Blog Orang Selangor

30/04/2014

Hahahha, ini soalan semua orang boleh jawab, sebab best, macam shaklee, jadi member, samalah jugak kalau kita join group. Tadi pun gua dah daftar baik punya. Memang perfect dapat sticker free, dan nanti akan dapat baju. Oklah, yang penting sekali bukan tuh, tapi ada lagi benda paling best pasal join kelab macam Civic FB Malaysia ni.





Bincang Masalah Kereta

Hhahaha yang ni paling penting sekali, kena bincang banyak orang, baru tahu apa yang patut kita tahu, kalau tak sampai bila macam tu jelah, tak pernah dengar pendapat orang lain, dengar cakap mekanik honda je, hooo, best bila ramai bagi pendapat masing masing

Macam Macam Aktiviti

Hooo diorang pun macam biasa ada macam macam aktiviti selain dari TTS nih. Oklah, katanya setiap Jumaat ada main badminton kat sport planet. Pergh memang rajin, gua pun tak selalu nak keluar malam sebenarnya 

Barang MURAH Barang BAIK !!!

Yang ni penting sekali, nak survey mana servis best dan sebagainya. Kalau ada kelab, barulah kita tahu. Oklah yang ni paling penting sekali. Hooo. tadi tengok member punya kereta semua dah pasang body kit, siap pasang navigator dan macam macam lagi. gua nye je yang masih dara, tak buat apa-apa lagi.


28/04/2014

Hari ini masih lagi terbaca-baca berita semalam, bagaimana Jose Mourinho memperbudakkan budak-budak Liverpool yang gian nak capai piala BPL, hoooo, dengan taktikal bertahan dan bertahan, akhirnya Chelsea berjaya memenangi perlawanan sengit dengan Liverpool dengan jaringan 2 gol tanpa balas, walaupun, 70 peratus penguasaan bola adalah milik Liverpool. Nampak sangat Brendan Rodgers kecewa dengan kekalahan kali ini. Tapi persoalannya sekarang, apa istilah yang boleh diberikan kepada the Special One ini ? huhuhu. 

jose mourinho,epl,counter attack,parking bus,

Parking Dua Bas

Hahaha, itulah kata kata Brendan Rodgers ni, kata Chelsea main parking 2 bas sekali, hooo memang menarik, sebab inilah pengalaman Jose Mourinho. Rodgers macam terlupa yang Mourinho dah biasa sangat dengan taktikal possesion football, dan paling teruk sekali bila bermain dengan pasukan tiki-taka Barcelona. Mourinho banyak belajar dari pengalaman pahit , yang kadangkala mengcengkam jiwa. Bukan semua taktik parking bas ini menjadi kalau tiada disiplin beserta taktikal yang bagus untuk membuat serangan balas. Mounrinho memang begitu, ini makanan ruji dia, dan ramai yang cuba aplikasi taktikal ini ketika bertemu pasukan bermain tiki-taka, dan ianya menjadi. 




Serangan Balas Pantas

Memang ini antara senjata pemusnah Mourinho . Tapi memang pelik, Real Madrid dan banyak team lain pun bermain secara counter attack, atau serang balas, tapi Mourinho lebih mencuri tumpuan media dengan watak dia yang kadangkala menyusahkan pihak atasan dan media. Kalau nak tahu, Real Madrid dulu dibawah kendalian Mounrinho mencatat banyak gol dengan hanya serangan balas yang begitu pantas, dan ianya perlukan pemain fokus dan sabar dalam membuat keputusan.


Psikologi Mourinho

Antara pendekatan biasa mourinho ialah permainan psikologi, yang ni memang semua dah tahu. Mourinho suka berperang mulut dan suka buat team lain marah. Hahhaa, tapi nampaknya perang psikologi mereka berjaya, dengan berkata mula-mula nak turunkan 2nd team, tapi hanya tukar 6 pemain je, tapi player lain tu pun kuat juga. Selain itu juga, masa lawan Liverpool, Mourinho saja pakai pakaian yang tak melambangkan dia seorang manager, pakai baju sukan biasa dengan misai dan rambut tak terurus. Banyak lagi psikologi mourinho

jose mourinho,rodgers, counter attack, defensive


Genius Atau Pengecut ?

