Blog Orang Selangor

30/04/2013

Pada bilakah Malaysia menjuarai piala ? Analisis Kemajuan Sukan 

Ramai jugak dok tanya soalan saya, bila Malaysia menjuarai piala ? Soalan depa ni tak habis pulak, saya tanya piala apa ? tapi takpa saya cuba cerita satu satu piala -piala yang penting untuk kita menang, sebagai rakyat malaysia yang tercinta  ini. Apapun, majulah sukan untuk negara terlebih dahulu. Mungkin hang kena shabery cik ada jawapannya, takpun FArM dan kawan kawannya.

impian menjuarai piala dunia
Piala Dunia

Bilakah Malaysia Menjuarai Piala AFF Suzuki ?


Jawapannya masa team kita masa tu si Safiq Rahim cemerlang bersama selangor, Apek cemerlang bersama kelantan, dan masa tu team JDT belum diwujudkan oleh TMJ. Dan juga sebelum pemain import yang tah hapa hapa datang main kat Malaysia balik. Secara sejarahnya, kita first timelah menang player ni pada tahun 2010, mengalahkan tuan rumah Indonesia , terus gila kita tengok masa tu Apek terus glamor, Safee sali main kat indon, dan macam macam lagilah.

Bilakah Kali Terakhir Malaysia Menjuarai Piala Thomas ?

Jawapannya ialah pada tahun 1992, masa kegemilangan adik-beradik sidek, yang berjaya mengalahkan Indonesia jugak, dan selepas itu, Indonesia membalas dendam, dan selepas itu malaysia tak pernah menang, asyik China je menang dengan taktikal yang gempak sambil psycho yang power dari Lin Dan dan sahabat handainya. Memang tak tahulah sebenarnya malaysia nak menang piala thomas ni, Kalau chong wei ni macam naruto kagi bunshin tak pa jugak. 

Bilakah Malaysia akan menjuarai Pingat Emas Olimpik ?


Tak tahulah, kalau kementerian sukan pun tak betul betul stress pasal sukan ni, kita masih mimpilah untuk tengok atlet nak pegang cium pingat emas. Tapi tak mustahil juga, sebab pandelela dan azizul dah nampak macam boleh , tapi kena banyakkan lagi bakat dan pelapis muda yang berkebolehan untuk power dan maju kedepan.

Bilakah Malaysia akan menjuarai Piala Dunia ?

Soalan yang akan memusnahkan hidup korang, hahaha, tak tahulah nak jawab, selagi FArM masih berkuasa, dan kita tak buat revolusi bola sepak, selagitulah kita takkan layak masuk Piala Dunia . Buat malu kat jepun, korea dengan China je. hahhaha. Dulu kiranya Brazil dah lima kali menang, tapi sekarang ni, sebab masih duduk dalam comfort zone samba mereka, ranking Brazil pun dah jatuh. Malaysia lagi power, Sultan FArM masih lagi pegang jawatan, tak mahu turun, sampai ranking dah jatuh, adui, nasib baik rajagopal backup dia, RANKING TAK PENTING, hahahaha. Oleh itu, rakyat malaysia semua, bermimpilah, tengok EPL dan UCL lagi bagus.

Macam-macam Kebaikan Lecithin Shaklee

Salam sejahtera, macam-macam kebaikan lecithin shaklee, antara yang harga yang paling rendah, yang anda boleh ambil, untuk diet kesihatan anda. Kalau nak diikutkan di internet, dan pengedar shaklee yang lain, memang amat berpuas hati dengan lecithin shaklee, yang kadang-kala panas dengan isu halal dan sebagainya. 

kebaikan lecithin shaklee
kebaikan lecithin shaklee

Apa itu Lecithin ?


Kiranya lecithin ialah emulsifier, ataupun bahasa jawanya pembakar lemak, yang membantu mencairkan lemak dalam badan kita. Soy lecithin shaklee ini pula terdapat 180 capsules di dalamnya, dan bagus untuk diet, terutama yang nak rasa badan ringan sikit. Korang juga boleh refer status halal lecithin shaklee di sini.

Untuk Kuruskan Badan


Ambil air yang secukupnya, dan amalkan selalu, berat badan boleh diturunkan dengan lecithin. Makcik wife saya kat kampung, suka ambil lecithin ini sahaja, dan rasa badannya  agak ringan berbanding dulu. Kiranya kalau tengok testimonial lecithin shaklee kat bawah, ada yang berjaya turunkan 5kg dalam masa 2 bulan.


kurus dengan mengamalkan lecithin shaklee
kurus dalam masa 2 bulan

Bagus untuk Otak ?


Mengikut kajian, lecithin juga membantu merangsang otak menghasilkan daya tumpuan dan penghafalan dengan lebih baik. Jadinya, lecithin shaklee sesuai diambil untuk kanak-kanak yang sudah berusia 12 tahun ke atas untuk membantu mereka dalam pelajaran.

Bagus untuk Kulit dan Rambut ?

Beberapa kajian juga mendapati, lecithin dapat mencantikkan kulit dan rambut anda. Bagus juga untuk para suami dan lelaki di luar sana, dapat mengambil shaklee supaya kelihatan anggun, macho dan bergaya. 


Dapatkan Lecithin sekarang !!!
Jana income dari rumah ?
Call Ainul 013-3612717



29/04/2013

Cara Bagi Like Page Banyak - Buat Post Ikut Trend 

Hari ini, banyak lagi orang tanya kat nuffnang, cara bagi like page banyak, hmm, emmang semua orang nak like fan page facebook untuk banyakkan fans diorang, barulah ramai peminat, lepastu, boleh buat business, bagi mantap, takpun, nak dakwah, nak berpolitik dan sebagainya. Oklah, kalini kita tengok pasal TREND terkini dalam Facebook sekarang.

wife saya dengan page facebook banyak like
Page diet diet sihat wife saya, best banyak like fan page


1) Fenomena UAI -Ustaz Azhar Idrus

Boleh dikatakan Ustaz Azhar Idrus ini memang best, kelakar, dan makin ramai pengikut dan yang lebih penting, ramai orang share pendapatnya, dalam bentuk grafik , tulisan, video dan sebagainya. Apa yang penting di sini ialah, korang niatlah kerana Allah, untuk menyampaikan ilmu ini kepada orang lain, insyaallah, ada rezeki, like pun banyk singgah kat page korang.

2) GWIYOMI, HARLEM SHAKE, OPPA GANGNAM STYLE ?

Dah macam macam sekarang trend terkini, bebaru ni GWIYOMI yang cun lagi putih, sampai anak aku pun dah mula suka buat  gwiyomi ni, adui, takpalah, janji dia solat, dan tutup aurat bila dah besar. Dulu kita pun tengok orang suka buat harlem shake, gangnam raya, dan nanti macam macam lagilah, so korang tengok trend sekarang, buat video parody, hahaha.

3) TROLL FOOTBALL FAN PAGE

korang sedar tak sekarang ni, fenomena troll bolasepak yang makin best dan kelakar, macam macam contohlah korang tengok. Aku paling layan troll football, total troll, Sukan Star, dan macam macam lagi orang nak tengok. Walaupun dia ni fan page kelab bagi sesebuah pasukan, tapi cara troll diorang pun amat menarik, jadi korang boleh cuba.

4) POLITIK dan LAWAK POLITIK

HAhaha, yang memang dikatakan antara paling gila, dan gila sempena PRU 13 ni, memang tidak dinafikan. Aku ada like page pakatan dan barisan, dua-dua suka tunjukkan lawak kedua-dua belah parti, suka troll ahli ahli politik, memang unik dan menarik, dan kadang-kadang sakit hati jugak, Yang lawak memang lawak, hahaha.

