Blog Orang Selangor

30/01/2014

SpeedTrap Sempena CNY 2014. Sumber dari kawan yg kerja di Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang) 3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara 8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang) 10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

29/01/2014

Dah lama orang tak tanya soalan ni kepada saya. So nampaknya nak kenalah berkongsi rahsia macam mana nak jemput para penonton facebook suka page yang kita buat. Hooo, memang sukar sebenarnya. Sekarang ni ada macam-macam masalah yang facebook buat supaya facebook bayar kat kita . Oklah, tapi apapun gua tetap nak share jugak, dari pengalaman gua yang tak seberapa bagus ni. OKlah jom kita tengok beberapa cara nak jemput rakan ni. HOoo yes !!!



28/01/2014

Salam sejahtera semua, sementara nak ditunggu oleh gadis kaunter HQ yang cun melecun ni, ada baiknya saya buat blog sikit. Nak berucap macam Anwar Ibrahim tak reti, so marilah kita berbincang mengenai isu ini. Selalu memang perasan, dekat Hospital DEMC ni hari Isnin mesti ramai. Tak tahulah sebab apa, tapi boleh dikatakan ramai yang nak jumpa doktor hari Isnin tak pula masuk pada hari lain. Jadi saya pun terfikir beberapa sebab musabab yang boleh dijadikan bukti untuk kajian saya ini.


hospital,demc,ramai,orang,isnin,sibuk,penuh
Hospital DEMC

1. Anak Demam Hujung Minggu

Hoo tentu sekali kalau anak dah sarat demam hujung minggu, memang confirm pergi klinik, lepas tuh tetiba teruk sikit, kena tunggu pakar datang hari isnin ni.So jawabnya kenalah bersabar dan tunggu hari isnin. Itpun kalau dr ada, kalau dr takda, sukarlah sikit, cari dr lain.

2. Nak Elak Monday Blues

Hoo sapa nak kerja hari isnin kena datang pukul 8 pagi camtu. Jadi cara paling best ialah buat temujanji pada hari isnin. Jadi senanglah nak rilek sikit masuk ofis lambat dan sebagainya. So macam macamlah bawak bini pergi checkup dan sebagainya.

3. Hari Mudah Dapat Appointment

Betul juga tuh, kekadang masa Isnin nilah senang nak ada free time nak jumpa doktor. Sebabnya pun Isnin belum panas nak bekerja bersungguh sungguh. Selalu masuk 2nd day baru kerja banyal dan sebagainya. Jadi masa ni mungkim free sikit nak buat appointment dengan doktor pakar

4. Memang kebetulan ramai

Hahahha yang ni mungkin kebetulan jelah masa saya pergi DEMC haritu ramai orang kat Hospital. Mungkin masa tu ada promosi buy 6 free1 macam Alfalfa Shaklee. So masa saya pergi tu dah kebetulan atau ketentuan tuhan bak kata Fathul Bari. So kalau ramai tuh bersabalah jelah



Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.
Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan.Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.Akhirilah hidupku dengan keampunan...
ْ




Alhamdulillah, satu perkongsian menarik, di copy terus dari facebook siapa tah yang buat ni, oklah, takpa, jom kita baca dan tengok kita duduk kat mana.

solat,gred,5,waktu,
Solat 5 waktu


Gred E

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.


Gred C

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti. Hooo, jom kita baca pulak kisah solat berjemaah kat sini. 

24/01/2014

Selamba badak aku cakap ASB haram halal harus marus sunat dan sebagainya. Ada yang masih simpan dan ada yang tukar portfolio lain untuk simpan duit. Jadi aku bukanlah tok imam muamalah macam Zaharudin.net atau pakar pelaburan Pak Di untuk cakap benda tuh halal atau haram. Cumanya aku nak cakap je apa yang aku faham dari pembacaan aku yang hanya baca buku komik sin chan.

asb haram jadah business
ASB Haram Ke ?



Kenapa Nak Labur Dalam ASB ?

Dulu zaman mula mula ASB keluar, kiranya ramai yang simpan, tapi boleh dikatakan masa tuh dividen yang diorang dapat besar besar, kata mak aku dulu memang banyak lah. Memang kaya dalam setahun tuh boleh dapat dividen dalam 15 hingga 20 persen. Hooo itu tidaak adil, lepas tu bebudak semua simpan, yang kaya tu terus simpan sampai limit 200k. Hooo banyak gile duit. Hoo itu paling maksimum, sebab ASB ni nak kawal duit untuk perbelanjaan. SEBAB nama pun dah Bumiputra, jawabnya kaum lain Cina dan India tak boleh nak letak duit kat situ . Kalau tak jawabnya habis geng melayu tak boleh cari makan. Tapi betullah kata member aku, bebudak Cina kalau tahu ada Amanah Saham , diorang mesti beratur panjang nak labur duit dalam tuh. Orang Melayu ni memang kurang sikit bab simpan duit. Hooo sibuk nak berkempen rasanya. 



