Blog Orang Selangor

28/02/2013

Semua orang tahu, khasiat ikan yang bagus untuk kesihatan. Tapi ramai ke yang sanggup makan ikan ? Jawapannya, tengoklah pada anda sendiri. Ada orang memang gila ikan, pancing ikan, tangkap ikan, ada yang suka makan seafood dan sebagainya. Ada pulak yang tak suka makan ikan, suka ambil sumber daging lain seperti ayam, lembu, kerbau, soya dan sebagainya. Kenapa kena makan ikan ? Saya rasa ramai yang ada pandangan masing-masing tentang makan ikan ini.


24/02/2013

Marah Kena Jual ? Gilanya Cerita 3 Abdul

Hari ini, sungguhnya aku masih lagi marah-marah, tetapi bersyukur juga, kerana rezeki itu  sesuatu yang kita rasa  ianya magik, dan aku rasa, aku perlu mengawal kemarahan aku, supaya tidak dijual. Haha, sapa yang jual sapa ? Memang gila sekarang, sememangnya dalam dunia ini, aku tak pernah tengok lagi orang jual orang, tapi dalam cerita 3 Abdul, orang jual orang ini terjadi akibat tidak dapat mengawal emosi kemarahannnya. Sesuatu yang gila yang patut aku kongsi, kerana dalam cerita ini, aku  rasakan sesuatu yang lain dari yang lain. 

Filem 3 Abdul  yang penuh makna
3 Abdul buah tangan P Ramlee yang cukup bermakna

Jalan Cerita 3 Abdul

Jalan ceritanya amatlah sempoi, berlatar belakang tanah arab, dari 3 adik-beradik abdul wahab, wahib, wahub, yang mewarisi harta bapa mereka, ismet ulam raja, yang ada masalah sakit jantung dan tak mahu ke hospital. Mereka ini terpikat pulak dengan 3 anak dara Sadiq Sigaraga, yang ternyata menjadi alat untuk merampas harta bapa mereka yang banyaknya sampai ke Tanjung Rambutan. Setelah si abang wahab dan wahib dah kena jual, si wahub pulak mendapat mimpi dari ayahnya, supaya menolong abang-abangnya. Akhirnya, semuanya berbaik-baik semula, setelah semuanya dimaafkan oleh Abdul Wahub yang bijak main gitar dan twist.

Menjadi Hamba

Maksud Abdul itu ialah Hamba Kepada Allah. Jika kita betul betul inginkan Dunia dan Akhirat, jadilah hamba kepada Allah sahaja. Bak kata P ramlee dalam lagu Alhamdulillah,

"Walau menjadi hamba, tapi merdeka, hidup ria". - P Ramlee

Itulah yang hendak di sampaikan. Kehidupan kita ini, tidak lain hanyalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. , jadi bila kita yakin Allah ada, hidup kita menjadi tenang dan gembira, walaupun ditimpa musibatu. Tapi dalam cerita ini, telah menjadi satu lumrah, bila kita menjadi hamba kepada kekayaan, kemewahan, maka tunggulah bala akan tiba, dari harta setinggi -tinggi gunung, terus menjadi papa kedana kena jual kat uptown atau pasar malam, nasib baik tak jual kat MR DIY.

Wahab , Wahib, Wahub

Al Wahhab, salah satu nama Allah ,bermaksud Maha Pemberi Kurnia. Dalam Islam, sesuatu nama yang dimulai dengan Abdul, perlulah ditambah dengan nama Allah dibelakangnya, contohnya Abdul Wahhab, yang menunjukkan kita ini ialah Hamba Allah. Wahib, wahub pulak hanyalah permainan bahasa yang membawa maksud yang sama. Ianya menjadi satu sifat pada kita, jika ingin menjadi kaya, kita kenalah banyak memberi dari meminta-minta. Sikap meminta-minta , tamak, boleh memakan diri sendiri, dan membuatkan kita rasa tidak tenang dan sebagainya. Dalam satu amalan oleh leaders group kami, kami di ajarkan Zikir Ya Wahab, bacalah 1000 kali, kerana yakin Allah sahaja yang Maha berkuasa untuk memberi rezeki kepada kita, nak naikkan sales, nak dapat income 4,5,6 angka, rajin rajinlah berzikir Ya  Wahab.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." Al-Israa' ayat 110.

