Blog Orang Selangor

31/01/2013

Kenapa kena bina otot ? Sebab Barulah Badan Power !!!

Biasa tengok orang berotot badan sasa sasa ala malek nor muda muda dulu. Tapi kenapa kena bina otot ye ? Biasanya orang yang nak bina otot ni, nak body power, barulah awek datang, takpun nak masuk pertandingan MR Universe. Itu memang betul, tapi ada lebih penting daripada itu. Otot yang dibina tak semestinya besar gedabak. Apa yang penting ialah otot adalah kunci kesihatan. Apa yang otot ni buat ialah:



30/01/2013

Jawatan Kosong Lepasan SPM 2012 - Peluang Buat Duit  Dengan Shaklee

Sebelum tu, tahniah kepada lepasan SPM 2012 yang telah berjaya tamat sekolah menengah. Anda tentu lepas ni pergi PLKN atau matriks atau terus pergi oversea kalau ada rezeki. Kami menawarkan jawatan kosong kepada anda sebagai Shaklee Independent Distributor SID. Macam -macam ada dengan Shaklee ini. 


jawatan kosong lepasan spm 2012
Jawatan Kosong Lepasa SPM 2012

Kelebihan menjadi SID adalah seperti berikut:
  1. Daftar cuma RM 65 sahaja - tak perlu  modal ribu-ribu, kalau rajin, ribu-ribu yang masuk poket anda.
  2. Shaklee adalah Syarikat yang terbukti berjaya selama 50 tahun dalam menjual natural vitamin.
  3. Bimbingan percuma untuk membuat sales, blog, dan facebook
  4. Tak perlu cari orang buat appointment dan sebagainya.  
  5. Tak perlu pergi branch/stokis, order guna email pun boleh
  6. Tak perlu pergi kelas malam malam, kelas kami  santai  santai sahaja.
  7. Gaji dibayar ikut sales, kalau takda akaun maybank, shaklee akan bagi cek.
  8. Didikan dan amalan rohani khas untuk anda.
  9. Banyak testimonial di secret group kami.
  10. Boleh potong upline anda sendiri.
Macam macam kelebihan ada, Jangan Risau, ini bukan skim cepat kaya . ANDA USAHA, ANDA KAYA !!!!

Janji Ditepati: Sekadar Retorik Politik ?


Salam sejahtera semua. Saya terpanggil untuk menasihatka diri sendiri dan kawan kawan sana tentang janji ditepati ini. Kalau sekali baca, rasanya tentu kata ini gimik politik dan sebagainya. Tapi, adakah anda semua sedar , yang benda ini sesuatu yang dituntut dalam Islam ? Ianya  penting bagi kita, terutamanya warga peniaga yang berjaya untuk mengotakan janji kita kepada pelanggan. Selalunya sesuatu syarikat itu tentu berkata kepada pelanggannya "perkhidmatan yang terbaik untuk anda", "best services in town" dan sebagainya. Adakah itu satu contoh janji atau semata-mata untuk promosi produk ?

janji atau sekadar promosi
Adakah Slogan itu Janji atau semata mata Promosi ?

Khidmat Penghantara dan Pengeposan

Dalam business internet ini, kita tidak boleh lari dari janji kepada pelanggan yang telah menempah produk pilihan mereka. Kita pula selalu berkata kepada pelanggan yang barang akan sampai dalam waktu sekian-sekian. Adakalanya barang itu cepat sampai. Ada juga yang sampai tepat pada masanya. Tak kurang juga yang komplen kata barang mereka lambat sampai. Kita pula selalunya mencari helah dan menyalahkan perkhidmatan kurier yang mengalami masalah penghantaran, alamat susah dan sebagainya. Jadi adakah kita telah memungkiri janji kepada pelanggan kita kerana barang lambat sampai ?

Komisyen Jualan: Perlunya Black& White

Biasanya  kita ini memberikan promosi dan menolong kawan-kawan kita untuk menjual barangan mereka. Contoh yang paling menguntungkan ialah menjadi introducer dalam menjual rumah. Biasanya nak tolong tolong begitu sahaja, selepas itu bila rumah terjual, kita tak dapat komisyen. Di sini pentingnya perjanjian bertulis, jika anda inginkan sedikit bayaran dari hasil jualan rumah tersebut. Jika tiada perjanjian tersebut, nampaknya halalkan sahaja duit tersebut, walaupun anda yang mengenalkan pembeli kepada penjual rumah tersebut. 

