Blog Orang Selangor

30/11/2013

Minggu lepas tak sangka cerita aku pegang Arreessa baca buku keluar jugak. Hahhaa kali ni memang muka aku besar jugaklah. Ok kali ni banyak juga aku dengar pandangan tentang mendidik anak . Hahaha aku nak kupas nanti bajet aku powerlak, apapun kita sama sama bincang , apapun untuk kebaikan anak anak kita

1. Bahaya GAJET ?
Bagi aku tak perlu nak salahkan gajet, sebab gajet ni sekarang dah jadi trend, memang zaman bebudak sekarang untuk layan gajet. Tu lagi bertambah dengan tok nenek kita pun dah ada akaun facebook . So bagi aku gajet ni nak tak nak kena bagi juga main, takut bebudak ni jadi gian kalau tengok kawan ada tapi dia takda. Tapi memang diakuo gajet macam tab ni memang ada kesan negatif yang memang tak bagus untuk kesihatan dan perkembangan kognitif kanak kanak. Hoo yang ni kita kena kawal , disiplinkan anak anak supaya tahu bila masa sesuai untuk bermain gajet. Tapi kekadang terpaksa bagi sebab takut bebudak menangis dan nak bagi senang jaga. Hmmm bahaya juga tuh.

2. Bermain Dengan Benda Betul
Hahhaha toys dulu dulu sememangnya ada kelebihannya. Dulu budak budak akan banyak belajar dengan pegang mainan macam lego, playdoh dan sebagainya. Kalau beli mainan kereta tuh memang membuatkan budak budak akan tengok sendiri dan berimaginasi dan menjadi lebih kreatif. Kalau dia dapat rasa dan berlari, jatuh , rasa sakit, itu pelajaran yang amat bagus .

3. Buku Penting Ke ?
Aku memang suka baca buku, tapi masa besarlah aku tahu baca buku . Itupun buku research masa aku buat master dan phd dulu. Tapi aku memang suka dan galakkan Arreessa dan family RMC aku baca buku. Buku ni buat dia dapat tengok dan feel imagination dia sendiri. Selain nak jadi penulis yang baik, nak tak nak baca buku untuk dapat banyak idea. Hoo apapun baca jangan tak baca Al Quran.

4. Ulangi Sejarah
Tak sangka pulak dulu aku pernah keluar paper masa kecik dulu dengan mak aku, keluar paper the star sambil pegang buku. Kali ni giliran aku dan Arreessa pulak keluar paper kosmo sambil baca buku. Mungkin lepas ji Arreessa dan anaknya? Manalah tahukan hehehe.


Bilo kito sebut pasal bonus ni tentu sekali ramai yang tahu pasal bonus Shaklee dan syarikat syarikat yang lain. So macam macam syarikat offer bonus ni, kalau petronas ada gaji dan bonus, kerajaan pun ada bonus dan gaji. Kalau Shaklee ni tiap tiap bulan ada bonus hasil dari jualan yang dibuat oleh seseorang SID . Oklah nak cerito sikit pasal bonus Shaklee ni

1. Ramai yang salah anggap bonus ni sebagai untung jual Shaklee, tu silap besar tuh. Jangan lupa, apapun perniagaan jual beli ada untung runcit. Ramai duk silap bab ni sampai jual harga tak untung dan boleh dikatakan ramai tak fokus untung sebab bonus dah besar.

2. Dulu Shaklee bank in ke Maybank je, takpun keluarkan cek. Sekarang bila dah lain macam ni, bank America ni dah buat sistem bagus semua bank boleh bedal bonus, takdo dah cek kertas semua. Bulan depan bonua masuk setiap 15 hrbln.

3. Bonus Shaklee macam macam ada, bonus personal, bonus group, bonus leadership bonus kereta dan macam macam lagi bonus Shaklee bagi kat kami. Oklah sekarang bonus tuh boleh bikin belanja, amek sikit beli gitar karen hahahha. Oklah tuh.

4. Orang bonus besar ni tak tahulah depa buat apa, so pandai pandailah belanjakan bonus tuh, buat beli kerepek ke, apapun HUTANG kena setel dulu !!!!

Oklah sekian sahaja dari bilik berita tv 90. Salam mesra dari en faiz

29/11/2013

Hahaha yang ni bunyinye macam tajuk upin ipin jari jemari Salleh. Tapi sebab adanya herbal blend Shaklee, awek kat bawah ni terus happy dengan adanya Shaklee. Nampaknya bolehlah aku buat episod Shaklee jari jemari Shaklee.

28/11/2013

Oklah, untuk memulakan sesi sebelum subuh update blog, gua terbaca kat group pasal GOUT ni. Hahha, korang tahukan GOUT ni tak bagus kepada bangsa dan negara, sampai gitaris power pun tak boleh ada gout macam cerita rock 2, hahaha. Oklah, apapun artikel ni di kongsi oleh Master Nur Izzati Che Jawias kita ni. Oklah jom baca sikit, mana tahu anda ada kawan kawan sedara mara yang dah kena GOUT.


masalah sakit gout

26/11/2013

Hooo hari ni memang dasyatlah, bila Shaklee SMS kata herblax zinc sume dah ada , berebut para para sakura datang mengambil stok di HQ tetiba saje Tsunami melanda Empire Subang. Hooo aku tak sangka banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh seorang pejuang baju merah. Oklah aku rasa ada beberapa perkara menarik yang aku rasa nak tulis.


business shaklee

25/11/2013

Jom kita tengok 16 fakta best pasal bayi ni. Aku dapat kat internet facebook .oklah jom baca sikit pasal bayi ni ok