Marah Kena Jual

Satu lagi peraturan pelik, ialah kalau sapa marah kena jual, untung berapa percent, 25, 20, semuanya boleh, hehe. Dalam banyak banyak ayat pun, sapa marah kena jual. Ianya menjadi satu perjanjian bertulis dalam cerita lawak P Ramlee. Aku tak dapat nak fikir, apa kebenda mengarutnya cerita ini, sampai habis harta-harta Sadiq Sigaraga kena rampas, sebab abdul wahub lagi pandai putar alam. Lepas kena marah, semuanya kena jual kat uptown pak arab. Haha, itulah, sebenarnya, dalam realiti kita ini, kita sering marah itu dan marah ini bila tak puas hati, adakah kita sedar, kita sebenarnya marahkan kepada pencipta kita ? adakah kita ini betul betul menjadi hamba kepadaNya ? Simbolik kepada kesabaran, marah kena jual, ialah sesuatu tindakan yang melulu dan kurang sabar, akan membawa padah, dan merosakkan jiwa. Akhirnya, aku faham, Marah Kena Jual itu, sebenarnya mengajar erti KESABARAN dalam hidup kita, dan kenalah yakin, setiap apa yang Allah beri kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al Baqarah 216.

Hubungan Kekeluargaan yang baik Ialah Punca Murah Rezeki

Boleh jadi, kalaulah kerana harta, kerana dendam, dah lama dah si Abdul Wahub tu buang je family dia , dahlah abang abang dia semua kaki bolot harta, lepastu dia terpaksa kahwin dengan anak Sadiq sepak raga, nasib baik dia bijak tak kena kelentong, dan akhirnya menang dalam pertandingan  marah-sabar. Tapi, sebusuk-busuk daging, di basuh, dan di makan, perumpamaan yang menarik untuk hubungan saudara-mara. Bak kata dalam lagu p ramlee.

"Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi" - P Ramlee
Lagu di atas, bukanlah semata-mata husband and wife je, tapi lebih dari itu, adik-beradik, dengan mertua, dan semua masyarakat, ingatlah, semuanya tidak sempurna , tapi ada yang baik itu bolehlah kita sama-sama amalkan, kerana itu, nilai kekeluargaan, kasih-sayang sesama insan ada dalam cerita ini. Bagaimana Sadiq Segaraga boleh pulak bagi kedai dia untuk anak-anak yatim bersekolah, walaupun dah teruk kena buli dengan Abdul Wahub, sanngup tak kita menderma, bila kita dilanda masalah ?  Ingatlah, sesungguhnya , hubungan siraturrahim itu penting. Itulah kunci rezeki akan datang.

"Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)

 Mimpi Sulaiman Akhlaken

Rezeki Allah, yakinlah, walaupun anda rasa anda dah takda upaya nak ubah sesuatu yang mustahil bagi manusia, ianya akan datang tepat pada waktunya. Bila mana mimpi Ismet Ulam Raja memberitahu supaya Abdul Wahub berjumpa dengan Sulaiman ini, ianya menjadi key point untuk jalan keluar masalah keluarga besar ini. Bahkan, sebenarnya, mimpi, ilham, kashaf, adalah satu bentuk hidayah Allah kepada orang -orang yang terpilih. Ianya perlukan keyakinan dan keimanan kepada Allah, Doa, Usaha, Tawakal.

Jadilah Hamba yang Taat Kepada Allah Swt

Apapun kita, hanya Allah swt yang berkuasa, yakinlah, rezeki datang dari Allah, siapa pun boss kita, apapun pekerjaan kita, di mana kita bekerja, baik buat business, kerja dengan majikan, semuanya ada rezeki masing-masing. Sama-sama lah juga kita menjaga hubungan yang baik sesama kita, dari saudara mara yang dekat, jauh, masyarakat di sekeliling kita. Tak perlu nak pergi jauh sana, yang dekat dengan kita pun perlukan pertolongan kita. Jadilah hamba yang bertaqwa kepada Allah.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al Hujurat -13 

20/02/2013

4 Macha, Kekuatan Selangor tahun 2013

Cerita tentang 4 macha selangor ini memang menjadi topik yang perlu dibincangkan, walaupun semalam selangor dah kalah dengan ATM 2-0. Kenapa tak cerita 5 je terus ? Bukan sebab taknak cerita lain, tapi pemain-pemain selangor kali ini, kalau masuk semua 4 player ini, akan membentuk satu corak serangan tengah yang kuat untuk pasukan selangor. Permulaan cerita untuk 4 macha, marilah kita kenal dulu hero-hero tamil selangor.


player india selangor 2013

19/02/2013

RHB = Riba + Hutang=Bebanan, Satu Formula Penangguhan Masuk Syurga

Bunyi RHB, riba, hutang dan bebanan, satu formula yang mengcengkam manusia sejagat hari ini. Anda perlu tahu, hutang ialah satu perkara yang amat amat dititik beratkan dalam Islam. Hutang akan dituntut masa hari pembalasan, tak kisahlah hutang apapun, hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Tapi, segala punca hutang dunia ini datangnya dari penangan RIBA, sama ada riba kecil, besar, ataupun debu-debu riba. Walaubagaimanapun, saya tetap mempunyai cita-cita, impian untuk mengatasi masalah RHB ini.

