Blog Orang Selangor

02/05/2009


(cerita ketika setelah mengamen di CM, 2/5/2009)

Dulu-dulu orang kata,
ubat orang tua,
takda doktor pakar,
takda orang ajar,


cucuk sana-sini
pangkah-pangkah sahaja,
pada yang terkena,
penyakit bahaya,


Ini cerita kunyit senja
Ubat orang lama
Ini cerita kunyit senja
Buat yang merana


Sekarang tiada lagi
Orang pergi farmasi
Kunyit Senja sudah hilang
Yang ada hanya kilang-kilang

17/04/2009



Aaaaaahh
Bukannya susah,
asyiknya dengan alasan,
katanya urusan nikah,
tapi selalunya melayan kemalasan,


orang lain sudah tinggi,
orang lain sudah terbang,
orang lain sudah terkenal,


masih bisa aku bermain ,
kerana biar ada kamera,
bukannya mahu ditontoni,
kerana mahunya aku,
terkejar kejar,
semua benda ilusi,
sehingga aku terlupa kuasa,
yang lebih hebat,
dari realiti.


sebelum senja datang,
biarlah aku dengan caraku,
kalau tak sempat,
biarpun hanya ke petang,
aku kena berusaha,
aku kena berusaha,


biarlah mereka terbang tinggi,
janganlah aku bermain mimpi,
biarlah semuanya terjadi,
aku hanya sekadar memerhati.

26/03/2009


Biar kita berkejar kejar
Berebut rebut mencari
Biar kita berlanggar langgar
Asal tidak mahu berdiri

Semuanya tahu penat
Semua ingin selesa
Bila kaki sudah berkarat
Lalu mengubat kesan luka

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Ada yang istimewa,
Ada yang menunggu masa,
Sedikit insan bersimpati
Tapi Ramai berdiam diri

Ada yang baru berdiri,
Ada yang memegang besi,
Tiada simpati keluarlah diri
Rasa bersalah sudah mati

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Bila duduk dikerusi,
Lalu mata terlena,
Bermain dengan ilusi,
Hingga terus leka,

Bila ada yang berdiri,
Perlu terus berjaga,
Lalu mengenal sebuah realiti,
Kehidupan yang sengsara.

Siapa, mahu berdiri ?
Siapa, mahu berdiri ?

Mana hilang jatidiri ?
Mana hilang identiti ?

Siapa, mahu bersimpati ?
Siapa, mahu bersimpati ?

( 26/3/2009, 10.00 am, Universiti Malaya)

27/01/2009

Alhamdullilah, majlis pertunangan saya selamat diadakan di rumah tunang saya di Gerik, Perak. Perjalanan hari itu amat panas, saya pun terasa demam, cuaca baik pada haritu melancarkan semua urusan kami. Cuma berharap kami berbahagia selamanya.


tunang