FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

27/09/2017



Oh, macam mana aku boleh nak terbuka linkedin ni, selalu nampak butang benda nih , oh power jugak ye. Aku baru discover yang linkedin ni dah macam facebook. Cumanya ialah yang ada dalam linkedin ni ialah orang profesional. Mereka ni siap ada institusi, diskus pasal kerjalah. Hal hal lain takdelah.

Ada satu peluang bagus aku tengok, eh kita boleh tengok siapa view kita. Oklah tuh, macam facebook page insights pun ada. Paling cool ialah yang buka ni memang golongan profesional. Jaranglah yang buka linkedin ni ialah budak sekolah, hahhaa. So tu satu point bagus untuk target pembaca blog korang. So rajin rajin connect lah.

Tapi macam biasa, orang profesional ada masa ke nak layan isu viral ? Lagi satu depa nih pun mostly on facebook. Tapi why not cuba share betul tak ? Jangan lupa, orang lompat ke instagram sebab facebook bosan gile, news feed hancur, asyik asyik orang yang sama je kita tengok. Hahhaa, mungkin lepas ni kau declare dirikau sebagai profesional bloggers. Eh, memang ada profile internet marketer kat linkedin. Bagus untuk explore.

25/09/2017

Semalam ada melawat kawan baru balik haji, Alhamdulillah, merasalah makan kurma ajwa, best pulak, kurma ni baru aku tahu  ada gmo jugak. Nampak sangat orang islam tak berapa nak faham makanan thoyiban, zakiyah nih. Takpalah, sambil pekena teh sihat takde gula, layan pulak member dok cerita pasal haji nih.


buat haji


1. Pergi haji niatlah betul betul, jangan pergi haji tuh sebab nak jaga mak, nak jaga orang tua, sebab kerja wartawan, kerja chef dan macam-macam lagi. niat pertama, sebab betul nak buat haji.

2.Haji bukan sekadar buat je, tapi lebih kepada penghayatan dan pengharapan, pergi sana tuh, kurangkanlah handphone, dan menghayati setiap makna perbuatan haji.

3. Ujian haji ni bermula dari sebelum naik kapal terbang lagi. Hahhaa, memang mencabar, dan setiap orang lain ujian dan cabarannya.

4. Setiap benda datang dengan pakerj, kalau kau kata solat kat masjidil haram tuh 100 kali ganda kebaikan, maka cabarannya pun 100 kali ganda jugak. hhaha percaya tak ?


5. Kalau rasa diuji , rasa nak komplen, cepat cepatlah istigfar, taubat. Sebab akhirnya kau patut bersyukur, setiap yang berlaku ada hikmahnya, pergh kesabaran level tinggi.

6. Sebenarnya, nak tahu ibadat haji kita ni diterima ke tak bukannya masa buat, tapi selepas balik haji. Macam puasa ,solat, ibadah kita tuh akan jadi bila selepas kita buat. Macam tulah pun Allah menilai.

7. Pergi Haji ni memang kena ready dan niat, kalau kau rasa lambat, tapi kau tengok ada yang cepat, kau kena faham, maksdunya Allah tahu kau tak READY LAGI !!!

8. Aku doalah, muda muda ni dapatlah kumpul duit  pergi haji, pepahal setel hutang bank dulu, lepas tuh pelan pelan kayuh.

23/09/2017

Macam mana pulak tiba tiba, terfikir, sebabnya jiwa ni terdesak jugak nak dapatkan duit cepat dan tepat, kalaulah tetiba takda duit, nak tunggu bonus shaklee nih, payah pulak. Jadi macam mana nak dapat duit  cepat , tanpa riba, jawabnya buatlah jual-beli. Jual shaklee dengan harga retail senang kan ? So apa faedahnya jual harga retail ?




1. Harga retail ni harga lebih sikit dari harga ahli, jadi senang ahli tuh nak dapat keuntungan cepat, dapatlah buat duit poket cepat, tanpa tunggu bonus.

