Blog Orang Selangor

30/06/2013

Salam sejahtera semua, saya tak tahulah kenapa hari dua tiga semalaman, terkena penangan jerebu, terus hilang idea nak tulis blog, walaupun dah beratus rangka kerja telah dijana dengan kuasa SEO dan nuffnang. Tapi tadi, selepas menonton perlawanan akhir Piala FA 2013, aku rasa ada satu kesedihan yang menyatakan bola sepak kita tidak menang, walaupun Kelantan yang menang. Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Kelantan, kerana menjadi pasukan ketiga menjuarai piala ini 2 kali berturut-turut, selepas Kedah dan Kuala Lumpur. Ok, mari kita mulakan , kisah tersirat di sebalik bahang Piala FA ini.

kelantan,juara,piala,fa,2013,shaklee,fuh,apek,bola,sepak,
Kelantan Juara Piala FA 2013 (kredit fuh)

Badhri Radzi - Terbaik Dalam Malaysia

Semakin lama Piya dapat bermain dengan Kelantan, semakin power kita dapat lihat, bagaimana hantaran maut Piya yang dapat membaca pergerakan Farhan, seterusnya menjaringkan gol kemenangan buat TRW mengekalkan trofi di bumi Cik Siti Wan Kembang. Ternyata, Shakir dan Badri bertindak baik sebagai penghubung kawasan tengah padang yang terbaik setakat ini di Malaysia. Amat mendukacitakan pula, bila Badri sejak cemerlang bersama Kelantan, tidak pula di pilih mewakili Malaysia, dan sekarang ini, Badri terpaksa pulak bersaing dengan Safiq Rahim, yang ternyata jauh merosot dan menunggu masa untuk ditendang dari Skuad Harimau Selatan.

Indra - Otai Masih Berbisa

Tersirat lagi di sini, di mana kedudukan Otai Indra Putra, diangkat Bojan Hodak sebagai pemain terbaik dalam 15 tahun bola sepak Malaysia. Indra ternyata masih berbisa, sentuhan makin tajam, walaupun tenaga makin berkurang. Tapi nyata, PENGALAMAN, adalah guru sebenar kepada ahli sukan, terutama bola sepak. Indra adalah wira Kelantan yang menjulang Piala Malaysia tahun lepas. Tetapi sayangnya, Rajagopal tidak menyenaraikan Indra, sebaliknya memilih Otai lain seperti Amri Yahyah untuk mengisi bahagian serangan pasukan Malaysia. Satu lagi kesedihan di sini ialah, di mana kualiti pemain muda kita, yang nyata tidak dapat menunjukkan aksi yang baik, berbanding pemain lama seperti Indra, Amri, Sukor, Hai-O, Badri. dan yang lain. Pemain Otai telah menunjukkan kepimpinan yang baik kepada pemain muda yang sedang meningkat naik.

Safiq Rahim oh Copot

Semakin hari, boleh aku kata, semakin teruk prestasi Safiq. Walaupun masih menggalas gelang tangan Kapten Malaya di Australia, ianya menjadi igauan kepada rakyat Malaysia, menjadi cacian kepada Safiq sendiri, yang dikatakan punca utama kekalahan JDT kepada Kelantan. Safiq, dan Safee, yang tenggelam dengan aksi longlai, terus sahaja dikeluarkan pada babak pertama. Safee pula kurang bernasib baik kerana kecederaan, yang terus menghantuinya, dan perlawanan Piala FA ini adalah kunci kepada pintu keluar Safiq dan Safee keluar dari JDT, dan menjadi pemain bintang yang hancur lebur. Lebih malang lagi, walaupun aksi mereka kurang bersama JDT, ianya tetap menjadi pilihan utama Rajagopal ketika di Australia, dan permainanan di Australia lebih memalukan , dengan hanya membuat sesi makan angin dengan kelab tidak ternama yang rata-rata dibarisi pemain bolasepak yang sambilan sahaja !!!!

Pengalaman ialah Pelaburan Sebenar

Suatu yang tidak dapat disangkal lagi, Pengalaman ialah Pelaburan Sebenar bagi sesebuah pasukan. Boleh dikatakan hampir 90% pemain Kelantan yang beraksi di final kali ini pernah mengalami kekalahan di final 2 kali berturut-turut, sebelum mereka maju kehadapan menjulang trofi Piala FA dua kali berturut-turut. Kelantan telah menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit, dengan nilai pelaburan yang sedikit, semenjak dibawah kepimpinan TSAM. Kelantan pernah terumbang-ambing, bermain di Liga FAM, tapi perlahan-lahan bangkit dan seterusnya menjadi Juara Treble pada tahun lepas. Suatu yang tidak dapat dibeli oleh TMJ ialah pengalaman berharga sesebuah Pasukan, bukannya Pemain. Pengalaman Kelantan bergerak sebagai sebuah pasukan adalah lebih bernilai dari satu pemain yang berkualiti seperti Mat Yo dan Awe yang ternyata kurang bernasib baik kali ini.

Kebangkitan Penyokong

Dari sudut positifnya, aku dapat lihat, penyokong dapat memberikan satu Fenomena baru yang dinantikan oleh peminat bola sepak negara. Semakin hari, kita dapat melihat, fanatik pasukan bukanlah penghalang penyokong kedua-dua buah pasukan bersalaman dan bergambar bersama. Kebangkitan penyokong JDT khasnya, memeriahkan lagi suasana bola sepak Malaysia. Tidak dapat dinafikan, suatu pelaburan terbaik TMJ ialah dapat meraih dan menyatukan kembali penyokong bola sepak JOHOR yang aku rasa seolah-olah tidur lena selepas kejatuhan Johor FA. Apapun kebangkitan team adik, adalah satu tonik istimewa rakyat Johor yang inginkan kemenangan, malah golongan artis dari Johor pun turun untuk menyokong pasukan negeri mereka iaitu JDT. Adik ipar aku sekali, dengan abang dia sanggup terbang dari sabah semata-mata nak layan final. Aku hampir nak join, tapi macam biasa hari terakhir di Shaklee kena buat kerja sikit. 

