Blog Orang Selangor

30/09/2013

Perjalanan dari Pengkalan Chepa ke Kuala Terengganu memanglah mencabar. Boleh pula tersilap jalan, dan nasib baik jumpa jalan besar. Alhamdulillah, sampai juga Kuala Terengganu buat kali kedua dalam sejarah ketamadunan. Tapi bila nak mencari Felda Residence Hotel pula mencabar dek kerana batery hp yang kehabisan, masa ni pulak teringat, hok bonus Shaklee besar ni, kena invest beli powerbank. Malam kami ada dinner khas dengan keluarga Rumah Mesra Ceria (RMC) di sini. Alhamdulillah !!!


rumah,mesra,ceria,rmc,kuala,terengganu,shaklee,business,mlm,
RMC Kuala terengganu


Terima kasih kepada Amalina, Izudin, Kay, dan Gee, yang sudi bersama-sama untuk dinner bersama kami. Alhamdulillah, dapat juga melawat team RMC yang hebat di KT. Apapun tahniah juga pasangan pengantin baru Kay dan Gee, yang katanya baru 6 hari kahwin. Selamat pengantin baru !! Malam tu makan tempat yang agak lain sikit, ala-ala Yusram kat Shah Alam ni. 

kuala terengganu
Kay dan Gee

Kalau korang nak baca cerita Kay, jom lawat website beliau, matakelangit.blogspot.com, ceritanya penuh perasaan dari hati. Orang Sabak Bernam yang dah lama duk KT, katanya tak cekap lagi nak cakap ganu kito !!!






29/09/2013

Alhamdulillah, hari ni dapat juga update blog setelah 3 hari tak update. Oklah, cerita pertama tentunya pasal kami lepak di Mc Donald Pengkalan Chepa, Kelantan. Ainul Mustafa ada meeting dekat TM, oklah nampaknya aku kena bawak Arreessa hilangkan rindu kepada maknya tuh, hoo, pening betul. Tapi, cara paling best tentunya kena bawak dia pergi McDonald, tempat yang best dan lagi menyenangkan. Ok, jom kita tengok apa yang best kat Pengkalan Chepa ni !!


pasar,pagi,mc donald,pengkalan,chepa,business,kelantan,kota,bharu,
Pasar pagi Pengkalan Chepa, Depan Mc Donald

Pantai Sabak

Setelah hantar Ainul pergi meeting, aku bawak Arreessa jalan jalan, tah macam mana aku nak tengok area Pantai Sabak. Aku berjaya juga sampai, masuk jalan kampung ke dalam, sampai kat satu tempat tu, jambatan boleh muat satu kereta je. Aku sempat juga tengok laut, dan sungai yang cantik, area muara. Paling best, ada sekolah depan laut. Lepas tuh, aku jalan je, aku ingat dah sesat, rupanya ada je jalan keluar. Aku tengok orang kampung, lembu, kambing, dan macam-macam lagi. Oklah, Arreessa sangat bosan, dan tidur dalam kereta.

Mc Donald Pengkalan Chepa

Hehe, macam biasa, banyak tempat, kapitalis McD , mesti adanya, hooo, betullah, kat sini area student UMK, Universiti Malaysia Kelantan. Hoo, memang feel habis. So aku tengok, selain bebudak malas makan kat tempat biasa, jadinya, mereka pergi McD, oklah, tempat McD ni memang selesa. Arreessa siap main, lepas tu makan fillet o fish, hoo, memang sedap sungguh katanya. Ada tempat baby, bolehlah bersihkan kencing dia jap. Oklah, cun, memang selesa !!!

Pasar Pagi

Agaknya dalam sejam dah lepak McD, aku tak sangka pulak, depan McD tuh, boleh pulak ada pasar pagi pengkalan chepa. Oklah, masa untuk shopping, saja nak hilangkan bosan. Tak sangka Arreessa nak jalan sampai ke hujung, macam macam beli, jam tangan, kastu princess, dan tengok baju dan tudung. Asyik dia lari je, susah nak kawal, sampai terpaksa nak jerit, adui . Oklah, pasar tuh, ada jual barang basah dan juga baju-baju lawa. Lepas tuh, terus lepak kat TM sampai Ainul habis meeting. Apapun, lepas tu  kitorang terus bergerak ke Kuala  Terengganu. Selamat  tinggal Kelantan !!!



26/09/2013

Cara baca tajuk di atas ni, sebenarnya aku nak cerita aku rasa sihat sebab ambil 3 produk Shaklee ni, memang akan rasa beza bila korang ambil produk Shaklee ni. Dan aku rasa, ambil salah satu pun dah cukup, dan membuatkan korang rasa, hoo, best, itu pengalaman aku ok, maybe korang rasa lain. Apapun, jom tengok apa yang aku nak kongsikan kat bawah ni !!!


shaklee produk kesihatan malaysia

Salam Kota Bharu, itulah yang gua nak cakap, hoo, bersiaran dari Kota Bharu buat kali pertama dalam sejarah. Tempat cik siti wan kembang ni, penuh dengan adat dan budaya. Hoo, penuh sahaja dengan tulisan jawi, penat membawa kereta 9 jam, dari Shah Alam, melalui LPT,  terengganu, dan terus sahaja jerteh, besut dan akhirnya sampai juga ke Kelantan. Alhamdulillah.


kelantan


Seperti biasa, kami hari ini lepak kat Hotel Renesaince, heheh, oklah, kelas jugak hotel ni, ramai mat saleh juga, dan yang paling best kami sempat jumpa orang Shah Alam, hahhaa. Oklah. So malam tuh kalau tak singgah mana-mana tak sah, so sempat lah juga singgah Wakah Che Yeh, sesat juga nak ke sana, rupanya dekat je. Ini semua salah HP aku yang dah habis batery. Hahah, takpa, nantikan vlog kami di sana, hahah, sikit je ambil, sebab dah penat sangat. Apapun, makan sana memang terbaik !!!