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Hoo buat korang yang baca entry aku sebelum ni, masa aku tulis entry tu ialah masa aku tgh meeting, lepas tu sambung balik hahahha. Oklah. Kali ni aku naknpromote sikit tentang meeting kali ni. Sebenarnya ini pertama kali aku join meeting mcm ni, kiranya alumni pertama yang aku join, alumni sekolah aku yang memang glamer habis. Hoo oklah ni ada laporan sikit dari aku.


alumni sekolah shah alam

23/11/2013

Banyak kenangan sebenarnya semasa di sekolah . Tapi yang paling ingat tentu masa aku kat sekolah menengah. Hoo boleh jadi gile dibuatnya dengan macam macam perkara yang tak dapat dilupakan ketika itu. Tapi bagaimanapun, bak kata Izhar, memang sekolah menengah memang terbaik, masa nilah kita nak belajar dan enjoy jadi budak nakal, pandai, nerd dan macam macam lagi. OKLAH, gua nak story mory sikit pasal sekolah gua ni satu persatu. Yang ni yang gua ingatlah ye.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam ni secara rasmi dibuka pada murid murid ada 1997, jadi kitorang ni pioneer sekolah SMKS9. Tapi bangunan sekolah tak siap lagi, jadi masa tu kami menumpang kat Sekolah Menengah Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Sekyen 2 Shah Alam.

2. Pengetua pertama Hajah Fatimah sekejap je berada di di sekolah kami, aku paling lama dengan Hajah Norsyam,  pengetua kedua.

3. Aku dulu kelas 1D, 2D dan pernah terjejak kelas budak pandai 3 Cekal, dan seterusnya masuk kelas paling GILE dalam sekolah iaitu 4STE dan 5STE.

4. Walaupun dulu kitorang tumpang sekolah, tapi main bolasepak tetap buat, just buat liga kat luar sekolah lawan antara kelas, aku aktif main bola sampai form 2, form 3 dah kureng sikit. Masa liga pertama, kelas 1C juara, kelas aku naib juara, dengan kemenangan 6-5.

5. Kitorang dapat masuk ke Sekolah kitorang pada tahun 1997 bulan November, masa tu kitorang sama sama cuci toilet hehe.

6. Wira jamaludin ialah olahraga pertama sekolah dari rumah kuning atau suria. Lepastu olahraga sekolah dibolot oleh Bukhari Murad, yang perempuan tuh pulak fatin idayu.

7. Zaman merentas desa pulak tentunya Rasul Majid juara pertama. Tapi lepastu Vishnu yang jadi power pulak. Ada satu zaman tuh, semua juara setiap tingkatan tuh dimenangi oleh rumah biru, masa tuh tahin 1999, sekolah kami ada budak form 1, 2 and 3 only.

Adui merapu pulak aku pasal fakta sukan. Oklah nanti aku btau lagi pasal ni. Hoo nanti aku sambung lagi, mahu sambung sidai baju.

22/11/2013

Adui, manalah bebudak ASB dapat cerita no, tapi baguslah kalau korang ada fikir mcm ni, adui tapi lawak dia kekadang bunyi teruk sikit. Oklah takpa, cuba korang baca dan hayati maksud setiap ayat tuh. Budak yang cerdik


cara pelik berfikir
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 


kata azimat nabi muhammad
Salam sejahtera semua. Salam jumaat. Sebenarnya dah lama saya tak menaip papan kekunci di rumah saya ini. Almaklumlah, sekarang syok dengan gajet baru Samsung Galaxy Mega yang termega mega sampai saya suka lagu kumpulan Mega Bayangan Gurauan. Oklah, kali ini saya cuba nak taip banyak sikitlah sebab bak kata Ana Lyana anak shaklee saya tuh, dia suka guna keyboard kalau buat blog, katanya ada feel. Saya sekarang ni tak kisah, dua dua ada feel, hahaha, guna keyboard pun feel, guna Galaxy Mega pun ada feel lain. Selalu kalau pakai Galaxy Mega memang cut and paste je kerjanya hehhee. OKlah jom tengok review saya pasal Rokok vs Gula ni. Saya ada juga membuat perbandingan dengan mengajak kawan kawan facebook memberi komen !!!


cara berhenti merokok

20/11/2013

Hahhaha yang ni memang tak sanggup aku baca. Tapi kalau korang betul betul nak faham tentang perbezaan rambut rambut yang ada atas badan korang, ianya boleh dikenal pasti dengan mudah. Lawak di bawah cukup mampu menerangkan masalah rambut beruban anda 


rambut beruban

Kalau nak kata pasal jepun maju, tak terkira banyak sebab. Korang tengoklah sendiri, siapa yang pernah pergi jepun, barulah rasa macam mana jepun boleh kuasai dunia, itu belum kira lagi bolasepak , sukan, dan macam macam lagi.Oklah, ni aku copy paste je dari internet, 10 sebab je dulu. Yang lain nanti kita boleh study bersama sama

1. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memastikan semua pelajarnya makan sebelum masuk kelas , kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit

Hoo dapat tips berguna di page anak kita, Cikgu Jasmila, cikgu pandai serba serbi pasal cantik. Kalau nak tahu jug pasal collagen semua, boleh tanya Cikgu Jas kita kat page dia kat sini. bawah ni ada sikit tips yang dia bagi nak kasi kulit cantik.


tips kulit cantik

19/11/2013

Salam sejahtera semua. Oklah, sekarang ni ramai juga yang salah faham tentang peranan UBAT dan SUPPLEMENT. Ada juga yang cuba gunakan supplement untuk dijadikan ubat, dan lepas tu dah taknak ambil supplement tuh, katanya dah sembuh. Oklah, buat yang nak fahamkan betul betul isu ini, aku ada copy paste info dari group Jutawan ni, dari Sofiah Ibrahim. Oklah jom baca perbezaan kat bawah ni.


beza ubat dengan supplement

17/11/2013

Hoo  penat balik dari Universal Studio Singapore masih terasa lagi. Oklah, balik  dari Singapore tuh, semuanya masih penat gila. Tapi mulut masih bercerita pasal tuh dan ni. Oklah memang puas hati pergi sana. Aku nak ceritalah sikit pengalaman kitorang ke sana.