Kapitalis Ulat Tiket

Perkara yang paling menyakitkan hati penyokong ialah, kedatangan ulat tiket dan kapitalis yang cuba mengaut keuntungan dari kebangkitan penyokong kedua-dua belah negeri.Bagi peminat, Ulat Tiket amatlah mendukacitakan, menyusahkan, dan mereka senang-lenang berleluasa untuk menjual tiket dan mendapat untung atas angin. Seperti yang berlaku di Larkin, Pahang, dan semasa final kali ini, ramai yang ditipu oleh golongan kapitalis yang cuba mengaut keuntungan mudah. 

Adakah Penyokong hilang rasional

Ada juga beberapa insiden yang paling sedih , di mana ada penyokong yang tidak dapat masuk, kerana ada segelintir peminat yang dapat masuk secara percuma, kerana pintu pagar stadium runtuh. Mereka secara fanatik ada cuba memanjat pagar dan berjaya masuk secara percuma. Ini pula tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa. Insiden balas membalas di Pahang ternyata memberikan impak yang besar kepada FAM, yang nyata gagal mengawal penyokong untuk menjadi lebih rasional dan berfikiran kelas pertama. Mendengar rintihan peminat yang hanya menonton skrin besar di luar stadium adalah satu kegagalan FAM dalam mengawal Ulat Tiket dan penyokong yang cuba mencari dan merempuh stadium supaya mereka dapat masuk. 

Penutup: Layakkah kita ke Piala Dunia ?

Sebagai penutup kepada ulasan ini, marilah kita bertanya kepada diri sendiri, adakah perkara-perkara tersirat ini adalah salah FAM semata-mata ? Adakah kita masih rasional untuk menjadi penyokong yang bagus ketika berada di stadium ? Adakah KJ akan membantu FAM untuk layak ke Piala Dunia ? Nampaknya, perkara-perkara tersirat dan tersurat di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda menjawab persoalan di sini. Akhir kata, Majulah BOLA SEPAK KITA !!!



26/06/2013

Hooo, yang sebenarnya, ramai dah berjaya kurus dengan shaklee. Supplement memang banyak membantu, dengan cara mencukupkan vitamin yang diperlukan dalam badan kita supaya nampak lebih sihat, dan seteusnya membantu kita lebih anggun , kurus dan macho macam Man of Steel. Jadi ramai kat sini nak tenya testimonial yang ada ye ? Oklah, tanpa membuag masa lagi, saya nak copy paste je beberapa produk dan kejayaan yang ada untuk shaklee bagi kurus ni. 

1) Ambil alfalfa, lecihtin, herba-lax dan omega guard 


alfalfa, lecihtin, herba-lax, omega,guard, kurus, shaklee,
kurus dengan alfalfa, lecithin, herbalax dna omega guard

2) Ambil ESP 



3) Kurus dengan Alfalfa , Herbalax, Lecithin


alfalfa, kurus, shaklee, lecithin, herbalax
hoo lagi kurus ni dengan alfalfa, lecithin dan herbalax

Hoo ok, kredit kepada tuan punya gambar ni, kalau saje tak nak delete no tepon tu, manalah tahu kornag nak tanya diorang tips, hehhee. Oklah, Entry yang bergambar sahaja harini. Di harap dapat memuaskan ada smeua. hoo, ok so apa yang bagusnya ye. Korang berminat tak ? Bajet rendah pun boleh dapat result macam kat atas.


Bajet Rendah ?
Hubungi Ainul 013-3612717

Hoo, sebelum ni aku saje je nak buat entry pasal manfaat vitamin E tu. yelah vitamin cintan cintun tu mukadimah je sebenarnya untuk aku buat isu yang lebih besar dari tu. Korang pun tahukan, bila cerita bab poligami ni, ramai yang suka, ramai tak suka. Kecoh wooo, sampai ada yang turun naik mahkamah pasal poligami. Hooo, aku haritu selalu jugak berborak dengan awek aku pasal poligami, hahaha, kalau salah cakap silap-silap boleh kena baling dengan periuk belanga. Tapi tah tiba-tiba, aku teringat pulak lecturer aku kat UTM dulu, pernah cerita pasal poligami ni. Ada satu point menarik yang dia cakap pasal poligami. Oklah jom kita borak-borak kosong . 


masalah poligami

Salam sejahtera, tulis pos, malam-malam macam ni, takut jugak, seram, tapi tadi terlepas gua nak pergi stadium nak jumpa member-member baru penyokong Selangor. Apapun, untuk menyiapkan draft post yang dirancang lama gila ni, marilah kita tengok beberapa tips terbaik semasa bulan puasa ini. Oklah kali ini, kita tengok Cinch Shake semasa waktu berpuasa. Bagus ke tidak ? Hooo , jom lah, saya nak share sikit kebaikan minum Cinch waktu berpuasa nanti. Hoo, tinggal beberapa hari je lagi, huhuhu..


makan shaklee bulan puasa

25/06/2013

Sebenarnya dah lama nak bikin entry macam ni, tapi lama dah tak buat. Buat yang mengenali Wak Zainul dan Lyna, semua orang dah tahu, semua dalam Shaklee dalam Malaysia dah tahu. Saya dan Wife di bawah jagaan Master Hadhatina yang di jaga oleh Lyna Noh. Jadi katanya dulu wife rapat dengan Lyna, sebelum dia nak join shaklee. Tapi rezeki dah melekat bawah Hadha, yang atasnya Lyna. So memang rapatlah kan. Oklah entry kali ni nak berkenalan dengan Master hebat dari Shaklee ni.

lyna,noh,zainul,anuar,master, shaklee, business,
Diorang kata nasi lemak awek saya masak sedap gila

Lyna Noh aka Kakak Cantik

Itu gelaran dalam group, so kalau nak belajar betul betul pasal blog marketing, nak dapat tips, nak motivasi, memang kakak Lyna memang selalu ajar kitorang. Best juga masa master celebration diorang, cumanya ada satu tu terlampau sedih sampai aku dengan en Fahmy duduk belakang, hooo. itu memang gila sedih, nasib baik keadaan bertukar bila Wak datang bawak bunga, terus jadi romantika di tampoi begitu. Suaranya kalau dalam video begitu international, kalau nak bagus buat blog semua , bolehlah join kitorang, tak susah pun RM 65 je, macam macam boleh dapat nanti. Haa, bagusnya lagi, banyak tips, tadi masa aku nak tulis, terkeluar tips nak score nak sales tinggi. 5 tips rahsia sales tu aku ada share kat post sebelum ini. Selain itu, jangan lupa, kata kakak cantik, amalan rohani, amalan rohani, ingat Allah, Allah yang bagi REZEKI. 