Isu Pembantu Rumah

Sering terjadi , dan banyak kali episod pembantu rumah lari dari majikan. Walaupun mereka pada mulanya berkata akan berkhidmat dengan baik, tetapi beberapa faktor luar yang menggangu menyebabkan mereka lari dari tuan rumah mereka. Mungkin juga mereka mendapat tawaran yang lebih baik dari pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Ramai juga sekarang ini yang serik mengambil pembantu rumah kerana isu pembantu rumah yang lari.

Janji Ditepati

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin meminta maaf jika beberapa janji saya kepada keluarga, dan diluar sana tidak ditepati. Saya  pun tidak suka perkara ini. Oleh itu saya  sedar atas kelemahan saya dan ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak menunaikan janji saya itu. 

Gergasi Hidup Kembali Selepas Kena Tembak: Selangor mara ke pusingan kedua PIALA FA mengalahkan ATM.


Semangat nak ke stadium diteruskan lagi dengan kali ini perlawanan pusingan pertama Piala FA Selangor menentang ATM. Perlawanan yang dimenangi Selangor dengan penentuan sepakan penalti, dan diselangi dengan insiden provokasi dan pergaduhan yang berlaku. Apapun jom kita baca cerita gergasi hidup kembali selepas kena tembak.

Punca pergaduhan dikatakan berpunca dari afiq azmi
Insiden pergaduhan yang dikatakan berpunca dari Provokasi Afiq Azmi

ATM Mengganas: Luka tembakan 2 kali

ATM yang sememangnya menjadi pasukan pilihan , dan saya memang tak berapa yakin yang selangor akan menang perlawanan ini. Boleh dikatakan ATM lebih kuat dengan adanya Marlon  Alex James, Hairuddin Omar, Brunno Marteloto, Sukur Adan, Rezal Zambri, Amir Rizwan Taj dan ramai lagi termasuklah  jurulatih power mereka  B Sathianathan. Mimpi ngeri skuad selangor bermula dengan jaringan mudah oleh Marlon pada awal permainan. Selangor terus luka dengan masalah kecederaan forky doe yang terpaksa keluar awal akibat kecederaan. Tempat beliau digantikan oleh Afiq Azmi yang bergandingan dengan Ramzul Zahini. Malam itu, Amri Yahyah tak dapat diturunkan kerana menerima kad merah pada perlawanan menentang Perak tempoh hari. Penyokong selangor terdiam dan tamatnya separuh masa pertama, adakah selangor akan bangkit seperti pahang.

Afiq Azmi Menanduk 2 kali

Masuk sahaja separuh masa kedua, selangor terus menyerang dengan serangan diketuai oleh sukur jusoh, sole dan veenod yang menjadi nadi utama skuad  red giants. Nampaknya k sole mahali dan asra bekerja keras naik turun untuk membantu jentera serangan selangor. Hasilnya Afiq Azmi menanduk masuk gol pertama selangor melalui hantaran k sole. Selepas itu, Afiq menanduk lagi kali ini dari hantaran lintang Asra untuk gol penyamaan Selangor. Keadaan terus terikat 2-2 sehingga tamat 90 minit. Nampaknya perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Sukur Jusoh Di Layang kad Merah dan Masuk Kembali

Selangor diasak oleh ATM yang ternyata lebih berpengalaman dalam masa tambahan. Ternyata  wira pada malam itu  Norazlan  Razali banyak kali menyelamatkan tendangan dan serangan Hai-O dan Marlon. Sehinggalah sampai satu masa apabila Sukur Jusoh Dilayangkan kad merah, suasana mula menjadi genting kerana tidak puas hati. Insiden pergaduhan bermula, dan penyokong selangor menuduh Sukur Adan yang mula menolak Sukur Jusoh untuk keluar padang. Setelah beberapa lama membantah, akhirnya referee memanggil kembali Sukor Jusoh masuk ke padang. Ini kerana berlaku kesilapan teknikal akibat referee terkeliru nombor 8  dan nombor 6 jersi sukur dan nasriq. Tamat 120 minit, kedua-dua pasukan masih buntu untuk menyerah dan perlawanan diheret ke sepakan penalti.

Norazlan Selamatkan 3 Sepakan Penalti dan Menjadi Wira.

