ni memang berani gila, lawan Cina atas tiket DAP, apapun, kalau dah menang tuh, silalah buat kerja. Ok, jangan nak tunjuk Cun je. Untuk yang duduk di BN, semoga korang terus kerja kuat untuk rakyat, lama dah pegang Malaysia, teruskan usaha murni korang !!!



19/05/2014

Alhamdulillah, hari ini saya berjaya juga hantar Arreessa ke sekolah, walaupun sebenarnya stress sangat, sebab budak ni ada je alasan tak nak pergi school, dan biasanya memang liat nak masuk tandas, suruh mandi, tapi nasib baik kena bersabar, dan jangan sampai stress. Oklah, untuk artikel kali ini, saya nak ajak anda semua baca tentang

  1. Kenapa Kita Stress
  2. Pengambilan B Complex Untuk Kurangkan Stress
  3. Tips Dr Fadzilah Kamsah


1. Kenapa Kita Stress

Sebenarnya kenapa kita stress ni, banyak faktor, tengoklah banyak betul betul gambar kat atas, kalau kita tulis pasal stress ni, boleh jadi tertekan, dan buatkan kita sakit kepala. Tapi tak tahulah siapa yang lagi stress, adakah orang perempuan atau orang lelaki. 

Definisi Stress

Stress ni paling mudah ialah bila sesuatu benda tu dah melampaui kemampuan kita. Banyak perkara yang buatkan kita stress ialah sebab kita terlampau peka dengan benda yang di luar kawalan kita. Tapi kadang kadang, benda yang di bawah kawalan kita pun kita rasa boleh stress. Jadi tekanan ini ada yang baik dan ada yang tak baik, dan selalunya, tekanan ini kita ambil yang tak baik,itu yang jadi macam macam.

Membahayakan Kesihatan

Hooo kalau tengok list di bawah, yang ni memang saya ambil terus dari website, macam-macam boleh jadi, yang dibawah, antaranya yang paling senang kita perasan ialah
  • tekanan darah naik
  • jantung berdegup laju
  • penghadaman tak bagus
  • imunisasi jadi lemah
  • otot tertekan
  • rasa susah nak tidur

Penyebab No 1 Kepada Kematian

Hahhaha, yang nih, bunyinya macam tak betul, tapi punca penyakit jantung, tekanan darah, dan macam macam lagi, semuanya adalah dari stress, stress dan stress. Memang benar, dan ini yang diceritakan oleh adik ipar saya Dr Ainal Faezah. Memang dia kata, stress je dah cukup membunuh dan membuatkan duit kita habis di hospital, ini lagi stress.

kredit kepada musicyourmind.com

2. Cerita Tentang Vitamin B

Oklah kalau masuk bab ini, ramai yang dah boleh agak,sebab biasalah, kerja ajen Shaklee memang nak kasi tahu korang, pasal vitamin semua ini. Tapi takpa, kalau tak beli B Complex pun, cuba baca sikit pasal permakanan yang bagus untuk stress ini. Antara yang terbaik tentu sekali ialah pengambilan vitamin B. Hoo kenapa pulak vitamin B ? Satu petikan dari website livestrong.com ialah

B vitamins can help with stress by working with brain chemistry and balancing neurotransmitters, thus aiding us in achieving balance over stress.

Sumber Vitamin B

Banyak makanan yang membekalkan vitamin B kepada badan kita, antara yang terbaik dan mudah untuk didapati di pasar malam atau pasaraya macam tesco tu ialah
  1. beras merah
  2. kuning telur,
  3. ikan
  4. kacang
  5. gandum
  6. daging
  7. hati
  8. ginjal
  9. beras tumbuk
  10. rumput laut

Manfaat Vitamin B

Kalau nak cerita pasal manfaat , bolehlah refer terus dalam artikel sebelum ini, kiranya antara manfaat lain yang boleh didapati dalam vitamin B ialah
  • Menambahkan Tenaga
  • Meningkatkan Keupayaan Berfikit
  • Meningkatkan Konsentrasi
Jadi berdasarkan manfaat yang ada dan fungsi vitamin B, boleh lah disimpulkan di sini, bagaimana vitamin terbaik ini dapat membantu dari segi fizikal dan mental seseorang dalam menangani stress. Ianya bagus dalam membentuk otak yang sihat, dan seterus membuatkan kita boleh fokus dan kurangkan tekanan yang tidak penting.


sumber vitamin B, kredit kepada http://eatingmywaytobetterhealth.blogspot.com/

3. Apa Kata Pakar ?

Saya paling senang memang ingat sekali kata -kata Dato Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah atau dikenali dengan nama glamernya DMFK. Saya selalu mendengar Sinar FM, kalau setiap hari Jumaat, memang dato selalu memberi nasihat dan teguran yang membina serta menjawab luahan hati setiap pendengar Sinar FM.