2. Mudahnya tak payahlah nak suruh downline tuh skor beberapa point untuk layak dapat bonus, sebab untung retail dia lagi banyak dari bonus yang ikut harga ahli.

3. Jadi dia pun jual dengan keseronokan, walaupun kena bersaing dengan orang yang jual harga ahli, tapi sekali dapat jual, dia puas hati.

4. Customer harga retail biasanya orang yang ada kualiti, faham maksud perniagaan, dan tahu nilai sebenar produk yang kita jual.

5. Barulah menjadi ahli dengan harga lebih murah sikit ada nilainya, kalau tak, takyah join membership pun, dah boleh dapat harga ahli, ada lagi murah, pergi kedai kedai haram.


6. Kalau ada leader yang suruh jual ahli untuk kejar point, maknanya leader tuh kira menindas  jugak, sebab leader tuh confirm dapat point, tapi ahli dia terkial kial nak dapat point.

7. Kalau leader tuh ajar jual harga retail, ahli tuh senang buat duit extra, duit untung retail bukan sikit, tapi banyak. Leader tuh tak menindas downline dia semata mata nak uv.

8. Tapi dunia ni memang je tak adil (dalam quran dah sebut dunia ni tipudaya), sebab ada  je guna konsep sedekah untuk meghalalkan dia jual harga ahli kepada bukan ahli.

9. Sama jugaklah dengan jadi ajen produk, semua kena jual harga yang sama,  kalau tak habis persaingan tak seimbang, dan business tuh confirm cepat jatuh.

10. Terpulanglah kepada korang, tapi nak cakap, belajarlah ikut peraturan dan jual harga retail, banyak faedahnya, sebab ada je member jual harga retail sales banyak beribu-ribu, dengan teknik marketing yang betul

19/09/2017

Alhamdulillah, nampaknya bila tanya pasal P Ramlee, aku teringat pulak semalam pasal Ustaz Zulkifli Ahmad, yang membincangkan pasal neoplatonisme dalam kerajaan Islam Andalusia. Memang dia pun kata P Ramlee ni banyak jasa dia pada umat Islam. Dia suruh kita islamisasikan ilmu yang ada dalam dunia dan sucikan dengan Al-Quran.

Oklah cerita tuh nanti aku akan ulas lepas nih, tapi aku rasa, benda yang aku fikir pasal filem Pendekar Bujang Lapok, aku rasa aku kena terus menulis dan menulis, kerana tugas Khalifah untuk menegakkan Islam, dan Islam ini tegak bukan kerana pedang, tapi kerana ILMU. ahhaha so semangat motivasi nak menulis perlu diteruskan. Oklah, now topik kita pasal nasihat terakhir P Ramlee kepada kita. Hahha, apa nasihat dia ? Suruh tengok filem dia ke ? Agak agak apa ? Jawapan dia aku rasa adalam filem terakhir beliau Laksamana Do Re Mi.


nasihat p ramlee

LAKSAMANA DO RE MI

Filem nih berkisahkan pasal Do Re Mi, masa ni beza sikit dengan filem sebelum nih. Mereka ni duduk atas pokok, duduk dalam hutan, jadi orang biasa. Nak jadi cerita mereka menyelamatkan puteri buluh betung, dan mendapat senjata sakti. DO dapat tikar terbang, RE dapat teropong, dan MI dapat bangsi hikmat. Akhirnya mereka nak cari kerja dekat negara Pasir Berdengung. Lepas tuh mereka dapat jadi Laksamana sebab dapat makan ubat kuat kalahkan pahlawan pasir berdengung. Lepas tuh kena selamatkan puteri dari kekejaman Menteri PASOLA, hahhaa. Habis mereka dapat jugak lawan dan mengalahkan PASOLA. Jadi begitulah ceritanya. 