1) Mati Syahid pun tak guna

Dalam satu kemusykilan tentang hukum Mati Syahid, orang yang mati syahid akan diampunkan dosa-dosanya. Walaubagaimanapun, penangguhan nak masuk syurga itu ada, jika dia tak langsaikan hutang-hutangnya terlebih dahulu, sama ada hutangnya dengan Allah seperti ganti solat, puasa, dan juga hutang-hutangnya dengan manusia sesama manusia. Saya merujuk di ruangan kemusykilan yang berkaitan dengan ganti solat dan hutang di sini

2) Hapuskan Matawang, Kembalikan Emas, dan Perak .

Memang nasib badan, nasib badan, dengan adanya pengaruh rockefeller dan rothschild, yang dikatakan mengawal sistem ekonomi dunia, nilai matawang digunakan, dengan rothschild mengawal emas dan rockefeller ialah pelobi minyak dunia. Sistem matawang sekarang, yang hanya bersandarkan kertas, adalah tidak bernilai. Masalah sekarang yang lebih teruk ialah bila emas dan perak menjadi permainan pelaburan spekulator seperti George Soros, yang boleh mengawal matawang US. Akhirnya berlakulah inflasi, kenaikan harga barang, dan seterusnya menghambat golongan tengah untuk menjadi miskin. Duit kita sekarang juga ialah debu-debu riba yang bertaburan di dunia sekarang, dan ianya ialah di antara penipuan terbesar sekarang dalam dunia ini. 

Bak kata MKB, suami kepada hadhatina shaklee, kita perlu bersiap sedia dengan krisis kejatuhan matawang ini, dengan menyimpan emas dan perak, dan memulakan pasaran dinar dan dirham. Sekurang-kurangnya, sistem barter dulu lebih terbuka dan adil berbanding dengan duit kertas yang mudah di permaikan oleh spekulator dan orang orang kaya dunia.

pengawal matawang dunia nathan rothschild
Nathan Rothschild, pengawal ekonomi dunia sekarang

3) Beli secara TUNAI, ikut kemampuan

Sebelum kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan dinar dan dirham, seelok-eloknya, kita elakkanlah berhutang. Masalah kredit kad memang menghantui kami dari dulu lagi. Mula-mula memang seronok, tapi akhirnya membawa padah. Satu lagi, ianya tetap riba dengan nama lain nya yang dipanggil INTEREST, memang rasa profesional , tapi itulah sekular. Riba itu akan datang, dengan sikap kita yang suka berhutang untuk mewah dan bergaya

4) Nak langsaikan HUTANG-HUTANG

Selain itu, diri ini berazam untuk melangsaikan hutang -hutang yang ada, dari kecil hinggalah yang besar. Lagipun hutang -hutang yang ada ini semuana riba-riba. Walaupun kita tidak dapat elak, sekurang-kurangnya, kita mesti berusaha untuk melangsaikan hutang. Saya berazam untuk melangsaikan hutang rumah, kereta, pinjaman bank dan lain lain. Selain itu, saya juga nak bayar balik hutang biasiswa saya kepada UNIVERSITI MALAYA, ternyata, duit itu bukan saya yang punya, ianya hasil dari duit rakyat malaysia.

bayaran balik kepada universiti malaya bright sparks
Hutang saya kepada bright sparks Universiti Malaya

Penutup: Majukan EKONOMI Kita 

Akhir kata, sama-samalah kita membangunkan ekonomi kita , jangan salahkan orang lain dan sebagainya, kita perlu berusaha untuk mengatasi penipuan ekonomi yang ada sekarang ini. Ianya tak sukar, semuanya bermula dari diri kita sendiri. 

7 soalan mengenai PROTEIN, ESP, dan CINCH.

