Blog Orang Selangor

31/08/2013

hooo, bila kita kata Vivix dan ESP ni, ianya satu produk hot Shaklee yang korang patut cuba, dan cuba. Macam mana nak rasa muka lawa, awet muda, gebu, dan tak juga nak rasa hidup kembali, nak pulih dari penyakit tiga serangkai ? Kenalah cuba VIVIX, yang memang berkesan dari dalam, untuk membaiki DNA dan seterusnya membuatkan anda lebih sihat. Jom kita tengok di bawah manfaat 2 produk di bawah ni, ESP dan VIVIX.


vivix shaklee

30/08/2013

Salam sejahtera, Alhamdulilah, hari jumaat lagi datang lagi, esok menyambut tahun ke 56 Malaysia tanah air tercinta merdeka. Oklah, hari rabu lepas pada 28 ogos 2013, wife saya Ainul Mustafa telah dijemput untuk membuat sesi sharing produk Shaklee, kiranya ceritakan testimonial dan kepuasan menggunakan produk Shaklee. Oklah , untuk mengisi ruang kosong masa sambutan hari raya Shaklee, jom kita tengok set kurus yang boleh korang cuba


set kurus shaklee

29/08/2013

Terima kasih Irfan Bakti yang telah bersama-sama Selangor selama 2 tahun, membimbing pasukan Selangor dalam kancah liga tempatan. Skuad Gergasi nampaknya terlebih makan kuih raya, lemang, sampai habis kena tapau dengan Sime Darby 3-0. Apapun, sikap Irfan bakti untuk mengundurkan diri sangat sangat aku puji, dia bertanggungjawab atas kelemahan dan kemerosotan pasukan Selangor. Nampaknya pengurusan FAS tentu nak mencari bintang-bintang baru, dan jurulatih baru. Oklah jom kita tengok beberapa gosip panas yang keluar kat facebook baru-baru ini 


Irfan,Bakti,Letak,Jawatan,Selangor,bolasepak,sukan
Irfan Bakti


Sathianathan Bakal Ganti Irfan

Jurulatih tentera , kelantan dan Malaysia ni, dikatakan antara calon yang bakal gantikan Irfan di Selangor. Kiranya antara jasa terbesar Sathia ialah tentunya membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia. Dulu juga Sathia pernah menjulang piala ketika Pesta Bola Merdeka. Tapi sejarah menunjukkan kekejaman FAM yang menghukum Sathia 6 bulan kerana hanya mengkritik jadual perlawanan. Ayat paling gua ingat sampai sekarang tentunya dia kata "Pemain Kelantan Lembik "

Selangor Akan Bawa Pemain Bintang ?

Hahhaa, aku tergelak besar, nampaknya pasukan Selangor betul -betul percaya bintang-bintang boleh selamatkan mereka. Aku sedih sekali, kerana di mana pelaburan Selangor selama ini ? Ke mana duit -duit yang pergi ? Aku sedih sekali kerana tiada bakat-bakat baru anak Selangor yang boleh menggalas tugas untuk mewakili Selangor. Kiranya nasib baik Mahali Jasuli nak main dengan Selangor kerana idolanya Azman Adnan. Stadium besar yang keramat, kosong dan terus kosong, time game best je baru penuh. Macam mana promosi yang FAS buat ? Apa yang FAS buat selama ni ? Bagi aku , skuad 1995-1997 memang terbaik, aku rasa time tu memang banyak gila bakat baru yang Selangor gilap, dan berjaya menggondol Piala Malaysia , beserta dengan management yang baik. Tapi zaman sekarang, aku akur, bolasepak kita tiada yang dominan, kejayaan 32 kali, bukanlah penentu kepada kekuatan Selangor !!

Pentingkah MISI -33 ?

Bagi aku, sudah tiba masanya Selangor pandang ke hadapan. Cuba tengok kepada syarat terbaru kepada kelayakan AFC Cup. Hanya juara Liga Super dan juara Piala FA sahaja yang boleh bermain di AFC Cup. Aku lebih suka Selangor fokus untuk membentuk skuad terkuat di rantau ASIA. Ini penting untuk kemajuan bolasepak negara sendiri. Sudah tiba masanya, maybe Piala Malaysia, Piala FA, kita boleh guna untuk mengcukil bakat-bakat baru. AFC Cup. Bersediakah Selangor untuk membentuk batu asas baru bagi bolasepak negara ? Sudah masanya Selangor mencari dan terus menggali bakat baru bolasepak, sekurang kurangnya berusia dalam 19 tahun ke atas, kerana mereka ini akan berjaya menjadi Nadi baru bolasepak Selangor. 
\