Tips Dari Facebook

Paling mudah nak ingat tips DMFK ialah pergi sahaja ke laman facebook beliau, atau pergi sahaja ke website DMFK. Mudah sahaja, dan ada 47 tips terbaik yang boleh kita ikuti, yang dibawah ini memang saya print terus, dan bagi korang semua ingat satu -satu, banyak sangatkan ?


Cerita Di Sinar FM

Hahhaa, dulu ada juga DMFK keluar kat sinarFM hari rabu, jadinya, memang kami masa itu drive pergi kerja, sambil itu dengar lah kata kata dato, sambil ditambah oleh abang jem yang memangnya kelakar, dan lawak, oklah sebenarnya simple je, ada 4, nak detail boleh baca sini
  1. Programkan OTAK
  2. Baca 3 KUL, ALFATIHAH sebelum keluar rumah
  3. Ambil SUPPLEMENT
  4. Rajin SENAMAN

Penutup

Oklah, yang ni je yang saya dapat fikir pasal cerita stress nih, Oklah, untuk pagi ini, buat anda yang bersemangat nak bekerja, jom kita layan video yang ada kat bawah ni, semoga memberi manfaat kepada sekeluarga, marilah kita bersarapan !!! Seronok itu pun, tips nak bagi kita kurangkan stress !!!








18/05/2014

Memang semua orang jadi gile, bila sebut pasal duit, perempuan , rumah , harta dan macam macam lagi kegilaan. Jadi bagus ke kalau kita gila harta nih ? Adui yang sebenarnya adalah pilihan kita masing masing. 


kejayaan ukur duit
Ada juga ramai tanya, macam mana nak tu nak nih, dan macam macam lagilah tanya. Oklah, dah lama saya tak bikin artikel keras macam nih, kalau baca tentu nak muntah, sebab susah sebenarnya nak cerita macam mana nak seksi, tapi oklah, dalam artikel kali ini ada tiga benda yang saya nak sentuh di sini.

  1. Seksi Itu Subjektif
  2. Gila Pembedahan Plastik
  3. Seksi Cara Sihat
seksi irma hasmie

Bila tengok balik pasal gambar kat bawah nih, aku pun tak tahulah betul ke tidak statement berita bawah nih. Sekadar membandingkan 2 artikel yang jaraknya agak jauh juga. So mungkin ada sebab si Najib kata ada masalah lsampai nak kena selamatkan TNB dari kerugian.

1. Masa bulan 10 tu maybelah untung gila gila, tak pasal pasal lepas tu memang boleh rugi, sebab jarak tu jauh, mungkin lepas untung tu diorang buat projek yang merugikan, jadi Najib sayang kat TNB , kenalah selamatkan.

2. Tapi peliknya dalam perkhidmatan tenaga nih, TNB je yang monopoli semua tenaga elektrik dalam Malaysia nih, yang lain mana ada. Kalau telefon tu, kita ada jugak saingan telekom, digi, celcom dan macam macam lagi. Tapi TNB ni dia sorang je provide elektrik, itu pun cakap masih rugi.

3. Lagi lagi sebenarnya ada yang kata dalam Islam, hukum monopoli ialah HARAM !!! Dalam contoh nih, TNB monopoli business tenaga elektrik . Tiada saingan , tariff boleh naik sesuka hati.

4. Jadi macam tak real kalau rasa ada rugi, sebab takda saingan dari syarikat tenaga lain. Tak faham betul kalau tiba tiba Najib kata nak selamatkan TNB. Tapi mungkin TNB rugi buat business lain rasanya, jadi terpaksalah naikkan tarif elektrik.

Itu je yang dapat saya fikir, kalau orang lain, yang power, tentu sekali banyak fakta , dan penjelasan. Saya tak dapat nak fikir lagi, kena banyak lagi le jawabnya. !!!!

15/05/2014

Hari ini walaupun memang teruk kena bikin roadtax baru untuk kereta civic yang dah genap setahun, tapi kami satu keluarga bersama zainora kerol nurul dan papa akmal sempat nak pergi shopping di GM KLANG. Sebenarnya pertama kali pergi ke GM yang baru ini. Sebelum ini ke bangunan laman yang berwarna warni lagi berseri. Hoo banyak juga ye benda boleh shopping kat sini.

