Blog Orang Selangor

31/03/2014

Nampaknya selepas membuat kejutan kepada mommy Hadhatina sempena harijadi beliau, berlaku lah satu konspirasi BATU, hooo, bila aku di tag di facebook oleh mami Hadha pasal batu ni. hooo, rupanya, lepas mendapat sentuhan tali gitar baru, dedi MKB asyik main lagu BATU sahaja, hooo, memang feel dan layan lagu ni, sebab memang dari dulu lagi Mkb memang suka lagu Ramli Sarip dan Sweet Charity. Hooo, kalau tak percaya tengoklah gambar dibawah .

Lagu Batu ni yang gua tahu pun masa dengar sinar, tapi yang paling penting masa dalam battle of the band cerita Rock , memang masa tu Zul Kapan sebagai penyanyi rimba bara menjadi vokalis kumpulan menyingkirkan Amy Mat Piah. Hooo masa lepas lagu batu mereka memainkan lagu Penunggu, satu lagi lagu Swert Charity. Hooo tapi baru baru ini ada satu versi yang lebih cool, versi Akustik THR GEGAR, akustik bersama Rosli Mohalim dan Ramli Sarip. Dedi memang suka sangat versi tu. Seni nyanyian Ramli Sarip yang tak terjangka bila dia masuk , suara serak, dan macam macam lagi.

Oklah dulu pun kepala kami keras BATU masa awal awal join Shaklee, tapi Semangat BATU tu yang penting, memang ia tak berkata kata, tapi ia kekal dan HIDUP LAMA !!!!

29/03/2014

Kalau geng geng pembaca nak dapatkan tips SEO percuma, bileh melawat blog terbaru group rmc, blog rumah mesra ceria. Best woo kat sini kita sama sama diskus pasal ilmu blogging dan macam macam lagi.

Jadi kalu minat nak jadi penulis  pun boleh, boleh promote blog masing masing, promote business masing masing. So kalau berminat nak join blog rmc ni, boleh terus kepada saya email blogget anda, dan saya berbesar hati menjemput anda untuk menulis

Jadi tulislah dengan rasa kasih sayang, dan jangan buat promosi produk secara hard selling. Hooo semua dijemput untuk share idea masing masing di sini

Blog RUMAH MESRA CERIA TIPS SEO PERCUMA


Email saya ke faizsaaid17@gmail.com

Semalam gua bergerak dari Shah Alam ke Melaka, tak sangka pulak rupanya gua pelik kenapa radio ni kejap era kejap sinar. Oklah terima jelah, sebab nak buka radio. Tapi bila buka dan dengar lagim baru tahu semalam semua radio astro bergabung lompat lompat untuk menjayakan mh370.fm hooo mantap ni.

Menyatukan Malaysia
Nampaknya usaha astro nak menyatukan malaysia dengan menggunakan mh370. Nampaknya Astro dengan usaha murni menggunakan mh370.fm sebagai langkah terbaik untuk memberikan harapan doa dan semangat kepada keluarga penumpang dan anak kapal mh370. Hooo satu usaha yang murni. Bagus bagus.

Bersedih dan Terus Bersedih ?
Bagibaku cukuplah media, tak perlu nak ulang tayang kesedihan , cukuplah sehari nak bersedih, nak berkabung , bukan sebab aku tak simpati, tapi kesedihan itu tiada makna, usaha kita sekarang ialah menceriakan mereka. Bangunlah,  buat sesuatu kepada yang masih hidup ini. Cukuplah sedih , ada lagi banyak hikmah yang perlu dipelajari, banyak lagi kekurangan kita, Allah tunjukkan melalui mh370. Kita mesti segera bangkit, jangan sampai layu dimakan kesedihan .

Ayat Al Quran Bila Sedih ?
Aku bukan kata tak hormat keluarga, tapi tak perlulah media nak mainkan lagu sedih, mainkan ayat alquran sebab ada musibah melanda. Tapi tulah media masa senang takda pulak yang nak  pasang al quran, atau buat study pasal Al Quran. Hooo, mungkin channel lain ada kot macam Astro Oasis. Aku jadi risau sebab mungkin ini nampak time susah je bukalah zikir dan macam macam lagi, time senang takdalah pulak zikir zikir ni. Adui, aku jadi konfius jap, maafkan aku, sebab aku pun tak sempurna macam korang diluar sana.