Pendapat hanya Pendapat

Macam biasa, ini hanya pendapat aku. Selangor sudah tiba masanya untuk membina kembali batu asas bolasepak Moden, dan bukannya mengharapkan Sejarah Mokhtar Dahari, Arumugam, dan 32 kali menang Piala Malaysia. Caranya mudah, LUPAKAN KEJAYAAN SILAM, dan BINA KEMBALI BATU ASAS BARU. Dulu KRU buat lagu untuk Selangor, sekarang, hanya Tasha Shilla je yang sayang Mahali selangor, artis lain, hmm, jarang nak pakai Jersey Selangor. Kalau JDT tu, berlambak !!!

Pesanan TERAKHIR , TURUN STADIUM !!!!



27/08/2013

Hooo, soalan ni , memang popular dikalangan pengguna-pengguna tegar shaklee, baik yang menjual, baik yang nak kurus, ibu berpantang, mengandung dan sebagainya . Oklah, saya dah lama orang tanya benda ni kat blog saya, tapi takpalah, asyik sibuk sikit dengan VLOG dan macam-macam aktiviti raya, so bolehlah lepas ni kita nak bincang sikit pasal ESP lawan Cinch ni. So, kalau orang tanya ESP atau CINCH ? anda nak yang mana ? mana yang lagi best ? Ok lah sebenarnya sebelum ni pun, saya dah panjang lebar diskuss pasal benda ni, tapi takpa , jom kita tengok lagi apa yang patut dan yang tak patut


cinch shaklee

26/08/2013

Rabu lepas, sebelum majlis besar-besaran master hadhatina dan kamarul mkb, saya sempat singgah di Wasch Das Auto, yang bertempat di wangsa melawati. So, aku memang dah laman tak jumpa Hazwan Mohd Nor @ Balang. Mahu jgk aku nak jumpa orang kuat Manifesto Versus ni. Hahaha, apapun, aku tungggu lama, sambil tu aku try jugak nak cuci kereta kat sini.


wasch,das,auto,center,car,wash,wangsa,melawati,kuala,lumpur,
wasch das auto center

Apa yang best ?

Macam biasa lah, tempat cuci kereta, macam-macam boleh buat, aku time tu, cuci biasa je, plus cuci cushion belakang aku yang dah berhabuk dek kerna anak ku yang rajin bebenor makan biskut dan bagi tumpah air dan macam-macam lagilah. Apapun, memang best kat sini, kalau korang jalan depan sikit, ada satu tempat asam pedas gerai-gerai sedap punya. So ada juga offer lain, yang korang boleh daftar tentunya ialah  yuran bulanan, tiap tiap hari boleh basuh, agak murah juga, kalau korang nak tahu, boleh terus contact owner Hazwan di 013-3524592. Alamat nye di 19, Jalan Wangsa  Melawati 4,Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.


snow,wash,wasch,das,auto,wangsa,melawati
kesan khas snow wash


Cerita Manifesto ?

Apapun, tak sah kalau gua tak sembang pasal perkembangan MANIFESTO VERSUS TV9, nampaknya, selepas mereka menang, mereka dah mula bergerak, mengorak langkah kehadapan lagi.  TOMOK dan rakan rakan nampaknya semakin serasi, dah makin power, katanya akan ada lagu khas untuk merdeka ni ? Oklah kita sama  sama  saksikan. Apapun, jemput baca juga ye, beberapa post aku sebelum ni tentang ke mana arah tuju band  Manifesto ini,  gabungan TOMOK dan MODREAD. Aku mendoakan all the team tomok,fami,azri,shapiq,john dan ainul, semuanya sukses dan berjaya  mewarnai dunia seni muzik dunia !!!