Tiket USS
Pasal tiket ni , sebenarnya banyak sahaja tempat yang korang boleh refer. Ada yang ambil dari online , groupon dan sebagainya. Macam kami family SUPERMOMS, kak ngah Salwa yang uruskan tiket dengan Angah Fauzi. So kiranya sebelum nak ke USS, malam sebelum nak ke Singapore, diorang bawak kami makan kat restorang Malay Village dekat Jalan Air Kolam, dekatlah dengan Dataran Johor Baharu. Hoo, paling terbaik tentu sekali Siakap terbang, masak macam ala ala ayam penyet pun ada. Makan situ memang best, tempat pun cantik dan sangat sangat esklusif. Kalau korang betul betul nak  makan kat sini kenalah booking dulu.

Bas vs Kereta
Kami beli tiket USS denga harga RM 190, termasuk sekali dengan bas yang bawak kami pergi sana. Oklah, pagi tuh kami nak kena ada kat Tune Hotel JB sebelum pukul 7.30. Hoo memang tak ingat semua orang bangun awal, sebab rumah home stay kami dari Pulai Jaya nak ke sana memang jauh. Boleh dikatakan jalan bandar ke JB memang jamm sangat teruk kalau tak kena masanya. Oklah nampaknya perjalanan sangat smooth dan menyenangkan. Kami sampai sebelum 7 suku, dan sempat beli sarapan ringan dekat Tune Hotel. Kat tune Hotel tu pulak ada tempat makan dan juga seven eleven. Naim je bas memang senang, tapi nak kena turun 2 kali satu kat kastam Malaysia dan satu lagi Kastam Singapore. Apapun naik bas senanglah sikit , lepas dah penat , tidur jelah dalam bas, tapi nak kena turun juga dua kali masa nak balik Malaysia. So kat sinj kalah naik bas takyah pening pening nak balik dan nak cari jalan. Naik kereta pulak masa korang tak perlulah nak tunggu bas, tak perlu nak bergegas keluar bas. Duduk dalam kereta pun dah cukup. Tapi kalah tak biasa bawa kereta turun Singapore baik ada orang temankan. Kalau korang dah expert takda masalah pun. Sampai sana pun , parking memang banyak , dekat level bawah tu, parking bas dan kereta memang dah ada. Bas pelancong ke sana tentu sekali banyak. Cumanya masa nak balik, memang nak kena tunggu jap.

Makan
Oklah dekat situ makan ada yang Halal, dan memang ada tempat jual nasi. Seronok jugak kalah beli air, boleh refill mana mana tempat dengan bekas yang ada tuh. Refill je kena cas  2 dollar. So kalau pagi datang tuh, baik korang sarapan berat sikit sebelum nak masuk dan pergi setiap tempat dalam tuh.

Solat dekat mana ?
Oklah dalam USS tuh ada jugak surau kecil antara tempat Mumia dan Galaxy. Oklah takdalah susah sangat nak solat kat situ. Kalau bab tandas ni, ada satu tandas belah hujung je ada paip. SO senanglah kalau nak basuh berak dan sebagainya. Macam Arreesa pun nak mandi tu bolehlah, lepas dah kena hujan kat sana dan kepenatan.

Universal Express
Heheh pasal gila ramai hari sabtu , so beratur memang panjang, aku paling sakit hati sekali bila nak naik jurassic ride tuh. Memang panjang, oklah memang menyeronokan. Banyak jugak elemen suspen kat situ. Tapi paling lama tunggu kat tempat Transformers. Memang gile ramai orang sampai ada yang patah balik. Wife aku kata show tak sampai 20 minit, tapi beratur dalam sejam lebih jugaklah, sampai hilang mood pun ada. Arreessa sampai tertidur nak menunggu transformer, aku tahu je, terus beli Universal Express kat kedai situ. Memang mahal beli kat dalam tuh. Hari biasa dalam 24 dolar je, tapi beli dalam tuh time rami orang, diorang boleh jual sampai rm 50 dolar, tapi sebab transformers punya pasal, sanggup beli, dan memang kejap gila dapat naik ride tuh. Pergh memang best, terasa bergerak gerak. Memang efek 4D, gambar real dan paling gila siap kalah air tuh memang terasa air . Hahaha memang best. Tapi aku naik ride kat Mumia tuh memang gila. Dia punya ride laju gile. Dalam gelao tuh berpusing pusing roller coster tuh, pening kepala . Hoo memang takut jugaklah aku. Bebudak biasanya banyak tempat tak boleh masuk. Sebab memang menyeramkan pun asa. KALAU tak kuat Semangat, sakit jantung tak digalakkn naik ride tuh . Memang laju dan mendebarkan.