Musibah dan HIKMAH
Aku tahu mereka dan berkorban untuk kebaikan negara kita, mereka di pilih Allah untuk menghadapi saat sukar, saat di mana orang memfitnah, mula membenci, kurangnya kasih sayang dan sebagainya. Tapi pengorbanan mereka itu tiada gantinya. MH370 turun bersama 1001 hikmah yang perlu digali , inilah masa Malaysia akan terus maju, ianya sama seperti bangkitanya jepun dari tragedi bom atom, ataupun bangkitnya Aceh dari tragedibTsunami.  Inilah masa yang sesuai untuk kita untuk terus maju, menerima kekurangan dan memperbaiki kelemahan kita, baik dari segi teknologi dan rohani kita.


Pagi sabtu ni bunyi macam merepek sikit, oklah nak solat subuh, pagi sampai ada kelas blog dengan geng geng Shaklee MELAKA !!!!!

28/03/2014

Sejak bermenjak menjak ni, ramai pula marah kat CNN, katanya kita negara yang ganas lagi ganas, lepas tu ramai pulak yang bengang dengan laporan palsu CNN, katanya kita ni bunuh semua penumpang mh370. Oklah itu takpa lagi, hahaha, paling power tentu sekali langkah berani rakyat kita yang marah kat CNN dengan kata kata, lagi dengan terus direct pergi masuk CNN punya facebook. hjahhaah, itulah paling cool sekali, memang gile !!!



boikot,cnn,tipu,dajal,media,barat,mh370,konspirasi




CNN DAJAL ?

CNN ni memang dari dulu suka putar beli, buat cerita ikut sesedap mulut diorang, dan katanya memang dajal yang control supaya CNN ni dapat masuk penetrate sistem Malaysia, lepas tu boleh lah lagi menipu dan sebagainya. Tapi memang kesian jugak nanti, macam aku nak pergi US  SHAKLEE free trip, boleh pulak kata nanti kitoranga anti amerika, adui,a lgi teruk macam tuh.



TUNJUKKAN SIKAP YANG BAIK !!!

Cara terbaik, kita buat baik, lantaklah orang kata apa, kita teruskan berdakwah, sebarkan rasa cinta dan kasih sayang sesama insan, mereka akan takut dengan semangat ukhwah yang ada seantero DUNIA ISLAM. Jadi be cool, jangan marah, kita berusaha lagi betulkan persepsi kita. Jangan sampai orang kata kita ni sama je, orang lain kuttuk kita, tapi kita kutuk balik memang terukle !!!!




26/03/2014

MEMber nak letgo kereta, so yang ni antara member cakap, pasal  condition kereta Honda City ni, MURAH MURAH !!!



Honda city 2011 utk dijual. Antara keistimewaannya..
Tip top condition
Ekon sejuk
Lampu terang
Minyak penoh.


Kalau BERMINAT CALL SAYA 0163944294





Dalam banyak banyak konspirasi, gua terpaksa melabelkan seseorang, memang dia seorang penyelidik UPM, memang cool gile, dan memang dia cun, rupa pun cun, tapi paling cool dan tergoda pasal cara dia terangkan konsep menjejak mh370 sungguh best. Adui, macam mana gua tergoda dengan dia ni.


pensyarah cun melampau

25/03/2014

Sebenarnya banyak sungguh konspirasi ini, nampak sangat ayat tak boleh belah, tapi beberapa teori telah pun muncul, dan ada kata Kapten tu baik dan ada kata Kapten tu geng dengan orang jahat. Hoo, nampak tiada bukti lagi, tapi nak buat macam mana. Semalam PM Najib Tun Razak dah umumkan, yang penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Jadi, ramai yang sedih, dan media pun semua jadi hitam, facebook profile semua jadi hitam belaka !!!



konspirasi,mh370,pwtc,sidang,media,perang,pengganas,najib,tun,razak,malaysia,
PM Najib Tun Razak




Sehari Sebelum Press Conference PWTC

Sehari sebelum pengumuman tergempar, ramai rakyat kita bergaduh nak tentukan siapa yang layak jadi calon kat kawasan satey sana, dan paling best, ada yang bawak kangkung, dan ada katanya bawak seluar dalam. Memanglah bawak, tapi pakai kat dalam, bukan kat luar. Sampai Tan Sri Aziz pun marah, dan gua nampak muka wartawan tu kat TV3 tahan gelak pasal soalan kangkung. Adui, tapi akhirnya, si isteri tu katanya berjaya, walaupun suami nampak macam kena penjara. Oklah, nasib kot, tapi ramai kata anak beranak diorang lawa. hehehe, memang lawa kot. hot stuff gitu, maybe nak lawa tu, boleh cuba produk Shaklee rasanya.