25/08/2013

Sekali lagi, semalam saya dah kepenatan mengambil beberapa footage dan gambar penting, bekerjasama yoursupermomsHD dan ainulmustafaHD untuk menjayakan lagi Master Coordinator Celebration mommy Hadhatina dan Mkb. Bertempat di Empire Subang Hotel, kami datang awal sejak dari pukul 12 lagi, hahaha, nampaknya, saya ada juga mengambil beberapa gambar untuk the making dan beberapa gambar untuk segmen terjah. Oklah, semalam antara master coordinator celebration yang paling meriah, mungkin sebab aku buat kerja sikit rasanya hahaha !!!

hadiah,gambar,master,hadhatina,kamarul,mkb,shaklee, business,
Hadiah untuk Master hadhatina dan MKB

Hadiah dan Video Kejutan

Alhamdulillah semalam sempat juga team Supermoms berjaya membuat surprise kepada mommy dan mkb untuk video presentation dan hadiah frame gambar kat atas ni. hahhaa, memang sempoi lah korang sume !!! Apapun yang penting kuatkan siraturahim antara kita, ini adalah rahsia murah rezeki yang paling tak masuk akal, tapi menjadi !!!

VLOG bakal menyusul

Apapun vlog rasmi bakal menyusul, jangan lupa, kami sedang nak buat yang terbaik untuk anda. harap-harap dengan sedikit tunjuk ajar mkb dan mommy, kami dari Ainul Mustafa HD dapat buat Vlog yang terbaik untuk anda, memang sukar juga ye nak buat Vlog, semasa buat video presentation tu barulah terasa macam mana mkb buat video editiing, gila kencang. Apapun, team supermoms banyak membantu dan bekerjasama untuk VLOG kali ini. Untuk hari ini, jom kita saksikan beberapa kejadian yang berlaku semalam, dan paling best tentunya video Master Azmie Kassim yang tak sedar kena rekod aksi Silatnya hahaha.







23/08/2013

Salam sejahtera, lama kita tak jumpa. Biasalah, minggu ni ada sibuk sikit, heheh. Apapun, nanti saya dan wife akan ke Master Celebration upline kami, Hadhatina dan Kamarul MKB. OKlah, untuk pengetahuan anda, master celebration ni khas untuk master-master Shaklee yang baru naik rank master coordinator.HEheh, dulu pernah pergi yang first, masa tu master kak cerry dan iffah punya. Layan woo, lepastu pulak master Lyna dan Zainul, hoo, power power !!! Oklah, apa yang anda dapat jika pergi sana !!!


master coordinator shaklee

21/08/2013

Nampaknya kemeriahan bola sepaka Malaysia diteruskan dengan bermulanya pertandingan Watson Piala Malaysia 2013, di mana 16 pasukan bertanding merebut piala berprestij ini. Hhahaa, sekali lagi, gua tak mahu ulas panjang, sebab semalam sahaja, banyak pasukan membuat kejutan, antaranya JDT tumpas di Shah Alam, Tentera kena bantai dengan Sime Darby dan sebagainya. Oklah, apapun, piala malaysia ni, gua nak ulas pendek je beberapa isu yang terdetik di hati gua !!!

piala,malaysia,2013, sukan
Piala Malaysia 2013


Tiada Pasukan Pilihan ?

Memang, aku rasa kali ini, tiada pasukan pilihan, kerana nampaknya konsisten setiap pasukan kita tidak nampak, dan tiada juga pasukan yang betul-betul dominan. Semalam Kelantan juga tidak berada pada prestasi sebenar, dan hanya mampu seri dengan Pahang. Selangor pula lesu di Pasir Gudang. Apapun, Sime Darby, T-Team, Perak bermula cemerlang, dan tak lupa Negeri Sembilan yang berjaya menundukkan wakil pantai timur semalam. Apapun, kita tunggu lagi perlawanannya seterusnya !!

Betul ke Piala Malaysia Tak di Iktiraf ?

Hahha, yang ni gua terbaca beberapa komen di facebook. Sebab tiada format piala yang ada liga dan kalah mati. Biasanya pun kita tengok Copa Del Rey , FA Cup, semuanya bermain secara kalah mati, dan berjalan serentak dengan Liga. Dan ada sebab kita perlukan jalankan serenta supaya kita dapat bermain dengan perlawanan yang banyak, dan dapat juga bagi orang lain main !!!

Stadium Shah Alam Venue Final 

Kalau dengar berita pagi tadi, FAM dan hantar surat rasmi untuk venue perlawanan akhir untuk saingan kali ini. Tak dapat lari dari isu masalah padang Stadium bukit jalil dan barcelona yang komplen, padang SNBJ sungguh teruk sekali, hahaha. Bajet dulu nak tutup, tapi banyak benda yang teruk , ianya terus melambangkan pembangunan dan ranking bola sepak kita !!!

Ke mana Hala Tuju Bolasepak Kita ?