NASIHAT P. RAMLEE

Kalau korang tengok filem tuh macam tuh je, nampak tak nasihat dia ? Nampak tak apa yang nak dia ceritakan ? Last last hidup nih, takkan p ramlee tak nak buat kita semua fikir. Memang kesengsaraan dia masa balik Malaysia orang benci dia, tapi ingatlah, atas Rahmat Allah, P. Ramlee diberikan hidayah untuk memberikan nasihat. Nasihat itu ada, cumanya ianya berbentuk simbolisme. Nasihat tuh ada dalam senjata laksamana doremi, iaitu TIKAR, TEROPONG, dan BANGSI. Apa maksud senjata tersebut ?

  1. TIKAR ITU SOLAT - Ye tikar itu adalah simbolik SOLAT, kita jangan tinggal tikar kita. Sebab solat itu yang boleh bawa kita kemana mana. Sebab kita tak solat, kita jadi sesat, bila kita solat, barulah hidup ni berjaya dan jadi hebat. Solat tiang agama. Jadi tak boleh tinggal
  2. TEROPONG ITU AL-QURAN - tengok Re bila dia nak cari masalah kalahkan Pasola, dia tengok teropong. Hahha, itulah kita, p ramlee nak ingatkan kita, kalau ada masalah , buka Quran, kan quran tuh kitab panduan, petunjuk hidayah kita ? Bukan sekadar baca ikut tajwid sedap.
  3. BANGSI ITU DOA - Mi guna bangsi kalau dia nak sesuatu. Itulah simbolik kepada DOA. Allah kan pesan, berdoalah kepada aku dengan sabar dan solat. Lagi ulamak kata doa tuh senjata orang mukmin. Doa tuh tanda kita ni lemah, nak meningkatkan kebesaran Allah, tanda kita hamba kepadaNya.

JANGAN TINGGAL SOLAT, QURAN, DOA

Jangan tinggal solat, quran, doa, ini senjata orang islam, kena pegang, kalau nak lawan kezaliman macam dalam filem pendekar bujang lapok. Jadi nasihat p ramlee ni kita tak nampak dengan kata kata, tapi simboliknya pada senjata itu doremi, ahaha. Itulah pendapat aku , yang aku nampak. Mungkin korang ada nampak benda lain, jadi teruskan mengkaji dan mengkaji, dengan keilmuan  berpandukan quran.

18/09/2017

Aku sendiri baca muktahir ni keluar isu di mana semua orang salahkan mak bapak, salahkan sistem pendidikan, salahkan dadah dan syabu dan salahkan remaja tersebut. Hahhaha, ada yang best tuh, siapa diorang maafkan 7 suspek tersebut. Hahhaha, kenapa nak minta maaf ?

Sebabnya dalam berita kita kena sedar, mereka ni SUSPEK je, ok, baru SUSPEK, korang tak kesian ke kat mak bapak budak yang menanggung kemaluan mereka. Hahhaa, sebab kalau mahkamah tak buktikan mereka bersalah, mereka berhak untuk membela diri. Jadi kita jangan terburu-buru burukkan mereka, selagi kita tak tahu kes sebenar kebakaran yang melanda tempoh hari.


fitnah budak dadah


Tapi bila aku baca balik pasal tong gas bawak naik sampai tingkat 3, hahaha lepas tengok balik gambar suspek yang katanya layan dadah dan syabu, ponteng sekolah, hahaa, memang kelakar lah jugak. Sebab terbaca di status facebook, dibayangkan budak yang buat kerja ni sangat licik, hahaha. Kalau korang tengok muka budak budak tuh, macam budak tak bijak pun ada. Biasanya budak dadah ni jenis tak fikir mendalam macam tuh. Nak lagi best pulak, ada ke sanggup nak bawak tong gas sampai tingkat 3, budak bermasalah ni confirm jenis malasnya punya. Lepas tuh katanya boleh curi tong gas, aku tengok muka pun tak bijak, nak rancang kes pembakaran macam nih.