Kebetulan 

Kebetulan je , takda konspirasi pun, sebelum MH370 hilang, si suami kena hukum penjara, lepas tu sehari sebelum MH370 berakhir, si isteri diumumkan menang pertandingan ping pong. So, nasiblah, benda dah berlaku , bukan kita rancang, Allah tahu segalanya. kita sendiri kena positif dengan semua perkara. jadi buat anda yang nak berfikiran positif, jom baca blog baru rmc kat sini, kalau korang nak terus bersedih dengan musibah, silakan, tapi kalau korang nak maju dengan hikmah, jom baca sini.


DOA dan TERUS DOA

Dalam press conference semalam Najib tak kata pun penumpang tu mati, jadi teruskan berdoa dan berdoa, segala kebarangkalian walau sedikit, walau nampak macam 0.001%, kalau Allah kata hidup, memang hidup. Teruskan berdoa !!!!



24/03/2014

sekali ada juga yang masih mencari bagaimana nak tarik orang join MLM, adui, nampak sangat desperate nak cari orang, macam aku jugak. oklah, takpa. Aku pun ada juga idea idea nak share dengan korang pasal nak tarik orang join MLM, tapi sebenarnya yang ni idea yang biasa orang lain buatlah, tak perlu risau, idea ini nak ikut boleh taknak ikut pun boleh, janji korang bahagia dan tak susahkan orang


teknik tipu mangsa MLM

22/03/2014

Hehhehe mana ada projek, yang ni cuma maklumat terbaik kalau adik adik diluar sana yang nak sambung pelajaran . Hooo macam macam syarikat besar nak tawarkan peluanh biasiswa, bolehlah cuba apply mana yang patut ok ?

Senarai biasiswa lepasan SPM

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/master-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf

KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx

Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097


Tahniah Sekali Lagi kepada yang cemerlang dalam SPM 2013 !!!!

21/03/2014

hahaha, satu konspirasi yang paling gempak selain MH370, ialah kejelesan yang tak pasti sama ada dia ditulis sendiri oleh mami HADHATINA atau orang lain yang tulis, tapi anda boleh lihat sendiri, semuanya gara gara kelas blog, mami saya jeles bangat, apa kena ni ? Kenapa boleh jadi begini ? Adui, saya sendiri jadi pening kepala jap, jadi memikirkan konspirasi jeles ni, boleh lah dihuraikan seperti di bawah !!!


hadhatina,jeles,blog,kelas,seo,shaklee,business,
Jeles Itu Fitrah


10 Kemungkinan Hadhatina MKB Jeles 

Hahaha, ini adalah beberapa faktor yang saya rasa amat penting dan perlu diselidiki kalau tak nanti boleh melarat, bahaya ni bagi seorang yang bergelar Presidential Master, oklah, jom tengok 10 kemungkinan ni, ada sebab dalam kelas blog tu Hadhatina MKB Jeles,

  1. Jeles sebab tak dapat join kelas yang begitu hebat sampai kak mia pun kata best
  2. Jeles sebab roti jala kuah durian dah sejuk
  3. Jeles sebab tak dapat minum air milo
  4. Jeles sebab tengok carpet merah yang indah lagi 
  5. Jeles sebab blog dia pun tak mobile friendly
  6. Jeles sebab kena kerja kat ofis Menara U hari ahad
  7. Jeles sebab sebab tak dapat berkumpul ramai ramai dengan Supermom Sister
  8. Jeles sebab Zahratul Muna kata kelas ni best
  9. Jeles sebab anak anak dia tak datang
  10. Jeles sebab sifat semula jadi mami yang suka sangat Jeles
OKlah, itu 10 kemungkinan, tapi nanti saya nak share lagi pasal Jeles ni, kenapa perlu JELES dalam blog terbaru kumpulan Rumah Mesra Ceria, so jemput jemput hadir tengok blog tuh, saya akan huraikan lebih jeles lagi dalam blog RMC

Ok Salam Jumaat Semua, Masa nak bayar bil !!!