5) GOSSIP ARTIS : DULU KINI DAN SELAMANYA

Benda ni, memang pelaku, pelari business, dulu kini dan selamnya, kalau takda gosip artis dan sebagainya, seolah-olah, rakyat malaysia, bahkan seluruh dunia, tak boleh nak hidup tanpa baca gosip artis, hahaha, pembuat pembuat gosip ni, tak kiralah fan page, facebook, blog dan sebagainya, semua perlukan gosip artis. hooo.

RUMUSAN : KREATIVITI


Apa yang penting, korang kena kreatif untuk mencipta dan menghebohkan facebook kawan kawan anda dengan troll,gosip dan informasi, dan juga dakwah .  Cubalah anda melakukannya,

28/04/2013

Lutut Terkehel Kegembiraan - Tahniah Master Lyna dan Zainul

Hahah, sekali boleh pulak saya terkehel lutut kegembiraan, sebab terlampau syok sangat nak lompat, sekali boleh salah landing, hahaha, habis sakit sampai sekarang, time nak tulis blog ni. Tapi sebab dah boleh motivated dengan kata - kata ucapan Master Lyna Noh dan Zainul Anuar. Aduhh, sakitnya.

lompatan yang membawah padah
Lompatan Maut yang membawa padah, sampai lutut terkehel

Terasa Sakit  Lagi

Terasa sakit lagi, tapi rasanya lepas ni kena berusaha sedaya upaya, sama seperti lompatan kungfu Melayu gua ni, tapi itu adalah hasil tangkapan en munzir, tahu tahu lepas tu, terjatuh, dan menyebabkan gua jalan macam charlie chaplin. Adui, tak sangka pulak boleh tersalah landing, nampaknya kena ambil AJHT shaklee, bagi supplement sikit kat sendi sendi lutut ni.

Sedih pada suatu ketika ?

Cumanya, Lyna Noh yang sibuk, hmmm, masa tu terasa sedih jugak, masa along sebak, sampai tak terkata, bila dia cakap pasal ayahnya yang mencabarnya berjaya dalam MLM shaklee ni. Hoo, sememangnya time aku tak leh kata apa. Kalau korang rasa takda masa nak buat, tengoklah orang disekeliling anda, mostly yang berjaya, semuanya akan kata, tak cukup masa, busy dan sebagainya. Nak kena pandai uruskan masa ni.

HUSBAND, the BRAIN behind WIFE'S BUSINESS

Segalanya Wak Zainul, katanya, otak Suami yang menggerakan business shaklee isteri-isteri kita. Semuanya begitu, saya juga kekadang, akan menekan calculator, dan membuat kiraan, kalau ada masalah, uruskan modal, dan sebagainya. Apapun, janji kena konsisten dan teruskan usaha, jangan berhenti.


TERIMA KASIH


Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih, Wak Zainul dan Along Lyna, kerana membimbing kami berjaya sampai tahap sekarang. CONGRATS. Lepas ni kitorang pulak, adui, kena usaha kuat ni.

27/04/2013

CARA FREE GUNA ADD ME FAST

Aku rasa korang tentu tahu cara FREE dapatkan like page facebook. Sebenarnya  banyak cara , atau website yang kita boleh buat supaya kita dapat FREE like untuk fanpage kita. Kita ni pulak, orang biasa bukannya artis ala Tasha Shilla nak ramai followers atau likers. So jom kita tengok beberapa cara nak guna ADDMEFAST.


cara free dapatkan like page facebook banyak gile guna  addmefast

MANIFESTO ZALIM DI MINGGU KE EMPAT  - MENANG BATTLE DAN MEMBUAT LOQUE BANGUN MENYEMBAH

Tahniah MANIFESTO, aku rasa minggu ni minggu paling cemerlang, Manifesto memang zalim dengan Azri Kerk membantu dengan bass solonya menang Battle melawan KRISTAL . Apa yang paling kejam buat aku ialah, korang berjaya paksa LOQUE bangun menyembah MANIFESTO, berbanding band -band lain yang bertanding. Kejahatan band ini makin menyerlah, jom kita ulas satu persatu kezaliman yang mereka buat terhadap rakyat jelata.

manifesto kejam sehingga membuat loque bangun menyembah korang
Manifesto Yang Zalim lagi JAHAT memenangi BATTLE BASS SOLO, dan membuat LOQUE menyembah korang, gambar dari facebook TOMOK

1) Keluar Dari Zone METAL

Kali ini, aku nampak, imej MODREAD terus dilenyapkan, ianya bagi aku satu tindakan yang bijak, element berat masih ada, dengan gitar berapi fami, tapi ianya seakan -akan, aku dengar MANIFESTO bukannya gabungan tomok dan modread, tapi ianya sebuah band baru yang hendak bertanding menentang band-band lain yang telah lama bersatu. 

2) BASS Solo Azri Kirk yang Jahat

Pemilihan lagu, arrangement yang menarik dan penuh dinamik, itu kata Jen yang memuji Manifesto kerana membuat arrangement yang menarik. Loque pulak memuji Kirk dengan solo gitar yang jahat, dan keluar dari tipikal slapping bass teknik yang memang akan menyakitkan tangan kalau tak biasa. Tak kisahlah bagi aku, Kirk pakai pick guitar berbanding kecik kristal yang slapping, tapi ianya cukup memikat Jen dan Loque untuk Manifesto menang RM 10,000. Aku memang terbayang kan Cliff Burton seolah olah masuk dalam jiwa Kirk, hoo, dan akhirnya memang betul sekali, Kirk mengakui tekniknya memang kurang bagus, tapi semangatnya itu kelihatan jahat dan menjahanamkan .

3) Membaca PEMIKIRAN PIHAK LAWAN

Inilah satu KEJAHATAN MANIFESTO, aku tak pasti, ianya seperti mereka bermain dengan Mesin Masa, pergi ke hadapan, dan membaca perancangan pihak lawan, dan akhirnya, lahirlah satu revolusi yang dikatan KOMBINASI PALING ZALIM, seolah olah orang kampung, ataupun bagi aku, Hang Tuah 6 bersaudara sedang lepak minum di Starbucks dan melayari facebook sambil buat online business shaklee, MLM, emas forex, dan lain lain. Sedangkan 4 band lain, bermain dengan arrangement yang lebih kurang sama dengan konsep modern rock, Manifesto dengan dikir barat, nyanyi denga loghat kelantan, terus-menerus menaikkan kembali semangat KEROSAKAN dalam VERSUS. Aku masih ingat, cara persembahan mereka, sama seperti Hujan tahun lepas yang membawa gambus dan seruling naik ke pentas. Apapun HUJAN memang mentor kepada MODREAD, yang  merekodkan album mereka di studio Kamar Seni milik AG COCO.

4) TOMOK membawa AURA OIAM 3 ?

Aku dapat rasakan, kali ini, TOMOK akan membawa aura oiam 3 dulu, masih ingatkah korang, dengan perubahan imej tomok, dengan hilangnya suara sengau, hilangnya kemuda remajaan, terus bertukar menjadi kreatif dan rock, sehingga shafinaz slim pun terkedu-kedu mendengar nyanyian TOMOK. Aku dapat rasakan, aura Tomok sudah kembali, dengan ideologi kejahatan Manifesto yang akan menakluk rakyat Malaysia menonton VERSUS di TV9.

MANIFESTO AKAN MENJADI JUARA VERSUS MUSIM KEDUA?

Perjalanan masih panjang, ianya makin sukar, Loque sudah memberitahu semua band, keluarlah kamu dari zone Rock yang kamu telah khatam. Mencari kreativiti di luar imaginasi memang sukar. Kesungguhan Manifesto keluar dan membuang imej MODREAD, amatlah membuatkan hasil. MINGGU DEPAN akan terus mencabar dan mencabar. Mungkinkah Ainul akan berentap menjahanamkan DRUM yang ada di pentas Versus ? Sama sama kita  saksikan.