Oklah, lepas KB, kami akan bergerak ke KT, Kuala Terengganu hari ini,banyak betul aktiviti ni, tentunya aktiviti liburan pula dengan geng Supermom, ok, jom kita beribadat !!!

24/09/2013

Oklah, untuk pagi yang ceria ini, gua nak share sikit pasal Botox ni. Ramai juga ye sibuk dan menyibuk isu Botox ni. Biasanya yang guna botox ni tentulah ramai artis dan orang -orang kaya yang sibuk nak popular dan awet muda, muka nak kasi tegang, nak cover dari tua mua. Oklah, kalau ambil Shaklee lagi selamat. Tapi takpa, hari ini kita fahamkan betul-betul pasal botox, sebelum kita pergi ke produk awet muda Shaklee. Ok macam biasa, entry kali ini ialah direct translation dari WebMD hahaha !!


suntikan botox

23/09/2013

Salam sejahtera, oklah kali ini, tips ini di ambil dari facebook Oh Media, dan siapa yang bikin tips ni, tak tahulah, oklah, kali ini tips yang copy paste sahaja. Oklah, untuk tatapan pembaca blog faiz saaid, saya mempersembahkan 11 tips ni di bawah ok . Selamat beramal ok !!!

tips,hilang,mengantuk,rasa,sains,
Mengantuk kat tempat kerja
  1. Hampiri Kawasan Bercahaya.
    Langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.
  2. Basuh Muka
    Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyegarkan mata anda.
  3. Wangian AromaterapiWangian Aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.
  4. Dengar MuzikMuzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.
  5. Senaman Ringan
    Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk
  6. Pandang Pepohon HijauTaman hijau dapat menyegarkan permandangan sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk.
  7. UrutUrut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.
  8. Minum Banyak AirAir sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.
  9. Amalkan Teknik Pernafasan BetulTarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
  10. Berjalan-JalanBerhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
  11. Membaca Ayat Al-QuranMembaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk.

Thanks OH MEDIA
Nampaknya semalam, warga warga Supermom yang diketuai oleh Hadhatina dan Kamarul MKB dah berjaya membawa anak anak , cucu-cucu,cicit-cicit dan kerabat yang lain berlibur di Kota Kinabalu ,Sabah. Hoo oklah, nampaknya awek aku tak boleh nak ajak aku sekali sebab aku kena bawa bapak aku pergi kenduri. So awek aku duk satu bilik dengan Zainora KIJ. Hhaha. oklah ada beberapa gambar yang di upload oleh encik Epul Jaguh yang sempat di curi, bolehlah aku letak kat dalam blog ni !!


supermom,shaklee, best,mkb,hadhatina,
SuperMOM the best, bak kata MKB

Free trip 

Kali ini, ramai betul budak budak supermom layak pergi free trip kali ni. Oklah, ada yang pergi 2 orang, ada yang layak satu tiket. oklah, tak perlulah nak susah susah pecah rumah orang, kejar biawak , dah layak. Hahaha, apapun enjoy lah, walaupun local, tapi memang sempoi punya hehehe !!!

Macam mana nak ikut ?

Paling senang, kena naik rank jadi Supervisor dulu, lepas tu, boleh score banyak point, sama ada nak pergi local atau international. Apapun, ingat ye, mesti rank Supervisor dan ke atas. Nak score point tu, macam-macam cara. hahah, Buat sales, ataupun jadi leaders yang baik dan mantap. hoo, best best !!!

Nak pergi US

Apapun tahun ni, targetnya nak bawak geng geng Rumah Mesra Ceria pergi trip US sama sama. Harap ramai boleh join trip US kali ini. ok sama sama kita berusaha . YAHOO !!!


US,global,conference,shaklee,2013,2014
jom pergi US









22/09/2013

Semalam, gua baru je balik dari Kuala Kangsar selepas menghadiri perkahwinan saudara Fahrizal Asmy dan pasangannya Atiqah Rahim. Kiranya, gua gerak ke kuale hari jumaat, nak cari tempat tidur, ingatkan nak bawak mak ayah duduk rest house, tapi nak senang feel baik punya, abah nak tengok sendiri chalet mr os yang tak jauh dari masjid dan kampung. Hehe, elok elok je, Mr Os ada kat situ dengan anak sedaranya, Becky. Apapun nasib abah memang baik dengan Os, jadinya Os bawa tengok semua bilik yang ada kat situ. Feel jugak ni !!!