Banyak Pilihan Baju Kanak-Kanak

Banyak dan best best juga. Alhamdulillah sempat juga shopping kat sini, paling penting beli baju adik yang tak sabar nak keluar dari perut mama Ainul bulan 7 nih. Jadi Ainul sempatlah nak cari baju adik, tapi macam biasa kena sorok dari kakak, kalau tak semua benda kata Arreessa punya. Hoo oklah, sempat juga beli baju princess Arreessa yang nak pakai untuk NC Shaklee 2014 nanti.

Kawal Anak Bila Nampak Mainan

Boleh tersilap bila lalu tempat mainan, memang rambang mata woo, banyak lego dan macam-macam mainan ada, semua bebudak ni nangis nak mainan, kakak nak princess, wafi nak robot, dan macam -macam lagi. Last si Affan yang beli Ultraman, tak sempat nak main, kepala dah patah ( bkn kepala affan, kepala ultraman ) bila sampai rumah. Adui, budak budak ini memang kaki beli mainan, bonus shaklee ini memang membantu untuk beli mainan budak budak tuh. Alhamdulillah.

Teringat Tanah Abang Indonesia

Boleh pulak kami terbayang tanah Abang Indonesia. Aku pulak teringat memang tempat kedai borong, dekat ghuang zhou pun macam ni jugak bangunannya. Cuma lama je, sampai nampak kotor kalau tak jaga. Setakat ni GM ok, tak kotor dan selesa, bolehlah lepak lepak, makan kat foodcourt yang tak berapa nak besar. Rasa ok nak bergerak sebab datang hari biasa. Kalau datang hari minggu gamaknya sesak , adui poning kepala nak layan budak budak kalau menangis penat.


Apa yang best pun aku dah tak berapa nak ingat. Tapi masa hari guru, nampaknya semua orang masa itu bagi hadiah lah hahhaa. Lepas tu ada yang buat itu dan ini. Oklah dalam banyak banyak aktiviti yang aku fikir lah rasanya ada kot.


selamat hari guru

13/05/2014

Sempena hari ibu yang lepas, saya terdengar berita dalam radio rasanya berkisarkan tentang sambutan hari ibu oleh ibu tunggal. Nampaknya isu ibu tunggal ini memang hangat, kawan kawan ASB pun join kelab ibu tunggal di facebook. Antaranya tentu sekali Naja Bekam, AK dan lain lain geng ASB. Ada beberapa masalah yang sekarang ini menghantui ibu tunggal nih. 


poligami

12/05/2014

Salam sejahtera semua. Nampaknya, Selangor sekarang tentu sekali boleh bergembira, dan sekarang ini boleh dikatakan sebagai pasukan pilihan menjuarai Liga Super 2014 . Tapi boleh dikatakan perjalanan masih jauh, sekadar bermain bertahan dan hanya menyumbat satu dua gol dalam perlawanan sebelum ini . Apapun, Andik Vermanysah boleh dikatakan sekarang pemain penting Selangor, selain Paolo Rangel yang sibuk dan teruja nak main JDT katanya.


liga super 2014

Hahhaa, yang ni sebenarnya cerita lama nih, tapi bebaru nih, dalam telegram terbaru, gua terperasan ada group ni. Sebab gua pun belum dengar lagi nama group nih, tapi hanya dengar macam tu jelah dari kawan kawan dan semasa jom hebat mega bulan tiga, jadi gua tertanya-tanya juga apa ke benda group SEX nih ? power sangat ke ? atau adakah ni group tips malam jumaat ?


ireach shaklee

Salam sejahtera semua, apa khabor ? Saya harini nak sahut cabaran anak Shaklee saya si Najihah Razali aka Kak Lang, oklah, dia ajak tulis karangan kenapa Saya Suka Shaklee, jawapan dia senang je, sebab SAYA MALAS NAK LAYAN MLM HARAM JADAH . 4 sebab kat bawah ini ialah benda yang saya dah lalui, dan saya MALAS nak lalui nya lagi.

1. MALAS NAK BUAT TEMU JANJI
Bayangkang cara buat MLM ni, kena buat temu janji, cari balik kawan sekolah, senaraikan prospek, dan ajak dia minum sebab ada projek best. Oklah aku tak kisah kalau dia ajak dia belanja makan. Yang ni dia ajak kita kena bayar. Lepas tu ada yang temu janji sampai ke 10 malam, masa solat tarawikh pun ada nak solat kat rumah prospek. Aku pun serik jugak walaupun aku tahu aku tak selali pergi masjid nak solat tarawikh, nampak kantoi di sana !!!