26/04/2013

Tiz Zaqyah Bercinta dengan Tokey Cupcakes ? Betul Ke ni ?


Tiz Zaqyah yang  popular dengan drama nur kasih, rasanya rasanya dah putus dengan Remy Ishak, sekarang ni rasanya ada pakwa lain, tapi agak pelik bila dengar Tiz Zaqyah nak bercinta pulak dengan tokey cupcakes, atau bercinta dengan cupcakes tu sendiri, ataupun sedang belajar nak buat cupcakes. Hoooo, ni satu misteri untuk artis yang cun melecun ni.


tiz zaqyah dan idaeara cupcakes yang lazat lagi berkrim
Tiz Zaqyah yang Hot sedang pegang cupcakes ?

HOT, nampak barang panas ni, hoo Tiz Zaqyah, sememangnya HOT, sebab tu korang nampak ada kipas kat belakang tu, supaya bilik tu tak rasa panas sebab Tiz Zaqyah. Hooo, rupanya bila aku tengok balik cupcakes  ni, hoo ni member aku nye ni, Abg Jeff Rey yang menjadi usahawan cupcakes yang gemilang lagi terbilang di masyarakat antarabangsa. Korang pun tahukan sampaikan Prof IR Fatimah Ibrahim dari jabatan kejuruteraan bioperubatan pun beli cupcakes Abg Jeff Rey. Mantaplah, IDAERA cupcakes ni.

Testimoni IDAERA CUPCAKES

Hahaha, aku pun dulu beli Cupcakes diorang jugak, hoo, masa kenduri adik aku, Alhamdulillah, kawtim baiknya, servis memang Abg jeff Rey yang hantar naik kenderaan laju lagi super duper toyota AVANZA. Hooo, memang senanglah servis dan perkhidmatan yang diberikan. Cupcakes pun rasa sedap, anak aku Arreessa Zulaikha makan banyak kali, sampai kena stopkan, takut sakit gigi heheh.

Mana nak dapatkan IDAERA CUPCAKES


Korang bolehlah lawatai blog IDAERA CUPCAKES diorang di sini, memang macam macam boleh buat, untuk harijadi, hantaran kahwin, bulan madu, ataupun hadiah majlis kenaikan pangkat bos korang di sektor awam dan juga swasta. Hahah so apa tunggu lagi, jangan lupa likes juga fan page diorang ok ? TEMPAHLAH CUPCAKES ANDA SEKARANG


Surat Cinta Shaklee - Star Achiever Award 2012/2013 

Sebenarnya, wife yang dapat Surat Cinta Shaklee ni. Alhamdulillah, akhirnya dalam setahun buat, dah boleh dapat award, walaupun kami baru je rank rendah , atleast 2 awards dapat. Akhirnya wife mendapat jemputan daripada en Shaklee untuk National Conference ini pada 8 Jun 2013.

wife dapat awards dari shaklee
nak poyo sikit, wife yang dapat, hahaha

Star Achiever Awards 2012/2013

Kalau tengok kat surat tu, puan Ainul Mustafa, mendapat 2 awards, iaitu, top 10 new business leader income dan business growth-new rank achievement. Alhamdulillah, perjuangannya selama setahun setakat ni berbaloi-baloi, dengan pendapatan yang membanggakan, dapatlah kami hidup di dalam kota shah alam yang aman ini.

Ramai je yang dapat ?

Tak dinafikan, ramai yang lebih hebat dari kami, tapi kami secara bestnya, tak berjangka untuk dapat awards  macam ni. Semuanya bermula dengan langkah pertama berdaftar dibawah awek cun hadhatina MKB, selepas tu wife mula  serius pada bulan 5 2012, saya pulak mula serius pada bulan 9 2012. Semua orang boleh, mari semua !!!!

25/04/2013

MANIFESTO BUKAN JANJI, MANIFESTO IALAH TOMOK+MODREAD

Manifesto bukan janji tu si Khalid Ibrahim presiden FAS yang tak buat kerja  punya  janji, tapi kali ni MANIFESTO ialah gabungan MODREAD dan TOMOK, hahhaa, memang gilelah, dengan kepaduan MODREAD, dan suara Tomok yang mengancam dengan Sejuta dalam Satu punya kualiti, tentu ramai dah tengokkan VERSUS musim ke 2 . JOM kita tengok kekuatan MANIFESTO ni .

MANIFESTO =TOMOK + MODREAD

Gabungan PALING UNIK

Hahaha, aku dah kata dah, inilah gabungan palin unik dalam VERSUS 2 kali ni, aku tak sempat nak layan versus 1, yang ada gogerilla, dan typewriter, tapi kali ni TOMOK lebih berani, kerana memilih MODREAD untuk merosakkan lagu-lagu dalam MALAYA ni. Korang tentu tahukan, kisah hero remaja, dikalangan peminat NEW BOYZ, termasuk adik aku dulu pun ada simpan poster jiwang tomok, tapi itu sejarah tak mungkin berulang, dengan ahli kumpulan new boyz banyak komitmen lain, tomok dengan tepatnya memilih Modread untuk menghiburkan seluruh rakyat  Malaysia di tv9 setiap jumaat pujul 9 setengah malam.

Kekuatan MODREAD dengan BLACK ?

Yang ini adalah satu kelebihan Modread, kerana dengan pengalaman beraksi dengan Black, ternyata aku rasa Tomok juga akan memilih Modread, kerana kebolehan mereka bergabung tenaga, dan aku rasa lepas ni, Modread tentu akan lebih banyak kolobrasi yang gila canggih. Mungkin lepas ni aku rasa Modread kolobrasi dengan MAS IDAYU ? hahaha, semuanya tidak mustahil.

Ainul dengan DENDAM  Kristal ?

Pertemuan kalini lebih menarik, dengan Ainul, bekas drummer KRISTAL, akan menemui semula rakan rakan nya sewaktu mereka membesar dengan Seragam Hitam. Ternyata Ainul lebih berani, dengan hentakan padu yang aku rasa akan membuatkan drum tu akan tercampak terkena muka Jenifer Tompson tu. Apapun kekuatan AINUL mengetuk drum, antara yang paling padu dalam VERSUS 2 kalini.

TIGHTNESS VS HEAVY VS KREATIVITY ?

Benda yang paling sukar dalam VERSUS , ialah merosakkan lagu, ianya sukar untuk diterima sebenarnya oleh masyarakat Malaysia secara amnya. Bagi pemuzik MANIFESTO, 2 kali cubaan bermain penuh metal, kadangkala membawa padah, dan Jen telah menegur mereka kerana selalu sangat dengan muzik HEAVY. Akhirnya pada minggu lepas, Manifesto lebih berani dengan killer arrangement oleh Fami Modread. Selepas ni, esok, apa yang akan terjadi, tentu akan membuatkan mereka perlu keluar dari kotak pemikiran, keluar dari zone selesa untuk mencari muzik yang lebih mantap dan segar.

Janji Bukan Sebarang Janji MANIFESTO

Gabungan ini akan terus dikenang, kerana ianya pun keluar, semasa kempen PRU 13 yang sibuk mencari kesalahan mamat A tiru Manifesto mamat B. Apapun yang terjadi, Tomok dan rakan rakannya, Fami,  Kirk, Sapiq, John dan Ainul, akan membuat korang semua tak senang duduk, dan korang rasa, pergi ke Space U8 shah alam lebih berbaloi dari menonton tv di rumah. 