Dividen makin mengecil

Aku tak faham, kenapa dividen makin mengecil sedangkan makin ramai yang suka simpan duit dalam tabung milik kerajaan Malaysia tuh. Jadi kat sini paling tak bestnya, bila duit dah banyak , dah pelabur sepatutnya dapatlah untung besar, tapi makin lama, dividen makin mengecil, apa pasal ni ? Kerajaan ambil sikitkan duit tuh buat belanja beli kangkung ? Rasa macam tak adil pun ada, kita letak duit banyak-banyak, akhirnya dividen tetap kecil. Adakah pelaburan itu ada masalah ? Hooo sudah tentu sekali tak best kalau dividen kecil, lagipun sekarang ni, inflasi pun dah makan duit kita. Sampai beli nasi lemak roti canai dan sebagainya pun mahal. Duit kita semakin susut nilai, semuanya dicetak dicetak dikembangkan dan macam-macam lagi.


Percanggahan Majlis Fatwa

Paling best bila tak semua majlis fatwa semua negeri bersetuju ASB ni haram. Last sekali paling power ialah majlis Fatwa Kebangsaan yang kata ASB ni harus. Hooo, apakah sebabnya. Katanya dalam tuh, banyak yang ok, cumanya ada sikit je pelaburan yang tidak syariah compliant. Apa kebenda tu syariah compliant ? yang ni aku pun tak berapa nak terangkan sangat. Kalau diikutkan pula, kalau takda ASB, nanti orang melayu ekonomi tak maju. Hooo aku tengok makin lama makin tak maju adalah, sebab dividen makin mengecil, kalau maju, dividen boleh bagi banyak !!! Lagi pulak kalau di Selangor dan beberapa negeri lain, ASB ni haram, sebab ada beberap syarikat yang memang melabur benda benda tak elok ini. Hooo, pening haa.

Keluarkan Duit ASB

Hahahah, aku sebenarnya pun nak cakap haram ke tidak, last last bawak keluar semua duit, baik beli benda yang betul betul ada nilai dalam Islam, yang betul betul dizakatkan. Benda tu salah satunya ialah EMAS dan PERAK !!! Alhamdulillah, simpan sikit sikit, banyak tuh emasnya. Tapi emas apa boleh buat, bukan simpan dapat dividen, lepastu sekarang ni harga pulak turun. Hooo takpa takpa, nanti aku nak cerita  sikit macam mana nak untung gila dengan EMAS ni. Hooo oklah, jom kita berehat dulu, pagi ni nak siap jalan jalan hari akhir di Brunei, Oklah, selamat melabur !!!!



20/01/2014

Sekarang zaman orang nak kaya raya, zaman nak hidup sengsara sebab duit semua takda nilai sebab harga barang dah naik, jadi semua orang nak save duit. Termasuklah baju kerja sekarang ni , semua kena jimat belanja . Oklah sekali bila aku check lagi keyword yang jarang orang bincangkan. Oklah jom kita tgk trend baju kerja orang sekarang.

trend,baju,kerja,kanak,kanak,2014,business,
Baju Kerja Kanak Kanak

1. Baju Beruniform

Badan rasmi kerajaan, pasukan keselamatan termasuklah pak guard mat yo, macam macam dan dari dulu sampai sekarang mesti pakai baju beruniform, segak dan bergaya, kalau urusan rasmi dan berkawat, mesti pakai baju ni. Segak fan Sedia Berkhidmat.

2. Baju kemeja

Hoo yang ni kerja ofis biasa, baju kemeja, lectuter dan macam macam lagi trend baju kerja macam ni. Kalau ada meeting khas, pakai blazzer sikit kasi nampak segak, pastu mesti pakai tie kalau orang kroje bank. Oklah barulah macho dan beretika.

3. Baju F1

ramai orang ckp baju f1 ni memang segak. Bukan baju untuk racing F1, tapi abg aku kata namanya baju F1, kemeja khas untuk sesebuah group. Contoh macam macam ada, ko tgk ada group zakat, pegawai kerajaan, baju mcdonald, kfc, kumpulan prudential, semua ada baju ni.

4. Kolar Biru

Mat kilang, minah kilang, baju semua sama. Hoo warna biru juga. Kalau nak tgk baju kilang, baju technician pun ada jaket dia tersendiri. Hoo tapi aku tgk Panasonic, engineer boss sume pakai baju jaket sama, tak kira pangkat, memang disiplin sungguh.

5. T-shirt dengan selipar

Hahahha yang ni memang orang kerja sendiri, kerja kat restoran biasa, gerai, dan orang buat business internet pun selamba kodok je pakai tshirt dengan seluar slack biasa. Selipar made in china. Selamba gila, janji sales masuk.

6. Baju sukan

Yang ni untuk player bola, luncur ais, pelari pecut dan macam macam lagi  hooo memang superblah. So jersey bola tuh ramai orang biasa pakai. Best betul

7. Tak Pakai Baju

Yang ni pun ada juga, kerja jadi model, sampai tak pakai baju pun ada, lagi senang, hahahha, kerja ni banyak ada, tapi mahu fikir sendirilah.