18/03/2014

Baca balik tajuk tuh, betul betul, kawan kami bakal master Cikgu Nurul teruja sungguh, hahhaha bila dapat baca whatsapp seorang awek cun yang tanya pasal group dia tuh. Tapi memang tak boleh belah juga soalan dia tuh, mungkin ada beberapa konspirasi di situ. 


business shaklee
hahahha, kalau yang baca tahu apa yang aku maksudkan ni, tentu dia kata aku berlagak macam ketua kongsi gelap, rampas semua sales, rampas semua ahli ahli, nampaknya macam bunyi paksa orang beli shaklee, tapi itu bukan maksud aku, tapi ini sifat sebuah kumpulan gansterism, dan aku syak ada dalam group shaklee yang bergelar supermom sister ni. 





gangster,supermom,shaklee,ukhwah,sisters,





Hahhaha, sebab tak sangka , masa dah rapat macam ini, lepak ofis TAIKO besar, ajak makan makan, ambil gambar, bergaya, jamming, nasib baik belum tahap karaoke. Gangster pun jaga anak buah, tapi bila gangster lain minta tolong, kita tolong, sebab bloodbrothers yang terjalin sejak mula join group TAIKO besar SUPERMOM, Alhamdulillah, semangat ukhwah gansterism ni diteruskan, dan minta Allah swt kekalkan keharmonian gangster gangster subang, tasik biru, melaka. 


gangster,shaklee,menarau,markas,supermom,
lepak kat MARKAS !!!


Bak kata taiko besar MKB, duit mengubah EGO, katanya bila dah pegang duit bESAR, EGO boleh naik, adui, memang gila wooo, tapi itulah, takut jugak, harap harap dijauhkan keEGOan itu. Lepas ni, gangsterism akan ke MELAKA menyebarkan dakwah GANGSTERISM SHAKLEE !!!



Hooo betul ke ni , hahhaha tajuk biar gempak sikit, sebab nak suka sangat orang melaka nak tulis blog, jadi saya sampai terlupa beberapa perkara yang sepatutnya saya nak sampaikan kepada peserta branding your blog ahad lepas.

1. Ping BUSUK - kuasa ping busuk memang hebat, macam macam boleh buat, paling mantap tentu sekali ialah mendapatkan trafik dan SEO cara busuk

2. Webmaster tools- antara tools yang boleh digunakan untuk menganalisa blog kita, tapi paling power tentu sekali google analytic, macam macam boleh buat kalau tahu gunakan SEO tools macam ni.

3. Update BLOG guna smartphone- walaupun saya dah tunjukkan kepentingan mobile friendly, tapi sempat nak sentuh sikit tentang kepentingan update blog guna smartphone. Ayat merapu, tapi google sayang jugak.

Oklah nanti banyak benda lagi kena improve, semoga bermanfaat kepada peserta blog gila gila nanti .

16/03/2014

Hari ini kelas power paling bersejarah yang saya pernah ajar, tak sangka, kami akan team up dengan cikgu nurul dan semua adik beradik supermoms yang lain untuk bergabung meletup menjayakan kelas blog ni, walaupun masa  tulis ini, kelas tengah berlangsung. Nampaknya suasana meriah dengan kehadiran ramai geng geng supermom yang datang melaka,  cheras, klang, seremban, gopeng,ipoh, manjung dan kuching.

kelas blog paling power
aksi menipu peserta kelas blog


Antara initpati penting dalam kelas blog tadi ialah KUASA PENUH yang ada pada sesebuah blog, jadi, bila ada blog, kita nak letak apa boleh, nak letak muka adik ipar najib pun boleh. So kat sini, nak letak bunga bunga, taman, atau gambar songkok warna warni adalah pilihan kita. Kalau facebook, mark zukerberg yang kawal semua algortihm tuh.


Oklah tu sahaja untuk sesi  pagi, petang ni sambung kelas lebih mantap lagi, iaitu kelas menulis karangan blog dan sedikit teknik penggunaan keyword SEO. Ok bye !!!!

15/03/2014

Hahahha, nampaknya, hari ini, pagi ini, kami satu family akan ke JOM HEBAT MEGA 2014. Katanya ada seorang dari tv alhijrah nak jadi speaker jemputan, harap harap oklah best. Apa yang best setakat ni tentu sekali aktiviti yang di aturkan memang mantap dan mcm mcm aktiviti ada dalam group ni.

1. Semangat Mak Bintang yang begitu garang suara seperti nak bertanding dun kuala pilah, memang superb dan penuh semangat, sejak mendengar ucapan bintang masa jom hebat KL, kali ni lebih gila dengan auditorium INSTITUT SOSIAL MALAYSIA, mak bintang telah berkaraoke lagu GEMURUH bersama sama peserta lain.