24/04/2013

Macam Mana Khairul Fahmi menjadi penjaga gol no 1 ? - Ulasan Pakcik BABAH

Secara lawaknya, macam manalah, aku check nuffnang, boleh keluar keywod, macam mana khairul fahmi menjadi penjaga gol no1, so aku terus buat entry khas  untuk apek penjaga gol no1 negara dan kelantan. Korang pun tahu kisah kecemerlangan beliau yang power lagi dasyat itu, so aku nak ulas serba sedikit bagaimana nak jadi penjaga gol no 1.


khairul fahmi che mat

Dapatkan bentu badan cun dengan mengamalkan ESP dan OMEGA GUARD SHAKLEE. Testimonial esp dan omega guard  untuk ibu yang berpantang , ingin kuruskan badan dan buang lemak lemak di paha, dengan mengamalkan diet shaklee. Ok , jom kita tengok tips ibu ini di bawah , memang terbaik.


kurus dengan shaklee
Kurus dengan amalkan ESP dan OMEGA GUARD SHAKLEE
Tips dari Mariana Mahathir

1) Amalkan permakanan yang sihat, carbo mesti ada, nasi kurangkan kepada separuh, buah-buahan dan sayur-sayuran amatlah penting sekali.

2) Minum Air mengikut kg, 1 liter untuk 25 kg berat badan.

3) Ambil OMEGA GUARD, memang berkesan untuk pecahkan lemak,

4) Minum ESP SHAKLEE setiap pagi, 



Ok, jom kurus dengan SHAKLEE, boleh hubungi saya atau wife saya, banyak tips yang ada jika anda join kami. Kami ada offer baik ESP+OMEGA GUARD, ESP+OSTEMATRIX, ESP+MEMBERSHIP dengan harga yang berpatutan, dan jangan lupa juga untuk menjadi ahli, banyak lagi kami offer untuk anda.



Hubungi SEKARANG !!!
Ainul Mustafa 0133612717
SPECIAL BAIKNYA


22/04/2013

Kalman Filter : Penapis terpower dalam sejarah ?

Hok dah masuk 3 setengah tahun aku buat phd ni, tak siap siap lagi, sampai aku kena marah dengan VC UM, tapi nak buat macam mana, memang sukar juga jalan yang aku lalui, semata mata nak memahami Kalman Filter ataupun nama melayunye Penapis En Kalman. Oklah, kalini aku tak nak cerita pasal formula, tapi aku nak bawak korang semua hargai apa yang kita belajar masa form 4, form 5 dulu, sebab pelajaran tu, memang penting, tapi cikgu sekolah tak cerita application.

kalman filter
Rudolf Emil Kalman, Pencipta Kalman Filter 

Rudolf Kalman

Oklah, sejarah ni korang boleh baca tengok sendiri kat wikipedia sana, kita tengok macam mana Rudolf Kalman berjaya mencipta satu formula khusus untuk estimate atau menganggar nilai sebenar bagi sesebuah model kepada masalah. Hahha, pening kan ? Apa itu model ? Model ni kiranya formula matematik, yang menunjukkan masalah bagi sesuatu sistem, biasanya sistem kejuruteraan. Tapi secara meluasnya, Kalman Filter ni berjaya menyelesaikan masalah, kejuruteraan, aero angkasa, ekonomi, biologi dan sebagainya. Ok itu serba sedikit tentang Kalman dan pakcik kalman. Pakcik kalman ni masih hidup ok, jurnal kalman filternya menjadi rujukan utama jurutera-jurutera dan pengkaji pengkaji seluruh dunia, termasuk aku sendiri.


Filter atau Penapis 

Oklah, sekarang ni kita nak cerita apa itu fungsi Penapis atau Filter. Secara senangnya, dulu mak kita ada penapis kelapa, hahaha so yang kita nak, kita dapat, yang taknak dia tembus dan terus kita buang. Lagi satu, kalau kita ada satu isyarat, kita nak tapis isyarat yang kotor, supaya kita dapat satu isyarat yang bersih, barulah clear kan. Jika kita membuka masalah ini dengan lebih general. Filter disini bermaksud Estimate, ataupun bahasa jawanya penganggaran. Kita nak anggarkan nilai, atapun estimate. 

Jap jap, kenapa kita kena estimate ye ? Senang sahaja. Biasanya, bila kita membuat satu pengukuran, contohlah korang nak ukur suhu, korang tahu tak suhu yang korang dapat tu bukan suhu yang sebenar ? Kenapa saya berkata begitu ? secara realistiknya, keadaan kita dikelilingi isyarat-isyarat dan kondusi yang diganggu oleh kotoran ataupun noise. Kadang kadang alat pengukur kita juga mempunyai masalah konsistensi, jadi bacaan akan berlainan untuk setiap masa pengukuran di ambil.

estimation kalman filter
Tengok bagaimana Kalman Filter (biru) estimate nilai teori (hijau) berdasarkan ukuran yang dibuat (dot merah). Gambar ni kredit en google.

Konsep Statistik Dalam Pengukuran

Oklah, korang ingat tak kita belajar apa itu Purata, haha, ataupun mean, median, dan mod. Rasanya masa form 4 dan form 5 ada belajar dalam subjek matematik tambahan dan matematik moden. Oklah, masa fizik form 4 pun, kita ada belajar tentang persis, ketepatan, masa tu kita buat ukuran tiga empat kali, lepas tu kita buat analisa. Hahhaa, sebenarnya benda tulah yang ada dalam masalah Filter, ataupun Penapis, yang menggunakan konsep statistik untuk estimate nilai sebenar sesuatu masalah ataupun model.

Contoh : Katalah kita ada satu beban, dengan nilai teorinya bersamaan dengan 1kg. Ok sekarang ni kita buat beberapa pengukuran: Jadinya pengukuran korang tentu akan menjadi macam ni

Cubaan pertama 1)  1kg
            kedua    2) 1.02 kg
                         3) 1.1 kg
                         4) 0.98 kg
                         5) 0.99 kg.

So korang pun tanya cikgu, mana satu bacaan yang betul, so secara mudahnya, kita  boleh estimate nilai teori 1kg  dari 5 bacaan tersebut dengan menggunakan formula purata iaitu, kita tambahkan semua sekali bacaan dan bahagi dengan jumlah bacaan yang ada. Oklah untuk contoh di atas:

                       purata= (1+1.02+1.1+0.98+0.99)/5 = 1.018kg 

Nampak tak ? dengan mengambil beberapa bacaan, kita boleh menganggar atau estimate nilai teori beban 1kg itu. Best tak ?

Tapi apa kelebihan Kalman Filter ni ?

Hahaha, yang ni, lebih menarik. Secara praktikalnya, kita membuat pengukuran berdasarkan struktur masa tertentu. Oklah berbalik kepada masalah tadi, saya cuba buatkannya mengikut masa, contohnya macam ni

Cubaan pertama pada pukul 11.00am =1kg
            kedua    pada pukul  11.10am  =1.02 kg
                         pada pukul  11.20am = 1.1 kg
                         pada pukul  11.30am = 0.98 kg
                         pada pukul  11.40am = 0.99 kg.

Ok sekarang korang ada data Purata tadi = 1.018kg, ok kalau korang ambil bacaan keenam, iaitu X6, korang tentu boleh guna balik formula purata di atas. Tapi pakcik Kalman lebih bijak, sebab kita tahu purata bagi bacaan kelima jadi Pakcik Kalman membuat satu formula untuk mengira purata untuk bacaan keenam

Purata bacaan ke enam =  Purata bacaan kelima  + (X6(bacaan sebenar)-X6r (ramalan bacaan keenam)x K (pemalar)

Pemalar K itu biasanya di panggil Kalman Gain, sempena dengan nama pakcik Kalman. jadinya, korang cuma perlu mengira nilai K sahaja, dan formula nilai K ni ada dalam 5 formula penting Kalman Filter. Kenapa begitu ye ?Sebab, jika korang ada 1000 bacaan, korang tak perlu nak kira semua 1000 tu, korang cuma perlu kira data sekarang dan data sebelum, iaitu korang cuma perlukan data yang ke 1000, purata ke 999, dan pemalar K. 

