Blog Orang Selangor

31/03/2013

DAPATKAN LIKE UNTUK FAN PAGE FREE vs PAID

Cara dapatkan LIKE untuk FAN PAGE memang menjadi topik yang hangat, terutama internet marketer, suri rumah lima angka, peniaga online dan sebagainya. Biasanya kita tengok, kalau seseorang personaliti yang popular, mereka akan mendapat LIKE yang banyak untuk fan page mereka. Bagi kita pula, LIKE yang banyak penting untuk perniagaan yang menguntungkan. Biasalah semuanya nak berniaga itu ini, shaklee, ubat, jamu dan sebagainya. Oklah mari kita bincangkan topik ini.



27/03/2013

Askar TLDM kahwin dah, dengan pilihan hatinya. Tahniah sekali lagi kepada Eddrus Iskandar dan pasangannya nor Rohaida. Selamat Pengantin Baru. Apapun jom kita tengok sedikit video aksi perlawanan yang menggemparkan ketika majlis diadakan. hahaha jom tengok.



Gua sebenarnya takda apa-apa hadiah nak bagi kat loih, sepupu gua ni, tapi jomlah kita tengok supplement yang bagus untuk pasangan pengantin yang ada ni. Katanya, yang paling bagus ialah mengambil vitamin E, apa khasiat vitamin E ni ? jom tengok


1. Membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
2. Memperbaiki peredaran darah dan sel tisu.
3. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
4. Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
5. Mengurangkan parut.
6. Mengurangkan tekanan darah.
7. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak.
8. Meningkatkan prestasi atlit.
9. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
10. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot .
11. Menguatkan dinding kapilari.
12. Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
13. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
14. Merendahkan kadar kolesterol.
15. Membantu mencegah kanser.
16. Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
17. Membantu dalam perhubungan suami isteri.

Bak kata ramai kawan kawan, vitamin E ni, memang 'VITAMIN CINTA'. So apapun enjoy your honeymoon loih dan eda.


22/03/2013

Mendengar Syarahan Ketua Saintis Dunia

Hok lepas aku solat jumaat kat masjid ar rahman UM, aku dah baca doa semua, terus je terdengar satu topik menarik, rupanya ketua saintis dunia sedang beraksi , berdakwah dengan matematiknya yang hebat. Sambil kat belakang, bebudak tah dari mana sibuk berpolitik, dan katanya diorang ditangkap polis. Oklah, aku sempat beli bukunya yang hanya fotostat dan dijual RM 5. Tapi ilmunya tinggi dan menarik. Aku cuba ceritakan di bawah intipati yang aku dapat semasa mendengar syarahan beliau.

kehebatan ketua saintis dunia
Ketua saintis dunia sedang berucap

Otak kanan Melayu Hebat

Inilah point, isi utama yang ingin di sampaikan oleh pakcik yang berkopiah dan berjubah hitam lagi segak rupe orang perak. Membuktikan bahawa otak kanan kita hebat, dia telah menunjukkan cara-cara mudah untuk mendapatkan jawapan, dan cara mudah untuk mengira sifir 8, dan 9. Contohnya
cara pengiraan 13x5=65. Kita dibelajar di sekolah dengan cara biasa kebawah dan hanya fokus kepada otak kiri sahaja. Walaubagaimanapun, cara mudah yang lain seperti ini


                  1) buat pengiraan 3x5                  13X5 = 15
                  2) buat tambahan 5+1 =6             13X5 = 65

Banyak lagi yang di ajar, cara guna otak kanan, antaranya susunan sifir 8, dan 12. Memang tertarik, sebab cuba juga cari kaitan sifir 7,dan akhirnya berjaya membuat satu gambaran yang menarik mengenai sifir ini.

Kenapa OTAK KANAN ?

Ianya satu persoalan, yang sebenarnya mendapat perhatian saintis dan penyelidik yang lama mengkaji kelebihan OTAK KANAN ini. 
  1. kanak-kanak di sekolah banyak diajar dengan teknik menghafal sifir  otak kiri
  2. kita diajar membuat keputusan dengan otak kiri.
  3. bill gates menulis dengan tangan kiri, yang biasanya  dikaitkan dengan otak kanan.
  4. Al-quran dibaca dari kanan ke kiri.
Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita huraikan di sini. Yang penting, bila aku terfikir kan arreessa, aku rasa, kami perlukan pendekatan berbeza untuk mendidiknya. Apa yang kami belajar disekolah, perlukan lebih kreativiti dan keseronokan, hmmm banyak benda nak explore ni pasal otak kanan. Oklah, sampai sini sahaja dulu.