Ramai tak ambil port, bahang piala malaysia, ramai juga member lebih layan EPL, La Liga, dari nak menontong azamudin akil beraksi, amri yahyah, piya. Paling mengecewakan sekali ketika 2012, di mana dalam skuad AFF 2012, berapa kerat je pemain Kelantan yang ada, sedangkan Kelantan tahun lepas ialah juara TREBLE, hahahaha, jadi nampaknya, Piala Malaysia hanya syok sendiri rakyat Malaysia, tiada mendapat liputan, dan belum pasti melahirkan bakat-bakat baru bola sepak negara. Sekian sahaja dahulu, banyak lagi nak cerita ni, terutama hala tuju MISI 33 Selangor !!!!

19/08/2013

Orang sekarang ni suka sangat pasal viral viral ni, tak juga pasal virus virus yang ada dalam dunia ni. Viral ni benda yang mudah orang nak cerita, jadi merebak, orang duk sibuk cerita pasal viral ni. So kalau nak korang punya page facebook menjadi viral ,viral dan terus viral, ada beberapa tips yang boleh kita amalkan, hahaha. Ok yang ni aku ada cedok sikit sikit teknik orang lain yang betul betul berjaya.


viral like facebook fan page

17/08/2013

Salam sabtu semua sekali rakyat Malaysia khususnya yang membuat kuih raya. Kisah awek saya Ainul Mustafa yang buat kuih time bulan puasa haritu dah keluar metro, hooo, terbaiklah, siap anak shaklee dia yang upload, nampaknya time tu kami sebenarnya agak sibuk dengan urusan adik yang masuk hospital, adik awek aku. Jadi dalam time time tu pun, sempat kami melayan dan membeli surat khabar metro yang penuh gosip dan sensasi hahahha !!!!

ainul,mustafa,metro,planta,kuih,raya,anak,yatim,shaklee, business,
Ainul Mustafa Metro

Selain itu juga, korang boleh juga menyaksikan playlist video semasa aktiviti ini berlangsung. Sempat juga aku buat Vlog khas untuk program ini. Nampaknya, inilah kali pertama projek VLOG aku nampak cool, walaupun camera ada goyang dan cara edit yang biasa-biasa je jejeje. Apapun semoga korang semua enjoy dengan vlog di bawah. Memang ada asingkan, termasuk sesi blogger hot macam ciklilyputih, kakinakl , mrjocko dan ramai lagi. ok Jom layan video di bawah !!!!









16/08/2013

Salam jumaat semua. Hari ini, semua abang-abang hensem nak pergi Solat Jumaat, tentunya kacak sihat dan bergaya, wangi mewangi seluruh alam. Hahha. Ambo nak cito skt, ada keyword lagi masuk blog ambo, adake dia tanya cara untuk berjaya dalam perniagaan ? Hoo, kito ni takdolah berjayo sangat, tapi Alhamdulillah, dapatlah raso naik keto baru. Oklah, gua nak bagi satu tips je dulu. Benda paling penting dalam berjaya perniagaan ini ialah BERANI !!!

berani,business,berjaya,perniagaan,dalam,cara,shaklee,duit,banyak
Berani tak korang ?

Berani tak korang ?

Aku ajak mu, jom kita buat business, pastu mu tanya, Business apa tuh abe ? Aku tanya ni business besar punya, kena keluar duit juta-juta, ribu-ribu. Hoo, kita pun takutlah itulah inilah, tapi dalam hati kata, mahu kaya. Kalau mu BERANI JADI MISKIN DULU, ada harapan nak berjaya dalam perniagaan, yakinlah pada rezeki Allah. Pengalaman, ilmu yang dikutip masa jadi MISKIN tu, akan buatkan kita pandai. Tapi apapun belajarlah dulu ye, bukan main rempuh je, tapi buat kajian juga, belajar dengan sifu macam abang jamal jugak. 

Berani tak Berubah ?

Berani tak berubah ? Orang lain hidup senang lenang, tak yah susah susah keluar sana sini, belajar itu ini, kita lagilah, berkorban duit, masa, tenaga, dan buat itu ini, sebab tahu, nak hasil lebih, kena kerja kuat sikit, tapi berani lagi tak menghadapi situasi sukar, itu pun kita tak berani, susahlah nak jadi orang hebat. Tapi janji Allah, setiap ujian Allah tu sesuai dan ikut kemampuan kita. So kita kerana berani, terus kehadapan. Ada mu berani ?

Berani tak Keluar Duit ?