Ikut andalah, tapi Mourinho pernah mencuri tumpuan Gary Kasparov, melabelkan beliau genius . Hooo, ada pulak yang kata Mourinho pengecut dan banyak mulut, itu semua ikut sikap masing masing. Tapi kalau korang senaraikan satu persatu,memang banyak masalah yang ditimbulkan oleh Mourinho ini. Hooo , tapi apapun, rekod tetap rekod, dia berjaya buktikan !!!


Sorylah geng, sebenarnya aku pun tak tahu betulke dia ada kata dia kesal dengan najib ? Macam mana tak kesal, sebab muka dia dah diselfie kan bersama Najib , oklah, sebenarnya ini adalah gaya yang paling cool apabila dua pemimpin besar bergambar bersama sama seolah olah macam nak promosikan LGBT !!! Apalah , itu pun tak boleh ke weih ? Oklah, tapi sebenarnya memang ada yang dikesalkan Obama masa dia ditemubual oleh Anita Woo yang cun tu .



selfie,barack,obama,najib,tun,razak,lgbt,gay,


Obama Kesal Tak Dapat Bersama Ibunya

Hooo, bila tengok berita semalam, bila mana Anita Woo temu ramah beliau, katanya Obama ada cakap, dia  nih tak sempat nak luangkan masa dengan ibunya, yang ada penyakit. Dia kata dia terlalu sibuk dengan kerja pada zaman mudanya. Huuhu, tapi itulah pasal, memang rasanya yang dia cakap ni memang sedih, sebab kita tahu, kita kalau boleh nak jugak nak spend masa dengan ibu kita, kalau boleh setiap hari dan waktu.


Ramai Kesal Obama Datang Malaysia

Hahhaha lagi juga ramai yang kesal juga sebab Obama, ramai terkandas jammed, hadui, baru kata sistem lebuh raya malaysia bagus, tengok, habis semua jalan ditutup khas  untuk Obama sahaja. Hahaha, apa  yang nak dihairankan sangat, sebab itu memang dah jadi lumrah orang yang power dalam dunia, memang boleh buat apa sahaja yang dia nak. Pening kepala wooo, sampai ramai  yang marah marah juga.


Obama Tetap Cool

Hahhaha, kekadang nak marah pun tak boleh, sebab kalau marah pun, Obama hantar satu nuklear tembak Malaysia, setel semua. Tapi takkanlah nak bikin macam tuh, tapi takpa, yang penting kita layan je Obama nyanyi lagu blues kat bawah ni, sempoi dan terbaik, suara dia memang sedap. Cara dia cakap,dia berdebat, tak macam PM nombor 6 !!!





OBAMA OH OBAMA



27/04/2014

24/04/2014

Oklah dah setel, zaki mekanik seksyen 17 shah alam memang terbaik servis tiptop. Aku selalu jugak call dia kalai ada masalah, memang dia rajin datang seksyen 8 sebab bapak aku pun selalu panggil dia. Semua adik beradik jumpa Zaki. Hooo Alhamdulillah, esok mula nak bermusafir untuk Konsert Supermomidol. Harap perjalanan lancar

23/04/2014

Hooo korang yang selalu dengar lagu nih mesti feel. Sebab lagu nih, selalu dipasang untuk suatu program motivasi. Aku duli zaman taekwondo, kena buat gerakan backup lagu ini. Hooo, memang terbaik. Tapi rupanya banyak sejarah juga lagu ini. 


eye of tiger

22/04/2014

Nazmi Faiz Akan Julang LIGA SUPER !!!


Rumors dulu dulu memang dah kata Selangor akan memancing bakat besar yang takda SPM ini, iaitu Nazmi Faiz Mansor, adui, nama dah macam nama aku, jadi tentu lagi power, sebab bak kata kak miah, otak aku TING TONG sikit, ye memang pun. Jadi Nazmi Faiz pun boleh lah aku label sebagai tingtong sikit. Hooo tapi dia sememangnya budak berbakat besar yang kalau salah penjagaannya, jadi silap besarlah jawabnya kepada kemajuan bola sepak negara yang dalam kegelapan yang hampir nak menyinar
nazmi,selangor,ikat,kontrak,bola,sepak,sukan,


Boleh ke Selangor Juarai Liga SUPER ?