Zainul Anuar aka Imam Muda

Yang ni tah macam mana, bila dia panggil aku awan nano, aku ternampak mukannya macam Imam Muda Asraf. Tapi dia memang power, lagi analitik dari Lyna, kepala otak saham, dan ayat power. Kalau tajuk blog yang gempak gempak, itu kerja Zainul yang ngajornya. Dia ni satu sekolah dengan MKB dan Hadha dulu dulu kat teluk intan sana. Oklah, nampaknya rezeki kami dapat Atuk yang Macho. Sekarang group lelaki shaklee ni pun dah mula aktif, siap ada group sendiri lagi. Macam-macam benda bincang, sambil ada sesi minum teh yang best. Lepas tu, ramai dah mula berjinak-jinak nak tulis blog dan promo fb. Best sungguh.

3 Askar

Diorang ni ada 3 askar, tak pasti aku, lepas ni mungkin nak tambah skuad cukup macam geng bas sekolah. Apapun 3 askar lelaki diorang ni memang pening aku tengok, masa datang rumah kitorang, tak boleh nak control, hahah, memang mencabar nak ada anak lebih ni, satu ni pun rasa penat, hooo. Tapi memang meriahlah bila 3 orang ni datang.


Oklah, nanti saya nak update lagi, apapun promosi Meal shake tinggal beberapa hari je lagi, cepat cepat semua

24/06/2013

Salam sejahtera, adui, semuanya berjerebu ni, indeks pencemaran udara makin teruk, tapi takpa, ini bukan sebab untuk kita sambil lewa, yang penting kerja kena makin kuat, barulah halangan dapat diatasi, kalau kerja bersungguh-sungguh, barulah dapat hasilnya kan ? Oklah untuk post kali ini, jom kita tengok beberapa jenis suplemen shaklee yang membantu untuk kuruskan badan kita.


produk shaklee untuk kurus

23/06/2013

Selangor bangkit lagi, itulah yang aku nak cakap, pasukan yang asyik hampir nak kalah, seri-berseri banyak kali, nampaknya berjaya menamatkan lagi permainan dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan ATM yang seakan-akan kurang peluru untuk berperang dengan Selangor. Banyak benda yang nak ditulis sebenarnya, tapi biasalah, asyik bebaru ni nak konon nak buat template blog yang bagus, tengok-tengok nak edit tu punyalah payah, hahahha. Last-last, template cap ayam aku ni jugak yang cool, tapi aku ada tambah sikit supaya korang tak perlu nak baca semua entry yang ada dalam blog aku ni. Oklah jom kita tengok rangkuman cerita pendek ala zainal abudin bentong.


selangor vs  atm liga  super 2013

20/06/2013

Lama sangat tangguh nak cerita tentang phd aku yang makin lama, makin pening. Takpa, sebab nak betul betul philosophy tu, jadi nak tak nak, kita kena berusaha dan menggali, ianya seperti  menggali harta karun, dan samalah juga kita mengembara untuk memahami erti kehidupan. Memang ada orang boleh buat phd, cepat je siap, dan ada orang memang lambat. Ianya bergantung juga kepada bidang yang kita selidiki. Kawan-kawan semua tanya, berapa lama dah buat, kalau saya ambil kira, kiranya dah 4 tahun lebih, dari sebelum daftar, mendaftar, kena tendang bright spark, dan sebagainya. Oklah, kali ini saya nak cerita sikit tentang  algoritma pengesan perubahan. Apa yang special sangat benda ni ? Ok jom kita baca !!


mengesan, titik, perubahan, algoritma, sains, shaklee, phd,kejuruteraan
Mengesan titik perubaham biru ialah isyarat, merah dibawah ialah lokasi perubahan

Pengenalan

Saya rasa kalau anda baca tajuk kali ini, nampaknya macam mudah faham kan ? Contohnya, sebuah kereta yang sedang bergerak lurus, dan lepas itu tiba-tiba dia menukar laluan, bagaimana anda mengesan perubahan itu ? Cara paling mudah ialah melihat sendiri pergerakkan kereta itu melalui video, ataupun membuat perbandingan gambar. Gambar bawak kereta lurus kan tak sama dengan gambar kereta tengah buat selekoh, jadi jika dibandingkan 2 gambar itu, tentu anda dapat mengesan bila kereta itu akan menukar haluan. Jadi anda spot masa perubahan itu bila. Senangkan ? Idea tentang perubahan ni memang senang ,jika anda lakukannya secara manual, dengan melihat sendiri perubahan gambar atau graf isyarat. 

Kenapa Perlu Automatik ?

Hmm bayangkan anda perlukan orang  menjaga sesuatu sistem, perhatikan betul-betul sistem itu. Contoh orang yang kerja tengok gelombang gempa bumi. Bayangkan, kerja dia tengok benda tu betul -betul, lepastu kalau tiba-tiba mengantuk macam mana ? Ataupun dia tengok , pastu cakap ada gempa bumi, tapi sebenarnya tidak ? Algorithma pengesan ini amatlah penting kepada kerja-kerja pemerhatian sebegini. Walaupun kita perlukan juga orang menjaganya, algoritma ini sangat penting, kerana ianya sebagai bantuan yang sangat berguna kepada pemerhati tersebut. Ianya membantu pemerhati itu membuat keputusan secara analitik, berdasarkan nombor dan statistik, dan bukannya main tembak sahaja. 