Norazlan membuktikan dia mampu bersaing untuk posisi penjaga gol malaysia apabila dia berjaya menyelamatkan 3 sepakan penalti ATM . Akhirnya Selangor menarik nafas lega apabila layak ke pusingan kedua dan akan bertemu  Sabah di Stadium Likas nanti.

Provokasi Afiq Azmi ?

Masih tidak puas hati lagi, ternyata selepas perlawanan berlaku lagi pergaduhan yang dikatakan berpunca dari provokasi wira selangor Afiq yang datang ke kem ATM. Memang suasana tegang dan berlaku juga sedikit tumbuk menumbuk. Apapun, kedua-dua pasukan akan membuat laporan rasmi kepada FAM tentang isu ini.

29/01/2013

Selamat Datang Nokia Lumia 800 : Semangat Baru Business 

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada NOKIA LUMIA 800 yang baru dimiliki dengan harga RM 850. Beli kat Jusco  Bukit Raja pada hari jumaat. Terpaksalah jugak meninggalkan blackberry curve yang memang lunyai terus, sampai nak jawab call pun tak boleh. Apalah aku yang tak pandai nak jaga handphone ni. Harap harap semangat business tahun baru ni dapat buat sales banyak banyak. Oklah jomlah kita tengok apa yang menarik tentang lumia 800 ni, katanya lebih hebat dari Iphone5, ok jom baca  review kat bawah ni .

gaya elegan yang sempoi nokia lumia 800
Nokia Lumia 800 yang simple, ada macam macam warna boleh dipilih.

Windows 7.5 Mango

Memang ketinggalan sikit handphone application windows ni, kalau model baru, dah guna  windows 8, tapi takleh lagi lawan Apple dan Android, tak banyak application yang ada. Tapi kalau suka  gaya yang simple dan elegan, memang menarik pakai windows ni. Siap boleh taruk profile orang yang penting kat wall depan. Siap sekali dengan update facebook tanpa buka facebook.

Video tak HD

Antara kelebihan lumia ni juga ialah video dia tak HD, sekadar boleh pergi 720, oklah, sesuailah nak buat video untuk simpanan masing-masing, kalau  HD, dah boleh buat filem atau dokumentari dalam HD, gambar lawar tu.

Takleh Bluetooth kat orang lain

Susah nya lumia 800 ni ialah dia tak leh bluetooth kat handphone orang lain, sekadar boleh bluetooth kat telinga sendiri je. Mungkin takut kena virus dengan hp orang lain.

Layan facebook tanpa buka facebook

Hok ni yang paling menarik, sebab semua contact list kita import dari facebook, so semua update facebook boleh terus tengok di contact kita. Dan nak komen pun semua senang, nak calling calling dan link kan profile dia pun senang.

Harga Boleh Tahan

Takdalah mahal sangat, tapi bolehlah kalau nak kelainan dari Android atau Apple. Nampak comel je, kalau nak cun lagi amek warna pink atau kuning.

Keseluruhan

Oklah, takdalah  power sangat, tapi janji order masuk, business jalan, CANTIK !!!  Oklah, selesai review nokia lumia 800 .



Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam: Selangor Memadamkan Rekod Tanpa Kalah Pahang Di Shah Alam.


Setelah gua gagal pergi ke stadium tempoh  hari, pada tarikh 19 januari 2013, sempat juga saya bersama penyokong  the red giants ke stadium shah alam, dan menyaksikan sendiri gajah kena sembelih dengan gergasi. Keputusan perlawanan memihak kepada selangor menang 3-2, dengan rekod tanpa kalah skuad tok gajah di padamkan oleh anak buah Irfan Bakti. Haritu kiranya first game aku pergi stadium untuk tahun ini. Sory lah lambat buat ulasan, tapi ulasan tetap ulasan, nak buat jugak walaupun cerita nak basi dah.

Amri Yahyah menjaringkan 2 gol awal

Dua gerakan cantik dari Solehin kandasamy berjaya membuka ruang kepada Amri YahYah untuk gol pertama selangor, dan selepas itu gerakan dari forky doe dan raimee membuka peluang sekali lagi kepada amri untuk menjaringkan gol kedua. Ternyata Amri tetap berbisa dan menjadi ayam tambatan untuk selangor. Paling menggembirakan, Itu  King Gobal sudah panggil balik amri untuk menyertai skuad harimau malaya.