Hahaha, aku ingat lagi macam mana ramalan Rizal Hashim yang cuba nak jadi hero, mengatakan Selangor yang akan menjuarai Liga  Super tahun ini. Tapi nampaknya ramalan dia tepat, walaupun masa itu JDT lebih berkuasa dan membuatkan semua penganalisa, termasuklah OKS memilih JDT  untuk menjuarai liga. Tapi perjalanan masih jauh, dan semua pasukan ada peluang untuk  jadi juara, walaupun sekarang ini, Pahang berada di puncak liga. Jadi , kehadiran Nazmi Faiz ialah suatu tonik yang sepatutnya di pancing Selangor sejak dulu lagi.


Power Sangat Ke Nazmi Faiz ?

Hahhaa, kat sini, terpulang kepada individu yang menilai Nazmi Faiz sekarang. Tidak boleh dinafikan, Nazmi antara pemain tengah terbaik yang ada dalam negara, walaupun terpaksa bersaing dengan pemain yang lagi power macam Safiq, Piya, dan ramai lagi. Boleh dikatakan Nazmi menyinar dan menjadi peminat ramai awek di luar sana , selepas membuat penampilan sulung bersama Malaysia sejak sukan sea 2011. Pengalaman Nazmi bersama FC Beira Mar, dan juga penampilan bersama PKNS FC membuatkan Nazmi dah tahu selok belok bola sepak Malaysia yang makin kucar kacir sejak penyokong bergaduh sesama sendiri.




Selamat Maju Jaya Nazmi Faiz

Tapi aku macam biasa yakin boleh rakan muda, Nazmi Faiz akan cemerlang bersama Selangor, kerana Mehmet setakat ini adalah jurulatih terbaik dalam keadaan Selangor yang kurang duit dan hanya dibarisi pemain yang bukanlah tahap superstar macam pasukan lain yang dah lama dibentuk. Selangor walaupun dibarisi pemain baru yang banyak, nyata aku yakin dengan Mehmet akan meletakkan Nazmi ditempat yang sesuai, sebba Nazmi antara pemain yang suka membuat hantaran leret yang berbahaya, lagi lagi kalau ada larian deras oleh Andik Vermansyah. Nampaknya serangan balas Selangor akan lebih berbahaya lagi jika adanya Nazmi Faiz !!!!













21/04/2014

Hooo lepas balik dari program pagi sampao petang, badan dah penat nih, apapun gua nak layan jap bola kat mamak U12 cahaya alam, Selangor menentang Singapura 12 dalam cabaran liga super yang tak berapa best kalai nak dibandingkan dengan Liverpool dalam EPL. Tapi memang apapun layan jugaklah.

Apapun tahniah selangor berjaya menewaskan lion sejak tiga tahun yang lalu. Hooo kali ini Steve Pantelidia berjaya menanduk masuk gol kemenangan Selangor. Tapi macam biasa Andik juga jadi tumpuan dengan beberapa gerakan yang cantik lagi menghiburkan.

Menu biasa menu saya ialah nasi goreng dan teh ais, hoo best best

19/04/2014

Kerja gila, sempat lagi merakam aksi bermain gitar, walaupun penat dalam keretapi dari Jogjakarta ke Jakarta, perjalanan jauh memakan masa 7 jam lebih. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tak pernah aku naik keretapi sampai 7 Jam lebih. Tapi kat situ baru tahu, keretapi jogja ke jakarta adalah suatu perjalanan yang menyeronokan, sambil berhenti dan melihat sendiri keindahan tanah Jawa ini. hooo memang terbaik





Cover Mentera Semerah Padi Dalam Keretapi

hhahaha memang mengarut, tapi Dedi dan Mami best, diorang layan je, suara yang tak sampai, adui, gua kena berlatih nyanyi, nak mengamen macam mana suara tak sampai. Tapi, selamba jelah, hahaha, gua nya suara makin teruk ni, tapi keyakinan tahap orang gila, suatu benda yang tak pernah dibuat, akhirnya berjaya juga, buat, apapun, layan jelah, view dalam keretapi memang best, sambil menyanyikan mentera semerah padi, ada sawah padi, itulah bagusnya !!!