Salam sejahtera semua, oklah kalau anda baca tajuk kat atas tu hanyalah tajuk semata mata. Tajuk yang diambil atas dasar analisis kata kunci keyword terbaik dalam Shaklee telah menjumpai blog en Faiz Saaid yang macho lagi cun dalam sejarah dunia . Oklah, tak perlulah saya menceritakan secara panjang lebar tajuk ni. Semua orang pun dah tahu cara nak tambah guv shaklee ni, tapi apa kata kita study balik cara cara orang dulu dan cara budak paling smart.


buat baik

19/01/2014

Alhamdulillah, selepas penat mengisi perut di rumah Epul Jaguh, akhirnya hari ini saya dapat balik ke rumah untul menonton perlawanan pertama Selangor di kaca tv Astro Arena saluran 801. Perlawanan pertama Selangor dengan T-Team dimenangi oleh Selangor dengan jaringan kepala kojek Paolo Rangel 2 kali. Tapi paling menarik tentu sekali bila Selangor kata nak main style tiki-taka. Ok jom baca cerita saya di bawah .


selangor awal musim 2014

17/01/2014

Harini hari yang ditunggu tunggu oleh para peminat bola sepak tanah air kita. Sejak sekian lama merindukan aksi final 2013, nampaknya sepak mula untuk pembukaan tirai 2014 akan bermula. Perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Pahang dan Lions12 bakal berlangsung di Stadium Kuantan, Pahang Darul Makmur.  Pertemua merebut piala kali ini akan mengingatkan kembali memori tahun 94 di mana Pahang kalah kepada Singapura dengan jaringan yang amat memalukan . Oklah jom kita tengok perjalanan misi Dendam 94 ni.

MSL 2014 


Memori Hitam 94

Boleh dikatakan, Pahang tidak boleh menerima kekalahan yang sebegitu rupa, kalah dengan jaringan yang besar amatlah memalukan. Jaringan 4-0 adalah suatu yang tidak masuk akal. Pada tarikh tu ialah 17 Disember 1994, hari jadi aku , memang aku ingat lagi masa itu Singapura menjuarai Piala Malaysia buat kali terakhir , dan mereka pun keluar dari beraksi dalam kancah bola sepak Malaya. Nampaknya, Pahang tentu ada misi teraendiri kenapa mereka perlu menang dalam perlawanan malam ini. Mungkin ceritanya berbeza, tapi Dendam 94 , ingin juga dibalas oleh Alex dan rakan rakan.


Mampukah Dickson Merempuh Pertahanan  Lions 12 ?

Musim 2014 adalah musim yang berbeza bagi Pahang. Setelah menjuari Piala Malaysia dengan mengulangi musim cemerlang 1992, Pahang tentunya akan dilabel sebagai pasukan elit yang perlu diberi perhatian, walaupun ramai meramalkan JDT1 akan membolot bangak piala musim ini. Paling menarik tentu sekali kelibat Dickson Nwakame yang berpindah ke bumi Tok Gajah , setelah kontraknya di Kelantan ditamatkan, gara gara permintaan Awang Hitam itu yang meminta gaji yang tinggi dari pengurusan The Red Warriors. Prestasi Dickson di Kelantan amat cemerlang, walaupun masuk pada pertengahan musim, Dickaon ibarat kereta kebal yang perlu di jaga oleh setiap pertahanan lawan.Pahang juga tentu mengharapkan Alex dan Mathias Conti untuk beraksi cemerlang bagi merebut Piala pertama awal 2014 ini.

Lions12 yang TEMPANG ?

Ketiadaan tunggak utama seperti Shahril Ishak dan Baihaqi Kaizan yang berpindah ke  JDT membuatkan Lions 12 agak tempang sedikit.  Jurulatih mereka pula V Sundramoorthy pula berhijrah ke Negeri Sembilan bagi musim baru ini. Boleh dikatakan dua player penting Lions boleh merencatkan prestasi Lions 12 musim ini. Apapun, barisan muda lions tentu sekali ingin mengekalkan statua mereka sebagai pasukan yang harus di beri penghormatan sebagai juara bertahan Liga Super.


Melenyapkan MEMORI BANJIR ?

Bagi rakyat Pahang, tentu sekali kemenangan adalh yang terbaik buat mereka yang masih bergelut dengan masalah banjir. Hadiah Piala awal musim sebagai penyuntik semangat penyokong Tok Gajah untuk meramaikan lagi penyokong untuk bersama- sama Abg Jalal dalam meneruskan lagi detik gemilang Pahang pada tahun lepas.

Bawa Lagi Piala Menyeberang TAMBAK JOHOR

Skuad lions pula tentu sekali ingin membawa satu lagi Piala keluar dari bumi Malaysia, dan mereka berharap semua pemain akan memberikan komitmen yang terbaik bagi mengharungi cabaran Liga Super musim ini. Malam ni jangan lupa, siapa yang dapat datang Stadium bolehlah ke sana . Yang tengok tv, ada live di Astro. Sekian sahaja. Jom kita meriahkan bola sepak tempatan !!!!