Yang menariknya lagi pulak, Pakcik kalman juga ada formula untuk meramal nilai bacaan keenam, sebelum korang buat pengiraan, maknanya disini, dengan data yang ada, korang boleh buat prediction atau ramalan, untuk bacaan yang keenam. Menarik kan? Jadinya bacaan untuk update purata di atas, kita boleh gunakan data ramalan, dan data sebenar, untuk mencari purata bacaan ke enam di atas.

Kalman Filter dan Perkembangannya

Banyak perkembangan yang berlaku dalam Kalman Filter ini, ataupun masalah filtering ini. Jadi saya cuba merungkaikan masalah ni dengan mengambil contoh mudah semasa kita belajar ditingkatan 4 dan 5. Kita pernah belajar juga tentang taburan kebarangkalian. Pentingnya statistik itu dalam kejuruteraan, kerana taburan kebarangkalian itu membantu kita memodelkan masalah kotoran atau noise yang ada dalam formula matematik kita. Jadi jika anda dengar tentang Kalman Filter ni, ada sebenarnya telah melaluinya, cumanya Kalman filter yang diajar di Universiti ni lebih mendalam, Sekian Sahaja.

KURUS SIHAT OTAK CERDAS

Lecithin adalah Nature's Emulsifier(Pengemulsi Semuljadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E,K, Beta Caretone. Lecithin boleh didapai dari tisu binatang dan tumbuhan, yang popular sekarang ialah soy lecithin shaklee.


lecithin shaklee kasi kurus,sihat,otak cerdas

21/04/2013

Rangkuman Soalan Panas Nuffnang

Nak masuk beberapa hari ni ,amat membosankan, jadi aku rasa aku nak ulas pulak soalan-soalan panas kat nuffnang aku ni. Kat bawah tu korang boleh lihat beberapa contoh soalan yang ada keluar kat blog aku ni. Saja je aku nak reveal benda ni, untuk menjawab soalan-soalan pembaca blog shaklee dan personal aku. Hehhe mari kita pilih beberapa soalan yang panas di bawah.

keywords dari nuffnang
beberapa keywords carian nuffnang aku

1) Siapa Ainul Shaklee ? - Yang tu ialah wife aku, aku tolong dia jual shaklee ni sambil tulis blog personal dan sebenarnya blog ni ialah tujuannya untuk menjual, tapi tetiba dah jadi blog personal, so kalau korang ada masalah kesihatan ke, nak tambah duit extra ke, bolehlah contact wife aku tu .

2) Nokia lumia ok tak ? - Yang bestnya, contact hp lumia terus connect dengan friends kita kat facebook, jadi memang cepatlah upload gambar kat facebook, dan kita boleh edit no hp kawan kita kalau dia ada fb sekali. Yang tak bestnya, lumia kurang application yang best, dan lumia takda INSTAGRAM.

3) Bagaimana cara dapatkan like page facebook ? - ok bro macam macam cara sebenarnya. Korang boleh buat fb ads, application, SEO kan blog korang dan sebagainya. Ataupun korang terjah sorang sorang, suruh diorang like fan page korang. Nak lagi bagus, jadilah selebreti, tak pun jadilah blogger politik macam papagomo tu.

4) Cara mudah hafal sifir  ? -  yang ni, korang kena selalu buat latihan dan selalu aplikasikannya, tentu mudah nak hafal sifir, sifir 63pun tentu akan mudah jika korang selalu buat.Samalah juga korang nak hafal al-quran, selalulah membacanya, dan mengajarkannya kepada orang ramai.

5) Macam mana nak bancuh esp shaklee ? - adui, yang soalan yang menarik, tapi kenalah jadi customer shaklee saya dulu, barulah saya guide anda satu satu ok ? sekarang ni ada promo, esp dengan membership shaklee, contact saya jika berminat.




Oklah setakat ni sahaja dulu, ok sekian terima kasih kepada yang sudi follow, dah 140 followers dah. Ok selamat malam.

20/04/2013

Taktik Negatif Irfan Bakti: Analisa Ninjaseni

Sekali ninjaseni pulak nak cerita pasal bolasepak, satu taktik negatif Haji Irfan Bakti, yang selalu membawa padah kepada pasukan bimbingannya. Tapi yang gua masih ingat, ialah ketika dia membimbing Terengganu dan Selangor. Kalini, gua akan tengok kembali, mengingatkan korang taktik biasa Irfan Bakti, bagi yang gua ingatlah dulu ye.

irfan bakti mungkin tidak lama dengan selangor ?

Perjalanan Irfan Bakti

Kiranya dulu, irfan pernah menjadi jurulatih negeri sembilan, pulau pinang, tmfc, yang tu kiranya korang boleh search je kat wikipedia tu, tapi bagi gua ingat masatu dia jadi jurulatih  Pulau Pinang, hahaha. Masa tu , zaman player yang paling power, player Cina penang iatu Aiman Wong Abdulullah, hahah, apatah nama cinanya dulu. Tapi tiba-tiba pada zaman Selangor dan Kelantan tengah control liga super, tetiba Irfan Bakti muncul kembali bersama pasukan Terengganu, yang selalu menjadi pengacau kepada pasukan lawan. Kiranya, pasukan Terengganu di segani bersama Haji Irfan Bakti.

Corak Serangan Balas Cepat

Sejak membimbing Terengganu dan sekarang pasukan Selangor, taktikal coach ni, suka kepada teknik serangan counter attack. Kiranya masa di Terengganu, Joseph Kalang Ti akan memainkan peranan yang penting untuk membuat hantaran lintang, kepada manaf manan, abdul hadi yahya, yang memang berbahaya . Masih ingat lagi, taktikal Irfan Bakti berjaya menyekat pasukan Kelantan dan Selangor ketika Piala Malaysia 2011.

Pendekatan Yang Sama di Selangor ?

Semasa zaman Safiq Rahim, Selangor jarang bermain corak menyerang pantas, kerana Safiq lebih gemar untuk membuat serangan dari bawah, dan menggerakkan serangan dengan bermain hantaran -hantaran pendek. Ternyata, sekarang Irfan Bakti suka bermain counter attack , dengan beberapa pasukan menjadi mangsa , terutamanya Kelantan dan JDT. Tapi malangnya, bukannya selalu menjadi taktik serangan pantas itu, dan kalanya ada bahayanya.

Kes 1 - Terengganu vs N Sembilan Final Piala Malaysia 2011

Yang ni aku dah banyak kali sebut dulu, masa ni, Irfan Bakti suka sangat bertahan dan selalu menunggu peluang untuk menyerang. Walaupun hanya berjaya mendahului dengan satu jaringan, tapi akhirnya kalah juga kepada kebangkitan 2 gol dari Negeri Sembilan yang ketika itu dipimpin oleh Azrai Khor Abdulullah. 

Kes 2 - "Jangan Bermimpi Di Siang Hari " -Selangor vs Kelantan 


Keyakinan melampau Irfan ketika menerima kunjungan Kelantan semi final Piala Malaysia 2012, membawa padah. Kerana sibuk menyerang dan cuba bermain psikologi, akhirnya Bojan Hodak berjaya merobek gawang Selangor dengan 2 gol , hasil dari gol Mohd Gadhar dan Kapten Marvel Piya.

Kes 3- Selangor vs JDT - Suku Akhir 2013 Piala FA


Ini antara bagi aku dosa besar Irfan Bakti, kerana gagal untuk mengesan serangan balasan JDT, walaupun Selangor mendahului 2 gol. Hanya kerana yakin Selangor mampu bermain dan bertahan sebelum itu, akhirnya membawa padah. Baca ulasan game itu pada post aku sebelum ni.