Perjalanan Yang Penuh Motivasi

Alhamdulilah, sepanjang perjalanan dalam keretapi, banyak yang dipelajari tanpa sedar atau tidak. Paling best tentu sekali mendapat tips yang berguna dari Abang Penjejak Bayang bercerita tentang buku Laskar Pelangi dan sambungannya. Hooo lagi juga tips business Shaklee. Memang feel, sambil menikmati pandangan dari keretapi, berkenalan dengan cewek dapur, dan macam macam lagi melihat gelagat di sana. Memang bikin panas, mahu ke sana lagi.





16/04/2014

Hooo di sini mahu gila gila shopping, mahu tak ingat sesak sampai ramai orang, memang gila kalau mahu cari macam macam baju beg fashion muslimah dan sebagainya. Kalau korang datang jakarta memang gila di sini, di tanah Abang.

Shopping Jakarta
Masa jalan di sini ada banyak alternatif lain, di thamrin city, mangga dua dan banyak tempat lagi, tapi di sini banyak untuk borong , kalau beri banyak memang boleh dapat lagi murah, untung besar , dan murah. Hooo kalau beli tuh jadi gila, jadi kalau bawa bini, standbylah duit banyak sikit.

Sesat Banyak Blok
Jadi kat sini kemungkinan sesat memang ada, sebab bangunan dia sesak dan besar, ramai pekerja yang datang angkat barang borong keluar masuk. Hooo jadi macam kat guang zhou pun ada. Oklah di sini lebih mesra , ada yang baik dan ada yang biasa aja. Hooo, tapi kalai mahu shopping kain , sini tempatnya murah

Hooo memang best, oklah, cukup aja hari ini, mahu segera ke kantor Shaklee Indonesia !!!!!

14/04/2014

Selamat tinggal bisa kita temui lagi, perjalanan kali ini amat best, naik bas bersama teman supermom, kembara seluruh kota jogja hingga ke Candi borobudur dan banyak lagi. Juga sempat menyaksikan pementasan tari sakti epik ramayanan. Alhamdulillah syukur juga kerana pemandu pelancong kami sangat baik dan mudah mesra.

Buat pak ihsan, nuzul, eko dan yang lain lain, semoga kita bertemu lagi. Harap harap dapat lagi ke jogja dan melawat gunung merapi yang tidak sempat singgah, kerana hujan turun dengan lebat, tidak sesuai untuk kanak kanak. Hooo pengalaman yang indah buat kami , sambil sempat lagi bermuzik dengan nuzul, ihsan di belakang bas.

Masa untuk menaiki kereta api ke jakarta, 8 jam melihat keindahan tanah besar jawa indonesia. Jakarta aku datang

Hooo memang feel dapat jamming satu lagu di ratu boko, nyanyian waktu senja melihat sunset banyak bertanya kepada diri sendiri, bagaimana kita dapat terbang hingga ke sini, dari tidak punya hasil hingga mampu terbang ke jogja, dapat juga merasa ke jogja.

Hooo banyak lagi tempat untuk dilawati, tapi itu mungkin lepas ini akan ke sini, akan merindui pak ihsan, mas nuzul dan driver driver. Hooo apa pun layan video nanti di channel yoursupermomhd

13/04/2014

Aku rasa suatu nikmat bila dapat bermain lagu keroncong dengan baik, mengikut budaya dan keaslian pemuzik keroncong itu. Aku sampai di jogjakarta ingin juga menyelami seni muzik di sini. Tapi rasanya aku cuma nak tengok juga apa yang terbaik di sini.