Berikut adalah beberapa persoalan yang telah saya suarakan, dan hasilnya sebegini. Ada juga beberapa penyumbang kepada jawapan dan diskusi tentang protein, esp dan cinch shake shaklee . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh terus hubungi kami untuk bantuan lanjut tentang soalan-soalan yang akan saya kemukakan dibawah ini.

set kurus shaklee
Kurus dan Sihat bersama Shaklee


1) LEUCINE untuk penyusuan ibu

Kalau kita refer link dibawah

http://www.livestrong.com/article/474854-the-best-protein-supplements-while-breast-feeding/

ibu menyusukan anak perlukan sembilan sumber acid amino utama yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita, histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.

2) Berkenaan protin supplement.

Article from University of michigan medical school - kalau nak ambil protein supplement, kena pastikan ia mengandungi kesemua 9 nutrient penting amino acid dan kesemua 9 komponen ni tidak dihasilkan oleh tubuh. Dan kesemua sembilan ni mmg ada listed kat ESP, termasuklah leucine.

3) 3 asid amino penting untuk protin susu 

dari website lain - (google book): protein susu dihasilkan oleh asid amino di dalam darah. 3 yg paling penting ialah - leucine, valine & threonine. 

4) Kajian terhadap pengambilan LEUCINE daripada sciencedirect (abstract shj) 

kajian menunjukkan tikus yang diberikan diet yang tinggi dengan leucine mengalami penurunan berat badan, penghasilan susu badan yang lebih tinggi dan pertambahan berat badan yang ketara kat anak2 tikus tu.

5) Bagaimana LEUCINE membantu mengurangkan berat badan ?

Level Leucine dlm Cinch rangsang sintesis protein otot utk kekalkan otot mase kite kurangkn berat drpd lemak .LEUCINE leucine ni kalau diambil berasingan (mmg ada suplement leucine shj) ia digunakan untuk atlit bina badan.

6) Kandungan LEUCINE dalam CINCH

Sesetengah mengatakan Leucine dlm Cinch lebih tggi drpd ESP. Walaubagaimanapun, kandungan leucine dalam CINCH sebenarnya dirahsiakan oleh SHAKLEE. Ini salah satu sebab untuk menunjukkan CINCH ialah satu produk yang sangat istimewa berbanding produk lain
https://cinchclub.com/phpBB2/viewtopic.php?t=1660&view=next

7) Bolehkah ESP boleh gantikan CINCH untuk program penurunan berat badan ?

ESP tidak boleh gantikan Cinch sebenarnye utk program penurunan berat sebab: Mengikut forum ni, https://cinchclub.com/phpBB2/viewtopic.php?t=1660&view=next


i) ESP ni produk yg bagus la utk sumber protein biologikal yg tggi dan sihat tapi xsesuai gantikan Cinch sebab ESP xdpt bg cukup kalori,protein,fiber,vitamin & mineral pe serving yg sesuai utk pengurgan berat badan

ii)berbanding dengan CINCH, ESP ni xde ujian klinikal utk penurunan berat badan.

sumber: cinchclun.com-yg tulis ni Pamela Manning, Snr health Sc. mnger, Shaklee Corp.



Terima kasih kepada penyumbang, CerryMamafaiz, yatie mellon, enny ucop, dan rakan rakan. Rugi kalau tak join business shaklee ini.




12/02/2013

Anak pandai oh anak pandai. Ternyata semuanya nak anak pandai. Pandai macam mana ? Tentulah semuanya nak pandai ikut cakap mama, pandai hormati orang tua, pandai akademik, pandai solat, pandai Al-Quran, dan lagi best, pandai cari duit sendiri. Jadi sebab semuanya nak pandai, kenalah buat sesuatu, supaya anak itu pandai seperti yang anda mahukan. Caranya nak kata susah, tak susah juga. Buat anak saya Arreessa Zulaikha, mama Ainul Mustafa ada buat beberapa eksperimen masa dia dalam perut lagi. Apa eksperimen tu ?Mari kita baca satu-satu.

Nasihat Luqman Al Hakim

Sehinggakan dalam Al Quran, ada surah bernama luqman, yang ternyata menceritakan tentang seorang ayah yang bernama Luqman Al Hakim yang menasihati anak-anaknya. Walaupun wujud pelbagai pandangan tentang siapa sebenarnya Luqman Al Hakim ini, tetapi apa yang penting ialah intipati nasihat kepada anak-anaknya. Korang pun tahu, amalan amalan yang penting masa anak kita dalam perut, salah satunya ialah membaca surah luqman. Ada banyak nasihat sebenarnya, anda boleh rujuk di laman web JAIS di sini.