Apakah kriteria yang bagus untuk Pengesan Titik Perubahan ini ?

Sepanjang yang saya belajar, banyak juga kriteria yang perlu diambil kira, tapi bukannya semua benda dapat kita kira dengan tepat dan berkesan, kadang-kadang ada juga yang terlambat, dan benda-benda ini bahaya jika kita lambat mengesan sesuatu perubahan itu. Contohnya macam gempa bumi, kalau kita lambat, lambatlah orang bertindak untuk menyelamatkan diri, terutama bila berlakunya tsunami di Acheh dan Fukushima. Beberapa perkara perlu diambil kira untuk algoritma ini antaranya ialah
  1. Boleh meramal - Satu kriteria terpenting untuk algoritma itu meramal bila akan berlakunya perubahan sesuatu sistem fizikal. Contohlah , macam sistem gempa bumi tadi, kalau kita dapat meramal dengan tepat, sistem amaran dapat dikeluarkan dan rakyat jelata dapat bertindak sebelum sesuatu yang buruk berlaku.
  2. Mengambil kira pengalaman lama - Bayangkan jika kita perhatikan sesuatu perkara, orang baru mungkin tak faham, tapi orang yang lebih arif, tentu tahu apa yang berlaku. Algoritma begini amat penting, kerana mengambil kira data-data lama, dan pengalaman lalu amat sesuai buat membantu orang baru untuk membuat keputusan berdasarkan pengesan titik perubahan. Ianya membuatkan pengesan itu lebih cekap dan berkesan. Bolehkan kita memprogramkan "pengalaman" ini ? Ya, memang ada konsep begini, nanti kita buka topik lain.
  3. Boleh mengagak isyarat sebenar - Sesuatu pengukuran, tentunya ada noise dan kotoran yang perlu dibersihkan. Sistem pengesan apapun, perlu mengambil kira dan menapis isyarat ini supaya ianya lebih mudah di proses dan menggambarkan isyarat sebenar sebuah sistem. Kerja filter sebegini, kita boleh serahkan kepada Pakcik Kalman hehehe.
  4. Real -Time -Kalau boleh, semuanya nak kena berlaku secara real-time, cepat dan tepat. Contohnya kalau kita buat permainan interaktif seperti Wii yang perlu detect pergerakan tangan kita, tentunya algorithm tu kena real-time, kalau tak susah nak kesan. Dulu juga saya pernah cerita bagaimana Iron Man boleh kawal armornya dengan hanya menggunakan otak ? Kalau algorithm itu lambat membuat pengiraan, habis lambat armor Iron Man tu nak berlawan.
iron,man,tony,stark,kawal,armor, guna,otak,shaklee,omega,
Iron Man, tony stark mengawal armornya menggunakan otak sahaja

Online dan offline

Secara dasarnya, algoritma kita buat secara offline dulu. Kita mengumpul data-data yang lepas, dan mula menerbitkan formula matematik berkenaan. Dengan offline, kita dapat menguji dulu ketepatan algoritma kita, sebelum kita betul-betul memprogramkan algoritma itu untuk tujuan online, yang perlukan pengiraan yang pantas dan peranti yang betul-betul canggih dan berkesan. Dalam penyelidikan pula, ramai yang menggunakan offline sebagai hasil keluaran, kerana di dalam kajian mereka itu, banyak perkara yang mereka ambil kira untuk menghasilkan suatu formula atau algoritma yang bagus untuk mengesan sesuatu titik perubahan.

Parameteric vs Nonparametric

Biasanya, sesuatu isyarat boleh di modelkan dengan membuat beberapa anggapan seperti gaussian noise dan sebagainya. Parametric bolehlah dikatakan satu kaedah yang amat popular kerana keberkesanannya, dan ianya menarik jika kita lebih tahu apa matematik model yang betul-betul menggambarkan isyarat yang hendak kita kaji itu. Berbeza pula dengan nonparametric yang tidak membuat apa-apa anggapan tentang isyarat tersebut. Kaedah nonparametric terus menerus memproses isyarat yang ada, dan ianya sangat berguna. Satu kaedah matematik yang dipanggil Wavelet Transform, boleh memberikan kita gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isyarat itu, dari segi masa dan frekuensi. Jika berlakunya sedikit perubahan frekuensi pada  sesuatu isyarat, kaedah wavelet dapat mengesan perubahan tersebut dengan mudah. Tapi aku sendiri sampai sekarang tak dapat nak faham betul-betul matematik Wavelet ini.

Bayesian dan Statistik

Jika kita inginkan modelkan knowledge lama yang kita tahu, kiranya kaedah bayesian dapat digunakan untuk menerbitkan suatu kebarangkalian, bilakah perubahan itu berlaku. Biasanya kaedah bayesian ini agak bebas digunakan, tapi untuk memahamkannya, ianya perlukan pemahaman matematik yang betul betul mendalam. Kalau dapat faham kaedah bayesian ini, kita boleh terbitkan rumus matematik sendiri, dengan membuat beberapa anggapan terhadap isyarat yang hendak dikaji. Statistik juga sering digunakan jika kita ingin mengkaji perubahan yang berlaku. Secara mudahnya, sesuatu isyarat yang berubah akan memberikan nilai  statistik, ataupun model statistik yang berbeza dengan isyarat sebelum berubah. Salah satu formula khas untuk mengira perubahan statistik ini ialah Kullback-Leibler Divergence. (KLD). Jika kita ada dua  data berbeza, kita boleh tengok berapa banyak bezanya dengan gunakan KLD ni.

Kalman Filter 

Sebelum ini saya pernah bercerita  tentang Kalman Filter dan pengesan titik perubahan di entry statistik. Secara normalnya, Kalman filter hanya mampu digunakan untuk mengeluarkan isyarat yang bersih dari isyarat yang diganggu dengan noise. Selain itu juga, Kalman Filter juga sangat sesuai digunakan untuk algoritma online, kerana pengiraannya cepat, dan hanya memerlukan satu data sebelum untuk meramalkan apa yang berlaku. Kebanyakan penyelidik menggabungkan Kalman Filter dengan beberapa formula statistik seperti Cumulative Sum Control Chart (CUSUM) untuk mengira berapa banyak perubahan yang berlaku. Selain itu terdapat juga formula lain seperti Exponentially Weighted Moving Average (EWMA) dan sebagainya.