Ok lagi cerita yang dicedok dari group ASB. OKlah marikita baca perbualan Rasulullah dan Iblis

Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
AllahuRabbi..  Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

Malam tadi punya sesi teh tarik , atau nama orang putihnya Teh Tarik Session (TTS) oleh group ASB, aku sayang bini. Kali ini, aku dapat join juga, selepas beberapa sesi TTS yang tidak dapat dihadiri atas dasar kesihatan dan kepenatan tahap ketiga ilmu gaban. Kali ini, nampaknya, sesi lebih panas sebab Abang Besar Munzir, iaitu biro kebajikan ASB siap sedia dengan t-shirt rasmi ASB yang baru ditempah, dan akhirnya dapat dipakai oleh para ahli ASB yahoo


aku sayang bini

16/01/2014

Tazkirah maghrib ni , dikopi dari group ASB lagi, malm ni nak pergi amek baju ASB yang paling berani dalam sejarah Shaklee dan sejarah group lelaki yang ada . Apapun jom baca ni dulu . KISAH orang lewat .
Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.
Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.
Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.
Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.
Tapi...
✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya.

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan . Jom kita tengok balik, ada tak yang kita buat, yang kita buat tu, betul tak, atau yang betul betul kita buat tu buat secara istiqamah, atau yang betul betul kita buat istiqamah tu ikhlas ke tidak, hooo, bahaya kalau RIAK, lagi lagi ada yang jual SUNNAH untuk duit pun ada. Jom kita tengok 100 list kat bawah, sama-sama kita amalkan !!!




1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit




Pada tarikh 14/1/2014, geng Rumah Mesra Ceria telah menganjurkan kelas Basic Shaklee yang dihadiri oleh beberapa geng RMC yang macho lagi bergaya. Nampaknya, tuan tanah kita, En Ziq dan Nur sudi untuk menyewakan Pusat Tuisyen Hakim sebagai tempat untuk kelas basic Shaklee . Sementara ramai yang sedang berarak untuk memuji Rasulullah, kami pula cuba menghidupkan sunnah Rasulullah yang galakan orang islam berniaga. Jadi mengambil langkah keluar dari comfort zone, kami pun buat kelas business, memang penat , tetapi berbaloi baloi !!! 

Kelas Basic Shaklee Rumah Mesra Ceria !!!

Motivasi Tuan Hakim

Mulakan kelas hari ini ialah dengan ucapan motivasi dari tuan Hakim yang sudi menyewakan tempat tuisyen untuk kami. Bak kata Tauke besar ni, kalau nak berjaya, mesti buat extra dari orang biasa. Nampaknya suasana terus hangat dan lebih bersemangat untuk menjadikan kelas lebih produktif dan lebih mesra ceria. yehaaa !!!!

En Ziq Hakim, Tuan Tanah 

Sesi Brain Storming

Sesi brain storming untuk para para hadirin yang menyertai kelas basic Shaklee. Tugasan diberikan kepada 4 tajuk , dan 4 kumpulan telah ditubuhkan bagi menjayakan aktiviti ini, semua orang diberi tajuk, tajuk pertama cara menjual, lepastu cadangan vitamin, follow up, dan last sekali mengira target. hoo, nasib baik kedai buka, sempatlah membeli kertas mahjong yang bernilai 70 sen, lebih mahal sedikit dari kangkung rasanya !!!


Mak Cuba buat lawak Ular Tedung Jep Sepahtu

Presentation

Lepas dah siap tuh, tibalah masanya yang ditunggu, iaitu masa untuk presentation. Best, masa sesi ni, kita bebas nak cakap apa, lepas tuh, setiap tajuk yang dibincangkan, ada banyak input dari setiap peserta kelas, jadi, macam-macam idea dan pengalaman yang dikongsi bersama-sama. Kat sini, semuanya ambil bahagian dan seronok sebab semua aktif walaupun adakalahnya tuh sibu melayan anak anak. Masa tajuk kedua, tiba tiba jeng jong jeng, Lyna Noh dan Zainul Anuar datang , lepas tu habis askar three musketeers menyerang babah, pun habis kena buli, adui !!!


Cara Menjual ol

Cadangan Vitamin oleh Nor Azila

Follow Up Customer oleh Pakalang

Target oleh Ummi Nasir

Upacara Pemberian Hadiah

Sempena bulan khas dan bulan sejarah babah, nampaknya penerima dirham dua keping datang juga, iaitu Datin Seri Aishah dengan bangganya menerima darjah kebesaran dari Lyna Noh sendiri yang sanggup mencemar duli bagi menyampaikan pingat 2 keping kepada leader yang efektif bulan lepas. Nampaknya lepas ni ramai lagi akan menerima darjah darjah kebesaran dari Sultan Babah !!!