19/09/2013

Amacam saudara, hari khamis ni, banyak betul dugaan dan cabaran, habis video file saya hilang, dapat low quality tak shok lah nak buat vlog, takpa , itu bukan alasan nak bikin vlog best, yang penting kreatif dan berusaha untuk membuatkan ramai yang nak tonton video anda. Oklah kat bawah ni ada cara cara simple nak update blog oleh Zaleha Mama Elly. Anak buah kami ni, baru belajar nak bikin vlog, takpa, lama-lama pandai lah tuh. Ok jom tonton.


cara update blog


Oklah, dalam banyak banyak video ni, yang ni sempat edit pagi tadi, oklah, dapatlah jugak publish kat sini. Takpa, baru belajar lagi, kami pun baru nak belajar belajar nak beramah mesra dengan pemasaran video, video marketing ni. Oklah, nanti ada video baru, bolehlah korang join ok ? Ok saksikan video kami di Ainul Mustafa HD. Bye !!!

Kalau nak belajar buat blog, boleh contact terus Elly di sini. Ok, selamat belajar dan berjumpa lagi !!!


Sayonara, itulah kata kata ejekan yang perlu di telan pasukan Selangor semalam. Setelah gagal memenangi sebarang perlawanan dalam kumpulan A Piala Malaysia, nampaknya Irfan bakti, dan semua perajurit gergasi termakan pasir , menelan hakikat mereka akan tutup kedai awal. Apa yang tidak kena dengan Selangor, naib juara MSL yang nampaknya seperti hilang arah dan tumpuan. Adakah mereka ini seperti diganggu ? Benarkah semua ini ? hahah, nampaknya semua orang dah lelong baju MISI 33 !!!

selangor,sayonara,misi 33,piala,malaysia,sukan,bola,sepak,
Sayonara Selangor

Salah Pengurusan ?

Hahha, siapa lagi kalau bukan salah pengurusan. Tentunya di sebalik kekalahan yang melanda skuad Gergasi merah, tentu ada tangan kacau yang membuatkan skuad Selangor seperti dilanda ikan todak, yang tah hapa hapa, sehinggakan mereka tidak bermain ditahap sebenar. Apa lagi yang pengurusan boleh buat, berita tentang 2 pakar motivasi katanya telah mengganggu skuad Selangor, sehingga Irfan terus meletakkan jawatan, bertanggung jawab ke atas kekalahan 0-3 kepada Sime Darby. Bebudak ultras pulak menyalahkan tok UBAN yang tak reti buat kerja !!!

Kerja BOOKIE ?

Di mana silapnya, liga malaysia telah diwarnai lagi dengan kehadiran Bookie. Nampaknya tahun memori hitam tahun 94 bakal berulang, dengan kehadiran bookie, tentu sekali ada pemain yang mengambil rasuah, dengan mengatur perlawanan. Ramai dah spot kehadiran bookie, dan tentu sekali dengan beberapa ramalan yang nampaknya menjadi kenyataan. So salah bookie ke atau salah pemain. Malek Rahman , dulu pun pernah menceritakan pengalaman beliau menentang bookie, sehinggakan ada pemain yang takut akan diganggu oleh pihak jahat ini. Tapi tiada bukti kukuh lagi yang boleh mengaitkan gejala mengatur perlawanan ini dengan mana mana pihak. Cumanya kita tidak mahu peristiwa seperti Juventus yang habis didenda turun liga kerana gejala mengatur perlawanan.

Tawaran Lumayan ?

Bak kata pepatah, ramai juga menyalahkan JDT sebab banyak duit boleh offer macam -macam pada pasukan lawan. Tapi aku juga nak salahkan media yang sebenarnya banyak kali buat kacau. Ramai mengakui, pemain Selangor ada yang sudah tawar hati nak bermain, dek disebabkan tawaran lumayan menanti mereka di pasukan baru. Kemana semangat pasukan anda ? Tapi isu perpindahan bukanlah sebenarnya penyebab kepada anda bermain tidak bagus. Contohi semangat Jupp Henckeys, bekas manager Bayern Munich, yang berjaya menghadiahkan 3 piala, walaupun sudah tahu, Pep Guardiola akan menggantikan beliau. Inilah dikatakan bola sepak profesional, selagi belum habis kontrak, mereka melakukan kerja dengan bagus !!!

Ke mana Arah Tuju Pasukan Selangor 

Bagi aku, selangor tak perlulah nak berbelanja besar, tukar stadium, cari stadium kecik, bukan pun ramai yang datang. Aku tengok stadium tak terurus, surau pun hancur. Lebih bagus ambil player local, anak selangor yang betul betul nak main. Cari bakat, invest pada youth team development. Promote team lagi, buat banyak aktiviti dekati player dan sebagainya. Tak perlu nak beli bintang dan sebagainya. Selangor pun dah banyak kali dah menang piala malaysia, kasilah sekali sekala team lain menang. Apa yang pasti fokuskan kepada layak ke peringkat yang lebih tinggi, AFC Cup sebenarnya akan menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara. Selangor sepatutnya dah jadi pasukan yang develop player muda sejak dari dulu lagi, tapi sampai sekarang. Selangor kena terus bemula dari bawah kembali, lupakan sejarah silam, lupakan Mokhtar,Santokh,Arumugan, develop new team, dengan semangat baru !!!