Ni satu lagi masalah orang kito ni, semua benda nak free, nak cepat kaya, nak je keluar duit, tunggu jadi rumah, tapi malas gila, macam aku jugak malas, hahaha. Tapi hakikat nak business, memang keluar modal dulu. Tapi mu takyah keluar banyak banyak pun, tak perlu nak hutang sana sini. Mu start buat kecil-kecil dulu, belajar dulu urus duit semua, barulah nampak langkah berani dan yakin nak keluar modal lebih sikit. Takpun, paling senang mu join MLM macam Shaklee ni, keluar 65 ya je, barang semua ambil kat HQ. So mu berani tok nak keluar duit, nak belajar, nak cari mentor semuo ?

MU BERANI TAK ?

Ada berani, jom aku belanja mu nasi birayani, sambil sambil kita borak pasal business, hahaha, aku pun bukan kencang sangat. Kat luar sana, ramai tera-tera belako. Oklah, BERANI BERANI BERANI !!!!



15/08/2013

Salam sejahtera semua. Tak sempat nak update blog pagi-pagi, jawabnya saya update blog malam-malam. Alhamdulillah, adik ipar saya Dr Ainal Faezah, selamat melahirkan anaknya, kami sempat melawat mereka berdua di Hospital Tengku Ampuah Rahimah ,HTAR, Klang, Selangor. Ok, ni hospital paling legend dalam sejarah Malaysia, dan tempat lahir cik Mas dulu. Aku rasa dah lama aku tak pergi tengok hospital ni. Oklah, sebab Arreessa kan anak manja, bertuah duduk hospital DEMC yang macam hotel, so aku rasa Hospital Klang ni, cukup buat aku faham sesetengah golongan masyarakat. Oklah, ni macam aku tulis style Mazidul 360, mencari identiti masyarakat kita di sini


hospital,tengku,ampuan,rahimah,klang,htar,budaya,masyarakat, malaysia
Hospital Klang

Pentingkan Diri 

Aku faham, dan kita semua faham, kalau dah family kita semuanya masuk hospital, tentu kita susah hati, nak cepat, nak tengok, ramailah datang berduyun-duyun melawat. Tapi, aku tak nampak mereka ni hormat kepada golongan yang sakit atau golongan tua . Satu contoh yang aku tengok ialah mereka ni semuanya berebut nak naik lift, petang tadi, aku tengok lift tu macam sardin, kalau boleh nak sumbat semua, sampai orang dalam tak selesa. Aku tengok juga, diorang tak reti nak bagi orang yang sakit masuk dulu, tahu-tahu lift kosong terus serbu. Aku kesian juga pesakit yang duk atas katil, nak turung dengan lift, terpaksalak nurse berhimpit. Bagi aku, kita boleh respect pesakit dulu untuk gunakan lift . Bagi golongan yang muda, boleh guna tangga jika tiada apa-apa yang kritikal, kita boleh bagi golongan yang kurang upaya untuk guna lift.

Tandas Kotor

Satu benda yang paling aku tak suka, ye, masyarakat kita, memang suka Tandas KOTOR. Aku tahu, hospital ni dah lama. Tapi aku harap pihak tertentu, atleast, tolong bersihkan tandas, dan biarkan tandas tu nampak sempurna, berfungsi. Yang ni aku tengok, tandas kotor, pintu rosak. Aku tak kisah bangunan lama ke hapa, tapi yang penting, biarlah kemudahan kita ni, bersih dan terjaga. Kata kerajaan prihatin, tapi nampak gayanya, tak terjaga. Maybe diorang fikir yang datang ni semua takda duit, jadi kemudahan pun ala kadar je, 

Laluan ke Surau


Aku kesian juga, rasanya laluan ke surau amat jauh sekali, dan tiada jalan yang dekat dan mudah untuk ke sana. Aku cuba tanya nurse, dia pun cakap, surau kat luar, pastu tanya guard. hahaha, kalau orang tak biasa, boleh sesat. Laluan dia pun tak mesra. Kalaulah mak bapak kita, tak larat nak ke surau, ambil jalan yang sukar. Lepas tu pulak aku tak nampak satu pun petanda arah ke Surau. Mungkin negara kita ni Islam rasmi sahaja. Lepas ni maybe pihak hospital boleh mudahkan orang tua/kurang upaya mudah ke surau.

Hospital Baru ?