Darin Seri Aishah menerima 2 pingat kebesaran dari Lyna NOH

Ucapan 4 Master Coordinator


Acara paling ditunggu -tunggu ialah ucapan khas dan perkongsian oleh 4 master coordinator, Lyna Noh, Zainul Anuar, MKB dan Mommy Hadhatina. Hoo, mommy hadha dan mkb, pun gerak dari johor, terus singgah kelas basic RMC, hoo, sungguh berbaloi baloi warga RMC menyerap aura mereka, dan bukan senang nak kumpulkan anak beranak master ni dalam satu sesi, diorang ni dah ada group besor, dan aktiviti sendiri. Jadi warga RMC memang bertuah dapat berjumpa 4 master dalam satu sesi kelas kecil begini. Hooo. YES !!!!  Tak lupa juga 3 point penting pasal group RMC oleh Mommy Hadhatina , hoo, sebenarnya babah terlepas dari ucapan tu sebab melayan Askar Askar, tapi nasib baik Nor dapat rekod ucapan khas mommy tuh, huhuhu

Lyna Noh

Zainul Anuar

Deddy MKB
Mommy Hadhatina

Kelas Seterusnya

Insyaallah kami akan ke BRUNEI , melawat cucu cicit RMC di sana, wah sungguh seronok nak berjumpa dan berkongsi idea dan tips untuk anak anak RMC. lepas ni kita leboh ROCK MESRA dan CERIA hoooo YES !!! harap ramai yang akan dapat pingat kebesaran lepas ni !!!



13/01/2014

Salam sejahtera semua. Kali ini saya nak cerita sikit pasal pengalaman saya menggunakan widget open sources yang ada dekat dunia alam maya ni. Hooo, oklah , untuk hari ini, selepas saya membedal roti canai sekeping dan teh o limau panas, badan saya terus bertenaga dan nak share sikit tips kepada anda tentang 2 gadget ni, Nrelate dan linkwithin. Oklah apa ke benda ni ? Adakah dia power macam vitamin Shaklee tuh ? Oklah buat permulaan, saya akan cerita sedikit sejarah nya, dan kepentingan gadget macam tuh kepada blog anda !!!

nrelate gadget pada blog saya

Kepentingan Related Posts

Oklah, korang pernah tengok kat benda ni, lepas baca sesuatu post dekat blog , pasti korang tengok ada blogger tu letak, related posts selepas blog dia. Hooo, kenapa kena letak ? Memang tak berdosa pun letak, tapi ianya satu cara anda nak engage dan keep pembaca blog anda teruskan membaca artikel yang menarik. Dan memang terbukti dan diyakini oleh ramai pakar diluar sana related posts membantu dari segi trafik dan juga SEO blog korang !!! 

Macam Mana Nak Setup Related Posts

Ok macam nak setup ni , kalau google je macam macam cara ada, ada yang bagi coding sendiri, dan paling mudah ialah korang boleh guna je template yang sudah ada gadget ni. Ada yang bentuk tulisan dan ada juga jenis gambar gambar kecil yang menarik, so kat sini, kalau korang ;letak gambar artis comel macam nora danish, emma maembong atau gambar lemak rozita che wan tentu ramai nak klik pada thumbnail tuh, ish ish ish. Oklah, dalam internet ni banyak juga 3rd party yang sediakan template ni, paling popular pastilah Linkwithin, banyak blogger ni gadget ni !!!

Apa Masalah Dengan Linkwithin ?
Linkwithin ni memang popular, tapi walaupun popular, saya pun cuba guna linkwithin, tapi banyak juga masalah dan benda yang tak best bila guna, so antara benda yang tak best tu ialah 

  1. Terhad - Linkwithin ni ada hadnya, dan limit nye hanya boleh papar sampai 5 posts sahaja, dan paling minimum 3 posts,
  2. Tak Boleh Edit - benda ni tak boleh edit, sebab lepas daftar email tu, lepas tu terus setup, dan kita tak boleh nak edit sangat.
  3. Selalu ada problem - walaupun senang nak install, tapi kadang kadang ada masalah, dan saya terus hadapi masalah tu 
  4. Masalah lokasi - memang ada masalah lokasi sedikit bila guna linkwithin, lagi lagi yang cuba letak auto readmore function dalam blog, jadi kurang kemas, bila kita lihat linkwithin tu ada sekali dekat page depan blog kita
  5. Backlink - masalah yang orang paling tak suka ialah linkwithin suka backlink kepada website mereka dulu sebelum pergi ke web kita, so perkiraan yang lambat sedikit dan tak berapa nak cun bagi yang gila SEO

linkwithin,masalah,problem,seo,backlink,
Linkwithin, buatkan blog anda kurang kemas

nrelate Penyelamat 

Saya masa nak edit blog untuk kaum kerabat Rumah Mesra Ceria, saya pun cari alternatif terbaik untuk gantikan linkwithin ni, dan akhirnya saya jumpa nrelate yang lebih cool. Tapi ramai tak tahu, sebabnya mungkin dah biasa dengan linkwithin. Beberapa kelebihan nrelate ni ialah
  1. Banyak Posts - boleh kejar sampai 10 posts
  2. Mudah Edit - boleh edit, nak letak wording sahaja atau nak thumbnail tu comel dan kecil
  3. rasanya kurang ada masalah macam link witihn kekadang tak boleh nak install
  4. Ambil masa sedikit untuk betul betul appear