17/09/2013

Alhamdulillah, selesai sudah kelas VLOG Rumah Mesra Ceria , RMC yang berlangsung tadi di rumah mommy Hadhatina dan MKB . Nampaknya kelas kali ini antara paling santai, dan semuanya dapat belajar dan merasai sendiri keseronokan membuat vlog, dari segi rakaman, percakapan, teknikal, dialog dan sebagainya. Oklah, hasil daripada kelas vlog tadi, satu group dari Ana Lyana , Siti Najihah dan Lin Alin berjaya membuat satu video ringkas berkenaan dengan tips banyakkan susu badan . Tips ini dikongsi oleh Ana dan Jiha. Lin pula menjadi pengacara rancangan NONA Manis. 


ibu comel

16/09/2013

Kali ini, hari sabtu lepas, abah sempat share cara cara terbaik nak buat jus kiwi. Macam biasa jus kiwi ni adalah sponsor dari Zespri Kiwi oleh Ainul Mustafa HD. So abah dgn baju putih dgn selamba kodok boleh buat jus dengan senang.


jus kiwi berkhasiat

13/09/2013

Salam sejahtera semua, lepas solat jumaat ni, tentu ramai yang nak sambung buat kerja, ataupun, ada yang bercuti satu Malaysia, mungkin juga ada yang tidur siang, membasuh baju, membanting tulang, mengejar biawak dan sebagainya. Oklah, korang tahu tak, dalam dunia era Mark Zukerbeg ni, cara update status amat penting sekali, so korang tahu tak bila masa yang sesuai update facebook, hoo, ok kat bawah ni ada tips yang aku belajar dari anak buah aku Siti Najihah



Salam sejahtera, atas beberapa masalah teknikal, kelas VLOG Rumah Mesra Ceria akan diadakan di rumah Master Hadhatina  di USJ Heights, so apa yang menarik di sana nanti, macam macam, seperti biasa, jika anda pernah singgah di USJ Heights, tempat tu memang menarik, dalam pun cantik, oklah antara aktiviti kelas VLOG yang akan berlangsung nanti , mungkin seperti berikut 

interview,victor lim,shaklee,business,vlog
Interview Victor Lim

1) Review Video

Heheh, setakat ni baru ada satu video je yang berjaya dibuat oleh puan Siti Najihah, hahaha, ok tips dia memang sangat best ok, cara update facebook, sambil tengok laptop, sambil cakap depan camera. Hoo, memang layan, ok,nantikan video editing skill yang saya akan buat nanti .

2) Menikmati Suasana Outdoor

menarik ni, kalau tak hujan, agaknya, nak juga buat Outdoor class untuk mereka rasa sendiri, feel bagaimana nak menghasilkan video yang menarik. Ingat ye pemasaran video bermula dengan content yang bagus, dan selepas itu barulah ke suatu tahap untuk optimize

3) Makan makan

Macam biasa, ajk makanan kita Ana Lyana akan berusaha untuk pastikan makan tetap sedap dan best. Jangan lupa ye, siapa yang datang bawak juadah masing masing untuk dikongsi bersama. hehhe

Jika anda berminat untuk sertai team Rumah Mesra Ceria, hubungi kami sekarang ok . Jom layan video sempoi di bawah !!!






Hehe, hari rabu haritu, aku sebenarnya pun tak tahu, ada gathering lagi team SUPERMOMS ni. So, kali ni, wife aku nak bikin spageti, selepas ambil Arreessa kat school, kitorang pergi tesco. So macam biasa, masa ni, kitorang share skt, kesedapan buah kiwi Zespri yang memang sedap. Hoo,  malam tu juga ada bolasepak pesta bola merdeka, di mana Thailand yang hantar team B kena belasah teruk dengan OKS punya budak.Oklah, kalau korang tengok pun suasana meriah, semuanya macam lama tak jumpa, makan pun tak ingat 

gathering,supermoms,ysm,shaklee, business,
Gathering Supermoms

1) Banyak Makanan

Gila banyak makanan, pergh antaranya tentulah ada KFC, Spageti, Satey, kuih, kek, aiskrim, nasi putih dan sup ayam pun ada. Pergh, time makan semuanya tak ingat. Paling best jugak, gua kena jaga kaunter air, ada air kopi, tebu, dan teh o. So time ni, gua makan nasi lauk KFC dan juga beberapa Satey yang sedap dan enak, memang mengantuklah, tapi tulah. kalau dah sumbat banyak makanan tuh, bolehlah ambil lecithin dan alfalfa untuk detox balik badan anda ok 


2) Supermoms INDONESIA

TAk lupa juga, antara perbualan hangat juga ialah Shaklee INDONESIA,  hehehe, sebab mommy dan mkb baru balik dari Indonesia gitu, ramai yang dok tanya macam mana business di sana. Paling best tentu sekali ialah pendaftaran, siap ada video khas nanti untuk vlog indonesia. Siap malam tu, nak dubbing lagi suara supermoms indonesia yang pertama. Hahha, memang best btul, kitorang siap dapat lagi flyers dan buku nutrisi bahasa indonesia, lawa siut !!!