Pahang Menguasai Permainan

Pahang terus bangkit dari 2 gol dan berjaya  bangkit dengan menguasai permainan. Gol pertama hasil tandukan masuk oleh Fauzi Roslan yang makin berbisa dalam liga super. Gol kedua pula hasil dari sepakan penalti oleh bekas pemain selangor Razman Roslan. 2 gol penyamaan itu memang sudah boleh dijangka, kerana pahang mudah menguasai permainan dengan Amirul Hadi bekas pemain selangor bijak mengawal permainan. Ternyata amirul serasi dengan jurulatih dollah salleh yang meletakkannya di posisi defensive midfielder, dan terus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Keputusan separuh masa pertama selangor terikat 2-2. Semuanya pasti menantikan adakah pahang akan bangkit seperti perlawanan menentang Darul Takzim FC sebelum ini.


tandukan pemusnah ramzul untuk kemenangan selangor
Tandukan pemusnah Ramzul Zahini (kredit kepada http://www.facebook.com/duniasukanonline)

Selangor Menggandakan Serangan

Selangor terus menggandakan asakan ke kubu tok gajah, dengan pahang sekali sekala menyerang. Dengan kesilapan pahang yang membiarkan selangor menyerang, akhirnya gol kemenangan di peroleh dari supersub selangor Ramzul Zahini pada minit ke 80 perlawanan. Pahang cuba mencari gol penyamaan tapi gagal untuk meneruskan rentak kemenangan. Selangor akhirnya berjaya mencalar rekod tanpa kalah skuad dollah salleh dengan kemenangan 3-2.




27/01/2013

BERSAMA KANAK-KANAK SHAKLEE - 2012 YANG PENUH SUKA DUKA

Salam malam pukul 2 pagi masa saya tulis catatan ini. Nak habiskan semua kerja tulis blog ini. Oklah kita mulakan dengan sesi Bersama Kanak-Kanak Shaklee. Semuanya berlaku dalam tahun 2012. Rasanya memang sekejap je berlaku. Kanak-kanak ini mungkin ada yang tidak faham lagi perjuangan ibu bapa mereka yang inginkan mereka hidup senang di kemudian hari. Termasuklah aku, dari sekadar teman wife dan sekarang serius untuk menjayakan business shaklee kami. Sudah tentu kami akan melebarkan sayap kami serata dunia dengan platform shaklee.


SHAKLEE Energizing Soy Protein - Kelebihan dan Manfaat

Salam sejahtera semua. Nampakanya ESP Shaklee sekarang ni memang top. Walaupun banyak lagi produk shaklee tengah promotion, tapi ESP juga tetap di hati pelanggan setia Shaklee. ESP dulu masa promotion, habis juga stok dalam Malaysia ini. Sampai kena buat pre-order. Dan terbukti, minuman protein ini menjadi hot products shaklee. Macam macam manfaat untuk ESP ni, nak cantik, nak kurus, untuk kesihatan, untuk berpantang, banyakkan susu ibu, nak hilangkan sembelit, gastrik, semuanya suka ESP. Tetapi jangan abaikan pula gabungan ESP dan produk shaklee yang lain. Ianya akan lebih mantap. Jom tengok di bawah ini.


esp shaklee

25/01/2013

Salam sejahtera, salam jumaat semua. Harini penat sungguh, kalaulah aku ni urat dawai tulang besi, confirm kuat badan aku, kalau bagi penumbuk, bruce lee pun boleh tumbang. Korang tentu ingat balik cerita P Ramlee , Nasib Labu-Labi. Masa time mereka nak berlawan tinju, si labu ada baca jampi serampah, sebelum timbang. Lepas tu je, bila timbang, berat Labu melebihi berat Labi walaupun Labi nampak gemuk dari Labu. Hmmm, susah juga ini. Sebab nak tahu sangat pasal Urat Dawai Tulang Besi ini, rasanya elok kita tengok dari perlbagai aspek kesihatan. Sebelum nak mula segmen, jom layan video kat bawah ni, sempoi gile.



24/01/2013

Diet oh Diet - Susahnya Nak Diet ? Jom ikut cara saya !!!