2. MALAS NAK  BERHUTANG
Biasanya mesti modal besar besar, cukuplah dulu dah keluar hampir 30k semata mata nak join business. Tapi aku cakap aku takdalah menyesal, sebab aku tahu sebenarnya itulah perancangan Allah untuk gua dan family gua,  dan baru gua boleh faham erti orang yang sibuk buat business, dulu miskin nak keluar dari kekangan masa dan kewangan. Tapi Shaklee ini sempoilah pulak, tak perku nak keluar duit banyak banyak, hanya perlu kamikaze swap RM 65.00 je untuk mulakan business, memang aku tabik spring orang yang daftar RM 65, sebab biasanya nak keluar RM 5.00 pun susah sebenarnya , lagi lagi nak derma kat masjid atau surau.

3. MALAS NAK PAKSA ORANG
Gua tak suka nak paksa nak pujuk nak saiko orang join business, kalai gua cakap sekali, lepas tuh dia tak nak, gua ok je, tapi cara gua buat MLM dulu habis kena paksa orang semua, hari hari follow up, sampai dia kata YES . Semangat tuh bagus, tapi ada kalanya gua tak suka sebab nak kena datang rumah prospek, kesian gua tengok muka husband dia , pastu kesian pulak kat gua, kena dukung anak gua time tu dia kecil lagi. Tak syok langsung.

4.  MALAS NAK DATANG KELAS MALAM
Hahahha yang nibpaling tak best. Gua akui datang kelas memang penting, tapi tak bestlah sebab kena tinggal anak. Adui tak syok langsung. Malam malam kelas takpa, kalau anak ada sekali. Lepas ramai dan tak selesa. Diorang ni mesti suruh anak tinggal kat rumah. Adui kesian mak gua kena jaga arreessa. Adui, rasa bersalah kalai anak suruh mak jaga . Sedih woo. Lepas tu tak berjaya. Lagi sedih. Lepas tu malam gua lepak masa tuh balik pukul 2 sampai 3 pagi. Penat woo, drive jauh pulak. Saborjelah. Malas sungguh

11/05/2014

Nampaknya Selangor berjaya membuat gambar selfie mengalahkan Pahang dengan jaringan 1-0 hasil dari teknik permainan counter attack yang disempurnakan oleh Andik Vermansyah. Selangor sekarang berada di puncak liga, 31 mata, dan selepas ini perlu melayan kunjungan JDT. Confirm lepas ini semua fans selangor akan turun, bantai sampai habis. Harap teruskan kemenangan SEALNGOR . JUARA LIGA SUPER 2014 !!!!

09/05/2014

Alhamdulillah, dengan plan asal 24 hrbln tu hanya team tuan fahmy, tapi akhirnha Masta Zainul nak bikin kembara ASB episod 3 ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah, nampaknya kali ini lebih menarik, walaupun tak sempat nak round satu semenanjung, tapi Kembara 2014 diteruskan ke kepulauan borneo. Memang best. Jom baca lagi sejarah Kembara ASB 2014.

Kembara ASB 1.0 SHAH ALAM
Pada mulanya projek kelas blog ini adalah rancangan Naja, mungkin kami ni rajin nak buat kelas blog. Alhamdulillah, dengan perancangam AK yang ajak Naja buat kelas, kami malam tuh terus berbincang pasal kelas. Jadinya kami nak bikin gempak dengan menyatakan nama ini ialah Kembara ASB , so tak sangka Kembara ASB dah sampai episod 3, lepas raya insyaallah kami nak pusing Malaysia, nak jumpa dan berkenalan dengan geng geng ASB dan juga keluarga ireach yang lain.  Episod pertama diadakan di Shah Alam, dengan Master Kamarudin Suarez menjadi pembuka kepada satu segmen yang dikenali sebagai Master Cinta. Perkongsian hebat dari suami Lydzar 3S ini menjadi slot penting dalam kelas Gila Gila Blog.

Kembara ASB 2.0 IPOH
Atas dasar nak melawat tempat Hazli OTW, kami terus ke Ipoh, kali ini pusat tuisyen Ikhwan di Taman Botanic Simpang pulai. Alhamdulillah, kali ini Masta Z dan aweknya Lyna Noh turun . Kali ini Masta Z sempat membuka jurus ninja blogging yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah, Masta Z terus bersemangat nak adakan kelas Advanced Blogging khas untuk iReach member yang betul betul komited dengan blogging. Sharing Master Cinta kali ini disampaikan oleh Master Apeh Dolah, memang terbaik dengan loghat perak yang memang memberikan semangat, sampai saya pun layan video Apeh Dolah banyak kali.