19/03/2013

Vitamin Orang Berpantang -Tahniah Kak Huda


Dah lama tak update blog, macam macam kroje kena buat ni, macam macamlah, phd yang nak kena siapkan, kalau tak VC UM gauth jasmon tu marah, hahahaha. Apapun, tahniah kepada kak huda yang dapat baby, namanya Yasmin bt Marzuki. Marilah kita melihat gambar gambarnya  yang comel itu. Selain itu nak share sikit vitamin dan supplement yang bagus untuk orang berpantang, selamat berpantang kak huda.

baby kak huda
Baby kak huda, yasmin bt marzuki
Amacam, comel tak baby kak huda ? Macam muka arreessa zulaikha kecik kecik dulu, hehehe, tapi tulah, nanti mesti pandai ni,berbalas pantun, hehehe. Apapun mari kita tengok supplement untuk kak huda semasa berpantang (diharap kak huda sihat cergas ).

Zat Besi (Iron) - untuk tambah darah, membantu pembentukan darah merah, biasalah orang bersalin banyak darah hilang.

Vitamin B - untuk menambah tenaga, kurangkan stress, tingkatkan metabolisme.

Zink - membantu menyembuhkan luka ketika bersalin,

Kalsium - mengurangkan sembelit ketika berpantang.

Ok itu sahaja kali ini, simple dan pendek sahaja, apapun, nanti yang ni kak huda kami kasi free je, hehhee. Selamat berpantang bagi yang berpantang.

16/03/2013

Pilihan Terbaik Pasukan Bola Sepak Malaysia oleh Faiz Saaid


Salam sejahtera semua. Selepas penat saya keluar tv semanis kurma haritu dengan wife, macam - macam perkara yang berlaku, tapi cerita bola sepak malaysia ni, aku takkan lepaskan. Selepas perlawanan gila Gergasi Merah dan Harimau Selatan, aku terfikir, siapakah yang patut bermain untuk team malaysia kali ni. Aku fikir punya fikir, akhirnya, aku dah pilih 11 pemain untuk menjadi penggempur utama Malaysia kalini.

Kriteria Pemilihan

Aku tak kisah dari segi umur, walaupun dah tua macam Alexender Duric tu, tapi yang penting ialah sumbangannya, janji menang, dan berjaya membangkit semangat berlawan bila ketinggalan. Biasanya, kawalan bola itu penting bagi modern football sekarang, selain bijak membuat  hantaran pendek. Yang paling penting ialah, aku pilih yang boleh menjaringkan gol, walaupun dia bermain sebagai pertahanan. Berdasarkan pengamatan aku, jom kita tengok siapa yang terpilih. Keputusan aku juga, ada sedikit bias, sebab aku peminat selangor, hehehe.

1. Norazlan Razali - Penjaga Gol

penjaga gol selangor
Norazlan Razali

Penjaga gol selangor ni akhirnya mendapat panggilan rajagobal untuk menjalani sesi latihan masa piala asia 2014. Permainannya semakin bagus dibawah kendalian irfan bakti, ternyata pengalaman melawan pasukan terbaik liga super menjadikan azlan berwibawa, dan bersedia menggantikan tempat apek dan farizal yang kurang konsisten.

2. Mohd Fadhli Mohd Shas - Bek tengah

fadli shas power
Fadli Shas

Antara pertahanan tengah yang paling disukai oleh rajagobal dan ong kim swee. Aksinya sentiasa konsisten, dan kebal bila bertahan. Umur yang muda, boleh terus menimba pengalaman dan menjadi pemain yang digeruni . Apapun, peristiwa yang kita tidak boleh lupa tentunya dia menerima kad merah ketika bertemu thailand masa AFF Cup 2012

3. Muhammad Shukor Adan - Bek tengah

shukor adan pemain yang berpengalaman
Shukor Adan

Aku terpaksa pilih pemain yang dah menjangkau 34 tahun ni. Tapi banyak sebab aku pilih dia. Sebab utama ialah faktor pengalaman dan prestasinya, sekarang tengok ATM tangga keberapa liga. Lagi satu, dia boleh menggerakkan barisan serangan dan terbukti semasa final piala malaysia 2011 ketika Negeri Sembilan menjadi juara. Selain itu, shukor adan ada satu kuasa psikologi yang bagus. Aku akan pilih dia sebab dia boleh menggugat pemain lawan dengan aksinya yang bersahaja, dan korang masih ingat lagi, dia boleh mencetuskan huru-hara masa Selangor melawan ATM FA Cup. Selain itu, mamat ni banyak kali menjaringkan gol. 