Salam sejahtera, diet oh diet, stress sangat ke nak diet ? Sebelum, anda tahu ke apa maksud diet  ini? Diet ni sebenarnya paling senanglah ialah amalam permakanan dalam bahasa melayu. Tapi, ramai juga yang salah tafsir, bila orang tak nak makan je, diorang cakap diet, bila orang tu puasa sunat je, orang tu cakap diet, bila orang tu takda  duit  nak makan, pun cakap DIET DIET DIET !!!. Apapun, diet ini penting untuk kesihatan, lagi lagi siapa yang nak kuruskan badan. Ingat, makan tu biarlah berpada-pada, silap silap kena penyakit. Oklah, jom kita tengok sedikit cerita diet ini.

1) Tak seronoknya menjadi gemuk

Inilah satu kenyataan yang  memang ramai tak mau mengaku, iaitu tak seronok nye badan gemuk. Anda perlu tahu, kurus belum tentu sihat, tapi GEMUK confirm tak sihat. Saya cadangkan anda memahami situasi sebenar anda, adakah anda rasa gemuk sebab apa ? makan terlalu banyak ? kurang senaman ? Tapi macam- macam cara anda boleh lakukan untuk kurus, dan yang paling penting sekali ialah AKTIF !!! Kita mungkin kerja sibuk, tapi dengan aktif bergerak sapu sampah semua, sekurang-kurangnya  boleh membakar kalori.



23/01/2013

BENARKAH LECITHIN SHAKLEE TIDAK HALAL ?

Salam sejahtera semua. Masalah lecithin shaklee yang ada gelatin bovine ni dah lama sebenarnya. Ada seorang bloggers popular mendakwa lecithin shaklee tidak halal dan sebagainya. Untuk menjawab persoalan itu, kita kenalah siasat dulu apa itu lecithin, kenapa lecithin itu diperlukan, apa kebaikannya dan dari mana nak dapatkan lecithin. Shaklee sendiri ada sijil perakuan halal dari badan yang diiktiraf JAKIM. Apapun, korang jangan lupa juga tengok entry entry lain saya yang menarik, selepas membaca penerangan saya tentang lecithin ini. Tentunya ramai nak tahu juga macam mana lecithin yang tidak halal dan yang halal.


lecithin shaklee ada kata tak halal, ada kata halal

22/01/2013

TESTIMONIAL CINCH SHAKE SHAKLEE

Apa yang menarik tentang Cinch Shaklee Shaklee ? Dapatkannya sekarang, minuman Cinch Shake dari Shaklee memang mengujakan. Anda boleh lihat sendiri testimonial. Ramai dah sedara mara yang minum. Ada yang bagi feedback bagus. Rasa berpeluh, rasa bertenaga, tak lapar sangat dan sebagainya. Supplement untuk kurus dari shaklee terbukti berkesan. Aktifkan diri anda, sihatkan badan, ambil makanan seimbang, minum air banyak. JOM KITA SIHAT CERGAS Jom tengok testimonial di bawah, memang mengagumkan. Cinch shake shaklee yang di perkaya dengan formula khas Leucine memang sesuai untuk dijadikan pengganti sarapan pagi, dan juga diperkaya  dengan multivitamin supaya badan kita kurus dengan cara yang sihat.


bertenaga minum cinch shaklee

Salam sejahtera. Dah lama tak update blogni. Saya sibuk untuk menyiapkan design blog wife saya diet-diet sihat. Apapun dah lama juga saya tak update pasal CINCH SHAKE ni. Jom kita sambung baca sini. Minuman shake ni banyak khasiatnya, dan rata-rata semua orang boleh minum. OKlah, tanpa membuang masa, mari kita tengok satu persatu khasiat Cinch Shake Shaklee ini.


3 fakta tentang cinch shake
Untuk mendapatkan produk shaklee yang bagus dan comel ini, bolehlah sekiranya anda menghubungi pengedar shaklee macho anda en Faiz Saaid . Anda akan mendapat perkhidmatan yang baik dan bimbingan berterusan akan diberikan terus untuk anda. Untuk memudahkan urusan anda, saya dengan ini menunjukkan kad business alam maya saya dibawah ini untuk tatapan anda. Boleh juga datang terus ke rumah saya untuk dapatkan produk shaklee ataupun nak melawat minum teh pun boleh.


pengedar shaklee macho

21/01/2013

TESTIMONIAL SHAKLEE AJHT - AYAH TERUS DAFTAR JADI AHLI !!!