Multiple Model Kalman Filter

Cara paling menarik untuk mengesan sesuatu perubahan ialah dengan menggunakan kaedah Multiple Model. Secara normalnya, sesuatu model boleh di dimodelkan dengan Model A, yang mungkin hanya suatu model biasa. Jika kita tahu perubahan yang berlaku, kita boleh modelkan isyarat yang berubah itu dengan Model B. Dengan membuat beberapa terbitan matematik dengan kaedah bayesian, kita boleh mencari, kebarangkalian bagi sesuatu model itu benar jika diberikan data sebelumnya. Melihat kepada gambarajah dibawah, kita mengetahui, kebarangkalian isyarat normal akan mengikut  Model A lebih tinggi dari Model B. Tetapi jika perubahan berlaku, kebarangkalian Model B akan lebih dominan, dan di situ kita boleh anggarkan titik perubahan yang kita inginkan.

multiple ,model,kalman, filter, sains, engineering, shaklee,
Perubahan dari Model A kepada Model B

Penutup

Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan. Ianya bergantung kepada sesuatu aplikasi dan kajian yang betul-betul kita minta. Saya memang berusaha mendalami ilmu Kalman Filter ini, dan banyak juga evolusi yang berlaku terhadap filter ini. Jadi evolusi ini akan saya ceritakan di post yang akan datang. Oklah, selamat memotivasikan diri. Gambar kat atas tu pun hasil dari kerja phd saya yang baru sikit ini, hehehe.



Hoo, dah lama nak bikin entry macam ini, macam biasa semuanya datang dari nuffnang, pertanyaan orang diluar sana tentang orang yang ada otot. Hoo penting sangat ke ada otot ini ? So macam-mana nak ada otot ? Aku pun duk tengah kaji-kaji, biasanya orang yang ada otot ni, memang totally sihat dan macho, macam malik nor dulu, takpun kawan aku masa sekolah pun, dari kurus cicak kobeng, sekarang dah berketul-ketul muscle kat badan dia, hoo power power. Aku pun lepas ni nak kena rajin pergi gym. Oklah jom kita borak-borak sikit tentang kelebihan orang yang berotot ni. 


bina badan penting

19/06/2013

Salam sejahtera, adui, lama tak update, blog, padahal semalam pun terhegeh-hegeh nak update, selepas menghadiri sesi Magic Touch bersama Master Shareeza Hashim @ Kak Cerry yang penyayang, Oklah, dalam sesi kali ini, saya nak cerita sikit pasal Vitamin E, dulu ada juga cerita masa entry lepas, tapi bercampuk aduk dengan cerita kahwin sepupu saya. Oklah, kali ni nak mendalam sikit. Banyak sumber pun dari internet juga.



17/06/2013

Ramai betul tanya cara nak dapat banyak like fanpage, tapi belum tentu lagi dapat banyak like, korang nak like yang macam mana ? like berkualiti, atau tidak ? Hooo, sememangnya, kita perlukan like berkualiti, barulah kita boleh dapat customer, silap-silap sales barulah bombastik. Ramai orang tertanya-tanya apa yang kita jual. Antara yang paling penting, ialah anda kena belajar dengan sifu facebook marketing, yang pandai tarik likes dan buatkan fanpage anda jadi power. Tapi cara ini, kena bayarlah ok ? Untuk kali ini, mari kita lihat beberapa otai yang selalu buat marketing facbeook ini. Mana tahu anda nak berhubung dengan mereka untuk buat fanpage yang mantap.


cara like banyak fanpage likers berjuta juta

14/06/2013

Kenapalah meal shakes shaklee selalu habis stok, baik korang beli sekarang,  dulu-dulu sebelum ni pun, ramai yang dok komplen, dalam group pun, komplen asyik habis je, tapi dulu pun, si Vitamin C sustained tu pun habis  jugak, adui, pening,-pening. Masa ESP pun, tak seteruk vitamin C, hahaha. Sekarang ni,buat masih ada stok tu, apa kata korang pergi beli sekarang Meal Shakes ni dengan wife aku, hahaha. Tapi, sebelum tu, jom kita tengok dulu isu habis stok ni.


meal shakes shaklee

13/06/2013

Alhamdulillah, itu saja lafaz yang aku mampu katakan untuk rezeki pagi ini. Alhamdulillah, tiada apa yang saya boleh katakan, semalam saya agak stress sikit, dengan PC dan laptop buat hal. Hari hari bonus Shaklee, kami pecah rekod lagi untuk hasil lumayan dari Shaklee. Bila sebut bab bonus ni, masuk pula orang tanya, Hei Faiz, "cara untuk berjaya dalam sales ", Ada cara ke ? hooo, oklah kali ini, korang tahu tak, jawapan untuk berjaya dalam sales ini, semuanya ada dalam blog penulisan aku, sekarang ini aku nak ulas satu-satu perkara yang aku rasa amat penting untuk tingkatkan sales korang. 


sales bombastik

12/06/2013

Salam sejahtera, sepatutnya saya nak update lagi pasal kerja phd saya ini. Kali ini, saya memilih untuk berkongsi dengan anda, tentang Statistik. Anda tahukan, statistik ini, tak akan pernah lari dalam kehidupan kita. Bayangkan jika anda mendapat satu paten nombor, di susun dengan cantik, mengikut teori dan pengiraan, anda boleh membuat andaian yang menarik tentang sesuatu perkara kajian. Kiranya, nombor yang anda peroleh boleh dijadikan rujukan, ataupun satu dapatan baru bagi kajian anda. Oklah, tanpa membuang masa, saya akan selitkan juga cerita dan pengalaman saya tentang subjek yang kadang-kala agak sukar untuk difahami.