Hahaha, kalau banyak duit, oklah buat hospital baru. Tapi, kalau hospital baru pun tak terjaga, tak guna juga. Hospital Shah Alam pun, lambat siap, hahah, inilah dikatakan, masalah masalah dan masalah budaya yang melanda sekarang. Ok, kerajaan kata kita kena bersyukur sebab kerajaan dah bagi semua ini dan ini. Aku cuba beri pendapat,sebab aku tahu, kita nak melangkah ke negara maju. So tak kisahlah, bangunan lama ke baru, tapi biarlah kita jadi orang yang beradab, dan bukannya pengotor !!!




14/08/2013

Alhamdulillah, hari ni raya ke 7, tentunya ramai dah kerja, dah mulakan kerja. Jadi tentu nak meneruskan mencari rezeki, nak simpan duit beli barang keperluan dan juga nak bayar hutang-hutang dan bil-bil. Bak kata rezeki anak Arreessa, confirmlah dapat duit raya dari saudara-mara dan juga kawan-kawan. Apapun semalam saya bawa Arreessa untuk tukarkan duit raya Arreessa menjadi Emas 1 gram Amsyiq Gold. Ada yang simpan ASB, ada yang menabung, hehehe, terpulang kepada anda.


duit raya emas

13/08/2013

Salam sejahtera semua. Saya hari ni pergi 3 buah rumah saudara mara, hoo penatlah, memang penat. Tapi kepuasan tetap ada, sebab dapatlah saya bersama-sama adik-beradik beraya sakan hari ini. Oklah, saya pun dalam masih nak bekerja, saya nak sediakan satu testimonial khas, pastinya update terbaru kurus dengan Shaklee. Hehehe, semua orang pun dah tahu kan. Ramai dah Shaklee kat luar sana. Oklah, bagi yang berminat, jom kita tengok kakak cun kat bawah ni. Katanya dia ambil ESP, Lecithin, Alfalfa dan Omega Guard. ok jomlah kita ulang kaji sikit topik ni.


kurus,shaklee,esp,omega,lecithin,alfalfa
Kurus dengan Shaklee

1) Alfalfa

Raja segala tumbuhan ni, bagus untuk total kesihatan anda. Kalau nak dikira dari aspek kuruskan badan, Alfalfa ni bagus sebab boleh mengawal makan minum kita. Wife saya katanya sejak ambil Alfafa, makan sikit pun dah kenyang. Ini bagus untuk sesiapa yang nak kuruskan badan ok .

2) Lecithin

Heheh, produk hot shaklee ni, kalau nak dikira, banyak juga khasiatnya. Tapi kalau korang nak bajet 100 je, ambil Lecithin dan alfalfa dan power, boleh memberikan keputusan yang baik. Boleh refer link yang saya bagi untuk khasiat lecithin.

3) Omega Guard

Hooo, kuasa minyak ikan, Omega 3 , memang terbukti untuk kesihatan. Macam bapa saya cakap, ikan memang banyak khasiat. Omega 3 ni lemak yang boleh bakar lemak. Sebab tu, korang tengok orang yang makan ikan, pantang makan ayam, badan ok je !!!

4) Energizing Soy Protein (ESP)

Hooo, nak mantap segalanya mantap, memang ESP lah, Asid Amino memberikan tenaga untuk kita cergas, buat rasa tak makan banyak, boleh juga dijadikan sebagai meal replacement, campur juga sikit dengan CINCH, memang superb. Nak rasa badan gebu, kulit lawa , ambillah ESP 



11/08/2013

Salam sejahtera semua, Selamat Hari Raya kepada sanak saudara dan para sahabat di luar dan dalam alam maya ini. Tahun ini saya buat kali ketiganya beraya di gerik bersama wife puan Ainul Mustafa. Cumanya kali ini, dapat merasa bawak kereta baru balik beraya, rasa lain sikit masa balik. Hahha, tahun ni, ada orang kata tak meriahlah dan sebagainya. Tapi dalam sibuk balik raya ni, oklah dalam masa 5 tahun ni, aku rasa aku perlu juga komen serba sedikit tentang beraya kat Kampung Tawai ni. Oklah aku nak mulakan dengan bismilah !!!

raya,gerik,2013,kampung,aman,perak,
Raya Gerik 2013

Rumah Kena Pecah Lagi

Teruk rumah kat Gerik, tahun ni dah 4 kali kata Ayah, hoo, apa nak jadi sekarang ni ? Dari dulu kini dan sampai bila bila, memang rumah kena pecah je ke ? hmm, tapi itulah rasanya bila rumah kena tinggal, asyik kena pecah je. Apapun, rumah ni memang jauh dari rumah saudara yang lain, agak ke dalam. Jadi mayber sedara mara yang lain sukar nak tengokkan. Macam dah adat ke, kalau rumah kosong tentu kena pecah ? Tahun ni pulak jenayah makin menjadi-jadi, sampai aku tengok kat facebook tadi pun ada orang siap boleh rekod video orang rompak kereta waktu siang. Apa dah jadi ni ?