Seronok sungguh bila ayah dan mak kita sendiri nak join buat business shaklee ni. Sebab apa ? sebab mereka dan berjaya dengan produk shaklee. Terbukti permintaan Shaklee AJHT memberikan banyak manfaat kepada orang lain. Testimonial lain pun banyak juga kalau anda search di bawah blog saya dan di internet. Jom kita ulangkaji kelebihan produk promosi bulan ini, manalah tahu nak belikan untuk orang yang tersayang.


shaklee ajht

20/01/2013

SESI COACHING BERSAMA MASTER HADHATINA SHAKLEE.

Pada waktu petang hari isnin yang lepas, bertarikh 14 januari 2013, saya dan wife sempat melawat mommy atau upline kami Master Hadhatina, yang free time tu. Biasalah, kenalah terjah untuk dapatkan ilmu business ni. Sebelum tu, saya ada jumpa orang di mc donald seksyen 3, ada orang nak minta buatkan programming MATLAB. Saya macam biasalah, sebab sekarang ni dah berstatus kais pagi makan pagi, kenalah kerja kuat sedikit untuk mencari duit nak makan bulan-bulan. Apapun, waktu petang yang rasa nyaman, kami husband and wife sempatlah menuntut ilmu blogger  dari master Hadhatina ni.


hadhatina coaching kami buat business shaklee

19/01/2013

MENINGKATKAN SALES HANYA KELUAR DARI COMFORT ZONE

Salam sejahtera semua. Apa khabar saudara-saudari. Saya baru je dapat nak update blog saya ni. Bak kata pakar pakar, nak kena sentiasa update. Kalau saya tak keluar dari comfort zone, saya  hanya update blog suka-suka, tak kisah, tak konsisten dan sebagainya. Ini amatlah berbeza dengan orang yang perlukan trafik yang tinggi di blog mereka. Mereka perlu sentiasa update, mereka perlukan maklum balas, perlukan pelanggan untuk membeli produk mereka di alam maya ini. Jadi salah satu cara untuk berjaya  dalam meningkatkan sales, ialah dengan keluar dari zone selesa anda.


kena keluar dari comfort zone untuk dapatkan sales

17/01/2013

BETUL KE MLM SHAKLEE PERLUKAN RIBU-RIBU RINGGIT ?

Salam sejahtera semua. Baru-baru ini kita dihiburkan lagi dengan kisah MLM dan pelajar-pelajar yang menyertai skim business yang mempunyai beberapa pakej yang menarik. Saya tak pasti syarikat mana yang mereka sertai itu. Yang pasti, beribu-ribu ringgit telah dibelanjakan untuk menyertainya dengan harapan akan mendapat pulangan yang lumayan. Tapi betul ke ada yang mengatakan MLM SHAKLEE perlukan jumlah wang yang banyak untuk menyertainya ? Adakah kita akan rugi dengan menghabiskan duit dengan produk dari USA ini ? Saya akan cuba memberikan jawapan terbaik untuk anda.


masuk jerat mlm labur duit berjuta juta

16/01/2013

KIJANG DIIKAT HARIMAU SELATAN

Keputusan perlawanan semalam berkesudahan dengan Kelantan seri menentang harimau selatan, darul takzim FC. Selain dari permainan yang agak menghiburkan, ada juga beberapa insiden, sampai penyokong harimau selatan terpaksa diiringi polis untuk keluar dari stadium. Aku yang duduk tengok kat rumah jelah, sambil sambil kemas ofis business kami untuk tahun baru ni. Oklah, rasanya keputusan semalam ialah kelatan seri dengan darul takzim fc, 1-1. Gol kelantan dijaringkan oleh farhan dan Dani Guiza menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Aku seperti biasa nak komen sikit pasal perlawanan semalam.


analisa kelantan vs jdt

15/01/2013

WINGS - Kesetiaan adalah Prinsip untuk Menjadi LAGENDA ROCK

Salam sejahtera semua. Kalini aku nak cerita  sikit pasal WINGS ni. Tapi tajuk dia tu lain macam je, KESETIAN ? memang pun, sebab ada makna disebaliknya. Korang tengok, bagaimana anggota WINGS  dari zaman hukum karma ini, telah bersatu kembali dari tahun 2001, dan akhirnya  terus menjadi LAGENDA rock tanah air. Masa aku tengok WINGS kat konsert ambang putrajaya haritu,  aku tak jadi mengantuk, walaupun wings main pukul 1 pagi lebih. Aku katakan, sound guitar joe menyengat , eddie macam biasa cool dengan bassnya, black steady je ketuk drum, muka  senyum je , kalau aku ketuk sikit  pun dah penat. Dan semestinya AWIE yang menjadi frontman WINGS ni. Cumanya kalini aku nak cerita pasal kesetiaan ni. 