2. Pelancaran ireach , projek 2014 , sekaligus memberi impak baru dibawah group zainul dan lyna noh. Pelancaran projek rahsia, dilancarkan oleh Master Zainul, seperti steve jobs melancarkan produk terbaru Apple, dengan harapan semua cucu cicit susur galur mereka terus maju dalam membuat business Shaklee.

3. Forum Kain Pelikat yang dipengerusikan oleh fahmy suhaimi memang menarik, semuanya isu tentang suami yang tak support isteri buat shaklee. Panel pada harini ialah saudara Munzir , Apeh Dolah dan Lyna Noh sendiri sebagai panel ketiga untuk mengimbangi kuasa Aku Sayang Bini. Nampaknya JOM HEBAT MEGA memberi nafas baru kepada para suami yang mengikuti dan menemani isteri isteri yang menjalankan business Shaklee

4. Saya sempat menemubual Master Lydzar Rusman,  pengasas kedai 3S, yang sudi meluahkan perasaan keterujaannya dalam menghadiri jom hebat MEGA kalini. Oklah, tadi nampaknya suara lydzar kena edit balik sebab kebisingan yang melampau tahap riang yang diwujudkan oleh kanak kanak .

Nantikan sambungan sesi Amin Idris petang ini,  jom makan dulu.

14/03/2014

Masuk hari ke 7, sampai sekarang masih tak jumpa lagi. Kalau betul lah hidup lagi, aku rindukan suara kapten zahari yang cool , tentu lepas ni channel youtube dia ramai subscribers, dan tentu juga geng SHAKLEE lady and boss dapat berkongsi cerita dan pengalaman kepada kami semua pengedar marhaen. 




persoalan muncul lagi, bila pihak astro banyak menemu bual pakar pakar seluruh Malaysia, termasuk juga pensyarah dari UTM. Boleh dikatakan pensyarah UTM setakat yang aku perasan dah masuk 3 orang yang ditemuramah oleh Astro Awani berkaitan isu mh370. Gua tak kenal sorang tu, katanya sorang tu pensyarah Aeronautik , fakulti kejuruteraan mekanikal. Tapi paling penting kemunculan Prof Madya Ahmad Zuhri dan Prof Tarek . Masa aku belajar dulu, dua orang ni memang otai. Bak kata member member UTM, tentu sekali bangga bila semua mengaku mereka student UTM, termasuk wife aku.

Jadi persoalannya, bagus ke masuk UTM ? HMMM bila korang dengar prof ni ditemubual, dekat sini rakyat seluruh menilai kewibaan penyelidik UTM, dan amnya profesor di Malaysia ini. Berbaloike nak sambung study kat Malaysia ni ? MH370 membuka mata dunia lagi.


12/03/2014

Hooo lagi cerita terbaik tentang konspirasi mh370, bila ada orang suka sangat kaitkan dengan benda benda yang mistik, lagi lagi sekarang ni orang sibuk nak promosi ESP Shaklee, jadi aku cuba cari, betul ke ada kaitan dengan SHAKLEE kes MH370 ni ? Hooo, memang tak boleh lepas dari mulut SID sekarang ni.






Baru faham juga, masa kami lepak rumah SARAH di tasik biru, kesian sungguh, tak terlepas dari kami untuk berbincang topik konspirasi ini. Betulke , apa yang terjadi dalam masyarakat sekarang ni, semuanya nak bercerita teori dan sebab asbab kenapa kapal terbang ni nak meletup, kebabom, dan macam macam lagi. Itulah, macam macam yang diborakan malam tu di pangkalan TASIK BIRU !!!



Apapun, SAYA BERDOA kepada GENG SHAKLEE, yang juga salah seorang dalam pesawat MH370 agar selamat pulang ke MALAYSIA. Belum ada berita kamu semua menemui ajal, jadi panjangkan DOA untuk MH370, sedih juga bila tahu ada geng shaklee dalam tuh, geng susur galur Lady Boss, dan paling asyik juga baru tahu semalam anak ketua DCA tu pun geng SUPERMOM, apapun , saya menulis sahaja, DOA saya kepada MH370, dan SEMUA PARA PENYELEMAT DAN PENCARI pesawat, SELAMAT BERJUANG !!!!

11/03/2014

Allahuakhbar, bila dengar lagi berita mh370, wujud lagi dalam fikiran yang konspirasi akan terus berlaku, dunia terus melihat kepakaran kita, dunia terus menguji keikhlasan kita. Dunia melihat sejauh mana kesabaran kita. Lagi didengar lagu lagu yang penuh sedih, aku tertanya mana perginya mh370.