11/06/2013

Seperti biasa, saya telah berjanji dengan rakan-rakan facebook Kelab Blogger Ben Ashaari untuk review blog mereka, oklah, saya juga rajin-rajin kan diri untuk follow dan komen blog mereka. Ternyata semuanya hebat-hebat belaka. Yang ni adalah blog paling best, yang menyertai peraduan review blog saya, sampai saya kata stop, so yang tinggalkan link lepas saya kata stop, nanti kena sambung episod akan datang ok ? Sekarang marilah kita menjenguk blog paling best yang ada dalam fikiran saya ni.


blog paling best dalam sejarah blog

10/06/2013

Alhamdulillah, pagi dah bangun, nak sambung kerja, tapi walaupun ada rasa pening kepala tak hilang-hilang, Allah bagi kesihatan untuk sambung menulis untuk kebaikan masyarakat di luar sana. Tak sangka ada juga yang mencari dan masuk di blog saya , apa, bagaimana "Rahsia MLM yang Berjaya". Kalau kita nak kira, banyak faktor juga sebenarnya. Saya pun tak tahulah nak cakap, tapi ada benda yang saya tahu saya kongsikan bersama anda, so anda pun kalau rasa benda ni tak betul, cuba komen di bawah, boleh kita kumpul point-point yang penting. 



09/06/2013

Salam sejahtera. Hari ahad ini, saya nak cerita pasal khasiat Lecithin . So korang yang belum tahu lagi pasal lecithin, hoo mugkin boleh refer post post sebelum ni. Selain dari beberapa isu halal . gelatin dan sebagainya, lecithin ni kiranya lebih best ambil, dengan bajet yang berpatutan, anda boleh rasakan kenikmatan dan kelainan pada badan anda. Banyak juga testimoni di luar sana , ramai turun berat badan berkilo-kilo, hooo. Oklah hari ini cerita lain dari berat badan, nak tahu juga apa yang lecithin boleh buat kan ?


lecithin baik untuk otak,rambut,dan kulit

Memang pelik ni, biasanya kalau dinner bukan makan sedap-sedap ke, hooo, aku rasa pelik betul bila dengar cerita bukan-bukan ni . Kalau dinner besar-besar makan pizza, adui, baik tak  yah kan. Tapi kalau dapat pizza orang nak  belanja pun ok je. Adui, macam-manalah boleh terjadi macam ini ye, jom baca cerita malam Dinner NC Shaklee kali ini, ni first time datang dan terus ambil Award, sikit je, tapi berbaloi-baloi.

dinner, national, conference, shaklee, makan, pizza, gila
Wajah kegembiraan sebab buat kerja  gila tadi

Pagi Ambil Awards

Alhamdulillah, kali ni pertama kali aku dan awek aku join NC ni, memang best, sebab tempat nye crowded dan tak berapa besar. Hooo, gile ramai bila naik lift sana. Lepas tu pulak, boleh pulak diorang kata escalator rosak, mungkin yang datang ramai sangat, Aku tengok si victor lari sana-sini teruja  aku, hoo, macam ni ye semangat National Conference. Oklah, nanti tahun depan aku pulak lari sana-sini macam ayam masuk bandar, ahhaha. Si Richard pulak boleh je bawak bapak dia join sekali. Tapi yang bestnya, nanti pakcik Roger Barnett, CEO dari US, nak turun Malaysia, hhooo, best-best. Kali ini wife ambil 2 anugerah terpenting dalam hidupnya, oklah, setahun yang cemerlang, tapi boleh pulak terlepas bonus kereta, ok takpa tahun depan, akan naik beribu-ribu tahniah awards Shaklee dalam tangan.


Masalah Teknikal, Kerja Gila

Malam dinner tu,  kitorang buat kerja gila, pergi ambil gambar Master Hadha dan Master Azrin, bawak lari tempat lain,bergambar kat tempat lain, hooo, memang best. Bajet nak buat gempak , memang best. Lepas  tu, kitorang lari makan pizza, tu yang jadi Dinner Pizza yang best, sedap dan berkrim di sukai ramai.


Merapatkan Siraturrahim

Alhamdulillah, tak pernah lagi mommy Hadhatina anjurkan dinner bersama Along, Kak rin dan Angah Salwa yang jarang jarang kitorang jumpa. Along Rin first master bawah mommy Hadha yang duduk  di Miri, Salwa pulak duduk di selatan sokong harimau Selatan JDT. Malam ni punya saya gelak tak ingat, sampai si Salwa dah mula pelik, hahaha, pening kepala ni. Malam tu jugak Kak Rin sempat share beberapa tips berjaya nak buat blog dan FB Ads, tapi terpaksa lah pulak gerak hotel awal sikit, sebab Arreessa dah terjaga. Oklah, dinner pizza pun jadilah, tapi kemesraan adik-beradik Supermoms dapat dikekalkan SELAMANYA . Itulah keindahan sebenar business, lagi lagi business Shaklee ini. Hoo kenyang betul, balik je kebabom tidooo. !!!



07/06/2013

Alhamduliilah, ni first pertandingan untuk anda, Peraduan Mencipta Dialog, hehehe menarikkan ? Jemput semua rakan rakan dan taulan untuk join, senang je, tak susah, nak cipta dialog je pun, oklah mari kita tengok macam mana nak join pertandingan ni.



1) terbuka kepada semua, semualah boleh join, yang jual shaklee, perdana menteri, kerja kat kilang tayar boleh join, ni semua terbuka ok ? Orait Syarat syarat lain ialah :

1) Follow blog saya

2) Like Page facebook saya di bawah:



3) Masukkan Dialog ciptaan anda diruangan  komen ni ok ?


Pemenang akan menerima hadiah, Satu Dirham perak, satu harmonika, dan macam-macma lagilah. Ok, dialog paling mengancam akan menang !!!

JOM KITA MASUK, Orait SILA BUAT DIALOG UNTUK GAMBAR DI BAWAH !!!

peraduan, mencipta, dialog, best, shaklee, meal, shakes, demam, anak, rita rudaini
agak agak apa dialog yang best, hahaha


SELAMAT MENCIPTA DIALOG !!!!!