11/01/2013

Salam Jumaat semua, apa khabar harini ? Pergi kerja tak ? Ataupun duduk rumah goyang kaki tengok duit masuk, takpun anda seorang broker saham yang tunggung je duit masuk dan duit keluar ? Apapun kerja anda, tak kiralah anda ni programmer ke apa ke, nak kena tahu juga pasal sakit SENDI ni. Benda ni penting, sebab sendi nilah antara NADI utama anda untuk melakukan pergerakan, kalau tak bergerak, susah anda nak pergi kerja, nak jumpa client, nak pergi GATHERING dan sebagainya. Jom kita tengok 7 tips yang bagus untuk mengatasi saki sendi anda tu. Boleh refer sini untuk yang betul nya. Sayanya banyak olahan je lebih.


masalah sakit sendi
Tahun BARU 2013. Alhamdulillah, dapat lagi kita menikmati nikmat Allah yang tak terkira banyaknya. Kalau kira punya kira, banyak dah pengalaman pahit manis yang aku lalui dalam 2012 ni, termasuklah hutang pelajaran aku dengan Universiti Malaya sebanyak RM 54, 000 tu. Ya Allah, aku akan berusaha untuk bayar balik duit tu, Duit tu bukan aku punya, itu rakyat punya, aku telah meminjamnya, dan aku akan pulangkannya kembali. 


ajht-shaklee-promosi-2013

10/01/2013

Ganasnya gambar kat atas ni hoooo. Salah satu dari Big4 yang aku minat, sebenarnya semua Big 4 aku minat. Kiranya aku memang selalu naik kereta bebaru ni, akan pasang cd megadeth dalam kereta layan, kekadang wife pun terpaksa head banging sekali. Sebenarnya MEGADETH ni dah tukar lineup banyak kali, tapi kat atas ni lah line up paling mantap dalam sejarah hidup aku sebagai peminat kumpulan THRASH METAL ni. Ramai kata album RUST IN PEACE album terbaik megadeth, thrash metal klasik, macam journal high impact nye. Bagi akulah, aku prefer album COUNTDOWN TO EXTINCTION sebagai album terbaik mereka. Lagu dalam album ni lebih tersusun, walaupun slow skt metalnya dari RIP. Ianya juga banyak unsur politik dan masalah sosial yang berlaku di AMERIKA sana.



Isu mat yo dengan perpindahan nya dari kelantan ke darul takzim FC masih takda penghujungnya. TSAM memang marah betul, sebab pampasan kontrak belum lagi dilunaskan, dan satu perkara yang aku paling bengang ialah bagaimana FAM boleh menentukan jumlah pampasan dan status pemain tanpa merujuk kepada kelab lamanya. Apapun, kalau mat yo takda pun, itu bukan masalah KELANTAN untuk terus maju dalam bolasepak negara malah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.


isu mat yo

09/01/2013

Alhamdulillah, sebenarnya dah lama nak buat post ni. Tapi baru sekarang dapat buat, sebab kena ikut list tajuk blog yang aku dah tulis siap-siap dalam buku hikmat aku tu. Aku rasa bangga sebab HADHATINA ni sempoi sempoi ada anak dua orang dah boleh pulun 5 angka , takda kerja, surirumah je. Tapi betulke dia ni adik beradik Kartina Aziz ? Mungkin dari segi kaya tu, adalah sikit kot. Kartina Aziz kan banyak gelang tangan, lip lap, lip lap, sana-sini, hooo, terbaik woo. Tapi itu anak mami punya gelang, memanglah kaya, emas bertebaran sampai ke lengan. Selain itu, adakah HADHATINA ni adik-beradik dengan Tina Turner ? HADHATINA ni memang ada jugak jiwa seni, rasanya seni melukis kot, kalau nyanyi rasanya husband dia MKB yang minat lagu ala-ala kromok macam tu. Hmm oklah, marilah kita bercerita tentang kisah Pengembaraan HADHATINA dan MKB pada 29 Dec yang lalu. (Selang seli juga dengan kisah saudara-mara kami dalam SHAKLEE)


rahsia 5 angka shaklee
Apa yang korang rasa bila mak bapak korang aktif balik boleh kejar main-main dengan anak korang ? Semestinya itulah yang kita harapkan. Buat tahun baru ni, ingat nak hadiahkan AJHT kepada mak dan ayah saya, supaya mereka terus aktif dapat melakukan kerja kerja yang bagus kepada bangsa, dan agama. 