3) Keenakan Kiwi Zespri

Hahah, macam biasa, kitorang bawak jugak buah Zespri ini untuk makan bersama rakan rakan Supermoms. Apapun, ramai kata sedap, ye  betul, kiwi Zespri memang antara yang terbaik dalam sejarah makan kiwi. Big Daddy pun layan je, hahaha, nak tahu lagi apa yang berlaku ? Jom tonton vlog di bawah. Untuk mengetahui lagi cabaran Zespri, bolehlah tengok website awek saya di sini.





12/09/2013

Salam sejahtera, eh, apa ni tetiba cerita pasal hari raya ni. Hoo, hari ni memang hari raya, untuk geng shaklee seluruh Malaysia, sebab hari ni diorang nak buat Satey Harimau, rendang Harimau dan macam-macam, dan semalam pun Harimau Muda menang dengan Thailand. Oklah , apa yang menarik masa sambutan hari raya tuh ? hehhe, best woo, 

shaklee ,hari,raya,HQ,empire ,subang jaya,
main game tapi tak faham

1) Gua First time join games

Kali ini, memang best, gua memang bersemangat nak beraya kat Shaklee, time tu, gua dah standby camera untuk shot vlog untuk sambutan Shaklee hari raya ni. dan apa yang best, gua pulak boleh terjoin game yang kena buat gaya ikut ayat yang diberikan oleh Celine kat atas. Hoo, sukar gila, time gua je, ramai tak boleh jawab, hahahaha. Siut je gua, saje taknak bagi lu orang menang. Tapi yang bestnye, gua dapat Alfalfa Complex besar, hehehe best best !!!

2) Testimoni Set Kurus Shaklee dari Awek gua

Hehehe, dah tengok belum video testimoni dari awek gua ni ? oklah, macam biasa, bak kata Celine, sharing paling energetic sebab bersemangat, hahaha, nak bikin video pun senang, oklah, lu orang boleh tengok sharing tu kat video yang gua bagi link tu. Apapun, wife gua dapat COQ Health percuma dari Ethan , best best !!!

3) Sharing dari Master Wan Fatihanum

Hehhee, maste yang baru naik bulan lepas, hebat hebat, ceritanya tentang bagaimana dia nak bersemangat nak buat Shaklee ni ada. Oklah tapi bila gua tanya dia, dia kata, datanglah Master Celebration mereka, nanti baru tahu cerita yang betul betul nya, video kat bawah ni ada sedikit sharing dari kami. Tahniah dari kami kerana berjaya mencapai Master Coordinator !!!



4) Gua Jadi Model

hahaha, tak sangka, gua kena lawan dengan Master Rusli untuk jadi Mr Empire, tapi kalah pulak, adui,sebab aku rasa kalau ada geng supermoms , tentu dah boleh menang, dengan gaya tarbus gua yang paling dikenali di Shaklee, hahaha. apapun, dapat lagi hadiah, dapat Chew-C, hehehe, best best. 





11/09/2013

Dapat juga buat lagi satu video terbaru, vlog Ainul Mustafa HD yang bertajuk Khasiat Ikan dan Omega Guard Shaklee. hahah, sempoi je video ni, sementara nak buat betul betul, dapat juga mengumpulkan bahan-bahan untuk diisikan dalam video ini. So video ni, bolehlah korang tahu serba sedikit tentang Omega Guard Shaklee yang memang menjadi pilihan ramai orang di Malaysia ni

omega, guard,shaklee,esp,terbaik,kurus,mantap,
Omega Guard dan ESP Shaklee

Omega dan Megatron

Hahaha, first entry dulu dulu nak bikin gempak, omega dengan megatron, tapi takda kaitan pun last-last, tapi korang boleh baca manfaat Omega guard di sini, ternyata masa tu aku terus copy gambar dari facebook Sihat Cergas aku tuh. Ok takpa, kalau nak banyak info lagi, cuba baca entry tuh, mana tahu anda minat nak berkawan dengan saya, hehehe.

Khasiat Ikan

Oklah bulan 2 haritu ada promosi Omega Guard, memang bulan yang cemerlang, korang tahukan beberapa sebab aku senaraikan untuk korang makan ikan. So, time tu, aku dengan selambanya ambil gambar bapak aku yang sedang berkebun. Takpa, nasib baik bapak aku spoting habis, hehee, lain kali minta abah jadi jurucakap lagi.

Testimoni

Yang ni korang boleh refer testimoni yang popular tuh, ada kat ruangan kanan blog ni. Hoo, memang sempoilah, kalau digandingkan dengan ESP, macam macam boleh, masa preggy boleh, masa pantang pun bagus, so memang terbaik ESP + Omega Guard

Vlog Ainul 

Oklah , setelah sekian lama rekod testimonial, akhirnya, siaplah juga video yang ditunggu oleh aku sorang je. Tapi thanks tu mommy yang shoot video bella ambil omega, dan juga Puan Zainora yang sudi membenarkan aku ambil video Affan makan omega. oklah , sehingga kita bertemu lagi di episod akan datang dalam siri Vlog Ainul Mustafa HD. Bye !!!