Kes 4- "Nunez Hanya Biasa Biasa Sahaja"

Walaupun lepas game baru Irfan Bakti bercakap benda ni, ternyata Selangor menerima padah dengan serangan Nunez yang berjaya meranapkan impian Mahali Jasuli dan rakan rakanya dan Tasha Shilla. Si Boroi telah diperkecilkan, dan Selangor pula terasa seperti bintang kerana berjaya mengalahkan JDT 2 kali sebelum itu. Nampaknya, JDT  datang ke Selangor sebagai pasukan underdog, dan ternyata ianya  satu kejayaan manis menumbangkan Selangor. Tengok sahaja muka Fandi Ahmad yang kelihatan gembira dan berpuas hati. P Maniam pula terpaksa cover malu bossnya yang  hilang punca selepas perlawanan.

Kes 5 - Masalah Bermian di waktu Petang

Ini lagi satu punca masalah yang penting, ketika Selangor berkunjung ke tempat lawan, aku tengok possesion ball memang amat lemah, dan selalu menunggu untuk menyerang balas. Ketika di India, team India , East Benga menguasai hampir keseluruhan permainan, dan Irfan Bakti mengakui terpaksa bermain secara negatif dan bertahan.

Kesimpulan

Yang ni sekadar ulasan aku sahaja, yang kurang gemar dengan taktik anti football, yang selalunya membawa padah jika tidak dirancang dengan betul. Tengok manager terhebat di dunia, sir alex ferguson, jose mourinho, roberto di mateo, dan ramai lagi, semuanya pernah mengalami kegagalan anti-football, walaupun umum mengetahui, JOSE berjaya memecahkan taktikal serangan tiki-taka barcelona. 


Pengalaman Pahit Getir Sebelum Mendaftar Business Shaklee: Cerita Business

OKlah, kali ni, post aku pasal pengalaman sebelum mendaftar ahli business shaklee ni. Hoo, rasanya memang sukar dan dugaan pun banyak, sebelum nak berjaya nak merasa income stabil dengan shaklee ni. Kitorang daftar sana sini, duit perabih banyak, kejar sana sini dan sebagainya. Tapi bila awek cun Hadhatina muncul je, Alhamdulillah, rezeki mula melekat. Jomlah aku cerita sikit cerita aku sebelum aku jumpa pakcik Shaklee ni. ok nama syarikat ini ialah bukan nama sebenar, ala ala kes juvana tv1.

kami akan terbang tinggi
Kami akan terbang tinggi suatu hari nanti,

Pengalaman Syarikat Burung

Kiranya, mula-mula kitorang nak kenal business ni, kitorang pernah try syarikat burung ni. Macam-macam kitorang cari macam mana nak cari modal masuk business ni, kiranya berpuluh ribu juga habis. Tapi kitorang tetap gagah masuk, mula-mula tu bajet senyum dapat income, tapi sebab kitorang kena buat list, cari orang, dan ajak orang lain masuk syarikat burung ni, adui penat woo. Kitorang tak suka nak approach orang macam ni, pastu nak masuk ribu-ribu, kang kena rompak duit, woo, teruk jugak. Tak bestnya lagi, kelas malam, tak boleh bawak anak, teruknya. Belajar -belajar, nak jual barang tu sikit, tapi lebihnya nak cari orang-orang dan orang. Penat wooo. Kitorang pun buat sales, malas nak cari orang ni. Buat  sales tu  adalah untung sikit. Tapi nak kena p stokis dia tu leceh sikit, last last bila income shaklee dah mantap, aku pun tak continue dengan syarikat burung ni.

Pengalaman Pelaburan Tanjung Bidara

Yang ni pelaburan 10% sebulan, memang penat jugak nak masuk, siap aku pinjam duit mak aku lagi, kitorang share. Nampak oklah, bulan bulan masuk, sebab tengok harga emas masa tu naik, tapi tak bestnya, aku kenalah jugak cari orang kalau nak cepat kaya. Adui, lagi tak bestnya, benda ni bersifat sementara, tah tiba tiba, CEO tanjung bidara ni tak mahu bayar dah dividen, adui pening aku, nasib baik dah lepas modal, kalau tak melayang duit ni. Adui, aku bajet nak rilek buat duit belanja bulan bulan, last last, lingkup jugak tanjung bidara ni. Last -last shaklee jugak yang untung, masyukkkkk

Kenapa Allah Biarkan Kitorang join benda benda ni sebelum SHAKLEE ?

Korang pun tahu, sebenarnya, kesilapan kitorang ni, banyak mengajar kitorang. Macam -macam benda aku belajar dari sini. Perbandingannya dengan cara kami di SHAKLEE cukup berbeza. Kiranya aku nak listkan point yang penting .

1) Kat shaklee, hanya RM 65 sahaja untuk mulakan business, tak perlu nak modal ribu-ribu
2) Kami suka buat jualan, tak perlu cari orang, 
3) Yang kelakarnya, orang yang cari kami, sebab cara kami sungguh rilek
4) Tak perlu nak paksa-paksa orang laburkan duit ribu-ribu lemon
5) Boleh bawak anak datang kelas, kelas pun flexibel, tinggal nak rajin je.
6) Produk bagus, orang sentiasa pakai .
7) Leader baik baik belaka, kekadang garang, kekadang best, kekadang rajin belanja makan.

Alhamdulillah, kami diberikan jalan yang salah, sebelum kami temui jalan yang lebih mudah. Jalan yang kami lalui ini, amat menolong kami untuk berjaya dalam SHAKLEE

ALHAMDULILLAH !!!! ALLAHUAKHBAR !!!!

19/04/2013

Vitamin Terbaik Untuk Berkempen PRU 13


Salam malam semua. Dah makan malam ? Vitamin Shaklee dah ambil ? Untuk PRU 13 ini, macam macam kerja kena buat ni, jadi macam - macam aktiviti yang akan dirancang, tak  lupa juga kepada penyokong parti parti BN, PAS, PKR, DAP dan sebagainya. Jadi malam ini, saya nak share sikit, apa yang bagus untuk anda semua yang sibuk berkempen menjelang PRU-13 ini.

1) HIGH PERFORMANCE DRINKS - untuk tugasan sepanjang hari, bagi anda tidak rasa penat atau letih sepanjang hari nak berkempen, so bertenaga sikit, hehehe, bolehlah lari sana sini, pasang bendera parti masing-masing. Ok, jangan gaduh gaduh, jangan lupa solat pulak.

2) OMEGA GUARD - yang ni kasi jantung ada sihat, sambil tu, bagi anda kuat sikit tak rasa demam, sambil tu juga boleh buang lemak-lemak jahat dengan lemak -lemak omega3 yang baik lagi terpuji.

3) ESP SHAKLEE - yang ni saya suggestkan untuk calon calon wanita, ataupun pegawai spr yang cun melecun, supaya anda rasa bertenaga dan cun melecun, bagi kulit cantik semasa hari penamaan calon dan hari membuang undi nanti. Yang bestnya, ESP shaklee boleh bikin masker tau. Cantik !!!

4) VIVIX - kasilah muka korang tu awet muda, bagi calon calon veteran, sambil boleh bagi badan korang bertenaga sikit, repair korang punya DNA DNA yang dah rosak tu.

5) CINCH SHAKE - yang ni kalau terasa boroi sana -sini, lemak,  jangan lupa senaman setiap hari, sambil tu, amalkan cinch shake waktu pagi dan malam, bakar lemak dan tingkatkan metabolisme. barulah rasa hensem nak jadi wakil rakyat.


kawan baik shaklee
kami kawan baik, jangan main fitnah ok ?