Salam sejahtera semua, Alhamdulillah, Shaklee kali ini datang dengan promosi Meal Shakes, tentunya menjadi pujaan ramai orang diluar sana, terutama emak-emak yang nak bagi anak mereka zat yang berkhasiat untuk anak-anak mereka. Tak ketinggalan juga, mereka yang nak naikkan berat badan, tanpa mennjadi gemuk dan berlemak -lemak, pengambilan meal shakes ni memang sesuai untuk mereka. Oklah, satu soalan yang menjadi igauan ibu-ibu diluar sana, betul ke produk shaklee ini boleh sembuhkan demam ? Orait, yang ini satu persoalan yang menarik, saya akan kupas satu-persatu, tapi sebelum tu kita tengok juga beberapa khasiat mealshakes yang ada.


shaklee sembuhkan demam

05/06/2013

Adui, lagi sekali aku buat entry bodoh kan orang , haritu aku buat pasal KJ, time ni pulak , check nuffnang, ada yang cari pasal JDT bodoh pulak. Oklah, aku nak buat jugaklah, sebab lagipun, adik ipar aku, Hadi otak Movie, memang gila JDT, so why not kita baca sikit kisah JDT ni. Apapun, aku khaskan juga entry ini kepada kawan-kawan facebook di luar sana, terutamanya wan kasim, syed, aminesm, dan akeem keroncong dari kumpulan Redemption yang reggae tak ingat nye. JOMMM BACA !!!


jdt tmj

03/06/2013

Sebelum ni, saya pernah bercerita tentang tips baik demam dengan Shaklee, oklah kali ini kita nak tengok pula bagaimana ingin menjaga kesihatan anak anda dengan supplement. Memang tak dinafikan sekarang, mak bapak hendakkan anak yang sihat, lagi pandai dalam serba-serbi. Kita pun taknak kalau bil hospital yang tinggi untuk membawa anak merawat di hospital kerana demam, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kesihatan anak anda boleh dioptimumkan dengan corak permakanan yang sihat. Shaklee juga menawarkan pelbagai set yang menarik untuk anak-anak comel kita.


kesihatan anak shaklee

02/06/2013

Salam hari ahad yang indah lagi permai. Pagi pagi ini takda orang nak belanja kita nasi lemak ke ? Hoo , hari ini nak tulislah pulak pasa blog yang ada pengunjung ramai ni. Heheh, blog -blog ni di pilih berdasarkan apa yang saya request dalam group fb, adalah jugak yang nak join. Nampaknya sekarang ni semua orang suka trafik tinggi masuk blog diorang, termasuk saya. Ok, tanpa membuang masa, marilah kita bersama-sama meninjau blog-blog yang ada dalam Malaysia  ini. Cumanya jangan muntah ye, sebab yang ni mereka yang request, hahaha.


blog, trafik, tinggi, popular, glamor, bergaya, shaklee
Bestnye blog korang, sampai sesak orang masuk

1) JIHA

Hooo, yang ni rasanya baru je cemerlang buat sales, dah berjaya naik pangkat dah, terbaik sungguh. Blog ni putih putih simple je, termasuk gambar owner nye cik jiha yang sedang pakai baju nak bernikah. Apapun, banyak info dan cerita menarik pasal Jiha dalam blog ni.  Siap kat bawah tu sekali, ada link-link untuk shopping mama dan baby. Pening nanti en suami nak kena belanja shopping ni, tapi takpa, katanya suri rumah dapat duit dari langit hooo , power business cik jiha sekarang ye ?

2) Putryellymarrisya

Yang ni pulak blog kak Zaleha kerja kat putrajaya, kerja gomen lah katakan. Tapi seronok, bab bloggers nak review, memang best baca. Ramai pengikutnya, dan seronok bila tengok en husband ialah penyokong tegar Real Madrid, sama macam saya yang tak berapa tegar, sebab saya ni sokong Selangor Red Giants. Memilik kereta Getz hyundai, terus laju bersama business shaklee dan business tudung. Cumanya saya tersedih sikit bila terbaca entry yang agak pilu dalam blog ini. huhhuhu, sungguh beremosi blog kak Zaleha ini. Kalau nak beli tudung ke, supplement ke, singgah blog Elly ni.

3) Ainul Mustafa

Awek aku pun tak ketinggalan jugak nak join, heheh, dengan penangan perniagaan Shaklee yang makin meletup sampai terkeluar kereta baru , awek aku ni tengah gigih nak cecah 10 angka  bonus akan datang. Macam-macam benda ada dalam blog ini. Best btul nak bergembira dengan kehijauan vitamin-vitamin enak lagi menyegarkan. Marilak sama-sama rakyat Malaysia singgah di blog awek saya ini. Rahsia Muda Jelita ? Tanyalah awek saya hehehe.

4) Adieyza

Kalau anda nak join kerja-kerja amal dan aktivit menarik para bloggers, why not korang contact Zana, dia ni memang rajin join para bloggers . Seronok bila tengok Zana pergi rumah kebajikan dan bersama-sama bloggers lain membantu orang susah. Lepas ni pakcik Babah pun nak ikut sekali join Zana. Zana ni kecil molek dah berpunya ok, hahaha!!

5) Diari Vitamin

Ni upline saya punya blog business, Hadhatina MKB. Awek berbaju merah yang berkaraoke, dulu kan ada saya buat post pasal upline saya ni. Dah jadi master pun, nak join jugak segmen blog trafik ni ? Adui, takpa takpa, seronok sebenarnya, sebab kita ni seronok ada group yang best macam ni, rilek-rilek, fokus, poket kencang, anak tak yah tinggal, tak perlu nak buat appointment macam syarikat burung merah. Tapi rasanya yang ni blog jual vitamin je, ada lagi satu blog pasal motivasi dan business.