Kembara ASB 3.0 KOTA KINABALU
Hasil makan makan dengan Masta Z, dan tuan pengerusi Fahmy Shuhaimi, mereka bercita cita nak buat Kembara ASB kali ini di Kota Kinabalu. Memanf best sebab Masta Z, Que dan saya sekali akan bermusafir satu hari dan balik hari. Hooo memang akan merasa jugak, pertama kali nak pergi sabah balik hari, tiket pun dah tempah dan akan menjejakkan kakiku di KLIA 2. Alhamdulillah, kali ini Masta Z akan mengeluarkan lagi jurus jurus penting untuk para SID dibawah group ireach.

Berminat Nak Join Kembara Kami ?
Jika anda berminat nak join team kembara kami, apa kata mendaftar keahlian shaklee di bawah saya, hanya rm 65, dan anda boleh menyertai kelas Kembara ASB. Kelas gila gila blog ini bukan seperti kelas biasa yang perlu bayar beratus ratus. Kalau anda betul betul nak berjaya, nak belajar skill survival, nak besarkan network anda, sertai kami sekarang

Sms Kembara ke 0163944294


08/05/2014

bukan budak ASB je, orang lain dengor je cerita harum manis,semua nak ambil port, tapi memang terbaiklah, tengah musim sekarang ni, aku tengok si Naja, si Munzir, si Hamzah, semua sibuk nak harum manis, dan semuanya kata nanti aku dapat keyword buah-buahan tempatan. Memang terbaiklah benda nih, jadi kena rajinlah buat blog Harum Manis nih. Oklah, pendek je dulu, sebelum gua nak buat isu lain pulak, sebab nak ambil anak kat sekolah, apapun, minta tolong siapa yang ada Harum Manis lebih sikit, silalah post ke rumah saya sikit, kami pun kebulur nak makan nih, huhuhuhuu


khasiat harum manis

07/05/2014

Permergian Aziz Satar memang takdir Ilahi, meninggalkan karya dan legasi untuk anak anak bangsa belajar dari pengalaman hidup. Aku pernah berjumpa fan duduk makan semeja dengan Pak Aziz. Hehe memang masa tuh Pak Aziz datang ke rumah abah, untuk kajian filem Kak Long. 


ali baba bujang lapok

06/05/2014

Alhamdulillah kita akhirnya nak ke Kota Kinabalu, nak pergi belajar ilmu blog untuk Kembara ASB 3.0, episod kali ini memang best, Masta Z nak keluarkan jugak senjata rahsia nak guna untuk buat blog jadi mantap memang terbaik. Hooo ramai juga geng geng nak turun, kami turun satu hari je huhuhuhu.

Apapun juga minggu ni nak ke JB untk kelas blog bersama group GNT, group ngah salwa dan pojie . Ok nanti masa nak rock n roll  di sana, bawa nota khas yabg berjaya dikutip masa blogging kembara ASB di ipoh haritu.

03/05/2014

Semalam saya rasa kecewa sedikit apabila tidak dapat menjual emas kepada Amsyiq, diorang kata kena tunggu dua minggu lagi. Jadi saya pun share juga link post tersebut di facebook, antara yang mendapat perhatian tentu sekali group EMAS yang betul betul hardcore dalam perniagaan emas. Banyak juga yang saya pelajari di situ, hooo, macam macam betul, dan setiap syarikat pengeluar emas ini memang ada masa kegemilangan dan masa tak berapa nak gemilang. Ianya membuatkan kita dalam dilema, harta apa yang patut kita simpan, sama ada dalam bentuk duit, emas, hartananah atau komoditi yang lain. Oklah jom .


duit kertas tak laku

02/05/2014

Harini rasa kecewa bila Amsyiq tak boleh terima untuk penjualan emas. Sebab saya selalu juga beli di sini. Harini bila nak jual balik, katanya kena hold dulu dua minggu atas masalah teknikal. Jadi hari ini memang tiada rezeki nak menjual emas amsyiq kepada amsyiq sendiri. Jadi terpaksa alternatif lain untuk jual emas.


amsyiq gold

01/05/2014

Akhirnya gua turun juga main futsal setrlah sekian lama badan besar meboyot ni. Atas dasar member kamarudin mahad yang ajak sekali main, walaupun masa ni kami dan isteri isteri sibuk closing bershaklee shaklee .

Apapun semalam firat dan last aku main dekat Sport Planet Shah Alam. Tak sangka lak semalam hari last, katanya tempat nak dirobohkan, abang futsal mungkin nak cari tempat lain yang lebih selesa.

Apapun semalam Din bawak anak anak, kasi can lydzar kedasi 3S nak closing. Hok jadi semalam sempat jugak legacy rich family nih. Hooo, memang terbaik. Apapun semalam badan gua dah berpeluh peluh. Hehe oklah jom tgk gambor semalam.