Selain itu, Luqman Al Hakim pernah ditanya oleh sahabatnya, bagaimana dia mendidik anak-anaknya, Jawab Luqman:

"Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi,bahkan sebelum saya berkahwin!"

Formula 7 Saidina Ali

Yang ni memang agak popular, tentang formula 7 tahun berbeza-beza. Pesanan saidina Ali berbunyi begini.

  • 7 tahun pertama, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang
  • 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka
  • 7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka.

Rahsia Orang Yahudi Cemerlang

Saya rasa ramai yang sudah tahu tentang bagaimana orang yahudi mendidik anaknya untuk pandai. Perkara ini sememangnya telah ramai tahu di facebook dan menular sehingga saya pun seronok membacanya. Kita sememangnya  tidak perlu menafikannnya, kerana orang yang berjaya di dunia ini, kebanyakkannya ialah Yahudi. Satu artikel di laman web iluvislam pernah menyingkap rahsia orang Yahudi mendidik anak mereka. Antaranya ialah

  1. saat mereka tahu ibunya mengandungkan anak, si ibu akan bersama sama bermain piano dan menyanyi .
  2. si bapa akan membeli buku latihan matematik, dan si ibu akan membuat latihan matematik bersama dengan si bapa
  3. si ibu akan memakan kacang badam dan kurma bersama susu.
  4. tengah hari pula, si ibu akan makan roti dan ikan tanpa kepala. Daging ikan memang baik untuk perkembangan otak. Kepala ikan pula tidak di ambil kerana bahan kimianya boleh merosakkan perkembangan anak mereka.
  5. Ianya menjadi kewajipan kepada ibu-ibu kaum yahudi yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan !!!
  6. Kebanyakkan menu utama keluarga yahudi ialah ikan, yang tidak bercampur dengan daging.
Selain banyak lagi perkara yang anda boleh baca di artikel tersebut, tentang rokok, nikotin, pelajaran matematik, bermain muzik, dan sebagainya. Dan ternyata , rakyat dunia sekarang menggunakan teknologi ciptaan orang Yahudi. Dalam satu buku yang saya beli dibawah, ternyata, satu pendapat mengatakan, jika anda mahu Universiti anda mendapat ranking yang terbaik, ambillah pelajar pelajar keturunan YAHUDI !!! Saya telah membaca buku ini. Memang mantap !!!

buku mengapa yahudi berprestasi
Yahudi Cemerlang, buku yang bagus untuk dibaca

Eksperimen Mama Ainul

Semasa saya membaca tentang rahsia anak yahudi yang pandai itu, saya dan isteri pun sepakat untuk membuat apa yang kami boleh tiru. Selain membaca Al quran ketika Arreessa dalam kandungan, Mama Ainul Mustafa ada juga:

  1. membuat latihan addmath , sampai satu ofis tahu, kalau ainul buat addmath lagi, maknanya dia mengandungkan anak.
  2. kami sama-sama main abc masa dalam perjalanan pulang dari ofis
  3. kalau kami nak pasang perabot, kami akan cakap dengannya , kita akan pasang perabot bersama.
  4. pasal muzik tu, cuma dengar lagu dalam kereta je, hehe, mama ainul ni kurang sikit main alat muzik.
Alhamdulillah, Arreessa dah 2 tahun lebih, membesar dengan sihat, dan pandai mengarah orang dah selain bercakap banyak tak berhenti henti. Siap boleh ada marketing plan sendiri , kami pun dengar dengan khusyuk dan tawaduk. Alhamdulillah !!!!



Selamat mendidik anak - anak kita, sebelum saya mengakhiri enti kali ini, jom beberapa tips khas dari mumsluv di bawah.


11/02/2013

Testimonial OMEGA GUARD SHAKLEE . Promosi macam biasa,setiap bulan shaklee Malaysia akan buat promosi untuk anda semua, termasuk kami kami wakil distributor. Sempena bulan 2 2013 ni, jangan lupa dapatkannya. Banyak kelebihan Omega shaklee, rasanya ramai dah tahu, tapi mari kita ulang kaji. 


kurang demam dan asma

09/02/2013

Alhamdulillah, barulah saya dapat nak menulis blog semula, setelah satu minggu tak tulis blog. Wife saya pun busy, tapi sempat jugak update cerita Setia Hujung Nyawa, Promosi Omega Guard dan sebagainya. Rasanya penat sangat bercuti, ataupun order shaklee banyak sangat. Oklah, mari kita tengok rangkuman cerita cerita menarik yang sedang saya rancang sekarang.


masalah busy