Hahaha, salam sejahtera semua, hari ni dah 11 haribulan dah, amerika dulu kena serang dengan puak yang dilabel pengganas 12 tahun lalu, time tu aku amek SPM, hahaha. Oklah, takpa, itu cerita penuh misteri dan peperangan, yang tidak boleh disetelkan, apapun, gua nak ajak lu orang berseni kejap. Oklah, dah lama gua nak bikin entry ni, tapi asyik tertangguh dalam kepala je, ok, sekarang ni mempersembahkan, entri Gitaris Kidal Idaman. Oklah, pemilihan gitaris ni, memang satu, dianya kidal, dan satu lagi, penuh bermakna bagi aku, ok apapun jom kita layan entry ni.

gitar,kidal,jimi hendrix,mahal,rumah,seni,
Gitar Jimi Hendrix yang berharga lebih mahal dari rumah kos rendah

1) Kurt Cobain

Kurt Cobain

Kurt memang idola gua masa baru mula-mula nak kenal muzik rock, dan yang paling penting ialah orang yang betul betul suruh aku pegang gitar dan mainkan chord lagu grunge. Tapi yang paling best masa tuh tentulah album Unplugged in New York, bila tahu kurt dah mati, so kitorang memang layan album ni, masa tuh zaman aku, abangaku, dan kawan kawan, suka sangat gitar Kapok, dan mainkan lagu About A Girl, Come As You Are dan The Man Who Sold The World. Nirvana adalah band yang hidup sampai sekarang, walaupun Dave Ghrol dan cemerlang dengan Foo Fighters, tiada penggantinya !!!

2) Tommi Iommi

Tommi Iommi

Gitaris Black Sabbath, ye, gua lambat sikit dengar black sabbath ni, tapi tahulah skt skt, masa menjinakkan diri dalam dunia rock, riff black sabbath antara orang pernah sebut, dan nirvana juga aku rasa ada fluence dari riff riff berat sabbath. Tommi Iommi memang best bila sebut pasal ketabahan seorang gitaris. Jarinya yang cedera menyebabkan dia menjadi seorang yang kreatif dan unik. Gua memang layan lagu lagu dia, blues yang keras, dan jadilah heavy metal yang sedap. Paranoid mungkin riff yang biasa, tapi cuba dengar dan korek lagu lagu diorang. Salah satunya lagu yang Metallica pernah cover, Sabra Cadabra dan National Acrobat. Itu belum kira lagi zaman Black Sabbath dengan arwah Dio. hooo, ganaz !!!

3) Jimi Hendrix

Jimi Hendrix

Raja Gitar ni, paling gila, dan dia memang layak di gelar begitu, bagaimana dari muzik blues, dia dikatakan orang yang pertama guna overdrive dan mempengaruhi semua pemuzik blues dan rock. Senaraikan ramai pemuzik yang gilakan nya. Dan dia ni orang kulit hitam, penuh jiwa, tapi main rock tak ingat, yang banyak juga element blues. Tapi sayang , disebabkan gila dadah, meninggal pada usia awal, sama macam kurt !!!

4) Albert King

Albert King

Lu ingat stevie ray vaughan punya enjut tu dia bikin sendiri ke ? Hahha, lagi kena mau ingat, sapa yang boleh buat gitar nangis, kena gigit macam kucing, itu semua kerja Albert King. Cara permainannya, lagunya, banyak mempengaruhi SRV dan ramai gitaris blues di luar sana. Yang paling otai, dia main blues pakai flying V lagi, kalah james hetfield, ahhaha. Korang tengok macam mana John Mayer cerita pasal Albert king untuk rock n roll hall of fame. hoo, Ternyata, Albert King memang mempengaruhi jiwa blues gua. Apapun lu kena cari album Born Under the Bad Sign. Dan tengok juga video klip Pretty Woman oleh Garry Moore, Albert King feat main satu part solo, tapi cukup memakan hati gua,

5) Man Keedal

Man Keedal

Man Keedal punya pengaruh, dari jimi hendrix, ritchie blackmore dan yngwie malmsteen, jadilah Man Keedal yang kita tengok sekarang. Walaupun solo dia laju, terlaju, tapi gua suka juga cara dia gentel, sound distort nye tu pada satu ketika aku suka betul masa zaman Ella dulu. Dia penuh melodic dalam lagu lagu melayu yang ada. Dia adalah gitaris Search pada mulanya, dan menubuhkan Lefthanded, yang menjadi band lagenda tanah air Malaysia


6) Joe WINGS


Joe Wings

Yang paling mengancam dalam Malaysia, bagi akulah. Cara Joe main gitar, lagu lagu dalam wings, buatkan gua memang melekat dengar lagu WINGS setiap kali gua naik kereta. Joe juga memang melodic, tengoklah solo lagu SEJATI yang paling berhantu sampai sekarang. Bolehlah gua cakap, JOE boleh main simple melodi dengan penuh syahdu, dan itu element yang ada dalam banyak lagu wings. Setiap kali dengar lagu wings zaman zaman jerangkung, gua terbayang bayang macam mana joe boleh cipta solo solo yang hebat. Dan, cara JOE main blues pun memang best. Boleh dikatakan, masa joe masuk wings, setiap album wings mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu Blues, hahaha. Dan tambahan lagi, JOE yang gua perasan main slide guitar dalam lagu rock, hahaha.