4. Mahali Jasuli - bek kanan

mahali jasuli
Mahali Jasuli

Walaupun kita ada razman, rubben, bunyamin omar, dan banyak lagi pertahanan kanan yang bagus, Mahali Jasuli ialah pemain terbaik, bagi aku pemain terbaik Malaysia ketika piala AFF 2012.  Gol kemenangan ketika menentang Indonesia tempoh hari ialah penanda kepada peminat bolasepak malaysia dan pasukan lawan, bahawa dia ialah pemain yang berbahaya dan perlu diberikan perhatian. Dia banyak membantu serangan, dan bergandingan baik dengan wan zack haikal dan juga partner baru beliau k sole di selangor. Ketiadaan pemain tengah semasa perlawanan menentang Qatar, Rajagobal meletakkannya sebagai pemain tengah bersama shakir shaari. Kalau nak dikira juga, banyak juga passing berbahaya yang menghasilkan gol untuk Malaysia  dan Selangor.

5. Mohd Asraruddin Putra Omar - bek kiri

asra selangor
Asra

Pengalaman menjaringkan gol penyamaan sukan sea 2011 ialah kelebihan yang  dimiliki oleh asra. Kapten selangor sekarang ini, walaupun kurang bermain dengan skuad utama, dia boleh bertindak untuk membantu jentera serangan dan hantaran lintang asra juga menjadi seperti kawannya mahali jasuli. Asra semasa di skuad piala presiden selangor ialah seorang PENYERANG. Masih teringat lagi ketika selangor membelasah perlis, asra menjaringkan 5 gol ketika itu. Kelemahan ketara ialah selalu hilang fokus dan mudah dibolosi. Antara zubir azmi, daudsu, dan yang lain-lain, asra pilihan aku setakat ini.

6. Mohd Shakir Shaari - Defensive Midfielder

shakir shaari
Shakir Shaari

Yang tak perlulah cerita panjang, tengok sahaja perlawanan nya bersama Kelantan dan Malaysia. Aku rasa mamat ni kreatif dan boleh menjaga bola dengan baik ketika digempur pihak lawan. Beliau bermain dengan baik, dan menjadi lebih  bahaya kalau digandingkan dengan Badri Radzi Piya. Menjadi tunggak penting semasa Malaysia mengalahkan Indonesia masa AFF Cup 2012, tapi sayangnya kecederaan memaksa beliau digantikan, dan pasukan Malaysia nampak longlai dengan ketiadaan shakir diposisi tengah .

7. S Veenod - Attacking/Defensive Midfielder

s veenod yang semakin matang dan menyinar
S Veenod

Pemain tengah ini kurang diberi perhatian oleh peminat bolasepak Malaysia. Tapi kelibat veenod ini nampaknya makin menjadi bersama selangor semenjak bermulanya musim baru Liga  Super 2013. Pemain tengah ini boleh dikatakan sebagai box-to-box midfielder. Setakat ini, rajagobal tiada lagi pemain yang boleh  bertindak sebagai box-to-box midfielder ini. Veenod menjadi jantung selangor sekarang, dengan kerajinan merampas bola dari pihak lawan, dan akan cepat bergerak ke atas ketika melakukan counter attack. Dengan kualiti stamina yang tinggi, aku rasa Malaysia perlukan veenod untuk membantu Shakir ketika pasukan sedang bertahan menahan asakan. Veenod patut diberi peluang untuk beraksi, walaupun tiada pengalaman, dan kadang kala bermain macam tiada arah tuju. Aku masih teringat lagi kelibat owen hargreave, ketika england menentang portugal world cup 2006, semasa itu england bermain 10 orang, dan hargreave menjadi JANTUNG england, turun  naik tanpa merasa letih. 