12/01/2014

Salam pagi semua, sambil minum teh tarik, sambil tu nak update pendek sikit pasal aktiviti yang sihat pagi ni. Aktiviti minum tentarik tak bapa sihat ok ? So kena banyakkan minum air masak lepas tuh . Oklah beberapa cadangan untuk aktiviti hari ini ialah


rumah cantik

09/01/2014

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada warga pembaca blog saya yang sempoi lagi mesra ini. Dalam banyak banyak persoalan nuffnang, antara yang baru bertapak keyword yang masuk dalam blog saya ialah GUV SHAKLEE. Hooo, apa pulak GUV shaklee ini, oklah, untuk pagi ini, jom santai santai kita bincang pasal GUV dalam shaklee ini, bunyi macam kereta SUV, tapi beza berbeza ok !!


buat duit dengan shaklee

07/01/2014

Pada hari Ahad bertarikh 5/1/2014, jadilah satu sejarah penting dalam aktiviti rumah mesra ceria RMC, di mana kami anak beranak berkelana untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada para anak cucu cicit kami dalam RMC. Aktiviti kami dimulakan dengan kelas blog di Ampang di rumah abang saudara saya dr Harris Shah dan seterusnya ke rumah Zana, yang baru je naik rank Sr Supervisor. Cerita yang dihuraikan seperti di bawah


kelas blog

Satu topik permulaan yang bagus untuk hari isnin ni. Semalam dah buat kelas blog rumah mesrq ceria , dari ampang ke putrajaya merapu pasal blog dan SEO. So harini akan bercerita dengan merujuk pada keyword di nuffnang. Hmm satu persoalan yang menarik bila mana ada orang tanya betulke Shaklee boleh hilangkan rasa mengantuk ? Oklah benda ni sebenarnya sungguh subjektif. Oklah jom kita bincang satu persatu.


produk shaklee untuk mengantuk teruk

05/01/2014

BERITA TERSEPIT AWAL TAHUN 2014
Kalau tak suka kerusi..keluar dr sekolah.
-Hasan Malek-

Kita akan tangkap pengeluar kerusi.
-Zahid Hamidi-

Kita akan bg amaran kepada pengeluar kerusi supaya jgn sangkutkan kepala budak lg..
- hishamuddin-

Kita akan berdemo depan kilang kerusi sampai kerusi dah tak boleh sangkut kepala lagi.
-Mat Sabu-

Kerusi? Kerusi apa? Fitnah semua ni. Ohh kerusi tu. Kita saman!
Anwar Ibrahim

Kerajaan akan beri Bantuan Kerusi 1Malaysia kepada rakyat supaya nanti kepala tak sakit kalau tersangkut.
-Najib Razak-

Kita perlu melihat sangkut kepala di kerusi ni bidaah. Zaman salafusoleh dulu duduk atas tikar. Kalau kita tak buat benda takde zaman Nabi mesti kepala tak sangkut.
-Dr Asri-

Kepala sangkut di kerusi ke? Ooo. Boleh ye. (Termenung kejap muka tak pasti).
-Abdullah Badawi-

Sampai bila kita nak tengok anak melayu terus tersepit di celah kerusi buatan kaum cina yg rasis ni.
- Ibrahim Ali -

Memandang kerusi dengan pandangan hampa. entah kenapa kaku dan membisu. hanya suara detak jantung anak anak kecil berselang seli bisikan halus suara menahan pedih, haruskah aku berlari kepantai...
- A Samad Said-

Tersepit kerusi adalah ketetapan Ilahi.
-Fathul bari-

Kerajaan Malaysia Gagal didik pelajar cara duduk di kerusi dengan betul.
- Lim Guan Eng-

Bersyukurlah negara kita masih ada kerusi
-Macai UMNO-

Anak Muda mahukan kerusi yang baru!
-Adam Adli -

Kerusi tidak penting.
-K.Rajagopal-

04/01/2014

Salam sejahtera kepada pembaca pembaca blog saya, walaupun ada masalah teknikal bila domain faizsaaid.com tak dapat digunakan. Semalam saya sempat singgah ke Pusat Tusyen Hakim , dan berjumpa dengan ownernya , senang cerita panggil En Ziq, seorang pensyarah di UITM, dan sedang menjalankan PhD di sana. Saya sempatlah jugak tengok dan ambil gambar dan tengok kawasan sekeliling. Niat di hati sebenarnya nak minum kejap, tapi apa kan daya, kedai makan di bawah pusat tusyen iaitu kedai Nasi Ayam Pak Mal tutup pula. Semalam berjumpa dengan En Ziq, kami sebenarnya sedang brainstorm untuk buat satu kelas pendedahan tentang pentingnya blog di zaman sekarang dan mendatang. Jadi, saya pun dijemput masuk ke rumahnya, dan berborak -borak brainstorming, dengan isterinya Noraini yang juga cucu Shaklee saya. Balik dari rumah En Ziq, saya terpanggil untuk menulis teori rahsia ini. Ianya berkisar juga tentang apa yang diceritakan oleh En Ziq yang banyak berkongsi ilmunya semalam pasal marketing. 


kejayaan pusat tuisyen

03/01/2014

Salam sejahtera semua, hari jumaat yang mulia ini di tahun baru 2014 memangnya indah, terutama bagi rakyat johor yang buat julung kalinya berpatah balik kepada cuti hari jumaat, dan menyertai negeri kelantan, dan kedah yang bekerja pada hari Ahad. Hoo samalah juga dengab saya yang masih segar dalam ingatan bila mana anak cucu cicit keluarga Rumah Mesra Ceria yang dapat naik rank dalam Shaklee. Alhamdulillah, banyak sebenarnya kelebihan bila naik rank ni, oklah jom kita tengok satu persatu apa kelebihan tersebut, manalah tahu anda pun ada bakat dan peluang nak cuba business Shaklee ni. Hoo ok jom mulakan sekarang 

rmc,leaders,shaklee,naik,pangkat,kelebihan,rank
RMC Leaders 2014
.