Banyak lagi gitaris kidal yang lain, tapi yang gua pilih ni , memang betul betul buat jiwa gua kacau, dan mempengaruhi juga gaya permainan gitar gua, walaupun gua tak main gitar sangat, tapi apa pun, korang pun ada gitaris yang betul betul jadi contoh dan ikutan.Oklah, bye


10/09/2013

Hoo, nampakanya pakcik Lecithin sudah kembali, setelah sekian lama menghilangkan diri kerana menjadi kegilaan ramai gadis gadis idaman. Ada satu masa, boleh pula Shaklee tersilap, silap teknikal. Takpa itu bukan penyebab Lecithin terus tidak diminati, hahaha. Korang pun tahu power lecithin ni, bila dia digandingkan dengan Alfalfa Complex, memang superb, satu set yang boleh didapati, tanpa naik 20 sen. Hoo, mari mari semua !!!


lecithin shaklee kembali for sales

09/09/2013

macam mana nak jaga kesihatan ? Salah satu cara ialah ambil suplement, sebab apa ye, biasalah, sekarang ni zaman kita makan tak kawal punya. Kekadang itu terkurang ini terlebih dan sebagainya. Jadi aku rasa, cara semulajadi lah ni ambil suplement Shaklee yang nature . Kalau suntik menyuntik nak cantik, bahaya jadinya. Adui. Oklah, kalau nak tahu juga cara jaga badan yang bagus, korang boleh layan pantun shaklee kat bawah ni, hooo, video dia memang cun lagi best, kalau tak berjoget korang , tak tahulah aku. Apa lagi, jom layan pantun sambil joget , EWAH !!!


jaga kesihatan

Kali ini, tajuk macam bunyi jalan-jalan cari makan, takpun gua baru je masuk daftar master chef, berguru dengan chef Adu. Tapi ini kali, gua sudah tolong wife, kita buat pergambaran mengenai cabaran Zespri kiwi fruit yang gua cerita tempoh hari. Oklah, semalam, hari ahad, nampaknya, satu resepi khas yang awek saya masak, Asam Pedas Kiwi Dondang Sayang, pergh, memang mantop, makan habis, 2 kali tambah !!!

asam,pedas,kiwi,dondang,sayang,zespri,sedap,pedas,
Asam Pedas Kiwi Dondang Sayang

Rasa

Boleh dikatan, buah kiwi tu dah bagi satu kelainan kepada Asam Pedas ni, buatkannya lebih western sikit, hahhaa, rasa manis, manis, masam. Tapi bagusnya, buah tuh, pergh memang sedaplah. Habis kena bedal, dengan teknik masakan yang betul, memang cun punya. So hari ke 4 kali ini, cabaran Zespri diteruskan lagi dengan masakan Asam Pedas, hahaha, hentam jelah resepi tuh, perghhh sedap 1!!!

Lagu Dondang Sayang

Hahha, sekali VLOG di bawah kali ini, temanya tentulah dondang sayang, Melaka punya, terasa macam orang lama pulak, lepas tu dengan feel lagi lagu yang gua cari kat internet ni. Hoo, Metallica pun kalau dengar tentu menangis punya . Oklah jom kita layan video makan makan kitorang kat bawah ni. Cabaran ke empat puan Ainul Mustafa !!!!






08/09/2013

Nampaknya, kalau menjadi, dimudahkan urusan oleh Allah swt, team kami Rumah Mesra Ceria (RMC) akan adakan kelas VLOG yang pertama, satu kelas hands on yang boleh memberikan impak marketing kepada family RMC semua. So dalam kelas ini, upline saya yang cun Hadhatina dan gagah perkasa MKB akan jadi pengajar jemputa khas untuk memberi tunjuk ajar kepada family RMC untuk memanfaatkan kuasa pemasaran video. VVIP terunggul Shareza @ mamafaiz akan menjadi pemerhati dan join sekali the club, thank you kak cerry.


Master MKB dan Hadhatina, YOURSUPEMOMHD

1) Tugasan

Peserta family sudah diberikan tugasan VLOG , rakam apa sahaja video selama 2 minit, dan upload di facebook group RMC, dan video tersebut akan dikomen oleh vvip kita Master Hadhatina dan Kamarul. So di sini , tujuannya adalah untuk peserta merasai sendiri pengalaman membuat sendiri vlog masing-masing

2) Pertama Kali

Apapun, tentu nanti perasaan sukar kerana sebelum ini, belum ada lagi kelas hands on begini. Tentunya lepas review video, akan ada sesi Hands On, melatih pengacara, kameraman dan cara bercakap dengan best, membuat skrip, yang akan di bimbing oleh Master Hadhatina

3) Teknikal

MKB akan turut juga membimbing dari segi teknikal, tentu juga akan share serba sedikit alatan yang boleh digunakan untuk memantapkan vlog kita

Apapun , jom kita layan tips VLOG ringkas dari MKB di sini, tentu sekali anda ingin tahu peralatan yang ada untuk YOURSUPERMOM HD,  

Jika anda berminat, boleh hubungi kami 
Ainul 0133612717
Jiha  0123807024



07/09/2013

Tak sangka, banyak pula video untuk Mascel special untuk mommy Hadhatina dan MKB. Hoo, akhirnya, pagi tadi, siap juga video teakhir, episod terakhir, dalam ruangan terjah . Kalini, siapa yang datang, kami terjah sorang sorang. Selain itu juga, saya ada buat video untuk the making of mascel, penampilan istimewa Master Lyna Noh . hoo, banyak juga video yang keluar time ni.  So apa yang menarik tentang video ini ?