Oklah, itu 5 vitamin dulu setakat ni, tapi saya rasa, ni bukan vitamin ok, tapi cadangan sahaja menjelang PRU13. Ok sama sama kita, jangan gaduh gaduh, jangan sebar video lucah, jangan main kotor, berhujah dengan fakta !!!

18/04/2013

17/04/2013

Waktu rehat, saya nak share sikit tentang cara mudah hafal Sifir 7, memang best bila kita tengok balik macam mana kuasa otak kanan kita berfungsi dengan mengenal corak dan susunan setiap sifir mudah. Sebenarnya pun, saya bukanlah orang yang pandai sangat. Rupanya ramai dah tahu benda ini, tapi saya juga ada penerangan saya tersendiri


otak kanan sifir 7

JDT Bangkit Ketinggallan 2 gol untuk Membenam Selangor Melalui Sepakan Penalti

Tahniah JDT, kerana bangkit dan menumbangkan Selangor, yang terlampau yakin , walaupun bermain di tempat sendiri dan mendahului 2 gol secara agregat. Gara gara hilang fokus, dan kehebatan Leonel Nunez yang berjaya mengubah rentak perlawanan, dan seterusnye menyaksikan Muhammad Al Hafiz menjadi wira JDT menyelamatkan 2 sepakan penalti abang mahali dan gurusamy. Berikut adalah rangkuman point-point yang penting untuk dikisahkan.
leonel nunez
Leonel Nunez aka Si Boroi JDT


1) Aku di jemput oleh sepupu aku, en Haridz untuk join Ultras di CURVA, so akan datang lepas maghrib, dan terus lepak di tempat ULTRAS selalu bersorak untuk pasukan selangor

2) Aku tengok game malam ni, ramainya fans datang, tak seperti game game selangor yang biasa lawan felda. Agaknya, mungkin sebab faktor kenegerian, mereka ni suka tengok game yang best bestlah. Tapi lawaknya, bila game macam ni, kiranya dah 2 kali selangor tewas ditempat sendiri, masatu semi final lawan kelantan 2012, ramai gile datang, tapi kalah.

3) Aku tengok first half, selangor macam suka sahaja main counter attack, tetapi JDT memilih untuk menyerang dan menyerang, dan menggandakan asakan. Kiranya, Selangor berjaya  menjaringkan gol melalui pakwa kesayangan tasha shilla iaitu abe mahali jasuli. Bajet lepastu confirm nak celebrate ngan awek, tapi sayangnya, JDT yang bersorak keriangan.

4) Bagi aku, Selangor seolah-olah hilang fokus, dan terlupa, yang JDT ialah Johor Darul Comeback, mereka pernah banyak kali comeback dan menang. Sebelum Selangor, Kedah ialah mangsa mereka , dengan comeback ditempat lawan. Masa itu Guizza menjadi wira. Kali ini, Nunez pulak menjadi wira menjaringkan 2 gol.

5) Aku rasa kekalahan 2 kali kepada Selangor, banyak memberi pengajaran berguna kepada Fandi Ahmad, dan bukannya kepada Irfan Bakti. Fandi Ahmad tentunya banyak belajar, bagaimana nak melepasi benteng Selangor yang dikuasai oleh Nasriq, beserta 2 defensive midfielder veenod dan gurusamy.

6) Taktikal Fandi kali ini menjadi, dengan menekan Selangor sampai player seperti forkey dan nasriq injured, Selangor seakan akan hilang fokus, ditambah lagi dengan 4 player JDT yang berbahaya, Mat yo, Safee Sali, Nunex dan Andre Francisco Da Silva. Terus kucar kacir player selangor nak bertahan.

7) Kesilapan besar Haji Irfan Bakti ialah tidak memasukan seorang lagi defensive midfielder atau bermain 3 center back, ala ala Real Madrid lawan Barcelona. Aku rasa irfan seperti memandang rendah kehebatan Andre dan Nunez, dan ternyata, 4 penyerang dalam satu pasukan, memusnahkan harapan Selangor untuk merangkul satu piala.

8) Irfan Bakti juga, suka dengan cara counter dan bertahan. Tapi cara ini banyak kali akan makan tuan. Ingat tak dulu, masa Terengganu hampir pasti menggenggam Piala Malaysia, Negri Sembilan bangkit dengan jaringan Kunalan dan Hairudin Omar . Masa itu, Negri Sembilan menguasai bola dan sering melakukan serangan ke atas kubu lawan.

9) Kemasukan Sukor Jusoh dah terlambat, kerana penyerang seperti Amri dan Ramzul kepenatan dan hilang punca. Faktor tertekan adalah kerana , mereka dikejar oleh JDT, yang berjaya menukar tekanan balik ke Selangor.

10) Norazlan kali ini terpaksa akur dengan kehebatan Muhammad Al Hafiz, yang berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti Selangor. Aku dah agak dah, sebab tengoklah siapa cikgu al hafiz, Khairul Azman, berbanding Azmin Azram untuk jurulatih gol keeper Selangor.

11) Tadi, tak sangka, ramai pulak nak bernyanyi bersama Ultras Sel yang sering tak ikut rentak SSFC. Semuanya mengikut, bila tengok Selangor makin tertekan. Fans bila dah kalah, mula bersatu hati dan memberikan sokongan padu kepada penonton. Aku cuma duduk rilek dan menganalisa perlawanan tadi.

12) Fans JDT pulang gembira, tapi rasanya ada dikhabarkan satu insiden fans selangor tahan bas fans JDT. Hahahha. memang gila, dah kalah tu, terimalah hakikat.

16/04/2013

Tips Berjaya Dalam Shaklee - RAJIN

Alhamdulillah, semalam nuffnang sekali lagi menemukan orang yang inginkan tips berjaya dalam shaklee ke blog aku yang merapu lagi power ini. Semuanya kerana mungkin sebab blog ini senang di google, akhirnya, terjumpa blog aku, walaupun sekerat dua orang je yang nak tahu. Oklah, tanpa membuang masa , marilah kita tengok beberapa tips yang nak aku share kat korang ni. 


berjaya dalam shaklee

Blogger Hebat pun Daftar Shaklee ?

Blogger hebat mana ni ? Hahah, misteri sungguh bila dengar yang ada blogger hebat daftar shaklee jugak. Biasalah, sekarang ni zaman internet, semuanya dengan daftar shaklee dengan membaca blog blog yang telah mula membuat perniagaan shaklee dengan hanya sharing di blog blog mereka.

Kenapa kena tulis blog ?

Sebenarnya, kalau nak diceritakan, wife aku pun sebenarnya dari blog lah dia dapat macam macam, nak masuk tv, majalah, dan macam macam lagi semuanya  bermula dari blog. Kiranya aku dulu ada blog sebelum ni, paling lama dulu ialah tajuknya "perjalanan1712", tapi masa  tu tah tiba tiba nak delete, dan sebagainya. Kesal aku sebab aku dah delete blog tu. Tapi bak kata  orang putih, semangat kena kental, so apa yang penting, usaha dan terus  usaha, dan akhirnya, aku telah mula menjadi bersemangat, dengan adanya beberapa teknik teknik rahsia  yang aku belajar dari group kami. So kalau korang berminat nak tahu tips rahsia tu, bolehlah daftar shaklee  di  sini. dengan hanya RM 65 sahaja.

Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger iella_kylla kerana menyenaraikan saya dalam blog anda yang cun lagi suci dan murni sambil ada musik indah. Jarang orang nak linkkan blog saya, jadi  terima kasih sekali lagi. 

nama saya dalam blog iela_kylla
Yang ni masa semalam saya capture screen, mungkin lepas ni nama saya tiada dalam blog anda






15/04/2013

Ramai yang bimbang diserang penyakit jantung. Tetapi, ramai juga yang tidak berusaha untuk mencegahnya. Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung, ini termasuk:


kesihatan jantung

14/04/2013

Orang orang yang berjaya dalam SHAKLEE -Ramaikah ?