8. Mohd Badri Mohd Radzi - Attacking Midfielder

Piya bersama pasukan kelantan
Badri Radzi aka Piya

Setelah Safiq Rahim, Badrul Baktiar, Amar Rohidan, hilang taringnya, dan Safiq Rahim gagal menyerlah bersama JDT, tibalah masanya dan akhirnya Rajagobal memanggil Kapten Marvel, Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia ini, tidak pernah berputus asa, membimbing pasukan kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 dan 2012. Masih dalam ingatan Piya  menjadi duri dalam daging ATM, dengan melakukan 3 deadly passing untuk mat yo dan indra menjaringkan gol kemenangan Kelantan dalam saingan piala malaysia  2012. Selain itu, Piya boleh menjaringkan gol dan cemerlang dengan kelantan ketika saingan AFC cup dengan jersey ADABI nya haha. Selain itu, piya juga boleh mengambil sepakan percuma yang menghampakan MISI 33 selangor  tahun lepas. Aksi Piya bagi aku seperti kelibat Shinji Kagawa bersama Dortmund dan Manchester. Sekarang tibalah masanya untuk Piya menunjukkan bisanya untuk pasukan negara yang tercinta.

9. Wan Zack Haikal Wan Noor - Right Wing

wan zack haikal bersama pasukan Malaysia
Wan Zack Haikal

Pernah menjadi pemain harapan Malaysia ketika Anugerah Bolasepak Malaysia tahun 2010. Pemain ini berbisa dan mendapat panggilan untuk beraksi bersama FC Ryuku untuk liga divisyen 3 Jepun. Pemain berbisa disebelah kanan, mempunyai skill yang mantap, dan bergandingan dengan baik bersama Mahali . Bermain dengan pantas, dan boleh mengawal bola dengan baik,selain itu muka jambunya yang membuatkann awek awek diluar sana terpikat. Calon lain, seperti azamudin, amirul hadi, k sole, dan lain lain terpaksa diketepikan, sebab ini pilihan terbaik aku setelah dah lama fikir panjang.

10. Mohd Amri Yahyah -Left Wing -Striker

amri yahyah yang masih berbisa
Amri Yahyah

Amri yang tidak di makan usia, semakin berbisa bersama selangor dengan menjaringkan banyak gol untuk kempen liga super 2013. Pengalaman dan aksinya amat ditagih, dan menjadi ingatan kerana dia satu-satunya pemain malaysia yang berjaya mengalahkan Edwin Van de Sar ketika Manchester United melawat Malaysia. Pemain yang tidak pernah  erti penat ini, rajin dan bijak mengawal bola. Pernah bemain banyak posisi semasa awal kemunculan nya bersama Selangor. Kali ini, Rajagobal memanggil beliau kembali kerana aksinya yang cemerlang, selain beberapa pemain lain yang cedera. Posisi pilihan aku untuk amri ialah bermain Left Wing, dan sambil menyerang. Nampaknya, aku lebih suka Malaysia bermain lone striker, dan menguatkan jentera tengah. Calon calon lain seperti S Kunalan, Raimee, Nurul Azwan Roya, terpaksa dilupakan, untuk memberi Wak Am membantu lone striker pasukan Malaysia.

11. Norshahrul Idlan Talaha - Lone Striker

Mat Yo yang power
Mat Yo

Kemerosotan Safee Sali, yang asyik cedera , Mat Yo atau Wak lan, lebih menyinar, dan satu-satunya calon untuk menjadi Penggempur Utama pasukan Harimau Malaya. Walaupun Farhan, Faizul dan yang lain lain cemerlang, Mat Yo mempunya kelebihannya, dan prestasinya bersama pasukan JDT di tahap baik, walaupun JDT mengalami masalah kurang serasi antara pemain-pemain bintang. Pemain MVP 2 kali ini, masih berbisa dan perlu di beri perhatian dengan corak permainannya  yang gemar menggelecek dan berlari pantas dalam kotak penalti lawan. Aksi terkini beliau menyebabkan Peter Chrapan dibuang padang kerana mengasari beliau. Masih ingat lagi aksi silat harimau Mat yo ketika dia dikawal oleh tiga pemain thailand semasa saingan piala AFF 2012. Sentuhan mat yo masih berbisa, walaupun ada sikit turun dengan pasukan JDT yang dibayangi kelibat Guizza. Kemasukan badri radzi akan memberi tuah kepada pasukan Malaysia kerana gandingan Piya, Shakir cukup masak dengan permainan Mat Yo . 