Baju basah
Hok boleh dikatan banyak tempat akan kena air percik real punya. Tapi naim Shrek tuh lagi kotor sikit, time dolphin bersin tuh, boleh pulak air terpercik kat kitorang. Tapi naik jurassic tuh memang basahlah . So kat situ korang beli baju hujan kat situ sebagai protection. Tapi lepas kena basah jurasic ride, boleh pulak hujan. So hujan ji buat kitorang rasa slow gila dan banyak tempat tak sempat nak pergi. Kiranya bawaklah baju extra, lagi lagi kanak kanak.  Hujan kat situ lebat pulak, so kena tahu tahulah cuaca Singapore. Kat sana tempat memang open. Kalau panas memang panas, kalau hujan takda payung memang basah kuyup.

Cukup tak SATU Hari ?
Rasanya memang tak cukup, kitorang nye bas nak balik pukul 7 setengah malam, lepas tuh pulak pukul 8 malam ada pertunjukkan bunga api waktu malam. Tengok kat situ pulak, rupanya banyak lagi tempat yang boleh masuk. Hooo kalau beli Universal Express memang boleh habiskan semua ride dengan awal. Kalau bawak kanak kanak tuh memang melambatkan sikitlah, kena tukar tukar. Kat situ kalau nak jalan jalan keluar USS, BOLEH LAH spend suit sikit dekat Sentosa resort tuh. Hehehe, so lepas ni bolehlah nak cuba tidur sehari dua kat Singapore nak pergi tempat lain pulak.


Alhamdulillah selesai sudah trip kmi ke Universal Studio kali ini. Tak sangka jugak banyak pengalaman yang saya tahu dan macam macam kitorang main. Oklah, sebenarnya saya nak cerita sikit pasal gambar kat bawah ni. Korang yang betul mengikuti perkembangan kitorang, mesti tahu, pasal Hadhatina, upline kitorang, tak lupa juga masa awal awal terbuka hati nak join business, kitorang pernah berada di bawah group Hanis Haizi suatu ketika dahulu.  OK lah jom baca pendapat aku tentang diorang ni

From NO to YES
Aku  sangat kagum dengan beliau, Hanis memang anak orang senang, tapi dia dan Raz husbandnya bukannya hidup minta duit bapak diorang, diorang pun tahu nak keluar dari comfort zone,  kalau nak jadi kaya. Kalau datang kelas tuh, kitorang tahu dari upline kitorang dulu Salha dan Alfaath, Hanis never say NO, Hanis tahu macam mana nak tukar 360 dari NO to YES. Diorang ni ada kuasa , kiranya memang rapat, selalu bincang macam mana nak tukar setiap NO menjadi YES. So Hanis berjaya buktikan umur bukan penghalang nak capai income 6 angka, sampai keratan akhbar tu memang buatkan kitorang yakin, semua orang pun boleh nak capai income sebesar tuh. Masa dulu pun, kitorang belajar macam mana nak jadi personaliti blogger yang bagus, nak tulis blog yang mengancam . Walaupun Hanis masih muda, dia buktikan dia boleh memimpin GLAM dengan baik sekali.

Dari Blog ke VLOG
Jodoh pertemuan tu biasalah, kami dipertemukan dengan Hadhatina Abdul Halim, dari wife sekadar makan Shaklee sehingga kami berjaya mendapatkan kereta idaman dan income yang best. Mommy kitorang suka travel, dan daddy MKB sememangnya menjadi tulang belakang setiap VLOG wahmilicious yang best. Dari Shaklee, macam macam juga kitorang belajar lagi tentang MLM.  Kitorang lagi terdedah dengan teknik menjual yang betul, betul betul nak belajar business, macam mana nak jadi MAGNET yang kuat, dan yang paling hebat ialah kuasa AMALAN ROHANI yang kitorang dapat dari group JUTAWAN. Satu lagi perkara yang best ialah Ukhwah yang terjalin dalam group SUPERMOM . Mommy kitorang selalu support , walaupun kekadang tu kitorang rasa macam silap je, walaupun kitorang lambat, walaupun kitorang rasa down.

Mentor HEBAT
Akh tak pernah menyesal join team HANIS dulu, dan bersyukur dapat pula dapat bimbingan dari mommy HADHATINA sekarang. Setiap perjalanan business kitorang dulu adalah satu Ilmu dan pengalaman yang berharga. Kitorang banyak belajar dari HANIS . Jodoh pertemuan dengan HADHATINA dapat menambahkan lagi skill business kitorang yang masih biasa biasa ni. Alhamdulillah , Allah temukan kami dua MENTOR hebat ini. Nasihat aku kepada korang pun senang je, siapa pun mentor korang,  kalau korang tak nak kerja EXTRA, sorylah jangan berangan nak dapat EXTRA INCOME macam mentor korang. Sekian sahaja untuk ahad pagi ni.

16/11/2013

15/11/2013

Salam jumaat semua, seronok betul semalam bebudak Shaklee dapat bonus, harimau sudah mengaum. Hari ni pulak ada yang nak bawak anak bercuti, pergi jalan jalan dan tak lupa juga free trip nak pergi London. Oklah jom kita baca sikit nota peringatan terutama para suami 


cara rasulullah layan isteri

14/11/2013

Khasiat Bercium. . .        
Comolot pon ada khasiat ke? Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa kelebihan berciuman dari sudut kesihatan?         

1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.          
2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.    

     
3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.    

     
4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.        

 
5. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

6. Berciuman dikenali sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.         
7. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.   
      
8. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.     

    
9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.    

     
10. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.         
11. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.    

     
12. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.     