Tapi malam pertama di sini, tak sia sia makan di kedai mee yang sedap di jogja. Hooo tengok satu kumpulan pemuzik keroncong yang hebat, memang serupa dengar dalam radio, dan mereka bermain dengan selamba, suara keaslian yang merdu,  dan paling tak boleh belah ialah gitaris nya itu memang mukanya dah tua, tapi gayanya bermain penuh dengan pengalaman . Paling sedap sekali ialah cara mereka miking alat alat muzik mereka dan keluar pada satu amplifier, memang terbaik dan ianya seperti mendengar dari radio.

Keesokannya aku terus membuka gitar, cuba bermain lagu, dan tidak sangka, idea mencipta lagu keroncong menjadi, terjadilah lagu keroncong Rumah Mesra Ceria. Nasib baik big deddy MKB memberi idea sedikit, dan sepanjanh perjalanan dalam bas, akhirnya satu lagu tercipta dari kecintaan nikmat dunia keroncong. Memang rasa puas hati. Esoknya terus rekod dan bikin vlog lagu ini. Puas hati, dedy very supportive untuk rekod lagu kami. Hehhe nantikan

Apapun keroncong ini satu lambang perjuangan, iramanya lembut dan syahdu, satu perjuangan dan kemanisan hidup bagi mereka yang berusaha keras mencari makna kehidupan. Alhamdulillah,  lepas ini mungkin lagu jawa pula tercipta.

Alhamdulillah, sebenarnya banyak cerita dalam kembara supermom . Buat pertama kali saya menjejaki jogjakarta dan esok ke jakarta, sememangnya terasa penat dengan jadual yang padat dengan aktiviti lawatan, sampai Arreessa pun tak berapa sihat, saya pun kepenatan. Ainul pula agak kepenatan, tapi dengan Shaklee, nampaknya tiada masalah makyong ini panjat candi borobudur dan candi lain.


Hooo kali ini untuk entry pendek ini, kami singgah di Keraton Ratu Boko, tempat tinggi  sempat nak melayan sunset, dinner di sini, menikmati kota jogja dari tempat tinggi. Paling best tadi sempat juga melihat gelagat penjejak bayang bermain permainan jawa, dan juga membuat vlog untuk lagu keroncong rumah mesra ceria. Hoo nanti akan diceritakan pasal ciptaan lagu ini.

Heee oklah, tgklah dua gambar yang ada kat bawah ni, dah lama tak update blog,  baru dapat beli sim kad indonesia !!!!

10/04/2014

Keyword di atas adalah satu ujikaji simbiosis yang anda perlu faham, dan anda nak belajar bagaimana nak bersaing dengan sihat, bagaimana nak belajar nak berniaga dengan etika yang mantap, dan bagaimana nak hadapi suatu keadaan di mana ada yang tamak dan selalu cucuk belakang

Simbiosis
Biasa kita dengar istilah ini dalam sains, pohon yang menumpang beri manfaat kepada si perumah, tak pula macam parasit, jadi penumpang, last last ambil semua, pentingkan diri sendiri.

Sideline
Satu istilah yang menarik bila kita sebut dalam MLM , kita belajar bagaimana nak berkawan dalam MLM, lagi lagi sideline kita dalam business Shaklee yang penuh pancaroba. Jika kita gagal nak berkawan, memang kita akan selalu murung dan malas bersaing dengan cara sihat

Saudara
Saudara mara ni, antara yang paling sukar nak terima perubahan, kalau nak tunggu kita berjaya, huuu baru nak terima hakikat dan ikut cara kita, tapi itupun masih beri alasan, jadi saudara begitu, banyakkan bersabar, dan hormati cara mereka.

Business Shaklee sekarang memang begini, perlu faham faktor 3S macam kedai Lydzar, buat nota kecil ni untuk semua, ini adalah faktor yang sering mengganggu fikiran kita. Kuatkan semangat dan terus berusaha. Insyaallah !!!!