Jalan Masih Gelap

Aku tak pastilah, maybe sebab ni kawasan kampung, maknanya tak perlu lampu ? Berapa lama dah, pembangunan kat sini, masih slow lagi ke ? Aku tak faham, sepatutnya dah 5 tahun aku ulang alik gerik, aku rasa sepatutnya lampu jalan dah banyak, terutama di kawasan yang memang jadi tumpuan. Tapi , still merbahaya bagi aku, ok maybe orang sana dah biasa, jadi aku terpaksa biasakan diri AKU ?

Internet Laju Gila

Oklah, rumah ni tiada fix line, streamyx pun dah terminate, aku haraplah line 3G sini akan meningkat, tapi silap lagi, still  4 tahun sejak aku kahwin, nampaknya, macam ni lah jadinya, takda apa pun, kat sini line internet masih slow. Celcom dan Maxis, setakat nak update facebook lepaslah. Hahha, aku tak faham lagi, ok mungkin kawasan ni tak penting, jadi tak perlukan internet 3G yang bagus kat sini ? Aku rasa macam bercuti, tak leh nak update blog langsung, kerja stop, masa untuk tido dan tengok tv1 dan tv2, sebab astro pun terminate.

Sungai Makin Terbiar, Bosan gila

Ok, lagi aku rasa nak menyampah, kat mana orang yang nak jaga kawasan Sungai ni. Aku dengar juga katanya Zamri nak mantapkan industri pelancongan kat Perak, tapi bagi senang je, paling basic, ialah jagalah kawasan Sungai, sebab tak guna nak buat benda-benda baru, ianya tak akan menarik. Ok, aku faham, nampaknya ianya hanya sungai belakang rumah sahaja, tak mendatangkan hasil yang lumayan untuk kerajaan Barisan Nasional negeri Perak.

Transformasi ?

Hasrat aku, aku nak ubah kawasan kampung, nak jadi orang kaya, nak majukan kawasan Gerik. Aku rasa Gerik adalah tempat strategik kat Malaysia ni, bayangkang ianya sempadan dengan Kedah, Kelantan dan Siam. jadi sepatutnya, Zamri kenalah jaga Gerik, sama macam Tajol jaga dulu. Tapi, ok, ianya kawasan kampung rasanya, jadi takpalah, biarkanlah Gerik begitu sampai bila-bila, maybe aku hanya berangan-angan jenin nak jadi ORANG KAYA !!!




07/08/2013

Salam sejahtera semua, Alhamdulillah, sekarang ni, barulah dapat naik pangkat dalam Shaklee, dah setahun pulun, akhirnya dapat juga. Oklah, untuk kali ini, seperti biasa, saya akan tengok library keyword saya, ada pulak yang tanya saya, macam mana nak naik pangkat dalam Shaklee ini. Ok, nak naik pangkat tak susah pun. Kenalah rajin usaha sikit, apapun meh saya cerita sikit pasal naik pangkat dalam Shaklee ini.


business paling mudah nak mula

06/08/2013

Salam sejahtera semua,ok kali ini, nak 2 hari sebelum hari raya (ikut jangkaan). Kalau ikut lagi keyword nuffnang aku, ada orang sibuk tanya pasal otot sasa semua ini. Kalau tengok hero idaman Amerika, zaman Anorld Susah Nak Eja, memang badan kental, tu yang boleh jadi hero, pukul orang jahat semua. Tapi kalau korang tengok cerita 300, tu semua 6 bulan dah dapat badan sasa, hahha, tapi 300 yang betul, jangan pulak tengok 300 parody puasa tu, kalau puasa sebut Ho YES !!!Oklah, sempat pulak tukar topik. Ok, sekarang ini marilah kita berbicara serba ringkas 6 suplemen penting, yang aku cedok khas dari link ni.