6) Blog Cik Aish

Pergh, yang ni, superb lah, memang beribu-ribu followers ni.  Blogger tegar yang popular, memang cantik content dan layout blog Cik Ais ni. Seronok bila tengok ada satu tips yang segar iaitu tips happy berblogging. Nampaknya tips ni membuatkan saya terus rasa muda remaja nak berblog, walaupun akan mencecah 3 series tak lama lagi. Blog yang Superb Hebat, nampaknya macam macam dah mula berjinak dengan Shaklee pulak, banyak duit masuk ni ..

7) Ana Lyana's Blog

Banyak kali dah review blog ini, tapi sememangnya naluri ibu kepada 2 anak yang comel, Dani dan Zara memang mengagumkan aku untuk terus menempekkan diriku yang serba kekurangan ni baca. Paling best ialah husbandnya yang Sokong Manchester United, sampai anak-beranak pun pakai baju ManU jugak. Ni kalau seronok jugak ni buat wife join pakai jersey Selangor, tapi wife orang perak pulak. adui. Takpa takpa, lain kali korang ada masalah berpantang , carilah Ana Lyana ok. Baiknya punya servis.


Penutup

TAk reti jugak nak review blog ni, apapun, marilah kita bersama-sama tukarlink blog, manalah tahu korang nak join, bolehlah letak link korang kat sini, nanti saya review ok ? Jom sama-sama kita berpadu tenaga . Salam Satu Malaysia 11!!!

01/06/2013

Aiya cik siti, siti Nurhaliza, sudah suka sama Manifesto, hoooo. Bila saja band tomok dan modread ini dengan selamba je main gadget, ipad, tab, lepas tu buat lagi Bukan Cinta Biasa, terus je isteri datuk K ni buat post kat Keek.com, memang terharu gila penyokong Manifesto yang menyokong rapat perjuangan mereka. Oklah, masa aku tulis ni, Manifesto dah  jadi JUARA VERSUS MUSIM ke-2, beribu-ribu tahniah. Apapun ada benda yang aku ingin luahkan, perasaan gembira campur berjaga-jaga.


tomok, manifesto, juara, versus, musim,2
Tomok menjulang takhta JUARA VERSUS MUSIM KE-2

1) Aras Kreativiti Manifesto

Suatu yang aku sukar terima pada mulanya ialah, format versus ini. Aku tak tahu pulak Versus ialah satu pertandingan yang menitik beratkan Idea Luar Kotak, perlukan  sesuatu band keluar dari comfort zone mereka. Yang merisaukan aku dulu ialah Modread memang terkenal dengan irama keras, metal yang menggigit dan drum padu ketat . Minggu pertama dan kedua menunjukkan Manifesto di zon selesa dengan memainkan Irama makanan mereka. Tapi lama kelamaan, manifesto mencuri tumpuan. Bak kata Loque, Manifesto kreatif tahap tinggi, main ipad, dikir barat, dan yang paling gila  yang pernah aku tengok ialah main pagar besi ala-ala pink floyd,nasib baiklah tak bawak anjing naik stage macam Pink Floyd buat  dulu. Ianya memang gila bagi Manifesto, yang berjaya memukau penonton dengan setiap persembahan yang penuh karakter, jadi budak sekolah, jadi orang kelantan, dan jadi orang sakit mental.


2) Pengaruh TOMOK ?

Ramai juga mempertikai kemenangan Manifesto, ternyata ada juga memilih KYOTO PROTOCOL kerana Fuad dan rakan rakannya lebih kreatif. Untuk konset Batle Konfrantasi Terakhir, memang pemenang ditentukan oleh peminat, dan satu masa itu, aku tengok Manifesto hanya berada di kedudukan keempat, membuatkan aku kurang yakin pasukan tomok akan layak ke konset batle. Tapi bagi aku, Kyoto selepas ini akan menjadi nama bualan masyarakat Malaysia yang inginkan warna dan falsafah baru dalam industri hiburan tanah air kita. Nampaknya kali ini Tomok memang membawa tuah anaknya untuk menjuarai hati rakyat Malaysia dalam Versus kali ini.


3) Tiga  Kali Masuk Batle, Tiga Kali Menang

Suatu yang unik dalam musim ini ialah Manifesto satu-satunya band yang menang lebih dari satu batle. Apa  yang lebih menarik ialah, Manifesto hanya  layak dalam batle sebanyak 3 kali, tapi ketiga-tiga batle itu berjaya memukau Jen dan Loque untuk mereka mengangkat band itu ke satu  standard yang tinggi, seterusnya membuatkan peminat makin bertambah suka dengan kejahatan dan kezaliman Manifesto. Bermulanya dengan Kirk dengan solo bass jahat, Ainul dengan paduan drumm yang gila, dan permainan bunyi-bunyi seram Hospital  Mental, cukup untuk  membuatkan anak-anak muda dalam band ini melakar satu lagi sejarah dalam industri hiburan Malaya.


4) Hala Tuju Modread, Tomok, Manifesto ?

Kerisaun utama gua ialah, ke mana mereka selepas ini ? Apakah Tomok akan menjadikan Manifesto projek utama, dan melupakan Newboyz ? Bagaimana Modread boleh memperjuangkan muzik metal mereka ? Adakah Modread akan lebih dihargai radio selepas ini ? Aku sendiri merasakan berapa tersinggungnya Modread selepas menjadi Juara Hot FM bingit suatu ketika dahulu. Modread sebuah band yang bagus, menjadi underrated band, dan jarang mendapat tempat setanding dengan Hujan , Bunkface, Azlan and the Typewritter. Tapi tentu sekali selepas ini, Manifesto akan menjadi bualan hangat dan akan mendapat tempat di hati peminat. Tentu sekali Modread akan lebih bertenaga, lebih kental, dan lebih berani untuk merekod lagu baru yang lebih kreatif dan menusuk jiwa. Tapi beranikah corong-corong radio memainkan lagu mereka ? Tidak mustahil dengan aura TOMOK , Manifesto akan berada di PUNCAK KEJAYAAN MEREKA .


Manifesto, dari kiri, John, Kirk, Fami, Tomok, Ainul, Syafiq. TAHNIAH !!!!