08/04/2014

Hahahha panjang gila tajuk. Wife aku kata semalam ada contest buat blog daftar  ahli shaklee bawah master zainul dan lyna noh. Hooo nampaknya semua adik beradik pakcik saudara dah buat artikel yang mantap dan begitu meyakinkan. Gua ada idea jugak tapi gua tak masuk contest tuh, tapi takpa, lu semua kena baca ulasan gua, sebab mostly yang gua rekomen korang untuk baca ini ialah orang yang hebat dalam Shaklee, guv berpuluh puluh ribu,  bonus besar besar dan rank tinggi.

ireach,daftar,shaklee,mlm,haram,jadah,perang,



Get Fun Together Master Lydzar Rusman dan Kamar

Best entry yang ni begitu santai, kalau gua join bawah master lydzar tentu dah dapat main bowling, jalan jalan charitu berkelah kat setia city mall dan tentu dapat mendengar motivasi oleh mak bintang. Gua masih ingat lagi Din dulu ajak main bowling mengelak, tapi lama lama  dia ok, siap buat sharing masa kelas gila gila blog haritu. Hahaha terbaik Master Din kisah menjadi pemotong rumput adalah story paling best dalam sejarah ASB .

MLM Haramjadah Naja Suarez

Yang ni pulak ialah hasil tulisan naja , memang dia tulis pasal mlm haramjadah, buat loan untuk cover loan, memang berbulu bulu satu ketiak kalau tengok tulisan naja nih. Hooo Naja ni anak Lydzar dan Din, sama sama layan liverpool sejak zaman UITM, dan bertemu kembali di alam Shaklee. Ireach nampaknya dapat membetulkan dan menepis segala amalan negatif yang berlaku pada MLM lain, jadi join iReach dibawah naja memberikan korang kuasa blog gila gila yang padu, guv lagi besar dari mak dia, hooo ini sudah power. Kalau nak tahu teknik penulisan mengikut target pelanggan, sesuai sangat belajar dengan Najamudin Suarez

3 Tips Motivasi Amin Idris oleh Firdaus YOES

HAHAHHA blogger dan internet marketer yang sempoi, saudara firdaus menulis tentang 3 tips terbaik dari Amin Idris, lepas tu pulak nak mencapai motivasi dengan masuk group iReach mereka. Hoo Firdays Yoes banyak kenalan dengan orang hebat internet marketer, blogger terkenal dan dia pun banyak pengalaman dalam facebook marketing, aku buka facebook dia, macam macam dia share dalam firdausazizi.my , hoo antara guv berpuluh puluh ribu jgk nih, memang super handal.

Kuasa Blog Marketing CelikVitamin

Kalau sebut celikvitamin antara blog shaklee terfamous dalam sejarah Malaysia. Semua orang buat artikel pasal 10 sebab beli ESP,  dia punya nombor satu dalam google. Hooo, jadi kuasa blog memang dah jadi makanan ruji group adilah manaf nih. Memang sempoi belaka. Hooo begitu yakin lagi ialah suaminya en Fahmy Suhaimi ialah pengerusi ASB , memang terbaik dan sempat haritu en Fahmy berkongsi tips penting dalam penulisan blog Shaklee. Hoo nak ilmu blog paling mantap kena join bawah anak master azrin nih , huuu fantastic







07/04/2014

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Hooo sekarang ramai dah orang nak tarik orang join Shaklee ni. Apa yang best sangat pasal Shaklee nih ? Dulu masa zaman Nuar Melaka jadi agen, aku sibuk dengan belajar, lepas tu macam macam MLM yang masuk UTM masa tuh, tapi time tu gile haram jadah punya MLM. OKlah kali ini aku nak cerita sikit macam mana nak jadi magnet kepada orang lain. Tips ni takdalah hebat mana, tapi cuba korang betulkan kalau ada silap.


tarik orang join shaklee

06/04/2014

SIAPA NURUL IZZAH ?