1. Dapat Extra Duit

Alhamdulillah, buat masa ni , yang naik rank dapat extra cash dari shaklee, bonus bertambah banyak, dan tentu sekali gembira sales naik. Tapi tengok jugaklah cara naik tuh, ada yang naik rank tapi rugi duit, mungkin sebab topup downline atau memang masa tuh nak kejar rank paling tinggi sekali. Tapi akhinrnya pasti berbaloi baloi buat Shaklee ni bila rank dah paling tinggi, samalah juga MLM lain macam syarikat burung masa aku join dulu.


2. Cash Reward

Cash reward ni Shaklee offer, tgklah pada rank mana kita naik. Ada yang tinggi sikit, kita perlu efektif dua bulan untuk layak dapatkan cash reward. Memang extra duitlah kalau dapat cash reward ni, sebab tu dalam Shaklee ni paling penting ialah sentiasa efektif, bukannya naik rank, pastu hilang arah, hilang punca. So kat sini saya tegaskan sekali lagi, Efektif amat penting dan nak dapat award dalam Shaklee ni pun kena efektif, bukannya naik rank membabi buta !!!!



3. Bonus point Free Trip lebih besar

Hooo ni paling cool dan best. Antara benda paling cool bila nak naik rank ni ialah bila mana conference point dapat extra. Hoo penting ni, sebab kalau banyak dapat, barulah banyak tiket nak terbang ke free trip, tak kisahlah sama ada nak pergi domestik dalam negara ataupun korang pergi ke international atau umrah 5 stars. Saya ada rezeki akan ke US , long beach California tahun ni untuk bersama sama berjumpa semua SID seluruh dunia berkumpul, dan mewakili Malaysia . Yehaaa dapatlah jumpa big boss Shaklee pakcik Roger Barnett.



4. Dapat Sijil

Hahahha yang ni paling gila dan best, dapat sijil macam kita kat sekolah sertai pertandingan catur. Hoo macam hiasa shaklee akan postkan sijil, dan ada yang tu pulak akan dapat bintang khas dari Shaklee. Hoo memang superblah. So macam macam shakleee bagi untuk kita ni. So sijil tu boleh frame atau letak sahaja dalam file sijil anda yang berwarna hijau


5. Muka anda Makin Glamour

Hoo setiap bulan Shaklee akan sediakan poster khas untuk para para usahawan Shaklee yang berjaya dan comel untuk dipaparkan dalam poster Shaklee. Paling cool juga bila seluruh Malaysia yang dapat buku Shaklee tu akan lihat muka hensem anda gagah perkasa denga pangkat yang anda naik.hooo best gile tuh, bayangkan kalau anda masih bujang, tentu ramai awek akan terpikat dengan kekacakan anda yang rajin telan vivix setiap hari.


6. Master Celebration

Hooo paling gagah tentu sekali bila anda naik ranknpaling tinggi, Master Coordinator. Hoo memang anda akan tersenyum lebor sebabb dalam majlis tuh, anda dan pasangan je akan diraikan, hoo buat masa tuh anda nak pakai baju apa, smart , siap diraikan macam pengantin baru. Tak caya tgk video master celebration Hadhatina di Ainul Mustafa HD . Sungguh kacak bila MkB kata macam kahwin sekali lagi. Siap potong kek dan ambil gambar, dapat hotel free bawa mak ayah yehaaa..


7. Beri Motivasi kepada yang lain

Yang ni pun satu bendabyang best kepasa peaaing anda. Anda rasa diorang macam benci atau jeles dengan pencapaian anda. Tapi paling indah sekali bila mereka pun nak berusaha gigih nak naik rank macam anda juga hooo best btul hidup ini. Hoo sambil itu , downlin downline anda pun berasa bersemangat jawa untuk terus berjaya membeli cekodok dan merangka strategi dengan anda untuk naik rank. Hooo power power


Siapa Rajin Dia Naik

Oklah itu 7 kelebihan yang saya tahulah, mungkkn banyak lagi benda yang korang boleh dapat bila naik rank. Paling penting sekali ialah, dalam Shaklee, downline boleh potong rank upline, dan ini memang terjadi kepada cicit saya sendiri yang dah sama rank dengan kami Sr Coordinator, memotong dua upline atasnya. Hooo . Buat kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada meza, norliza, jiha, lin alin, zana dan isma yang naik rank bulan lepas. Korang memang TERBAIK !!!!!