   
AMARAN KERAS :
Jangan jadikan info ini sebagai alasan untuk anda berciuman dengan pasangan anda jika anda masih belum ada ikatan dengannya. Berciuman dengan pasangan secara haram pula sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Juga boleh membawa anda kepada azab neraka yang amat dahsyat! Naozobil la..
Copy&paste!

Seronok juga bila dengar ada mak mak yang betul betul nak susukan anak dengan susu ibu. Hoo, itu semua Allah dah bagi, buat baiknya untuk manusia, hehe, susu formula kalau dah kecemasan sangat bagi jugaklah, tapi kalau boleh nak perfect, nak bagi susu ibu je, 6 bulan cantiknya. Tapi kesian juga  bila dengar cerita orang terdekat kita, tak boleh nak bagi anak susu ibu. Dah cuba itu ini dan sebagainya. Oklah, takpa, sebenarnya, kena belajar juga ye teknik yang betul. Oklah, pasal teknik yang betul tu, boleh refer kat Ainul, tapi sekarang ni nak cerita sikit pasal set bajet mampu milik Shaklee untuk korang di luar sana !!!

set,menyusu,shaklee,breast,feeding,alfalfa,ostematrix,susu,banyak,
Set Menyusu Shaklee

OSTEMATRIX

Kalsium sebenarnya amat penting bagi ibu ibu yang baru lahir ni. Nak cerita pasal kelebihan Kalsium ni, macam macam boleh, oklah gua amek sikit kelebihan Kalsium

  1. atasi masalah sembelit
  2. memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  3. mengekalkan tekanan darah normal
  4. membantu kita segar
  5. mengelakkan kemurungan 
  6. mengatasi masalah "water retention" 
  7. mengatasi masalah pra-haid  
  8. mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang  
  9. membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi  
  10. mengatasi masalah pereputan tulang  
  11. memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)

ALFALFA COMPLEX

Oklah cerita pasal Alfalfa complex ni, ramai dah tahu, paling power dia ni boleh sembuhkan kanser. Tak lupa juga ye, mostly ramai cakap kat luar internet sana, alfalfa sememangnya MILK BOOSTER untuk para ibu. So nak cerita jugaklah dari blog mommy hadhatina, ini pengalaman dan pengamatan dia.

  1. ada orang makan 2 biji alfalfa susu badan dah increase on next pumping session
  2. ada orang makan 2 biji alfalfa sampai demam bengkak susu, so, dia cuma perlu makan sebiji sehari je
  3. ada orang perlu makan lebih daripada 2 biji untuk dapatkan hasil yang diinginkan
  4. ada orang tak cukup dengan alfalfa, perlukan Ostematrix dan/atau ESP
  5. ada juga yang tak perlu/tak boleh alfalfa atas sebab-sebab kesihatan

KONSEP YANG BETUL

Perlu ambil perhatian juga ye, pasal menyusukan anak ni bukannya bergantung kepada Supplemen. Kalau tak ambil pun boleh. Apa yang penting di sini teknik dan pemahaman ibu itu sendiri tentang supply demand susu ibu, cara berpantang, power pumping dan sebagainya. Di sini, saya nasihatkan kita sama sama belajar, tak kira ibu malah SUAMI lagi penting kena tahu semua konsep ni dalam kepala, dan memahami para ISTERI yang mengeluh dan stress pasal susu tak cukup dan sebagainya. 




Alhamdulillah, tentu sekali ramai yang puasa hari ni. 10 Muharram memang banyak peristiwa peristiwa besar dalam kalender Islam. Oklah hari ini, aku nak share juga beberapa point yang simple je la dulu, sebelum nak bikin point yang lebih cool lagi. Ok jom kita tengok apa yang berlaku semasa 10 Muharram ni.

10,muharram,sejarah,sains,
10 Muharram


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
  1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
  2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  3. Dicipta Adam a.s.
  4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 
  6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.  
  7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.  
  8. Selamat Musa dan pengikutnya.  
  9. Lemas Firaun.  
  10. Dilahirkan Nabi Isa a.s. 
  11. Diangkat Nabi Isa kelangit.  
  12. Diangkat Nabi Idris ke langit.  
  13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.  
  14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.  
  15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 
  16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 
  17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.   
  18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.  
  19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


13/11/2013

Rasa rasa sungguh happy sebab dapat bagi hadiah kepada kak noraishah ramlan. So hari ni pada tarikh 13 november 2013, saya dah bagi goldbar dan buku robert kiyosaki yang bagus untuk leader baru Rumah Mesra Ceria. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada kak Aishah. Umur dah masuk 5 series, pangkat besar, tapi awet muda, kalah kitorang hehehe

1. Kak Aishah ni memang tere bab awet muda ni, kalau nak tips lebih bolehlah jumpa dia. Oklah tuh, saya rasa dah macam anak kak aishah, mungkin sebab saya ambil vivix, mihar ain lah panggil aku budak sekolah isj ish ish

2. Kalau nak belajar pasal emas, boleh lah belajar investment emas, so kalau nak belajar trading, kak aishah ada jual emas PG. Hoo, memang terbaik

3. Ok bulan ni akan naik Senior Supervisor, saya doakan akak  berjaya dengan jayannya.
SELAMAT MAJU JAYA !!!!

Oklah, sekarang ni bila kita nak buat banyak LIKE kat facebook,macam macam cara dan coding dan yang paling power tentu sekali  kalau kita ni pandai guna macam macam skill supaya orang dapat like facebook kita, tak kiralah status ataupun fan page. OKlah, sebenarnya pun gua dah share benda ni dekat post post sebelum ni. Tapi macam biasalah, gua nak update jugaklah apa yang berlaku sekarang ni dah berbeza. Macam-macam rules yang diketatkan oleh abang Zukerberg, nak kita guna dia punya FB Ads !!!