Bagaimana aku terfikir sampai nurul izah pun hilang ? Betulke ? Jawapannha memang tak betul, kalau kamu semua ingat nurul izah PKR tuh, nurul izah tu memang cun, tapi nurul izah yang ni lagi cun, memang superb, sampai AK pun terpikat dengan dia, tapi bini dia tak marah, malah lagi sayang !!!


misteri kehilangan cikgu yang dedikasi dan hebat

05/04/2014

Rakyat Malaysia sekarang mempunyai masalah tulang yang kronik, ditambah pula dengan tidak suka mengambil susu sebagai minuman harian. Bayangkan kalau mak bapak kita ada masalah tulang rapuh, susah saya nak bawa dia makan dekat kedai, jadi kesian dekat  mak ayah saya yang kena berlajan jauh . Lagi satu masalah masa nak makan, kena berjaga jaga, lagi lagi makanan yang sedap-sedap, boleh menyebabkan gigi boleh tercabut, tak seronok pula kalau mak ayah saya guna gigi palsu. Alhamdulillah, selepas menggunakan Ostematrix Shaklee, tiada masalah nak makan makanan sedap-sedap di kedai. 

kebaikan ostematrix shaklee untuk tulang dan gigi


Siapa Memerlukan Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee sangat diperlukan untuk golongan di bawah

  1. Ibu Hamil
  2. Lelaki yang tak suka minum Susu
  3. Orang Tua
  4. Sakit gigi
  5. Orang yang bersukan
  6. Orang yang sembelit
  7. Ibu menyusu
  8. Gastrik
  9. Migrain
  10. Morning Sickness
  11. Lenguh badan
  12. Kejang kaki

Kelebihan Ostematrix Shaklee

  • membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat
  • mengelakkan penyakit osteoporosis 
  • memulihkan kekejangan
  • mengurangkan stress
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengurangkan sakit semasa haid
  • membantu masalah pesakit gastrik

Testimoni Ostematrix Shaklee

testimoni ostematrix shaklee untuk kekuatan gigi dan tulang yang sihat



JANGAN TUNGGU SAMPAI TULANG ANDA RAPUH !!!
BERTINDAK SEKARANG !!!
CEGAH SEBELUM BONGKOK !!!

Hubungi Saya
Faiz Saaid 
013-3612717


04/04/2014

Setelah Pak Menteri Najib mengumumkan MH370 berakhir di lautan hindi, semuanya terus menjadi hitam, berkabung berapa haritu pun tak tahu, sampai ada yang sedih dan terus bersedih, dan tak juga terus berkonspirasi mengikuti perkembangan pencarian MH370. Nampaknya Malaysia terus lagi mencari serpihan yang ada di lautan tersebut, hoo nampaknya itu sahaja yang boleh diusahakan, dan sekarang ini, tiada lagi bukti baru yang betul betul membantu untuk mencari MH370.  Jadi selepas MH370, korang tahu apa arah tuju korang ?  Hooo macam macam cerita juga yang berlaku masa MH370 





Terus Mengikuti Berita MH370

Sesiapa yang rajin dan nak belajar tentang teknologi terkini, teruskan membaca update terbaru tentang pencarian MH370. Nampaknya aku agak ketinggalan sedikit teknologi ini. Tadi bila nak tulis entry ni, rupanya macam macam berita tentang pencarian kotak hitam MH370. Sekali lagi ianya memberikan kita ilmu baru tentang fizik, konsep ultrasound dan macam macam lagi. Jadi teruskan belajar dan belajar, lagi juga isu tentang enjin rolls royce, dan juga dengar penerangan pensyarah UPM yang cun di sini. Sesiapa yang masih mencari MH370 tu, aku ucapkan tahniah, sebab korang dah bertungkus lumus untuk mencari , walaupun peluang tipis dan sedikit.

Konspirasi ISRAEL , AMERIKA ?

Nak percaya atau tak nak itu pilihan masing masing, nampaknya, benda belum boleh dipercayai, dan memang dirasakan oleh aku sendiri, memang ada sesuatu yang tak boleh diketahui oleh kita rakyat umum ini. Hooo, kalau blogger lain copy paste sahaja keterangan dan ramalan yang ada dalam dunia maya ini. Tanpa ada sebarang ulasan, ianya cukup berbahaya. Hooo, tapi sampai bila kita nak takut dengan KONSPIRASI kalau kita tiada ILMU untuk berlindung ? Hooo jadi jaga jaga, kalau mereka nak datang kepada kita di Malaysia ini, mantapkan ILMU masing masing !!!