02/01/2014

Seronok dan Penat, itulah yang dikatakan perkara terbaik bila kita bersungguh sungguh nak buat sesuatu perkara. Oklah pada tahun baru 2014, bermulanya lagi episod kedua, acara kedua sejak tahun lepas, team Supermom telah menganjurlan Lets Get Fit and Fun. Seperti tahun lepas , tahun ni lebih baik dan ramai muka muka baru yang join . Sungguh seronok sekali dan ramai juga yang hadir dan turu meriahkan lagi sambutan tahun baru dengan lebih sihat dan cergas. Kalau setiap hari cergas , ada harapan aku nak kurus dengab comel dan hensem seperti Tom Cruise !!!


line dancing tasik shah alam

01/01/2014

Alhamdulillah, 2013 telah meninggalkan kita dengan penuh suka duka. Ianya akan menjadi kenangan pahit manis bagi setiap insan yang hidup di alam fana ini. Buat yang lama, ianya hanya sejarah, yang memberikan satu pelajaran dan pengajaran berguna kepada insan yang ingin maju kehadapan. Banyak yang kami alami , banyak benda yang tak terjangka dapat dicapai , semua itu perlukan usaha, kesabaran , komitmen dan pengorbanan yang tinggi. Niat yang paling penting, yang menentukan hala tuju 2014 ni. Rasanya kami nak share juga matlamat 2014 , yang perlu akan dilalui dan akan dibuat bersungguh sungguh. Banyaknya pun matlamat ini, ianya perlu dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh.

matlamat,2014,kerja,business,shaklee,income,duit,travel
Matlamat 2014

Menjejak kaki ke Brunei

Hahha kitorang ni mana pernah jalan jalan seluruh dunia. Tapi yang paling best nak juga melawat salah satu negara di Borneo, iaitu Brunei Darussalam. Alhamdulillah, hampir 2 tahun kami menjalankan business Shaklee, network kami di Brunei nampaknya makin berkembang. Cicit kami di sana sedia menanti kedatangan kami, bagaimana rasanya mereka berniaga dan paling hebat , cicit sama rank dengan kami, dan mereka lebih tinggi dari mak dan nannynya. Ianya betul betul menunjukkan business Shaklee benar benar memberikan kelebihan kepada mereka yang rajin berusaha. Tidak mustahil jika mereka akan lebih berjaya dari kami, dan cicit saya telah buktikan !!!


Hong Kong Disneyland

Kakak Arreessa selalu sebut nak pergi sini, sampai satu tahap tuh, habis semua orang imigresen kat Singapore pun dia beritahu. Ingat kami nak p USS je , tapi dia boleh pulak cakap nak pergi Hong Kong nak tgk princess dan mickey mouse . Mengikut perancangan akan pergi bersama sama mommy Hadhatina dan MKB . Hoo jom kita, ramai je dah pergi sana, kami je jakun tak pernah pergi lagi !!!


Long Beach California 2014 - Shaklee Free Trip

Ianya hampir pasti , kalau ikut tarikh Ainul berpantang masa ni, aku maybe akan pergi seorang ke US , mengikuti free trip Shaklee. Rasa macam tak sangka, segala usaha dan penat lelah membuat Shaklee bersama sama, menghasilkan result yang boleh dibanggakan, walaupun tak sehebat SID lain yang banyak dah jadi Master. Hoo , kali ini akan bersama sama semua SID dari seluruh dunia, dan tentu sekali akan  bikin vlog khas untuk menikmati keindahan di US sana. Hahhaah takut pun ada jugak, tapi enjoy jelah, rasa berbaloi baloi . Tak dapat satu, kalau dapat dua tiga tiket memang terbaik . Hooo YES !!!!!

MASTER COORDINATOR

Mesti teruskan cita -cita untuk capai Master Coordinator dalam tahun ni, teruskan usaha dan matlamat cita-cita murni ini, tak mustahil, walaupun rasa macam down, tapi perlu terus bangkit dan lakukan dengan penuh semangat membara ala ala rock kapak. Masih ku ingat lagi kata kata epul jaguh tadi masa program supermom, lambat atau cepat, apapun , yang penting kita mesti tahu apa yang kita buat !!! Gambate, 

Income 6 ANGKA

Macam tak percaya masa bulan oktober haritu dapat cecah 5 angka, sampai masa tu demam teruk sampai suhu 40 darjah. Baru kutahu segala pengorbanan, dan masa komitmen perlu dicurahkan. barulah dapat merasai kemanisan selepas berusaha,. Dan jangan sempitkan pemikiran. Bak kata Lyna Noh, jadilah seornag minda kaya, yang cool, yang sentiasa bermotivasi bila lihat orang lain berjaya pakai kereta mewah mewah. Terus positif dan ingin membantu lebih ramai lagi insan di luarsana, dan terus memberi nilai kepada pembaca blog saya. 


Rumusan Kerja

begitulah yang ingin kucapai dan kubuat dalam tahun baru ini. Mahu ku lihat , jalan sudah terang, kejayaan menanti di sana, teruskan perjalanan dan teruskan, sabar dan hadapi setiap ujian dengan tabah, berdoalah dan mengadulah kepada Allah. Semoga kita semua berjaya , Alhamdulillah