Tapi yang bestnya kan, kes ni terjadi selari dengan kes pelaburan KWSP, lepas kes maahad tahfiz tengah hot, lepas tuh ada sorang pulak bawak kes pesta arak, hahaha, apasal semua berlaku serentak je ? ke saje je nak alih perhatian nih ? Malaysia memang tak aman sungguh dari fitnah dajjal.

Sebab banyak sangat spekulasi, fitnah, kita sabarlah, bak kata khidir kepada musa, jangan marah marah, kalau tak cukup ilmu, hahaha. Bagi aku budak 7 orang tuh berhak bela diri. Mereka belum bersalah, hanya dapat gelaran SUSPEK je. Itupun kalau mereka bersalah , ianya hanya mahkamah dunia, belum mahkamah AKHIRAT lagi. Kita ni siapa nak judge orang tuh hina ke tak, masuk syurga ke tak.

Korang rajin baca berita spekulasi ? korang tahukan, bukti boleh diwujudkan , walapun sebenarnya bukti tuh takde dalam kes tersebut. Ingatlah lagi tak kes budak yang kena tembak polis ? Polis jumpa parang dalam kereta. Lepas tuh banyak kes polis, mesti jumpa parang. Hahaha, tapi kalau dah betul, nak buat macam mana. Jadi yang penting, mahkamah akan menentukan kesalahan mereka, bukan kita netizen yang kurang ilmu dan takda bukti.

16/09/2017

Hahaha, apa punya pendapat dah ? restoran pun aku kira terlampau kecil ? Ke korang ada yang dah pergi sana ? Ke korang jenis boikot makanan segera macam korang boikot mcdonald sebab penyumbang besar kepada Israel ? Tapi nak aku cakap, tempat dia memang kecil, hahaha, layan jelah.

Nak kata kecil tuh, ada lagi kecil, dekat petronas seksyen 7  Jackel, hadoi kau,  lagi sempit, adalah sebelah kedai mesra, ada A&W, bolehlah makan ayam goreng, nugget, fries, dan macam macam lagi yang ringan. Tapi restoran nih yang best tentu sekali lah root beer campur float tuh. weih kalau hari hari minum rosak buah pinggang kau brader.

restoran sunway geo avenue

Nak jadi cerita best,  sebab aku baru je shopping VIVIX dekat HQ shaklee yang baru, tempat sunway geo avenue ni baru lagilah, tapi dia ni betul betul dekat dengan sunway medical centre,, jadi bebudak sunway kolej pun dekat, jadi kalau rasa nak makan  tuh, bolehlah try root beer, hahaha.

air sedap

Aku pulak melayan karenah anak sulung arreessa zulaikha yang tak pasal pasal nak makan sini. Oklah, janji dengan dia nak makan je, lepas tuh dia komplen tak kenyang, hahaha, sib baik dia minta makan je, dia tak minta makan sampai kenyang, kalau tak habis duit, sekali sekala bolehlah bang, kalau jawabnya aku kena rempit adsense dengan buat  ayat  jual vivix berbotol-botol, apa lagi, layan jelah mereka nih. Tak boleh selalu. Jadi aku bagi diorang bedal curly fries dan nugget. Share dua tiga orang, gaduh lah jawabnya.

restoran a&w

Akhir kata nanti ada lagilah restoran lain yang akan buka kat sunway geo nih, tapi aku tengok banyak tak halal, jual arak, kaw kaw punya. Hadoi, tapi takpa, aku tunggu mamak buka, jangan sampai mamak tak sedap sudah. Tapi yang pasti harga confirm MAHAL, biasalah zaman era moden teknologi terkini. 