Bila kita nyanyi kembali dengan bunyi 70, 3 pintu, 70, 3 jalan yang sampai hanya satu jalan. Apa itu kebetulan dalam lagu, malah dalam hadith, malah lagi mengerikan dalam mh370. Apa kod rahsia dalam mh370 ni ? Allah yang Maha Mengetahui. Terus lagi aku menyanyikan lagu M Nasir ni.....


Hingga aku sampai ke korus, bila dinyanyikan , TANYA SAMA ITU HUD HUD , LANG MENGSILASI KOI MESIKUI, 

KERANA DIA YANG TERBANGKAN AKU KE MARI !!!!!

Aku tahu tentu mereka di dalam pesawat itu, diberi hidayah, di tanya mengapa mereka di terbangkan ke situ, mungkin itulah nyanyian dalam setiap insan dalam pesawat mh370, semoga di beri hidayah, mana tahu mereka dapat menerima nur islam di saat kehilangan dari dimensi mata dunia

Allahuakhbar


Saya tak pernah sangka, satu lukisan berbentuk jet, atau macam kapal terbang, itu adalah kuasa sifir 7, dan ianya seperti kebetulan, pesawat mh370 yang hilang, saya macam tak percaya lagi kerana sifir itu, di cari di saat saya dan rakan rakan lain tentu berdoa akan keselamatan semua penumpang yang berada dalam pesawat tersebut. Tapi bagi saya , sifir 7 kali ini, membuka mata saya, kuasa Allah swt, paling berkuasa !!!


konspirasi sifir 7

Konspirasi SIFIR 7

Saya tak sangka, sifir 7 memerlukan 9 kotak, 3 kali 3, supaya kita dapat mengisi semua nombor , 1,2,3 dans eterusnya hingga sembilan,. Di bahagian sayap pula, anda boleh mengisi nombor 0,70, untuk melengkapkan 0 darab 7 dan 10 darab 7. Tak tahulah kenapa, tapi saya melukis gambarajah itu seperti sebuah roket, dan paling konspirasi sekali boleh dikatakan sebuah pesawat. jadi, di sini saya nampak kaitanya antara nombor 7 dan 3, sebab kita pun tahu, dalam seminggu ada 7 hari, dan dalam sebulan ada 30 hari, lagi satu konspirasi yang berkaitan dengan MH370

Panjangkan DOA

Jom kita berdoa, semoga MH370 ditemukan kembali, semua berada dalam keadaan selamat. doakan yang terbaik untuk mereka !!!



10/03/2014

Tak tahulah pasal apa tiba tiba blog gua naik mendadak sebab gua update pasal konspirasi mh370. Dekat sini nampaknya ramai suka baca pasal kes ni. Itu belum lagi masuk blog politik dan blog cendiakawan yang suka menulis teori kejatuhan atau kehilangan pesawat. Tapi gua yakin dua hari sebelum kehilangan mh370, berlaku lagi peristiwa besar yang takkan dilupakan oleh rakyat malaysia.


dua hari sebelum kehilangan

Hoooo sebenarnya selepas sahaja MH370 kosong hilang, nampak terus rakyat malaysia jadi baik, dan terus berdoa dan berdoa. Hooo nampak sangat bagus dan doa saya kepada mereka , semuanya ada peluang lagi naknhidup , pesawat masih boleh jumpa lagi. Tapi sehari sebelum pesawat tu hilang lagi best. Hahhaha tahu rakyat malaysia buat apa sebelum mh370 hilang ?

Masa tu semua orang dok kata orang tu kaki liwat, suka laki, kaki gay, kaki penipu dan semacamnya, hahahha gaduh tak ingat, tak layak jadi PM,  dan macam macam lagilah mengata, kata itu dan ini, sibuk bergaduh berdebat

Orang kata satu lagilak hahahha kata itu permainan politik, kata orang tu tipu, muka baik, di permainkan, jantan lemah, hahahahja macam macam lah, gaduh tak ingat, dapat keadilan dan macam macam lagi.






Hahhajaha itulah rakyat MALAYSIA SEHARI SEBELUM MH370 HAHAHHAHAHAHAHA

SO KONSPIRASI AKAN TERUS KONSIPRISI SPEKULASI TEORI DAN MACAM MACAM LAGI.

HOOOO MANTAP !!!!

04/03/2014

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at