like banyak facebook

12/11/2013

Hoo masuk lagi tajuk ni dalam carian keyword nuffnang aku. So kiranya nak cerita jugaklah pasal nak buat duit ni bagi lepasan PMR. So kat sini aku adalah tanya kawan aku Zainora dan Kerol. Oh oklah hari ahad bincang pasal benda ni , so dah dapat dah ada idea nak tulis pasal ni. Korang boleh melawat blig Shaklee diorang di sini.


buat duit dengan shaklee

11/11/2013

Nak maghrib ni, sambil tunggu kat pos ofis ni, gua nak tulis  dan copy paste apa yang best kat internet. Ramai je dah share benda ni. Oklah apapun gua nak share jugaklah sikit. Untuk peringatan kita bersama. Persoalan siapa


Siapa Kita ?


Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s



Siapakah orang yang manis senyumanya ?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.




Alhamdulillah, dapat bangun pagi ini untuk teruskan pekerjaan, teruskan perjuangan dan teruskan update blog dengan ilmu yang bermanfaat. Saya dapat satu artikel menarik dari FB Bicara Hidayah ini. Satu artikel yang dipertik dari Indonesia. So, apapun kita mulakan dengan satu hadith, kenapa kita kena sihat ? “Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah.” (HR Muslim) . Maknanya Allah suka orang yang sihat dan kuat dari orang yang lemah. Kuat kita juga tentunya kita kuat dari segi ekonomi, iman, politik dan sebagainya. Oklah jom kita baca lagi petikan di bawah ini dari FB . Tulisan dikekalkan dalam bahasa Indonesia


rahsia kejayaan rasulullah

09/11/2013

Alhamdulillah, sungguh sungguh sungguh Bersemangat hari ni, dapat join seminar Jom Hebat KL yang katanya buat last minit, tapi tak sangka penuh sampai ada yang duduk dekat lantai. Tapi memang Master Lyna dan Master Z pun takda sit VIP , massive respect. Tapi banyak gila belajar dan ILMU YANG BERMANFAAT . jom kita SHARING sikit untuk pembaca semua !!!

1. Kenapa Shaklee oleh Salwa Saleh

Masa sesi Salwa tadi, kami dah terlambat sebab kena gerak pergi Glen Marie, Arreessa terlampau lapar, stress bebenor kami, apapun kami pun makan dulu lah. Lapar juga rasanya. So bila masuk tgk dah mula dah. Kenapa shaklee ? Bukan syarikat lain macam macam MLM burung ? Takpun syaikat emas kopi dan sebagainya. Memang bertuah kami dapat join group yang hebat. Lady Boss memang gilo gempak !!!!



2. Salah Faham MLM oleh Master Zainul

Hoo topik paling penting sebagai penggiat, yang baru nak mula busineaa MLM, lagi lagi Shaklee. Kena fahamkan konsep pengedar, barang MLM mahal, upline goyang kaki dan sebagainya. Semuanya kalau korang betul betul nak tahu, boleh cerita lebih lanjut lagi. Tapi terasa jugalah tempias MLM ni kepada Shaklee. Bila orang lain join MLM, semuanya dah melabel MLM tak bagus.


3. Mengurus  Kejayaan oleh Master Lyna

Satu topik yang penuh dengan kata kata sakti untuk kita faham niat kita untuk buat business.Apapun korang tentu faham, kenapa kita perlu buat business, business ni bukan upline kita punya, kita yang nak buat business ni jadi maju dan terus maju. Hidup ni bukannya orang lain pandu, kita sendiri yang memandu ke arah kejayaan !!!!


4. Kisah Inspirasi oleh Nad Zaim

Sesi ni penuh bersemangat , geng lady boaa menyanyi lagu faizal tahir. Hoo. Memang sungguh best ,  penuh emosi best dan suka dan duka. Rasa sedih pun ada. Tapi semangat orang Kuala Pilah memang dasyat. Antara tips penting dari Nad Zaim 
  1. Betulkan niat
  2. Minta restu suami  dan ibu bapa
  3. Keluar dari comfort zone
  4. Jangan meroyan


Banyak lagi tips tu, takpa tu nanti kita tengok balik nota ok. Apapun sesi Nad Zaim memang best FANTASTIC !!!  APAPUN Jom hebat tadi berlangsung dengan lancar .Paling kagum ialah dapat mengumpulkan group Suami ASB . Yehhaaaa !!!!

 
ASB,shaklee,suami,sayang,poligami,business
ASB !!!1



08/11/2013

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju   dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-  selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan   oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Ustaz Don Daniyal

Salam JUMAAT saudara semua. bestnya nak dah masuk JUMAAT ni, penghulu segala hari. Apa kata kali ni saya nak share je maklumat baru yang dapat kat group Rumah Mesra Ceria, manfaat dan kebaikan Vitamin B. Shaklee ada juga produk B Complex, yang menggabungkan semua kebaikan vitamin B, dan yang paling best tu ada Asid Folik, sesuai untuk orang yang mengandung . So kalau korang selalu stress, amalkan vitamin B bagus !! Oklah, jom kita tengok Manfaat Vitamin B di bawah !!!

manfaat,kebaikan,sains,vitamin,B,shaklee,complex,
Vitamin B


Vitamin B1


Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 



Vitamin B6


Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA



Vitamin B12


Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex 

boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.


Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS


1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).




Saya tertarik dengan ungkapan yang berlegar legar facebook ni. Saya telah membacanya, dan ternyata ianya membuka mata kita, betul ke aku miskin ? Wujud ke miskin dalam ISLAM ? Cuba baca petikan dibawah untuk sama sama kita renungkan !!!!


kenapa manusia miskin

07/11/2013

Soalan yang menarik, dan tak perlu lah gua cakap jawapannya. Sebab jawapan tuh ada pada anda. Anda nak buat ke tak nak. Kecanggihan teknologi sekarang sepatutnya dimanfaatkan dengan baik. SO kat rumah gua unifi20 telah menghasilkan pulangan yang lumayan.Alhamdulillah dapatlah gua hidup di bandar Shah Alam yang penuh pancaroba ni. Oklah dalam nak mengatakan jawapan kepada Best tak ni, jom gua bagi jawapan gua. Gua nye jawapan ada dua TAK BEST DAN BEST. So apa yang tak best dan apa yang best ? Jom kita tengok ulasan di bawah


best business online

05/11/2013

Banyak dan selalu kita tengok bila je ada berita kematian, ramai je yang komen alfatihah, takziah, dan macam macam lagi. So ada kawan ku en naja bekam share benda ni. Rasulullah ada ajar kita doa bila sahaja mendengar berita kematian . Gua dapat pesanan dari kawan yang berbunyi begini


sunnah rasul mendengar berita kematian

03/11/2013

Hari ini kami meneruskan perjuangan mencari rumah di Area Shah Alam. Macam biasa kawasan seksyen 7 ni makin lama makin mahal. Korang pun tahu Hospital Shah Alam akan mula beroperasi tahun depan. Kawasan bandar Shah Alam ni makin lama makin mahal. SO KORANG TGKLAH SENDIRI NANTI harga makin gila. 


seksyen 7 shah alam
Alhamdulilah, sekarang ni banyak masalah dapat diatasi dengan produk Shaklee. Oklah hujung minggu ni saya nak share lagi kisah ibu yang menghadapi anak yang asa allergik dan eczema ni.


masalah eczema kanak-kanak
Alhamdulillah, berjaya pn tiha ni hamil dengan Shaklee. Sekarang ni pun pregnant amalkan Shaklee dan kurang rasa loya. JOM KIta ikuti ceritanya dibawah


set hamil shaklee

Alhamdulillah, semalam sudah selesai Majlis Aqiqah Ilham Bakhtyar Bin Mohd Kamarul Baharin, putera mr Inspiration kepada mommy Hadhatina dan MKB. Semalam katanya first time diorang buat majlis Aqiqah dekat area USJ Heights. Dulu katanya masa Icha dan Bella, buat kat kampung, jadi banyaknya senang kat sana, nasi semua masak sendiri. Semalam, first time jugaklah dapat merasa buat kenduri di area bandar. Oklah, ramai yang hadir, dan makanan pun habis belaka, sampai kena lari pergi beli nasi sebab nasi tak cukup. Banyak juga perkara menarik berlaku semalam, memang meriah, dan puas hati.

majlis,aqiqah,supermom,hadhatina,mkb,shaklee
Majlis Aqiqah

Lauk Sedap

Oklah kali ini, kami di beri tugas untuk mencari dan mencadangkan lauk yang sedap untuk majlis kali ini. Dapat jugaklah berjumpa dengan Haji Halim, seksyen 4 shah alam. Dia yang uruskan dari aqiqah , catering dan khemah. Walaupun bukan semua Haji Halim yang punya, tapi oklah, masakan yang di cadangkan, kambing masak kari, sup, ikan masin, ulam, ayam berempah, memang sedap sampai nasi tak cukup orang sedap tambah. So kalau korang berminat nak dapatkan perkhidmatan kenduri Aqiqah di Shah Alam, bolehlah hubungi Haji Hali di nombor 0196669440

Merapatkan Siraturahim

Alhamdulillah, kali ini ramai juga geng Supermom yang hadir, dapat juga berkenalan buat yang belum berjumpa, tak kurang hebatnya tokey kedai 3S cik Lydzar Rusman pun datang, sempat jugalah anak buah kami berborak dengan otai Shaklee kita ni yang nak jadi Master tak lama lagi. So sempat juga kitorang share pengalaman masing -masing buat Shaklee. Seronok juga ye, tak yah nak buat kelas formal, akhirnya berkongsi tips business sambil menikmati juadah kambing yang sedap, hoooo !!!

Berkongsi Lagu Dengan Bapa MKB

Seronok jugalah, dari pagi, bercerita pasal lagu orang perak. Cerita pasal lagu lagu sekarang, dengan bapa MKB, en Yatim. Dapatlah juga mendapat tips mendownload lagu, lagu lagu karaoeke, dan kurang hebatnya, bapa MKB, rilek je baca doa, buka ipad, doa dah keluar, terus je baca , dan menjadi MC yang paling cool dalam sejarah Majlis Aqiqah yang pernah kami pergi

Cerita Network Marketing

Petang tu pula, sempat kami berdiskusi dengan MKB dan suami kat ita Melaka, en Azizan . Sempat juga kita berbincang tentang bagaimana rapatnya kita sideline @adik beradik dalam SUPERMOM, macam mana nak wujudkan ukhwah antara kita, dan merasai faedah dan rezeki apabila kita bekerja bersama-sama. Ternyata memang menarik perbincangan pada petang itu, sambil aku pun pekena second round lauk kambing dan ayam berempah. Sambil tu juga sempat memberi beberapa tips penting dari Robert Kiyosaki tentang network marketing, kepentingan membuat sales, dan kemantapan seorang leader dalam network marketing. So korang boleh baca buku tuh kat sini, tajuk bukunya memang sempoi.