15/09/2017

Innalillah, itulah perkataan yang selayaknya kita cakap, bukan apa, kemalangan dah berlaku, kematian dan ditakdirkan, banyak jiwa muda meninggal,  bukan di keramat, tapi malapetaka maahad tahfiz ni berlaku tak kira masa, kes kena pukul, kebakaran, boleh kata banyak kali berlaku. Kenapa benda ni terjadi ? Ia, hari ini hari Jumaat, jawapan segala fitnah nih, ada, dalam Al-Quran, lagi lagi surah akhir zaman, Al-Kahfi.  Jangan pakai pendapat aku nih, confirm sesat korang baca.


fitnah akhir zaman


1. Dillaporkan dalam akhbar utama, akhbar utama, media viral, alternatif, wassap group keluarga, banyak yang meninggal, mati dalam kekejaman ni adalah budak bawah 12 tahun.

2. Dalam quran, ada ke Allah cerita pasal kematian budak-budak ? Ye , ada, dalam surah Al-kahfi, dalam bahagian dialog Musa dan Khidir.

3. Kalau kau baca, Khidir bunuh budak tuh, tapi Musa jenis kurang sabar, persoal kenapa Khidir bunuh budak tuh.

4. Khidir dah pesan awal awal, kalau ilmu tak cukup tinggi, kau akan hilang sabar. 

5. Musa dapat jawapan kepada pembunuhan budak tuh, selepas tiga kali gagal bersabar dalam tindak tanduk khidir.

6. Akhirnya Musa diberikan jawapan, budak itu terpaksa dibunuh, kerana takut dia akan menderhaka kepada kedua ibu bapanya, takut dia buat hal bila dah besar.

7. Kalau kita baca Quran guna mata khidir, baca guna teknik bertanya, atau kita ada terfikir tak, kenapa anak tuh boleh jadi jahat ?

8. Biasakan, kalau anak jadi jahat secara sengaja ? ke kita salahkan pengaruh luar ?

9. Bukanke dalam hadith berkata, anak itu agamanya fitrah islam, ibu bapa yang menentukan samada dia yahudi,nasrani atau najusi ?

10. Jadi Khidir ini buat atas alasan apa ? Khidir ni bunuh guna akal dia je ke, atau Allah yang ilhamkan kepada Khidir ? 

11. Jadi kalau fikir balik, kita nampak tak kaitan kisah ini dengan situasi sekarang ?

12. Bukan sekadar kebakaran, tapi juga kes pukul, kes rogol, kes cabul, semuanya jadi fitnah kepada maahad tahfiz.

13. Kenapa budak budak ni kena tinggal dalam asrama, sedangkan mak bapak yang patut didik mereka dengan kasih sayang ?

14. Kalau anak yatim takpa lagi, tapi ada juga anak orang kaya, kita ni sibuk cari harta ke, buat kerja mudah tinggalkan anak kita ?

15. Banyak lagi fitnah  yang berlaku, ada yang kata khianat, ada yang kata sistem pendawaian tak ikut standard, ada yang kata kutip derma tak ikut peraturan.

16. Ada juga yang kata budak-budak ini tiada masa depan, lagi kesian .

17. Ada yang kutuk juga, hafal saja quran, tapi tak faham, tak boleh tegur pihak berkuasa yang melakukan korupsi

18. Lagi sedih, peristiwa ini berlaku, selepas berlaku keputusan pelik pemimpin kita.

19. Apa yang berlaku, kita jawab Innalillah, tak cukup.

20. Kembali kepada Allah, bermakna, kembalilah kepada hukum yang Dia tentukan.

21. Kembalilah kepada Quran dan Sunnah.

22. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS10:44)