ajht shaklee
Macam biasalah, semua orang suka ambil gambar, berdiri dari kiri ialah Noli, MamaElly dan Ana. Duduk dari kiri tuan rumah Zana dan Ainul Mustafa. Klik link di atas untuk membaca ulasan berita mengenai RMC gathering.


aktiviti business shaklee

08/01/2013

Hooo balik kampung, joo balik kampung, hooo balik kampung, Tanam JAGUNG . Buat apa nak tanam jagung bro ? Hoo, tanam jagunglah bagus, jagung ni banyak khasiatnya. Ini adalah hasil study aku tentang jagung.


makan jagung
Salam sejahtera semua. Lama dah tak update blog faizsaaid ni, adui, dua tiga hari ni penat dengan aktiviti aktivit, apapun penat tu akan membuahkan hasil, jika kita bersabar. Album ni sebenarnya dah lama keluar. Akhirnya pada 21 december tahun lepas, aku berjaya jugak dapatkan album ni, masa tu aku keluar dating dengan wife aku dekat plaza angsana JB. Tak sangka pulak dah ada C&M music center kat angsana. Angsana pun dah lain bro, tak macam zaman kitorang dating dulu. Semuanya dah cantik. Time wife tengah cari baju untuk kenduri adik , aku pulak sempat singgah C&M ni, lepas tu aku terus sambar album PENGEMBARAAN NEERUZA . Jalan jammed nak patah balik ke skudai tempat homestay kami, sempat jugak melayan lagu- lagu yang ada dalam album ni.


pengembaraan neeruza

04/01/2013

Kalau sebut je makanan laut, seafood, memang confirmlah sedap. Selain dari makan ikan laut, ada yang suka udang, ketam, kerang, udang galah, sotong dan macam macam lagilah. Tu yang gila bila bawak pergi tepi laut makan macam macam, udang goreng tepung, mee udang dan sebagainya.


ajht shaklee
Riang ria gembira dapat bersama lagi dalam aktiviti kalini. Banyak benda yang nak diceritakan, tapi almaklumlah, penat tak terkata lepas balik dari aktiviti outdoor. Kiranya, berbaloi-baloi, dapat merapatkan lagi siraturahim antara family supermoms dan superdads.


gathering tahun baru
Satu sedutan dari filem Ali Baba Bujang Lapok, korang boleh tengok dari minit 13 terus, tengok tangan Ali Baba yang berbunyi-bunyi tu, adui nampak macam ngeri. Rasanya kalau makan AJHT boleh sembuh tak ?


ali baba bujang lapok pemalas

03/01/2013

Alhamdulillah, umur tahun 64 tahun, masih kuat berkebun dan mendukung cucu-cucunnya (anak saya, hehhe). So abah ni rajin berkebun. Setiap inci tanah depan rumah, termasuklah rumah -rumah jiran, tanah tepi jalan, semuanya dia tanam pokok. Katanya senang, bila dah ada hasil, ambil je terus, sedekah kat orang ramai. Yang lagi best tu, abah buat sistem barter yang confirm bebas dari riba. Abah bagi serai kat gerai pakcik man, pastu abah boleh makan apa saja yang dia nak, ahhaha, kan bebas riba tu.


ajht shaklee
Penyakit lutut, sendi, dan sebagainya banyak mempengaruhi pergerakan kita. Terutamannya macam penyakit OSTEOARTRITIS (OA) . Kiranya bila umur dah semakin meningkat, masalah tulang rawan kartilaj mula menyusut dan menyebabkan pergerakan terbatas dan rasa sakit. Orang Asia memanglah golongan yang selalu kena masalah lutut ni. Info lanjut tu, bolehlah baca kat blog wife saya Ainul Mustafa.


joint health tablet vitamin C