Akhir kata

Alhamdulillah, geng SUPERMOM memang sentiasa ambil peluang untuk kumpul bersama. Rasanya dah jarang kami adakan kelas yang formal. Tapi kami banyakkan berjumpa, berkongsi dan kadang kala meluahkan beberapa perasaan dan pendapat dalam business. Tak lupa juga cerita tentang kekeluargaan, ekonomi, agama, tapi jarang sekali cerita pasal politik, hehehe. So lepas ni, banyak lagi rasanya aktiviti SUPERMOM, dan tak juga team RMC kami yang sikit sikit dah mula join aktiviti SUPERMOM. Oklah, sekian sahaja untuk kali ini. Rangkuman terbaik untuk cerita semalam. Penat woo, semua orang tidur awal, bangun awal, pekena VIVIX dan OMEGA GUARD. Oklah selamat bercuti hujung minggu !!!





02/11/2013

Alhamdulillah, sudah masuk 2 haribulan, senangnya kami menjual produk Shaklee, dari dulu dan kini, insyaallah kami dapat bertahan dan mempraktikan apa yang kami belajar untuk mempromosikan produk Shaklee sekarang. Trend di Malaysia amat menguntungkan, boleh dikatakan bulan lepas sahaja, berlaku fenomena yang amat dasyat. Satu Tsunami melanda, melihat ramai nya orang datang ke HQ Shaklee. Walaupun dah ada sistem online, tapi mereka nak juga barangan terus dapat ke tangan mereka. Apa yang menarik nye ialah, kerana ketaksuban membeli produk Shaklee yang semakin hari semakin dapat sambutan.


mudahnya menjual produk

01/11/2013

Alhamdulillah, kawan wife belikan vivix untuk mak tercinta dan tersyag , nampaknya ada perubahan sedikit, tempat kanser makin pulih. Alhamdulillah kalau dia nak beli bulan ji, elok sangat ada promo bulan ni, beli 6 percuma 1. Ambil 6 terus dpt free membership dan sebagainya . JOM KITA bervivix mesti cun yehaaa !!!

Pembeli harini dpt special lagi

Sms 0133612717

Salam sejahtera semua. Sekarang dah masuk 1/11/2013. Musim baru, bulan baru, untuk kami pejuang business Shaklee. Apapun kejayaaan bulan lepas sudah lepas. Hanyalah menunggu bonus berapa banyak yang masuk dalam poket kami. Tahniah jugalah buat keluarga Rumah Mesra Ceria yang bertungkus-lumus untuk memastikan 4 angka dalam genggaman. Semakin banyak yang dah berjaya dalam rumah ini. Ramai juga pemilik emas 1 gram. Menunggu juga babah nak tengok ada yang boleh dapat tak setengah dinar. Hoo. Best. So kali ni babah nak cerita lah khas untuk korang semua. Pasal watak kegemaran babah, iaitu Doraemon dan Nobita ni. Apapun, korang tentu tahu, macam mana feelnya Doraemon yang ada poket ajaib. Tahu tak, betapa bagusnya seseorang kalau dapat jadi macam poket Doraemon ? Jom kita bincangkan

poket,doraemon,serba,guna, menjadi,baik, bagus,business,
Poket Doraemon yang Serba gua

Macam -macam Alat Ada

Hahaha, kalau korang tengok, bila sahaja Nobita ada masalah, Doraemon tentu sahaja akan fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah Nobita tuh. Paling senang, tentu sekali dia akan keluarkan alat yang canggih dalam poketnya. Hahha, kiranya poket tuh, setiap kali ada masalah, poket ni yang menyelamatkan. Macam -macam alat ada. Alat yang lama pun ada. Hoo. Tapi kekadang tuh, Doraemon memang sahaja tak mahu keluarkan alat dalam poketnya, sebab nak suruh Nobita berdikari !!!

Poket 4 Dimensi Bersambung

Kalau korang ingatlah, Doraemon pun kan ada cerita, macam -mana uniknya poket dia ni. Dalam tuh, orang pun boleh masuk. Nampak je kecil. Tapi dalam tu sampah sarap pun boleh ada. Ianya 4 Dimensi. Lepas tuh pulak, setiap poketnya tu bersambung. Maknanya dalam poket yang ada, semua barang ada dalam tuh. Seronok betul, katalah kita satu masyarakat, duduk satu kampung, dalam kampung tuh, boleh dikatakan semua mempunyai barang yang sama, alat yang sama, sama-sama boleh guna, dan manfaatkan untuk bersama. Macam tulah kuasa poket Doraemon yang bersambung antara poket-poket yang lain.

Boleh kita Menjadi Poket Doraemon

Secara fizikalnya, itu bukan maksudnya. Secara emosi dan spiritualiti, bagus jadi poket Doraemon ni. Apa orang lain susah, kita ni macam-macam alat boleh bantu. Sama -sama guna alat tuh, sambil membantu. Itulah kuasa semangat Poket Doraemon. Harapnya untuk family RMC, babah harap, semua orang boleh jadi macam Poket Doraemon, berguna setiap masa, macam-macam ada. Sedia membantu, dan sama sama bermanfaat kepada orang lain. Oklah, sekian sahaja ulasan Poket Doraemon hari ini. Hari ni rasanya nak pergi sambar lagi goldbar untuk anak cucu yang layak !!!