Parti LIAR BATAL ?

Hahah, yang ni sebab aku selalu sangat ikut facebook saifulnang, rupanya macam macam aktiviti berlaku. Masa pencarian MH370, tak sangka pula anak anak muda melayu yang mati sebab dadah di dalam satu festival muzik di Bukit Jalil Kuala Lumpur. Masa ini ramai yang takut, sebab tahun ini tahun melawat Malaysia, rupanya banyak aktiviti macam ini di jalankan. hooo gilelah. Tapi bila buat je batal batal batal, sebab kuasa facebook rakyat Malaysia memang sungguh kuat, memang tabik spring !!!


Kelas BLOG untuk AKHIRAT ?

Aku tak tahulah sejak MH370, aku rasa nak usaha lagi, nak share lagi, aku rasa hidup tak lama, berapa kerat je amalan ni, tapi aku tahu, penulisan blog yang baik, boleh bagi semangat dan motivasi kepada orang. Aku rasa nak usaha keras untuk ini. Benda yang aku buat, nak buat betul betul, memang terasa seperti Steve JOB, Ingat MATI itu MOTIVASI, jadi bila ada masa ini, nak buat betul betul, walaupun ada je yang tak suka . Alhamdulillah, tak sangka dapat handle 2 kelas blog bulan lepas dan selepas ini ialah kelas GILA GILA BLOG. Hooo, nampaknya tujuan nak menulis ini makin kuat, nak teruskan lagi menulis.



Terus Berniaga dan Berhibur ?

Itulah kerja kami sekarang, berniaga dengan Shaklee, dan teruskan jalan, takda masa untuk bersedih, dan sekarang adalah masa untuk maju dan terus maju, belajar dari kesilapan lalu dan buat yang terbaik untuk masa yang singkat yang Allah pinjamkan untuk kita. Buat anak anak cucu cicit, atau sesiapa sahaja yang diluarsana, buatlah apa yang terbaik untuk korang, berikan sumbangan untuk mereka yang memerlukan, tentu ada manfaatnya.


Salam Jumaat
Faiz Saaid




03/04/2014

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, akhirnya, gua dengan naja dan q razalo dan rakan rakan ASB akan menganjurkan KEMBARA ASB 2014, dengan episod pertama Gila Gila BLOG.  Hoo apa yang menarik ni ? Best ke ni ?  Hooo memang terbaik , sambil korang belajar tulis blog, banyak lagi benda best untuk korang hadam

NAJA KELUARKAN KUASA BEKAM SINAR
kali ni naja sudi untuk menguruskan majlis perkahwinan din dan lydzar, eh silap,  rupanya kelas blog , dengan nya gila gila cinta. Naja akan menunjukkan cara menyemarakkan cinta sampai wartawan media hiburan pun tertanya tanya blog siapa yang hebat sangat tuh, sampai boleh buat sales shaklee.

AK KEMBALI MUDA ?
Walaipun AK tak dapat menerima kenyataan yang aku masih muda remaja, tapi semangat nak datang jugak malam ni, sambil minum teh tarik, sambil berbincang pasal isu musa hitam dengan abang naja.

KAMAR YANG MUNCUL TIBA TIBA ?
tapi aku rasa terkejut dan teruja dengan khalid jamlus uitm yang dah jadi master, nampaknya rahsia makan telur separuh masak yang sedap lagi bertenaga, hoo tentu ada je yang suka teknik tenaga master DIN, aura master november 2013. Hooo mantap.

Oklah gua dah penat, mahu tidur

01/04/2014

Semalam masa closing ESP yang penuh pancaroba, saya telah mengalami sedikit gangguan, tayar kereta dah mula pancit, tak tahulah pasal apa, oh rupanya tengok sudah terpijak skru. Adui, macam mana ni, nasib baik tak kena masa balik dari Melaka haritu, jadi saya takdalah nak gelabah, dengan Arreessa pula tidur sepanjang perjalanan pulang, kesian kakak penat sangat. Oklah takpa, nasib baik ada kawan kawan yang baik hati bagi tips terbaik.


tips jaga tayar kereta