protein terbaik

05/08/2013

Salam sejahtera , pagi isnin yang indah ini, tentunya ramai yang nak teruskan program diet mereka. Ada yang sahur dengan kurma sahaja, tak lupa juga bebudak shaklee ni, sahur dengan ESP dan CINCH, Performance Drinks dan sebagainya. Kiranya macam-macam resepi boleh buat untuk anda sekeluarga, janji SIHAT. OKlah, hari ni nak borak-borak sikit tentang satu topik khas, saya rasa ramai tahu dah, pasal kurang makan nasi ni, bagus ke tak bagus ? boleh kurus ke ? ok jom kita tengok.


kurus makan nasi

04/08/2013

Salam sejahtera, dah nak raya dah ni, puasa macam mana ? Ramadan tinggal secebis 2 lagi ni, banyak masa kita boleh baiki diri kita. Ok jom, saya rasa, dalam banyak banyak iftar ini, Iftar kali ini penuh sejarah, dengan terkumpulnya leader-leader hebat RMC, dan saya rasa inilah kali pertama Iftar group kami diadakan. Rasanya tahun lepas, kami berdua iftar dengan Hadhatina dan rakan supermoms yang lain. Alhamdulillah, pada tanggal 3 Ogos 2013, RMC berjaya membuat satu lagi aktiviti merapatkan Ukhwah !!!

iftar,rmc,shaklee,putrajaya, mr,kebab,nasi,biryani,
Iftar Pertama RMC yang gila gila Arab

Restoran Mr. Kebab dan Biryani, Presint 15, Putrajaya

Bertempat di Putrajaya, Zana telah berjaya membuat tempahan last minit katanya, dan akhirnya berjaya dapatkan tempat untuk kitorang makan sampai lebam nasi arab dan air buah-buahan. Kali ini, menu arab macam iftar dengan Haji Roslan haritu, tapi takdalah buffet. Ok, contoh makanan yang ada boleh tengok kat bawah ni. Tempat ni dah ambil sampai 5 kedai, sebab terlalu power dan popular, memang ramai gila orang kat sini, tentunya warga Putrajaya dan orang luar juga ingin menikmati juadah berbuka pak Arab yang sedap !!!.

iftar,makanan,kanak-kanak,putrajaya
Makanan kanak-kanak 

Dapat Hadiah

Hahaha, iftar kali ini, kitorang bagi hadiah sikit kepada pejuang-pejuang RMC yang buat sales meletup bulan ini, termasuklah juga beberapa efektif leader yang berjaya. Alhamdulilah, nampaknya semuanya bersemangat jawa selepas balik, ok, nampaknya, ramai lagi yang akan naik rank baru bulan ni, Alhamdulillah. 

hadiah,rmc,skor,business,sales,shaklee,
Nak menyampuk juga bagi hadiah

Rapatkan Siraturahim, Kukuhkan Ukhwah

Apapun setiap yang hidup tentu akan meninggal dunia, buat group kami RMC, ingatlah pesan kami, jaga hubungan baik sesama kita ok !! Selamat Hari Raya !!!

03/08/2013

Salam sejahtera, sepatutnya entry ni dah update hari khamis, tapi atas sebab semalam pun dah sibuk dengan sesi coaching kak cerry, oklah, time ni nak update sikit aktivit hari khamis, 1 ogos 2013. Saya haritu nak tukar duit kertas RM 1, yang dikumpulkan, dan akhirnya bolehlah beli 1 gram emas Amsyiq Gold. Time tu pulak, penasihat Amsyiq, Syeihkul Maqari Haji Othman Hamzah. Tak sangka pulak, dia ingat lagi muka aku, sebab aku pernah buat video macam mana nak beli emas 1 gram dengan menukarkan sampah jadi emas. Haritu, tak disangka, aku dapat menuntu ilmu persilatan emas dengan Haji Othman. Lama juga aku borak, hoo .



01/08/2013

Hahaha, kalau ikut keyword nuffnang dan blogger aku ni, semuanya dok cari perkara nak LIKE ni. Antara benda terpenting dalam business online ialah jumlah LIKE yang berkualiti. Aku rasa, sebenarnya teknik menjemput like ni, kenala tanya beberapa sifu terkenal, bolehlah korang tanya abe jamal, abe faisal, dan lain-lain lagi yang sungguh handal, dan yang mengaku handal (macam aku) untuk ajar korang teknik dapat LIKE banyak dalam SEBULAN, SEMINGGU , SEJAM . Oklah, kali ini aku nak share kat korang bagaimana nak jemput rakan anda yang lain like fanpage anda di facebook. Ok macam biasa tajuk ini adalah hasil carian keyword nuffnang yang singgah blog aku !!!


fanpage facebook banyak like