23. Semua orang berganding bahu, pelbagai ilmu dan bidang, bersatu pada tali Allah,

24. Jadi kita tahu dah salah siapa sekarang ? tak perlu sebut dengan mulut, biarlah hati yang menghukum, sabarlah.

25. Baca yassin bagus, tapi hari Jumaat, bacalah alkahfi betul betul

26. Dajal itu membawa petanda akhir zaman.

27. Jadi Al-kahfi tuh juga adalah solusi masalah akhir zaman.

28. Aku cakap tak boleh pakai sebab ilmu terbatas.

29. Doakan maahad akan lebih maju

30. Sebab aku yakin, mereka akan mengubah nasib bangsa dan negara kita.

FaizSaaid 

14/09/2017

duit internet

Tajuk tak gempak, sebab ramai dah otai-otai bloggers luar sana, internet marketer, semua kaki buat duit online. USD kaw kaw, ada yang dah pencen dan sebagainya. untung sikit, untung besar, duit tetap duit, hahhaa, USD pulak tuh. Jadi memang jangan kecam kalau kawan kau tetiba kaki tulis blog artikel viral, lepas tuh buat duit, tak pergi kerja.

Ini cerita aku yang  paling kelakar, hajat nak apply adsense ni sebenarnya dari tahun 2013 lagi, bila orang kata power sangat adsense ni berbanding nuffnang dan pengiklan yang lain. Oklah, takpa, try apply guna blog dalam hosting blogger nih, banyak kali tak lepas, last last jadi fedup, hahhaha.

Tapi tah macam mana, tetiba nak try apply sekali lagi. Siap guna email lain, apply balik, bajet tentu kena reject,jadi malas nak bukak email. Tah macam mana, ada satu hari, nak buka email lagi satu. Hhahaha, sekali tengok, rupanya blog aku ni dah approved adsense. Alhamdulillah, kelakar gila, sebab dah lama tak blogging.

Jadi jawabnya memang lepas ni gila kencang menulis blog, promote shaklee sambil promote blog, buat kerja  dua dalam satu. Sebab kelakarknya, email yang kata dah approved tuh  dapat pada 18 julai, semalam baru nak bukak email. Hahhaa dan sebulan lebih, hampir dua bulan. Earnings pun dah dapat, sikit  jelah tak macam korang. Tapi blog ni sempoi, kalau selalu update nih, jawabnya duduk rumah ngadap laptop jelah jawabnya. hahaha. apapun, rezeki tetap rezeki, Allah yang bagi !!!

13/09/2017

bila aku baca cerita Musa dan Khidir,
aku ulang ulang ulang dan ulang,
setiap saat di hari jumaat,
nyata ada satu pendapat,
Musa jangan sombong di dunia,
kerana Kau menegur Musa,
bukan Israel yang terpandai,

quran

tapi juga ilmu kesabaran musa,
yang terbatas juga ,
sebabkan hanya kegopohan,
3 perkara itu sahaja yang Khidir ajarkan
kalaulah Musa sabar dan terus sabar,
tentu bukan 3 ,
malah banyak lagi ilmu yang Khidir diajarkan.

bila melihat senario dunia,
memangnya orang biasa,
melihat dengan mata Musa,
mata Musa yang melihat satu lapis permasalahan,
mata Musa yang menilai dengan ilmu terbatas,
mata Musa yang hilang kesabaran rasional

jadi Kau berikanlah aku kurnian mata Khidir,
yang melihat sehingga masa depan,
yang melihat dari 360 darjah keilmuan,
yang teguh berdiri duduk di atas dua pertemuan lautan,
yang mampu menghidupkan ikan mati kehausan,
yang mengeluarkan cahaya kehidupan.

aku bukan mengira kekayaan,
aku bukan mengira ikutan,
tapi Kau berikanlah ku mata Khidir,
biarku melihat hingga masa depan.
dengan cahaya alquran.

21/05/2017

Hangpa kata Badrol baktiar power, ye memang power sebab sumbat dua gol, lepas kata ken ilso power, sumbat satu gol, hahaha, tapi aku nampak Syazwan Zainon ni lagi power, larian maut untuk 2 gol, pembukaan kedah semalam. Memang terbaik. Kena gilap lagi , belajar scoring pulak. Memang akan jadi power. Kena belajar dengan bomoh siam, hahaha.