12. Irfan Bakti - Jurulatih Baru Malaysia ?


irfan bakti bersama selangor
Irfan Bakti

Selain dari OKS, taktikal irfan yang berjaya menyentap pasukan ATM, KELANTAN dan JDT tempoh hari membuatkan banyak fans selangor inginkan Irfan menggantikan Rajagobal sebagai jurulatih baru HARIMAU MALAYA. Bagi aku, sudah tiba masanya Irfan diberikan peluang untuk membimbing Harimau -harimau ini, setelah Rajagobal dan Sathianathan berkhidmat lama untuk pasukan negara. Irfan terkenal dengan permainan counter attack, dan bijak membaca permainan lawan. Sebelum ini pernah menjadi coach untuk Pulau Pinang dan Terengganu. Bagi aku, OKS perlu kekal bersama Harimau Muda A kerana kepakarannya boleh mencari bintang bintang baru untuk Malaysia. Nazmi Faiz, Wan Zack, Mahali, ialah pemain yang mendapat bimbingan OKS untuk berjaya.

12/03/2013

Menjadi Tetamu Jemputan Semanis Kurma 2013

Alhamdulillah, itulah yang saya rasa, berdebar-debar rasanya bila menjadi tetamu jemputan rancangan TV. Lagi lagi rancangan Semanis Kurma yang confirm live kat tv9. Pada tarikh 7/3/2013, puan ainul mustafa dijemput khas untuk tajuk yang menarik: Serumah Dengan Mertua. Macam macam perkara menarik, macam macam ragam, saya pun macam tak percaya akan keluar TV live. Apapun, jom kita tengok gambar dan video kat bawah.

menjadi tetamu undangan semanis kurma 2013
Semanis Kurma Bersama dengan Dr Robiah

Hubungan Mertua-Menantu

Bila kita duduk dengan pakar iaitu Dr Robiah, masa dalam tv tu, kiranya belajar sekali lah, apa kepentingan yang patut ada dengan Mertua dan Menantu ini. Dia  kata, Mertua  jarang mengambil tindakan bila menerima Menantu, biasanya menantu yang kena ambil tindakan bila bersama family mertua, lagi lagi perempuanlah, hahaha. Nasihat yang paling berguna ialah, ikhlaskan niat anda, buat kerana Allah s.w.t.

Apa  yang saya merapu ?

Tetamu jemputan semanis kurma 2013
Live on TV9 Semani Kurma Faiz Saaid

Saya cuba listkan apa yang saya cakap masa dalam tv haritu:Inilah hasilnya
  1. Buat aktiviti bersama-sama dengan family mertua
  2. Biar wife sendiri fahami keluarga saya
  3. Menjadi diri sendiri, control rock n roll tu
  4. Sempat cerita pasal supplement
  5. Cari masa sesuai untuk selesaikan masalah
  6. Fikir positif, fikir baik-baik sahaja
Kalau rasa ada point yang tertinggal, ataupun anda rasa terlepas dari menonton siaran, jom kita tengok ulangan di tonton.com.my, ataupun jom layan video kat bawah ini, video ni saya upload sendiri, bukan saya punya ye, ini media prima yang punya. Terima kasih ye. Apapun , enjoy jugak masuk tv ini. Kalau artis tu, biasalah masuk tv, kami ini orang biasa, hehehe.


04/03/2013

Promosi Shaklee March 2013: Ostematrix Shaklee: Kaki Kejang Hilang

Alhamdulillah, promosi shaklee OSTEMATRIX beli 6 percuma beli 1 kembali. Banyak khasiat yang boleh korang dapat dengan mengambil ostematrix. Ostematrix bukan sekadar kalsium, ianya ialah supplemen yang bagus , terutamanya bagi golongan yang berumur yang mempunyai masalah osteoporosis. Apa yang ada dalam Ostematrix ? Nak tahu detail boleh lawat blog wife saya ainulmustafa.com . Dia lebih arif dari saya tentang Ostematrix. Jom kita tengok serba sedikit kelebihan Ostematrix dan manfaatnya.


kaki kejang

02/03/2013

Harga RUMAH yang SEMAKIN MAHAL ? Apa Perancangan Anda ?

Harga rumah sekarang memang mahal gile, aku tak pasti macam mana nak kata tapi, memang mahal gile. Macam mana nak kata mahal gile tu, katalah anda ada kerja di kuala lumpur, kebanyakkan area rumah sekarang, seperti  di kelana jaya, petaling jaya, shah alam dan sebagainnya, memang dah menjangkau RM 500k. Memang sukar rasanya, dengan gaji yang tak naik-naik dan nilai duit yang makin mengcengkam.


cara beli rumah mahal