Adake nuffnang kata ada orang cari orang orang berjaya SHAKLEE datang cari blog aku ? Adakah logiknya, yang ni memang  susah nak difikirkan, sebab ramai dah berjaya dalam SHAKLEE ini, tapi tahap kejayaan diorang ni berbeza beza dik, hahaha, jadi sebab dah terjadi macam ini, jomlah kita tengok beberapa insan yang aku rasa betul betul berjaya dalam SHAKLEE ni.

orang berjaya dalam shaklee
Orang orang yang berjaya dalam shaklee


Master Shareeza Hashim @ Kak Cerry Mama Faiz

Yang ni adalah master, moyang kitorang, hahaha, memang superb, caranya yang banyak tekankan amalan rohani, banyakkan share dan sebagainya, katanya keretanya CRV tu dah jual, rasanya nak beli kereta baru, hahaha, tentu power. Tapi dia ni, garang sikit, tapi kelakar.

Master Siti Nurazlina dan Zainul Anuar @ lyna dan wak

Mereka ni, kalau ceritalah, asyik asyik blog diorang je keluar dulu kat google, power power, ada kereta estima yang cun lagi canggih, dan baik hati, terutamanya wak yang sempoi dan senang mesra dengan semua orang.

Master Hadhatina dan Kamarul Baharin @ Hadha dan MKB

RAjin buat video video, sempoi je, cara yang paling rilek dan berkesan, berjaya menawan hati wife aku join SHAKLEE bawah dia, setelah lyna noh tak terjawab panggilan wife aku dulu, hahaha.

Ainul Mustafa dan Faiz Saaid

Akan datang, hahaha, yang ni power, sebab asyik masuk majalah, tv, semanis kurma dan sebagainya. Doa anda, kami akan berjaya dalam SHAKLEE seperti masa masa yang akan datang

Berikut disenaraikan cadangan vitamin shaklee mengikut jenis penyakit @ keperluan. Walaubagaimanapun, untuk penyakit-penyakit yang memerlukan diagnosis, sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.


sakit makan shaklee

Tips terbaik untuk Sembuhkan Demam dengan Vitamin Shaklee

Tips terbaik untuk sembuhkan demam, dengan hanya mengamalkan vitamin Shaklee, ahhaha, ini adalah cadangan cadangan serta pengalaman yang telah dilalui oleh group jutawan jutawan shaklee sekarang. Saya pun ada juga cuba untuk mengambil vitamin-vitamin ini, alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu melegakan dan memulihkan dari demam saya ini. Jom tengok, vitamin Shaklee yang terlibat untuk pulihkan demam anda.

terbaik shaklee untuk anda yang demam
Shaklee terbaik untuk anda dan anak anda


Nutriferon

Nutriferon yang di cipta oleh saintis jepun ini, adalah hasil penyelidikan yang bertahun lamanya, yang menjumpai intiferon yang boleh menguatkan antibodi badan manusia. Wife saya selalu ambil jika badannya terasa demam, dengan mengambilnya dengan air atau telan begitu sahaja. Kalau anak saya demam, saya akan suruh dia telah sikit, bagi badannya kuat. Kiranya sekarang ni ada promotion beli 6 percuma 1 untuk April 2013. Bolehlah kiranya, korang gantikan panadol dengan Nutriferon Shaklee

Omega Guard

Yang takyah ceritalah, memang bagus untuk kesihatan anda. Adik ipar saya, si otak movie, elok elok je ambil omega guard, tak payah ambil MC dah, bertahan pabila kawan kawan ofisnya teruk kena demam. Saya pernah satu haritu malam selsema, mata dah merah merah sebab tengok selangor vs jdt haritu, jadi saya telan  2 biji omega guard shaklee, dan pagi tu rasanya lega, makan pun terkawal, bila kesannya hilang, habis terus nak melantak nasi 3 pinggan.

Vitamin C

Yang ni memang misteri, sepatutnya , dah sampai dalam bulan ni seperti dijanjikan oleh Shaklee , tapi nampaknya, belum lagi keluar berita tentang Vitamin C shaklee yang terlampau sangat hot, sampai ada yang beli banyak gila sampai orang lain tak boleh nak beli. Tapi saya kalau rasa selsema sikit, pagi tu memang ambil vitamin C, kurangsikit rasanya, dan ada yang cakap, patahkan dua, lagi senang menyerap masuk ke dalam badan kita. Apapun, vitamin C 500mg tu takda, bolehlah cuba vitamin Chewable tu, itupun nak masuk stok dah ni.

High Performance Drinks

Yang ni minum jika anda rasa badan anda kurang air, kurang garam, dehidrated. Abang saya dia buat main bola minum ni, tapi kalau rasanya anak anda ada cirit birit yang teruk, gantikan air dalam badannya dengan High Performance Drinks dari Shaklee ini. Memang berbaloi baloi.


OKlah, sekian sahaja tips saya hari ini, jika anda berminat untuk order, silalah klik di sini untuk order. Kalau nak jual jugak macam saya ini, pun klik sini jgk. oklah semua, selamat beramal.

12/04/2013

Panggilan untuk semua lepasan SPM berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee . Apapun, banyak peluang yang akan diberikan kepada anda, nak buat duit, tak perlu dah minta mak ayah, kalau tak asyik 24 jam minta duit.  Memang seronok kalau lepas je habis belajar, income 10k , 8k, 2k, tak perlu susah susah cari kerja, itupun kalau rajin nak tambah duit raya.



11/04/2013

Mahali Jasuli Lagi: Rapat Dengan Siapa ?


Adui, adui, kalini, cerita Mahali Jasuli, rapat dengan siapa ye, ramai dah tahu, tapi yang aku nak stress lagi, entry mahali jasuli aku dulu sebelum ni mendapat reaksi yang sangat positif dan berjaya mengembangkan lagi bakat bolasepak aku. Harap harap adalah peluang masuk tv Astro Arena ala ala Zainal Abidin Rawop.

1) Aku saje je snap busuk ping bahagian sukan, 

Ternyata hit tetiba naik untuk busuk ping post aku sebelum ni, ramainya hit, macam ahli politik lah pulak. Apapun , harapan aku ialah ramai yang order shaklee terus dengan aku, takpun daftar jadi ahli shaklee yang murah sebanyak RM 65 sahaja. Hahha, mengarut je aku.

entry terbaik di busuk ping bahagian sukan
entry gua di busuk ping

2) Lagi entry aku kena copy lagi, 

kali ini, blogger berita tak berapa serius mengambil entry aku untuk blog dia. yeah, cunz. Nampaknya tulisan aku ini akan menjadi perbualan ramai. Tapi benda tu pun semuanya fakta. Apa yang penting, sekali lagi, entry aku  di COPY PASTE, hahaha.

lagi entry gua di copy
Berita Serius pulak copy entry gua

3) OKlah, soalan terpenting, Mahali Rapat dengan Siapa ?

Yeah, biarlah gambar berbicara dibawah, tapi biasanya artis hiburan ini, banyaknye pun gossip yang agak liar lagi menggelikan. Harapan aku kepada Mahali, jadilah profesional footballer, lu memang bawak tuah kepada pasukan negara dan pasukan selangor yang di cintai. Aku harap lu mahali, pergilah main liga yang lebih power selepas selangor. Dan last sekali, aku harap ramai lagi player malaysia yang akan jadi tere macam ko .

tasha shilla dah buat pengakuan
muka ala ala rozita che wan