Faiz Saaid

1) Penyayang - nampaknya mostly semua orang kata mommy penyayang, tapi kekadang tu garang dan tegas 

2) Suka buat - mkb pula bak kata master Azmie Kassim, ialah jenis yang akan buat, tak suka cakap kosong, cakap je terus buat !!!

3) Lyna Noh pun tak pernah jumpa dan kenal Hadhatina, sampai time masa kelas Euphoria haritu. Hoo baru tahu itu downline dia. Nak tunjukkan, Mommy boleh kerja sendiri, tak perlu upline suruh buat !!!

4) Ramai yang terlibat dalam video ni ialah geng SUPERMOMS , termasuk lyna dan zainul

5) Azmi kassim, hanif, dan shaggy, kata dulu MKB Playboy ?

6) Semua lagu dalam video kali ini maybe tribute untuk R Azmi, dari lagu memikat hati, pak hitam, dan senyuman yang manis.

7) Nampaknya kalau tgk reaksi mommy dan mkb, still rasa surprise lagi sebab content video ni yang segar (bangga diri jap) !!!


Oklah, tanpa membuang masa, jom kita layan video TERJAH CINTA di bawah !!!









06/09/2013

Apalak aku menyampuk ni, hahaha, takpa ini mahu tolong promote cerita. Wife saya telah berjaya mendapat jemputan dari Edelman , tolong promosikan kehidupan kiwi selama 14 hari, cabaran tu, nak kena update blog selalu tentang Kiwi. oklah, saya macam biasa, selain update blog, selalu juga akan buat vlog tentang apa sahaja aktiviti kami. oklah, apa yang menarik pasal 14 hari cabaran ni 

Zespri kiwi fruit

Resepi dengan Kiwi Zespri

Mungkin dah ada dah rancangan puan Ainul nak bikin apa nanti, tapi pagi tadi dah pekena Kiwi Fruit dengan Cinch Shake, sedap woo, ada plus ESP sikit. Rasa lain, dan berkhasiat. Tapi kang nanti orang hentam, kan ada hadith kata tak boleh ambil buah dengan susu, hehhe, takpa itu hadith palsu !!

Vlog Kiwi

Oklah, gua macam biasa akan mengedit vlog untuk aktiviti sepanjang 14 hari cabaran ini. OKlah, aktiviti kat pejabat Edelman pun ada, so kita layan dulu video jemputan ke ofis Edelman, nanti kita akan ada vlog resepi pulak. Ok, Selamat Hari Jumaat !!!





SELAMAT BERJAYA AINUL MUSTAFA !!!!




05/09/2013

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu buat, termasuk dengan ada aktiviti lain dan masalah takda air dan sebagainya, dapat juga menyiapkan liputan penuh Master Celebration Hadhatina Abdul Halim dan Mohd Kamarul Baharin. Mommy dan daddy kami dalam Supermoms dulu kerjanya buat liputan macam ni, dulu kak cerry dan wak dan alom. Nampaknya tugasan secara jayanya kami ambil cabaran untuk membuat satu kelainan dalam liputan tersebut. Hahhaha, nampaknya siap juga, di harap dapat improve lagi lepas ni dengan gajet yang lebih bagus.


edit video

04/09/2013

Hoo, lama dah tak cerita pasal ESP shaklee untuk kurus. Tapi kalau ikut trend masa kini, ramai dah berjaya dah dengan Shaklee ini. ESP punya pasal, kurus, gemuk, cantik , gebu, berpantang, susu banyak, semua ESP shaklee boleh balun. Kiranya bestlah kan, nanti hadiah anivesery korang yang berseri-seri, hadiahkan si dia ESP, tak kisahlah suami nak bagi isteri atau isteri nak bagi suami. Oklah, sebelum ni, ada orang tanya aku kat nuffnang ni, cara minum ESP untuk kurus, hoo ok, ada dik caranya.


protein kuruskan badan

02/09/2013

Nampaknya para penyokong anda tak berjalan keseorangan YNWA bersorak gembira kerana pasukan kegemaran mereka telah menang menewaskan musuh tradisi setan merah yang dibimbing oleh pakcik moyes. Kiranya, habis Man U kena pantau dengan Liverpool. Hahhaa, tapi yang paling best dalam liga melayu tentunya beberapa pasukan pilihan yang sudah kena tendang awal. Gergasi merah terus dirundung masalah, ada yang kata bookie, ada yang kata pemain dapat offer, ada yang kata pemain kena kawal, maki hamun,tak puas hati dan sebagainya. Oklah, dalam nak membincangkan benda benda yang  tak akan setel ni, jom kita tengok kriteria pemilihan pemain bola sepak yang ada dalam dunia ni !!!


jurulatih bola sepak terbaik

Entry dari hasil carian keywords, bunyinya macam raja lawak, tapi takpa, sebab nak memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang nak sangat guna VIVIX, jom kita tengok apa yang boleh korang dapat dengan ambil vivix ni. 


vivix bagus